20 October 2008

2 Sekuel (yang kecewa)

Rest Stop 2 : Dont Look Back (2008)



Sebenarnya, premis Rest Stop adalah unik dan asli, kerana ia satu-satunya subgenre slasher yang menggabungkan elemen supernatural di dalam naratifnya. Belum ada lagi ciri sedemikian wujud dalam mana-mana filem seperti ini.

Bagaimanapun, permasalahan besar sekuel ini ialah ketaksuban pembikinnya, yang beriya benar cuba memanfaatkan kesemua sekaligus. Lalu menjadikan filem ini tampak gagal, dalam konteks kedua-duanya. Segalanya, dari plot, pembentukan watak yang rapuh, sehinggalah ke suatu pengakhiran yang bercelaru. Entah apa-apa.

Namun dari sudut gorifikasi, sekuel ini tampil dengan suatu yang asli. Gaya torture yang brutalistik (walaupun dari method yang sama) dan satu babak yang paling aku suka ialah sewaktu adegan penuh disgusting mangsa dilanggar bertubi-tubi sewaktu di dalam tandas, sehingga membuak segalanya. Itu sahaja. Lain-lain absurd dan fantasme semata-mata.



Feast 2 : Sloppy Seconds (2008)



Seperkara yang memikat tentang Feast ialah struktur fast-paced yang merangkumi perjalanan plotnya. Kita tak dibuang masa dengan sekuens ataupun subplot yang tidak berkenaan. Maka untuk sekuelnya ini, kita dijamukan dengan struktur yang sama namun ada ‘tapi’nya.

Feast 2 berkesinambung secara terus dari Feast 1, apabila babak pembukaannya kita diperkenalkan dengan beberapa eskapis karakter baru (konsepnya masih sama apabila mereka diperkenalkan kepada kita secara imbauan fast-cut secara komedi gelap). Bagaimanapun hanya karakter utama sahaja yang diperkenalkan, lain-lain tidak dipedulikan.

Tapi (seperti aku tapikan awal tadi), filem ini tidak sekuat versi awalnya. Ya secara keseluruhannya tidak menepati apa yang aku harapkan. Serius, dari segenap sisi (komedi hingga ke violence) tidak satupun menjadi (kecuali babak eksperimentasi ke atas Monster itu – tapi aku sendiri tak pasti kenapa). Tidak ada watak yang benar-benar memikat. Ya memang wujud kutukan sosialnya, rujuk signifikasi wanita sering dipukul/dibuli (fuck feminisme), bayi tidak lagi sering menjadi medium heroik watak, apabila menjadi mangsa si Monster dari sikap manusia yang pentingkan diri dan warga tua lebih baik pergi mati dari menjadi bebanan orang muda dalam suasana apokaliptik.

Biarpun bodoh (lagi-lagi ending kredit yang aku mengharapkan sesuatu tapi tak ada apa-apa), filem ini masih boleh menjadi bahan tontonan khusus untuk gore-fans macam aku dan kau orang di luar sana. (oh dan lagi satu jangan lupa filem ini sarat dengan boobs, sesuai dengan tema supersexmaniac monster itu haha).

No comments: