22 October 2008
Hell Ride (2008)
Serius, ini adalah filem terbitan Quentin Tarantino yang boleh dikategorikan paling sampah pernah dibikin. Dengan gaya sinema grindhouse 70an yang serba tak menjadi, plot yang kucar-kacir, tiada semangat retro slick ala pulp-fiction, Kill Bill serta Grindhouse (2007) yang lebih segar diharapkan, elemen humor yang hampir tidak wujud, lantas membuang masa aku menontonnya.
Ya, babak pembukaannya sangat memikat dengan teknik imbauan fast-cut, beberapa geng seraya karakter utama diperkenalkan, struktur yang sama didekonstruk dalam filem-filem persis ini. Tetapi plotnya masih longgar walaupun berciri character-driven tetapi perkembangan itu tidak dirasai. Maka tiada kesan emosi. Muka-muka lama seperti Dennis Hopper, Michael Madsen serta David Carradine seolah amatur berikutan ketidakberkesanan skrip (ya ya ok ok Madsen mungkin tidaklah).
Larry Bishop selaku pengarah, pemegang watak utama serta selaku penerbit tidak tahu bagaimana mengolah dengan baik walaupun segala konsep serta tema sudah cukup baik. Gatal sangat nak berprotagonis kelabu, nak menikmati segala boobs dari hot babes yang ada. Maka filem ini tersasar ke ‘neraka’, secara literalnya.
Ya, memang Bob & Harvey Weinstein tak ada masalah, kerana dah cukup kaya untuk membazirkan duit mereka. Kisah atau plot menjadi tak penting lagi, kerana yang lebih utama barangkali tahap keganasan (membunuh cara menyembelih paling utama – mungkin menyelamatkan filem ini) serta yang paling penting ialah paparan wanita separa telanjang (dan penuh), seksploitasi buah dada serta seks orgy yang sarat dalam filem ini. Aku tak ada masalah semua itu tetapi biarlah ia menjanjikan sebuah cerita yang tak membuatkan kau memaki hamun di konklusinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment