10 December 2008
Scarce (2008) - Falsafah Kannibal yang Masih Tebal
"Pretty soon, you’ll pass right thru my body, and be nothing, but my shit" – Ivan (kanibalis)
Sudah tentu nama Peter Jackson haram tidak dikenali melalui pembabitan awalnya dalam arena perfileman melalui debut Bad Taste (1987), di kancah arus perdana. Apatah lagi, ia sebuah produksi kecil New Zealand yang berbajet rendah, malah sebuah filem berskala tinggi gorifikasinya, plot sci-fi yang absurd dan penuh kegilaan. Kini, (berikutan sukses gemilang beliau di Oskar melalui trilogi Lord of The Rings) segala filem terdahulu beliau dijadikan rujukan mahupun bahan kajian (pembikin baru, pelajar filem), dijulang malah tak kurang juga yang berpura-pura cintakan filem beliau (Bad Taste (1987), Braindead) walhal filem-filem sedemikian langsung mereka tak gemari. Oleh sebab nama Peter Jackson selaku pembikinnya, lalu golongan ini bersikap 'tak mahu ketinggalan'. ("Oh Bad Taste? Ya, ya aku suka aku suka" – tapi dalam hati : "entah apa-apa entah Bad Taste tu, pasal invasi alien? rumah terbang? mengarut... mengarut").
Ok, tidak ada nama Peter Jackson dalam filem ini. Jangan kau harap. Point aku sebenarnya tentang low-budget dan debut pembikin baru. Biasanya, orang akan terlepas pandang bab ini. Aku percaya dan sangat yakin, bahawa Bad Taste dikutuk gila-gila sewaktu awal rilisan pertamanya. Contoh terdekat kini ialah Rob Zombie, pembikin modern-age horror melalui debut pertamanya House of 1000 Corpses (2003) yang mendapat rating yang sangat rendah daripada penonton malah dikritik habis-habisan pengkritik profesional. Namun apabila sekuelnya dirilis, filem ini (HO1KC) dijulang semula berikutan justifikasi serta ekuilibrium yang wujud dalam plotnya. Malah Roger Ebert, sendiri berasa serba salah (takut di'serang' pembacanya) apabila bersikap **"rate & run" dengan menganugerahkan tiga bintang terhadap filem tersebut. Ultimately, lima buah produksi gergasi Hollywood, memberi kuasa penuh kepadanya untuk mengemudi remake Halloween (2007).
Ok, berbalik semula tentang Scarce (ironinya sekali lagi, aku menyimpang jauh dari topik asal, dan seakan sudah menjadi tabiat aku kini). Sebuah produksi kecil Canada oleh debut pembikin baru Jesse T. Cook, juga penulisnya John Geddes (beliau juga selaku protagonis filem ini). Sebuah plot yang dilihat sangat ambisius, namun tampak menggiurkan apabila menggarap kisah kanibalisme (walaupun elemen slasher, hill-billies masih tetap wujud). Pun begitu, tiada apa yangbaru yang boleh mewarnai keseluruhannya. Cuma apa yang cantik barangkali keseriusan serta enthusiasme lakonan mereka.
Bayangkan suhu di bawah paras beku, pelakon-pelakonnya hanya dikenakan t-shirt dan boxer. Serius, kesejukan itu turut membuatkan aku sama merasai.
Bagaimanapun, dari sisi plot, ia sangat mendatar sehinggalah kita sampai di kemuncak terakhirnya, lebih-kurang 20 minit terakhir. Di sinilah 'kegilaan' sebenar filem ini, walaupun falsafah filem kannibal masih tetap sama semenjak pos-Deodato (fuck civilization – capitalism - consumerism).
Oleh kerana passionate serta semangat juang pembikin muda ini (walaupun rating sangat rendah di imdb), maka aku menjangkakan yang lebih baik lagi untuk naskhahnya akan datang.
**Ya, aku sudah dapat satu istilah baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment