22 December 2008
While She Was Out (2008) - Samseng Dari Empat Benua
Ada satu perkara lucu yang hendak aku highlight (dari berpuluh yang ada), iaitu filem ini memaparkan empat orang sekawan yang terdiri dari empat bangsa (white, asian, black, spanish). Setentunya villain sebegini kau hanya akan jumpa dalam bentuk fiksi sahaja, bahkan setakat ini aku belum dipedengarkan lagi tentang budak-budak samseng (dalam konteks gengsterisme) yang sanggup boleh membunuh manusia, ironinya punya pertalian seakrab itu (apabila para remaja ini tidak pula punya unsur rasisme dalam diri masing-masing).
Kool? Golongan ini akan dibelasah cukup-cukup (oleh geng masing-masing mengikut bangsa) kalau kena sumbat dalam penjara amerika. Itu realiti. Malah kesamsengan mereka amatlah tidak sesuai pada masa dan tempatnya (aku harap tatkala ini kau orang dahpun baca sinopsis filem ini).
Ya, filem ini tentang survival. Awalnya filem ini tampil 'kuat' dengan sebuah skrip asli (menyentuh tentang keekstriman sikap pembuli jalanraya yang biasa kita dengar dalam berita). Malah, aku sangat teruja dengan pembentukan watak Dela itu (apabila filem ini dilihat berciri character-driven). Ia sudah membuah sedikit emosi di situ. Tetapi barangkali cuma setengah jam pertamanya sahaja. Selebihnya filem ini buntu. Dan perkara-perkara jelek ini bermula di saat gengster itu muncul seterusnya ke sekuens cat & mouse itu.
Di saat ini, emosi itu sudah basi. Kejahatan tidak lagi menguasai plot. Thrill dan segala deruan adrenalin yang baru terjana sebentar tadi kembali ke dasar normal. Empati dibiarkan mati. Kim Basinger, walaupun tampak bersungguhan sekali, namun dibayangi kekelaman plot serta lakonan tidak bersemangat keempat-empat remaja itu. Malah sudah tentu kita pernah dipertontonkan villain yang jauh lebih sadistik, melalui brutalifikasi malah keekstriman yang jauh lebih tinggi lagi berbanding mereka ini. (Oh aku lupa, filem ini dibikin oleh debut pengarah/penulis baru – Susan Montford - jiwa feminis katakan). Namun segalanya pathetik, kerana mereka semua mati bodoh, sebodoh watak mereka sendiri. Spoiler? Mampuslah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment