12 December 2008

Death Race (2008) - Lumba Sampai Mati : "Homage" buat Mat Rempit



Hanya ada dua sebab kenapa aku tonton filem ini. Pertamanya ialah kerana tertera nama Paul W.S. Anderson sebagai sutradara dan juga Jason Statham sebagai protagonisnya. Keduanya ialah kerana konsep pos-apokaliptik, ciri-ciri distopia ala Mad Max (1979) dan baru-baru ini Doomsday (2008) yang memanggil-manggil aku menontonnya.

Namun, apabila bercakap tentang plot, ia hanyalah seumpama memakan roti canai kosong tanpa kuah sambil pekena teh tarik yang suam-suam kuku hangatnya. Pendeknya, tiada keenakan, walaupun ada sesetengah sekuens yang bisa membuatkan kau bereksklamasi seraya bangun dan bersorak "Yeaaa, Kill 'em! Kill 'em all!".

Aku tidak mahu ekstrak satu persatu kerana banyak perkara gelobor dalam filem ini. Aku tahu ini sebuah remake dari filem Death Race (1975), sehingga filem itu dibawa terus ke permainan video, dan perkara ini sangat relatif kini. Jadi, Paul W.S. Anderson [yang aku kenal melalui filem Resident Evil (2002) serta Alien vs. Predator (2004)] sangat sinonim dengan perkara ini (kerana beliau seorang penggila videogame) walaupun kata beliau, plotnya tidak ada kena mengena dengan video itu. Sekadar inspirasi semata-mata.

Menonton filem ini agak bermasalah untuk aku. Ada ketikanya aku baru sahaja dipupuk semangat tinggi (rujuk babak di kantin itu apabila Jensen aka Frankenstein mula mendemonstrasi akan kehandalannya) akhirnya dibiarkan tandus begitu sahaja. Kesan ekspresif itu menjadi sia-sia. Pun begitu, (setelah aku timbal balik segalanya dengan menolak ke tepi absurditi sana sini) filem ini sebenarnya tampak ada sedikit kemajuan secara keseluruhannya, (oh aku suka topeng kool itu setentunya) apabila Paul W.S. Anderson mula menyuntik anasir violent yang penuh epilepsy khususnya buat audien mainstream, dan pengujaan ini sudah tentunya death scene yang divisualisasikannya.

Gayanya klasik walaupun kurang dramatik.

No comments: