09 December 2008

Graveyard Alive : A Zombie Nurse in Love (2003)



Buat masa ini, aku tidak ada sebarang DVD baru untuk di tonton. Jadi aku menonton TV (dan sudah tentu saluran SBS adalah saluran aku). Tanpa intensi, aku tertonton sebuah filem horror.

Introduksinya sangat memikat, apabila seorang lelaki berjalan (pergerakan kamera ialah beliau yang menjadi mata penglihatan kita), melalui beberapa buah tempat dan kelihatan manusia terkejut sehingga ada yang lari bertempiaran apabila terserempak melihatnya.

Perjalanan beliau berakhir di sebuah hospital. Doktor dan para jururawat juga terkejut tetapi lebih bersikap tenang. Semuanya gara-gara sebilah kapak tercacak melekat di kepalanya. Ironinya, beliau masih mampu bersembang-sembang, malah sempat mengurat jururawat lagi. Oh ya ini sebuah filem zombie sebenarnya. Jadi sudah tentu kau tahu apa seterusnya yang akan berlaku.

Initially, aku fikir ini adalah sebuah produksi 60an, berikutan paparan black & white, serta visual (techniscope) yang usang lagi kasar. Tetapi hati aku terdetik, ada sesuatu yang tak kena. Serius, aku tak puas hati. Macamana aku boleh tak tahu langsung pasal filem ini kalau betul ia sebuah zombie klasik. Ya, barangkali teknik (stark black & white) itu disengajakan. Sehinggalah masuk waktu iklan (ada gunanya iklan buat aku kali ini), aku gelintar sebentar di imdb, dan ternyata filem ini, seperti aku agak, sebuah filem keluaran tahun 2003, arahan Elza Kephart.

Ia sebuah satira sosial dalam garapan komedi gelap. Membawa sebuah plot yang sangat mudah (apabila bercakap tentang plot zombie), tetapi struktur penceritaannya agak interesting (ada ramuan wit & edgy). Dan oleh kerana pembikinnya membawa konsep 60an, ditambah dengan musik retro yang membentuk tempo mengasyikkan, walaupun tampak low-budget (mungkin disengajakan, aku kurang pasti) menjadikan filem ini sebuah lagi 'klasik-segera' (An instant zombie cult-classic).



Laman web rasmi : www.graveyardalive.com

No comments: