Definisi
sekuel untuk filem sebenarnya boleh dibincangkan secara panjang lebar. Secara amnya dianggap naskhah kedua yang menyusul selepas yang pertama. Kebiasaannya, sekuel adalah sambungan atau rentetan elemen cerita mahupun karakter (contoh filem
Rocky,
Rambo ironinya kedua-duanya dibawakan Sly Stallone) dalam sesebuah filem daripada cerita yang pertama dihasilkan.
Tetapi ada juga sekuel yang diterbitkan tidak langsung berkait dengan plot asal, tetapi hanya mengambil konsep atau tema ataupun barangkali sebahagian sahaja elemennya - sebagai contoh filem
Dawn of The Dead, apabila ia dibuka tayangannya di Itali dengan judul
Zombi, maka Lucio Fulci ‘terpaksa’ memberikan judul filemnya
Zombi 2 yang juga ditayangkan serentak waktu itu. Walaupun kedua-dua fiem itu tidak berkait langsung, tetapi berkonsepkan genre yang sama maka ia diberikan judul yang sama.
Oleh sebab itu tiada hukum hakam yang termaktub untuk menjadikan sebuah filem itu dianggap sekuel. Cuma persoalannya di sini, sejauh manakah filem sekuel itu berstatus baik, sesempurna yang asal malah dianggap berjaya.
Berikut adalah beberapa sekuel filem yang (secara peribadinya) aku anggap baik atau barangkali setaraf dengan filem pertamanya dari segala penjuru aspek.
(Nota : Asalnya aku cuma berniat untuk membariskan sekuel horror terbaik sahaja, tetapi tidak banyak yang aku boleh aku senaraikan walaupun banyak yang dibikin tetapi tidak mencapai status baik, maka aku senaraikan dari kesemuanya secara rawak lagi membabi buta iaitu tidak mengikut ranking atau apa sahaja).
1.
Evil Dead 2 (1987)Sebenarnya, filem
Evil Dead 1 boleh diakhiri begitu sahaja, kalau kau masih ingat lagi bagaimana (teknik kamera) Sam Raimi melalui celahan pokok, paya, semak samun, sehinggalah menemui si malang Bruce Campbell di pengakhiran penuh seramklasik (aku sangat marah selepas menontonnya pertama kali seingat aku berumur 8 tahun waktu itu kerana aku sayangkan watak “Ash” itu – Terlalu sayang. Aku tak mau dia mati!).
Maka selepas aku tau sekuelnya dikeluarkan, waktu itu aku rasa akulah manusia paling bertuah. Lalu aku menontonnya dengan penuh kegilaan, dan yang pasti, Evil Dead 2 tidak menghampakan malah lebih ‘kuat’ lagi sukses dari versi pertama. Cuma sekali lagi Sam Raimi memaruti kesedihan di hatiku di pengakhirannya. Maklumlah, aku masih kecil waktu itu. Pastinya aku mahukan sebuah happy-ending.
2.
Dawn of The Dead (1978)Seperti yang aku aku perkatakan awal tadi, filem ini tidak bersambung secara langsung dari versi asalnya –
Night of The Living Dead. Cuma oleh kerana elemen zombie yang diteruskan, lebih-lebih lagi dari pembikin yang sama, maka filem ini (secara ‘argubly’ barangkali) dianggap sebuah sekuel.
Di beri tagline yang mungkin membayangi filem pertamanya, maka filem ini tetap aku anggap sebuah sekuel yang berjaya selepas genap 10 tahun naskah aslinya diberi nafas baru oleh Romero yang sememangnya lebih menguja.
Dawn of The Dead (2004) @ SKRIN3.
Terminator 2 – Judgment Day (1991)Sekali lagi di tangan James Cameron,
Terminator 2 aku anggap lebih baik dari versi asal. Dari twisted-character si Terminator itu sendiri, perkembangan watak si protagonis Sarah Connor yang lebih sempurna, serta penggunaan CGI yang lebih memukau, sehinggalah munculnya antagonis yang penuh menguja serta menjadi kebencian khalayak.
Antara filem yang masih dianggap filem termahal pernah dibikin kalau diukur dari kos semasa waktu itu.
4.
Aliens (1986)Menonton filem ini aku seolah-olah lupa akan kewujudan filem pertamanya.
Aliens (yang aku sendiri tidak tahu kenapa ia tidak dijudulkan Alien 2) adalah sekuel yang sangat berjaya sebagai satu filem. Masih aku ingat lagi bagaimana begitu kuatnya semangat feminisme si Ripley bermati-matian menentang si permaisuri alien itu dalam usaha menyelamatkan si kecil itu. Penuh intensiti. (maka aku tidak hairan apabila namanya dinominasi Oskar untuk Best Leading Role).
Filem ini boleh sahaja berdiri sendiri tanpa ada filemnya yang pertama.
5.
Star Wars – Empire Strikes Back (1980)Walaupun kalau diikutkan dari pembikinan Episod 1 – 3, menjadikan
Empire Strikes Back bukan lagi boleh dianggap sekuel, tetapi filem ini tetap menjadi filem kedua dari versi asal keluaran awalnya.
Dibikin lebih hati-hati, berkesinambung dari plot asalnya lantas menjadikannya antara sekuel yang terbaik walaupun sudah hampir 3 dekad berlalu.
6.
Devil’s Rejects (2006)Antara sekuel horror yang terbaik pernah dibikin (yang mana plot serta karakter-karakter utamanya dibawa sepenuhnya ke sekuelnya bagi mewujudkan kesinambungan naratifnya).
Aku berani katakan bahawa belum ada lagi filem sekuel horror (slasher khususnya) dibuat lebih baik dari yang ini. Kau boleh tonton sekali lagi sekuel filem seperti
Friday the 13th, Nightmare on Elm Street 2, Scream 2, Halloween 2 (filem ke-4 mungkin yang terbaik),
Saw 2,
Exorcist II,
Poltergeist 2, (
Creepshow 2 mungkin agak baik) atau mana-mana lagi seangkatan dengannya, dan tampil mengatakan ada sekuel horror lain yang lebih baik.
Devil's Rejects @ SKRIN7.
Spiderman 2 (2004)(Sebelum itu, seperti juga pembaca
IMDB yang lain, aku juga turut kecewa kerana sekuel ini telah terkeluar dari senarai
Top 250 filem pilihan pembaca).
Tidak ada beza ketara di antara
Spiderman 2 dengan
Spiderman 1 (melainkan plotnya) kerana pembikinnya adalah manusia yang sama.
Dan kalau sudah nama Sam Raimi pengemudinya, maka (untuk filem ini) aku pendekkan sahaja bebelan aku sampai di sini.
Spiderman 2 @ SKRIN8.
Lord of The Rings – The Two Towers (2002)The Two Towers mungkin tidak dianggap sekuel kerana skrip atau plotnya terdiri daripada kontinuiti sebuah naskhah yang dihasilkan Tolkien. Tetapi apa yang penting di sini, Peter Jackson membentangkan kisah keduanya itu dengan cemerlang sekali.
Dari teknik peperangan Helm’s Deep yang seru sehinggalah ke perkembangan karakter yang lebih menyeluruh malah segala-galanya yang tidak terjawab dalam Fellowship of The Ring, diolah dan diadaptasikan dengan sempurna dalam menuju ke versi akhirnya. (Sehingga aku percaya ada di kalangan khalayak mengenepikan sama sekali versi pertama, lantas terus menonton prekuelnya).
9.
Matrix Reloaded (2003)Aku membariskan juga
Matrix Reloaded adalah kerana sekuelnya tidak menghampakan (apabila menontonnya dengan ekspetasi yang sangat-sangat tinggi) atau mungkin setaraf dengan filem pertamanya. Aksi yang lebih sarat lagi berat, kerana menontonnya kau akan sedar akan kewujudan ‘superman’ baru (Neo) di arena filem (yang mana kita tahu dia punya kuasa di konklusi versi asal), maka segala aksi yang dipaparkan memberi keterujaan emosi yang kita mahukan (rujuk babak Neo menyelamatkan Morpheus dan Trinity dari kolisi dua buah trak).
Maka ia menjadikannya sekuel yang baik. Dan aku tidak mahu menyentuh langsung tentang prekuelnya.
10.
Hannibal (2001)Kalau kau masih ingat lagi di babak akhir
Silence of The Lambs, agen Starling (walaupun dibawa
Julian Moore tetapi masih sekuat
Jodie Foster) menerima panggilan dari Dr. Hannibal (membawa simbolik ‘perasaan’) lalu siri itu diteruskan dalam Hannibal, selain paparan lebih sadistik yang ditonjolkan Ridley Scott dengan segala macam pembaharuan dalam teknik fotografi, sinematografi yang membentuk elemen ‘true-horror’, babak ‘shocking’ Hannibal menjadikan otak satu santapan malam, dan paling memeranjatkan ialah di konklusinya.
Menjadikan sekuel ini antara yang terbaik pernah dibikin (apatah lagi kerja menerajui semula filem oskar bukanlah satu kerja sambil lewa).
11.
Kill Bill Vol. 2 (2004)Seperti juga filem lain yang berkonsepkan 'sebuah' cerita yang (terpaksa) dipisahkan dua atau tiga oleh sebab masalah durasi, Tarantino berjaya mewujudkan rentetan kesinambungan dari Vol. 1 untuk finale ini.
Walaupun tampak lebih 'subtle' berbanding asal, tetapi masih dianggap sukses oleh sebahagian besar pengkritik serta fanatiknya, termasuk aku.
Kill Bill 2 @ SKRIN12.
Book of Shadows : Blair Witch 2Filem ini adalah antara filem yang sejujurnya membuatkan aku rasa berbelah bagi, samada aku menyukainya atau sebaliknya. Samada aku sangat menyukainya sebagai sebuah naskah asli, mahupun membencinya sebagai sebuah sekuel.
Kalau kita rujuk kembali kisahnya – usaha sekumpulan anak muda mencari 3 orang yang hilang itu ada hubungkaitnya. Tetapi, aku sendiri tidak tahu. Yang aku tahu aku filem ini amat baik dibikin, lagi-lagi dikonklusinya.
Barangkali kalau dibuang perkataan Blair Witch '2' itu bisa menjadikan ia tidak disenaraikan di sini.
13.
28 Weeks Later (2007)
Bezanya tidak jauh dari versi
Danny Boyle. Tema kemanusiaan serta satira sosial itu masih ada, cuma barangkali tidak sekuat asal.
Bagaimanapun, hakikatnya sekuel ini di tangan
Juan Carlos amat cemerlang dari pembukaan yang penuh emosi (membayangi pos-apokalips versi Boyle tentang tema kekeluargaan) sehinggalah ke akhir sekuens yang masih tidak bersolusi.
14.
Godfather II (1974)
Antara sekuel yang paling baik pernah dihasilkan. Aku fikir belum ada lagi sekuel yang boleh ditakrifkan sebuah
Masterpiece. Maka ini adalah satu-satunya (tambahan lagi ia bertaraf Oskar - malah selepas filem ini belum pernah ada dua karakter yang dibawa oleh dua aktor berlainan, memenangi Oskar kedua-duanya).
Sebelum itu, semalam aku bertanyakan pada teman aku dan dia memberitahu aku bahawa filem ini hebat cuma kerana satu perkara –
Robert De Niro. Haha.
Itu antara 14 filem yang aku boleh senaraikan (oh mungkin ada banyak lagi yang aku tertinggal). Selepas ini, kalau berkesempatan aku akan menulis pula beberapa sekuel yang boleh dianggap tidak berjaya atau barangkali tidak patut dibikin sama sekali.