26 September 2003

Ulasan Filem : (Telemovie) Ampunkan Dosaku (2003)

Malam tadi saya berkesempatan menonton sebuah tele-movie VCD bertajuk "Ampunkan Dosaku" keluaran Motion Planet. Mungkin agak terlambat untuk saya mengulas namun tergerak hati untuk menulis sepatah dua.

Filem yang membariskan pelakon handalan seperti Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Darling Ngasri mengisahkan bagaimana seorang ibu lakonan cemerlang Fauziah Nawi yang terpaksa hidup dalam kesempitan dalam membesarkan 3 orang anaknya setelah ditinggalkan suami. Atas kesempitan itu, dia mengambil jalan singkat dengan melacur dan akhirnya diketahui oleh anak-anaknya. Akibat itu, beliau disisihkan oleh anak-anaknya, terutama anak sulungnya iaitu Zamani (lakonan Zamarul saya kira setanding dengan Rosyam Nor dalam "Pondok Buruk") lalu merempat di kaki-kaki lima.

Filem ini mampu mengundang kesedihan (saya juga tidak terkecuali), hasil lakonan yang amat berkesan dan menyentuh perasaan namun apa yang boleh saya perkatakan ialah terlalu banyak unsur 'kebetulan' yang terdapat dalam filem ini sedikit mencacatkan atau nampak terlalu 'unreal'.

Walaubagaimanapun, keseluruhan filem ini saya kira dapat memberi kesedaran tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu, dan walau bagaimanamana buruk pun ibu kita... ibu tetap ibu.. itu urusan Tuhan.. bukan urusan kita.. Urusan kita ialah berdoa agar diampunkan dosanya.. dan yang pasti syurga itu di telapak kaki ibu. Ini mengingatkan saya pada sebuah kisah di zaman nabi..

Begitulah kiranya serba sedikit kisah malam tadi (malam jumaat) yang berlalu begitu sahaja... Pengajaran yang boleh diambil di sini ialah elakkan dari menonton filem sedih di malam jumaat... nescaya malam jumaat anda akan hanya diselubungi kesedihan............

24 September 2003

Gunung berapi gergasi ancam Bumi
(Petikan dari BH 15/09/03)

ancaman
LONDON: Ancaman terbesar terhadap makhluk Bumi terbongkar beberapa hari lalu berikutan hasil penyelidikan mendapati sebuah gunung berapi terbesar yang kini hanya menunggu masa untuk meledak.

Gunung berapi itu terletak di sebuah taman negara yang dianggap antara yang terkenal di dunia.

Pakar gunung berapi menyatakan medan seismik itu hanya menunggu masa untuk meletup dan akan menjadi malapetaka terbesar pernah dicatatkan di planet ini, mengatasi malapetaka lain sebelum ini.

Amaran mengenai peristiwa hitam itu muncul seminggu selepas ahli kaji bintang mendakwa satu asteroid sedang menghala ke arah bumi dan dijangka bertembung dengan planet ini pada Mac 2004.

Impak dan gegaran akibat pertembungan itu dikatakan cukup kuat sehingga dapat memusnahkan seluruh hidupan di bumi ini.

Bagaimanapun kini, makhluk Bumi kelihatan menghadapi ancaman yang lebih buruk dalam waktu terdekat. Gunung berani terbesar ini mempunyai kawah sehingga 84.8 kilometer dengan lebarnya mencecah 48 km.

Ia terletak di perut bumi di bawah Taman Yellowstone, Wyoming, Amerika Syarikat.

Jika gunung berapi ini meletup, ia bakal menjadi letupan gunung berapi paling kuat di bumi sejak 73,000 tahun Sebelum Masihi.

Letupan amat kuat itu akan menyebabkan lahar batu panas terpelanting sehingga beberapa kilometer ke atmosfera.

Daratan di dunia pula akan dilimpahi lautan lahar panas, berserta dengan awan debu besar yang dapat menghalang seluruh muka bumi daripada pancaran
matahari. Keadaan itu menyebabkan suhu dunia menjadi tidak tentu hala.

Pakar gunung berapi sudah lama mengetahui mengenai potensi dan bahaya letupan gunung berapi ini.

Selepas gunung berapi ini meletup, planet ini akan musnah sama seperti keadaan tempat yang diserang dengan bom nuklear musim sejuk (nuclear winter).

Semua hidupan akan menghadapi apa yang katakan tempoh mustahil untuk terus hidup kerana hujan asid akan melanda dunia.

Amaran terbaru mengenai letupan gunung berapi itu muncul selepas Profesor Bill McGuuire dari Pusat Penyelidikan Benfield Greig Hazard, Kolej Universiti di London, mendedahkan perkara ini.

Beliau berkata, kebiasaannya setiap 600,000 tahun, gunung berapi Yellowstone akan meletup. Letupan terakhir adalah pada 640,000 tahun lalu.

Oleh itu, letupan kali ini sudah lama tertangguh dan hanya menunggu masa.

"Sukar untuk meramalkan apa yang akan terjadi jika ia meletup. Apa yang pasti ia adalah malapetaka terbesar sehingga menyebabkan batu panas terhumban sehingga 48 kilometer ke atmosfera."

"Satu ribu kilometer padu lahar akan memancut dari gunung berapi itu, cukup untuk menenggelamkan seluruh Amerika dengan sekurang-kurangnya kedalaman 12.5 sentimeter," katanya.

...cantik tapi bahaya Gunung berapi Yellowstone hanya dikenal pasti 35 tahun lalu apabila imejnya dikesan oleh satelit. Pada musim panas ini, ahli gunung berapi mengesan pergerakan kuat di bawah bumi di taman itu dan satu gempa bumi kecil berlaku hanya 14.4 kilometer ke selatan Yellowstone.

Pada Julai lalu, satu bahagian di taman negara itu ditutup selepas berlaku peningkatan pancutan wap panas. Kali terakhir bumi mengalami letupan gunung berapi yang kuat adalah di kawasan berhampiran Sumatera, 75,000 tahun lalu.

Pakar menyatakan, kesan letupan gunung berapi di Sumatera itu hampir memusnahkan seluruh manusiawi dengan jumlah penduduk di Eropah ketika itu, susut kepada hanya beberapa ribu orang.

Penemuan terbaru yang mengejutkan ini muncul selepas pakar pada awal tahun ini mendedahkan sebahagian daripada gunung berapi yang sebelum ini dianggap sebagai tidak aktif, sebenarnya masih aktif.

Penyelidik terkejut dengan penemuan bahawa bumi masih bergerak di bawah empat gunung berapi di Amerika Selatan, meskipun sebelum ini, gunung berapi itu sudah disahkan tidak lagi aktif.

(Email sumbangan Saudara Ephol)

Apa pula pendapat anda? Katakan apa yang hendak diperkatakan...

22 September 2003

FEAR = ...an unpleasant often strong emotion caused by anticipation or awareness of danger??

I have somehow compiled from the internet a list of funny or weird phobias..

(In alphabetical order)
Anuptaphobia - Fear of staying single...
Arrhenphobia - Fear of men...
Bibliophobia - Fear of books...
Catoptrophobia - Fear of mirrors...
Chrematophobia - Fear of money...?
Chromatophobia - Fear of colors...
Cyberphobia - Fear of computers or working on a computer...!
Didaskaleinophobia - Fear of going to school...
Eleutherophobia - Fear of freedom...?
Ergophobia - Fear of work...!
Erotophobia - Fear of sexual love or sexual questions...
Felinophobia - Fear of cats...!
Gamophobia - Fear of marriage...
Graphophobia - Fear of writing...
Hippopotomonstrosesquippedaliophobia - Fear of long words...
Philophobia - Fear of falling in love...
Plutophobia - Fear of wealth...?
Scoptophobia - Fear of being seen or stared at...
Triskadekaphobia - Fear of the number 13...
Venustraphobia - Fear of beautiful women...
Xanthophobia - Fear of the color yellow...
Zelophobia - Fear of jealousy...

17 September 2003

Preview : LOTR Return Of the King (December 2003)



Filem yang dinanti-nantikan peminat LOTR. I just can't wait to watch this final movie chapter. Understood the total budget of this film is about USD190 million making it the most expensive film ever produced! LOTR is an adaptation of J.R.R. Tolkien fantasy trilogy.

Secara ringkasnya, mengisahkan sambungan dari episod sebelumnya iaitu Fellowship of The Rings (part 1) & The Two Towers (part 2), Frodo dan Sam meneruskan perjalanan mereka bersama-sama Gollum menuju ke Mordor dengan satu tujuan - to destroy the evil ring. "Gandalf" returns and defeats the evil "Saruman". The cool warrior Aragorn, revealed to be the lost King of Gondor, travels to Minis Tirith with the remaining members of the fellowship to rescue the ancient city from Sauron's grasp.

For those yang masih belum (atau baru terfikir) untuk tonton this cool movies, you guys should then quickly run to the DVD/CD shops nearest and grab them not just one but two. Don't miss it, as the third (final) chapter is about to return!! Get set.. Ok Go!

**Pre-rating: A+** hahaha!