08 September 2003

Ulasan Filem : 28 Days Later (2003)

Skrin Top 10


28 DAYS LATER - Satu lagi filem yang aku tengok last month dan aku rasa nak berkongsi dengan korang semua...... very good movie indeed.

Cerita ini dimulakan dengan sekumpulan pemuda (animal-rights activist) bertindak nekad menceroboh masuk sebuah makmal penyelidikan haiwan (di London). Mereka mendapati haiwan2 (yg dikurung) tersebut berkelakuan sungguh ganas dan luarbiasa. Tanpa menghiraukan amaran para saintis di situ mereka kemudian bertindak melepaskan haiwan2 tersebut tetapi malangnya telah diserang seterusnya bermulalah wabak virus misteri tersebut.

28 hari selepas tu, Jim (lakonan Cillian Murphy) tersedar dari koma di sebuah hospital yang telah dikosongkan… (langsung tanpa kelibat seorang manusia pun). Bukan saja di hospital malah satu bandar London kosong tanpa penghuni!

Dalam usaha untuk mencari kelibat seseorang, dia sampai ke satu gereja dan mendapati banyak mayat bergelimpangan di sana,. Kedatangannya rupa-rupanya telah disedari dan di sini lah titik bermulanya kisah Jim berusaha melarikan diri atau lebih tepat lagi berperang dengan beribu-ribu zombie atau mayat hidup!

Filem ini penuh dengan babak2 cemas/seram dan bagi penggemar horror-movie, jangan tak tengok!!

28DaysLater-trailer/preview (quicktime)

**Spiral (Rating: B+)**

28 Days Later dan Lintas Sejarah 'Orang Mati Hidup Semula' oleh Fadz

No comments: