
Bayangkan memandu selaju 190 km/sejam di kawasan bandar. Saya kira remaja belasan tahun mungkin boleh terhibur dengan aksi tak-masuk-akal sedemikian. Lagi satu, aksi memandu secara reverse ditengah-tengah highway sekali lagi selaju 100++ km/sejam... aahh lupakan saja... (mungkin gear reversenya bukan hanya ada satu!)
Cubaan pengarah untuk menyerapkan elemen 'videogame' ke dalam filem ini ternyata menemui kegagalan. Dari segi lakonan, amat membosankan serta lawak slapstik yang entah apa-apa.
Keseluruhan filem ini saya boleh katakan gagal berbanding filem pertama yang cukup mantap lakonan Vin Diesel. Mungkin juga filem ini tidak sehebat filem pertama kerana ketiadaan kereta-kereta Honda (walaupun cuma ada S2000) dan juga 'old-skool' Vin Diesel (fast & furious part 1).
Huh..too fast to race...(again)
Rating : C-