26 September 2003

Ulasan Filem : (Telemovie) Ampunkan Dosaku (2003)

Malam tadi saya berkesempatan menonton sebuah tele-movie VCD bertajuk "Ampunkan Dosaku" keluaran Motion Planet. Mungkin agak terlambat untuk saya mengulas namun tergerak hati untuk menulis sepatah dua.

Filem yang membariskan pelakon handalan seperti Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Darling Ngasri mengisahkan bagaimana seorang ibu lakonan cemerlang Fauziah Nawi yang terpaksa hidup dalam kesempitan dalam membesarkan 3 orang anaknya setelah ditinggalkan suami. Atas kesempitan itu, dia mengambil jalan singkat dengan melacur dan akhirnya diketahui oleh anak-anaknya. Akibat itu, beliau disisihkan oleh anak-anaknya, terutama anak sulungnya iaitu Zamani (lakonan Zamarul saya kira setanding dengan Rosyam Nor dalam "Pondok Buruk") lalu merempat di kaki-kaki lima.

Filem ini mampu mengundang kesedihan (saya juga tidak terkecuali), hasil lakonan yang amat berkesan dan menyentuh perasaan namun apa yang boleh saya perkatakan ialah terlalu banyak unsur 'kebetulan' yang terdapat dalam filem ini sedikit mencacatkan atau nampak terlalu 'unreal'.

Walaubagaimanapun, keseluruhan filem ini saya kira dapat memberi kesedaran tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu, dan walau bagaimanamana buruk pun ibu kita... ibu tetap ibu.. itu urusan Tuhan.. bukan urusan kita.. Urusan kita ialah berdoa agar diampunkan dosanya.. dan yang pasti syurga itu di telapak kaki ibu. Ini mengingatkan saya pada sebuah kisah di zaman nabi..

Begitulah kiranya serba sedikit kisah malam tadi (malam jumaat) yang berlalu begitu sahaja... Pengajaran yang boleh diambil di sini ialah elakkan dari menonton filem sedih di malam jumaat... nescaya malam jumaat anda akan hanya diselubungi kesedihan............