12 September 2003

Ulasan Filem : Pirates of The Caribbean : The Curse of the Black Pearl (2003)


Pirates of the Caribbean merupakan sebuah lagi filem Jerry Bruckheimer keluaran Walt Disney Pictures yang menampilkan bintang seperti Johnny Depp sebagai Captain Jack Sparrow (seorang lanun yang berusaha mendapatkan kembali kapal 'Black Pearl'nya) dan Orlando Bloom (yg cukup kita kenali dalam LOTR sebagai Legolas) melakonkan watak sebagai Will Turner.

Filem ini tidaklah sehebat The Lord of The Rings kalau hendak dibandingkan tetapi cukup menghiburkan untuk tontonan seisi keluarga. Captain Jack Sparrow dalam filem ini dilihat tidaklah terlalu tipikal watak lanunnya kerana sesetengah filem-filem lanun keluaran holywood biasanya menampilkan watak lanun bermata satu, tangan kudung, jahat dan sebagainya.

Tetapi dalam filem ini tidak pula. Saya boleh kategorikan Jack Sparrow sebagai lanun baik & lembut! Filem ini mengisahkan Will Turner menyelamatkan kekasihnya iaitu Elizabeth Swann yang telah diculik oleh lanun yang terkena sumpahan Turner.

Will bagaimanapun terpaksa meminta pertolongan Jack dalam usaha beliau. Sebuah filem yang saya kira cukup bermutu dari sinematografinya dan efek visual yang mengkagumkan. Tetapi bagi peminat filem aksi... don't expect too much.

POTC Preview (wmp)

**Rating: B+**

No comments: