17 May 2005

Pra-tonton : Land of The Dead




Pertamanya, aku tak sangka filem ni akan keluar bulan depan (24 Jun) sebab khabarnya masih dalam produksi (sehingga dikeluarkan bulan oktober nanti). Tetiba dah keluar theatrical trailer. Haha! Betul-betul si 'Papa-Dead' - George A. Romero ni bermati-matian nak bersaing masa musim panas di US (sebab musim summer la mat2 & minah2 salleh gila keluar nonton wayang). Khabarnya jugak, mulanya Land of The Dead (LOTD) hampir pasti akan dikeluarkan dalam format video sahaja (bukan sinema), sehinggalah Universal Pictures setuju untuk keluarkan. Katanya, Guillermo Del Toro (pengarah Hellboy, Cronos) pun ada menyumbangkan sedikit modal kewangan.

Filem 'Dead' terakhir Romero - Day of The Dead ialah tahun 1985. Maknanya dah genap 20 tahun 'orang tua' ni 'gian' nak buat semula filem zombie (walaupun selepas Day dia ada buat lain-lain filem seperti Monkey Shines dan The Dark Half). Lagilah bila dia tengok banyak filem-filem zombie 'berkeliaran' di sinema. Aku rasa filem yang paling buat dia 'gian' (untuk mengarah semula 'dead') ialah lepas dia tonton Shaun of The Dead. Menurut IMDB.com, orang tua ni suka giler dengan Shaun of The Dead, sampaikan dia mintak Simon Pegg berlakon dalam LOTD (mungkin 'cameo' zombie). Agaknya, Dawn of The Dead yang di remake Zack Snyder tahun lepas menambahkan lagi kegianannya!

Asalnya sebelum judul Land of The Dead diberi (secara rasmi), filem ni ada tiga atau empat judul. Judul asalnya "Dead Reckoning", tapi sebab al-musabab dah banyak orang pakai nama tu (antaranya Dead Reckoning tahun 1947), maka tak jadi. Satu lagi, "Dead City" – inipun bunyi lebih kurang dengan nama "Paura nella cittĂ  dei morti viventi"... apa tu? Haha... itu terjemahan City of The Living Dead karya Lucio Fulci tahun 1980. (nota : kepada sesiapa yang jumpa filem "E tu vivrai nel terrore - L'aldilĂ " aka The Beyond (1981) tolong kasi pinjam sama aku!). Lagi satu judul "Twilight of The Dead" (bunyi cam Hitchcock la pulak – tak zombie la), dan akhir sekali judul "Night of The Living Dead : Dead Reckoning" (kan aku dah bilang, Romero memang suka jugak nak pakai nama Night tu...!).

Dari malam ke subuh, subuh ke siang, siang ke...? Malam la balik kan!? Maka betul la Romero nak letak judul 'Night' tu balik. Kalau senja jadi 'Dusk of The Dead' - bunyinya kelakar sangat tak? Macam genre crime pulak. Hilang interpretasi 'dark' pada judulnya.

LOTD akan dibintangi Asia Argento (anak legendari seram Itali - Dario Argento – yang jugak pernah bertindak sebagai penolong penerbit Dawn of The Dead 1978). Asia pernah berlakon dengan Vin Diesel dalam XXX sebagai Yelena (saja kalau korang nak tahulaa...).

Melihatkan sinopsis plotnya, aku tidak sepatutnya terus 'menghukum' filem ni, sebab barangkali lepas kau tonton, kau akan kata : "Ini macam Resident Evil!" atau "Alaaaa... (babak-babak tu) Zack Snyder dah buat dah dalam remake Dawn 2004!!" ataupun "Ini dah macam pernah aku tonton, tapi filem apa ya? '28 hari kemudian' kot!"..

Hahaha.. walaumacamanapun skeptisme kita, kita (horror/zombie fans) kena tonton dulu baru cerita. Kemungkinan besar aku akan tonton di Perth bulan depan (harap2 serentak). Kau jangan harap filem ni lepas kat Malaysia. Sebab Romero dah kata, dia nakkan segala macam aksi 'gore'nya dipertontonkan tanpa sebarang tapisan (bukan hanya dalam versi VHS/DVD).

Jadi, kalau kau nak tonton tunggu jer DVD-release (taukey 'sekolah filem' kita banyak bersepah – kau bayar jer 10 ringgit sekeping nanti – gerenti takde tapis). Kau akan lebih puas hati. Aku cakap sebab dulu kita pernah dijanjikan dengan tayangan Dawn of The Dead 2004 tahun lepas di panggung kita. Last2, habuk pun tarak. Alasannya, dah tentu terlalu ganas, tak sesuailah macam-macam lagi. Padahal aku tonton previunya di TGV KLCC sendiri tu! Apapun, aku dah serik tonton di panggung Malaysia terutamanya genre horror.

Jadi betullah kalau ada suara-suara yang berkata panggung wayang Malaysia hanya sesuai untuk budak-budak sahaja...


They're coming to get you, Barbara...!


Laman web rasmi LOTD : www.landofthedeadmovie.net
Trailer : www.apple.com/trailers/universal/landofthedead
Lain – lain : www.georgearomero.com

No comments: