30 December 2006

Zombie Honeymoon (2005)

Oleh Mahhass

Apabila sesebuah filem seram itu cukup segala ramuannya, iaitu berdasarkan originaliti serta punya intensiti jiwa lantaran membangkitkan emosi, maka ia akan menjadi sebuah filem seram yang baik.

Zombie Honeymoon adalah sebuah "filem romantik zombie" yang pertama (selepas elemen cinta dan hubungan pernah disuntik dalam Return Of The Living Dead 3 kalau kau masih ingat).

Ditulis dan diarahkan oleh Dave Gebroe, walaupun namanya aku kira terlalu asing dalam subgenre ini, namun filem ini antara homej zombie yang terbaik untuk Lucio Fulci (lihat babak seorang pelanggan video memakai t-shirt Zombie 2), George A. Romero serta Brian Yuzna.

Filem ini sebenarnya 'menyahut' persoalan yang barangkali pernah timbul (dalam filem-filem zombie sebelum ini), iaitu "bagaimana agaknya jika orang yang anda sayangi (pasangan) bertukar menjadi zombie?". Bunyinya barangkali senang, kau bunuh saja, tapi persoalan itu aku kira berjaya dikupas dalam filem ini.

Berkisahkan pasangan muda, yang sedang dalam berbulan madu. Didatangi satu zombie sewaktu mereka di pantai, dengan tidak semena-mena zombie itu memuntahkan isi perutnya ke mulut si suami. Si suami disahkan mati oleh doktor, tapi ironinya telah hidup kembali. Namun sedikit demi sedikit proses evolusi ke zombie itu berlaku, tambahan dia hanya berkehendakkan daging dan darah manusia.

Secara teknikalnya, banyak yang baik dalam filem ini walaupun terdapat lubang di sana-sini khususnya dalam plotnya. Jukstaposisi bulan madu, kasih sayang, cincin perkahwinan dan zombie (kanibalisme) itu sungguh cantik sekali diciptakan lantaran memberi impak kuat dalam filem ini.

Pengimbangan elemen-elemen itu tampak begitu sempurna, malah penuh subtle lagi poignan, bermaksud, kau akan merasai suasana keseraman dalam kesedihan (maka tidak hairanlah filem ini terpilih ke Slamdance Film Festival, San Francisco Film Festival dan juga USA Film Festival).

Ini adalah satu-satunya filem zombie yang bisa membuatkan kau (atau sebenarnya aku) menangis hiba di babak konklusinya, menjadikan is sebuah lagi cult-masterpiece.



Layari laman rasmi : www.zombiehoneymoon.com

28 December 2006

The Great American Snuff Film (2003)

Oleh Mahhass

Kalau diklasifikasikan, blog aku dah sememangnya di ratingkan R (Restricted to Adults 18+ and Over) di Australia, NC-17 di US (versi uncut), UK18, R21 di Singapore, Rated 'BANNED' di Malaysia – selepas tapisan barulah 18SG. Maka SKRIN aku (secara pretensiusnya aku katakan) bolehlah diklasifikasikan 18SG di Malaysia. Tapi aku peduli apa.

Baiklah, lantakkan semua apa kejadah klasifikasi itu, yang penting aku menonton lagi.

Sekali lagi filem getir menjadi pilihan aku. Filem ini sebenarnya baru di'lepaskan' versi video, itupun (menurut sumber IMDB.com), hanya di USA, New Zealand dan Australia baru-baru ini. Negara-negara lain tidak pula dinyatakan.

The Great American Snuff Film adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 1995-1998. Ia sebenarnya adalah tajuk asal sebuah pita rakaman (Super 8 film) pembunuhan seorang pembunuh bersiri bernama William Allen Grone (telahpun dijatuhkan hukuman mati ke atas 13 kes culik, siksa, rogol dan bunuh).

Apa yang terkandung dalam filem yang hanya berdurasi 2 setengah minit itu sungguh menggegarkan masyarakat Amerika suatu waktu dahulu – iaitu futej seorang wanita yang diikat dan akhirnya ditembak di kepala. Matinya penuh tragis.

Namun filem ini sebenarnya diadaptasikan terus dari jurnal William Grone itu sendiri bersama partner-in-crime nya (yang juga dibunuh Grone). Pengarah Sean Tretta bagi aku berjaya memvisualisasikan dengan sungguh baik sekali akan jurnal tersebut (secara naratif) ke layar, dari saat penculikan hinggalah ke saat akhir pembunuhan.

Sudah tentunya berbajet kecil, filem indie ini dengan adunan muzik latarnya yang sungguh kena, berjaya membentuk suasana tegang, seram, brutaliti, saspens, griti lagi provokatif dengan penuh intensiti. Itu yang istimewanya filem indie, walaupun kadang-kadang (lakonan, efek CGI khususnya) kelihatan sungguh amatur, namun interpretasinya, lantas mencipta ruang yang amat besar. Dan biasanya sinema indie lah yang senantiasa mencipta suatu kelainan serta revolusi baru tanpa batasan restriksi.

Maka sudah tentunya aku tidak hairan apabila khalayak mainstream terjerit-jerit, memaki-hamun lagi menyumpah-nyumpah menonton sub-genre sebegini. Kenapa harus keadilan sosial dititikberatkan dalam sesebuah filem?

Di bahagian akhir filem ini (kredit akhir), kita pertontonkan paparan futej sebenar pembunuhan tersebut (sebelum audien di beri amaran terlebih dahulu). Namun terdapat percanggahan fakta, ada yang mengatakan itu palsu dan ada yang mengatakan ianya asli. Kau tontonlah sendiri. Bagi aku, aku lebih suka mengatakan ia futej sebenar bagi melengkapkan' secara 'maksimum' akan apresiasi tontonan aku.

26 December 2006

The Last Horror Movie (2003)


Oleh Mahhass

"Aku sedang dalam proses pembikinan sebuah filem (cult-horror) yang bagus tentang pembunuhan, dan dalam masa yang sama, akulah pembunuh itu" - Max Perry.

Sebenarnya aku ada masalah sikit dengan filem ni yang aku sendiri tak tahu walaupun paparannya aku kategorikan ganas, sadistik, ekstrim, 'mengganggu', atau apa sahaja.

Baiklah untuk filem ini, aku cuba serius sikit.

Berbajetkan 50,000 pound sterling, doku-filem indie ini mengisahkan Max Perry, seorang fotografer, lunatik serta kurang kewarasan moralistik, secara pretensius mendokumentarikan dirinya seharian, serta mem'video'kan kesemua mangsa-mangsa bunuhnya (selepas disiksa bertubi-tubi).

Segala futej pembunuhan itu dirakam malah diedarkan (di kedai video), dan mangsa yang seterusnya ialah siapa yang menontonnya. Bunyinya agak klise malah pretensius (bagi sub-genre slasher atau serial killer), namun filem ini ada originalitinya dari segi konsep, idea dan tekniknya (walaupun aku hairan kenapa perlu di'widescreen'kan sebuah doku-filem, pengarah Jullian Richards perlu buat lebih homework dan mengambil contoh doku-filem Michael Moore kalau mahu terbitkan 'feel' atau apresiasi sesebuah dokumentari).

Seperkara lagi yang bermasalah tentang filem ini, ialah ketidak-kemasan struktur naratifnya. Kita dibawa (oleh Max) untuk ber'kenal-kenal' dengan keluarganya – malah aku kira beberapa babak Max agak terlalu berusaha untuk menunjukkan bahawa dia juga punya kehidupan ordinari seperti individual lain, namun masih tidak wujud akan kekontrasan watak putih dan hitamnya. Perhatikan sewaktu Max menonton semula rakaman nostalgia beliau bersama familinya sewaktu kecil. Terlalu berusaha (untuk meraih simpati) bukan?

Itu antara masalah-masalah dalam filem filem ini. Lain-lain aku kira agak baik – dari segi originaliti (walaupun masih berpaksikan pembunuh bersiri namun tekniknya berlainan dengan Henry : Potrait of a Serial Killer), serta idea yang tercetus membunuh secara doku-filem (walaupun konsep 'membunuh dan merakam' video pernah dilayarkan dalam filem 9mm).

Aku sedar filem ini boleh sahaja kau kategorikan salah satu filem cult (idealisme serta falsafah yang ditonjolkan) namun tidak boleh berdiri setanding dengan filem cult-masterpiece lain khususnya bagi sub-genre ini.

Beberapa babak membunuh aku akui sangat baik dibuat (kalau diukur dari segi bajet). Salah satunya ialah babak mangsanya diikat dan akhirnya dibakar hidup-hidup. Tak lupa juga adegan mangsa yang ditikam bertubi-tubi di dapur - lihat saja tatkala Max 'menerangkan' kepada perempuan yang sedang nyawa-nyawa ikan tersebut – "Kau akan ku'masuk'kan dalam filem aku, tunggu, kau jangan mati dulu...tunggu!".

Ironinya, filem ini menang 7 daripada 9 nominasi awards. Namun, perasaan aku bercampur-baur samada aku suka atau tidak akan filem ini. Kau mungkin suka akan filem ini (kalau kau belum tonton). Cuma aku saja yang ada masalah sikit.

Barangkali kerana dikonklusinya, yang bagi aku (watak Max Perry itu) sungguh pretensius, kurangnya ruang simplisiti bahkan terlalu ambisius, walaupun sesetengah khalayak (mainstream) mungkin menganggapnya sungguh getir lagi menakutkan. Tidak bagi aku.

23 December 2006

SKRIN Gelap & Frankenstein Reborn (2005)

"Siapa bilang blog hitam tak menawan, tak menarik hati.. tiada memikat... "

Hahaha akhirnya SKRIN aku dahpun aku simbah cat (baca:darah) hitam. Kaler lama aku dah bosan. Memang dah lama aku nak cat hitam cuma aku tak ada masa. Tapi bukanlah bermakna aku dah taknak tonton filem lain selain horror. Kalau kau kasi filem CINTA yang tengah meletup sekarang ni pun (kalau aku tonton) aku tulis jugak.

Tapi aku pun hairan jugak sebab dalam 9 dvd yang aku sewa semalam, 6 daripadanya adalah bergenre horror/slasher/zombie flicks, 2 spongebob dan cuma satu genre action. Hmmmmm....

Ok ini satu daripadanya : Frankenstein Reborn (2005)

Pertamanya, filem ini adalah versi 'direct to video' ataupun 'direct to rental', maka kebarangkalian kau jumpa kat Malaysia adalah tipis sama sekali.

Keduanya, kau TAK payahlah buang masa cari, sebab tak berbaloi walaupun kau ni seorang peminat fanatik (gila babi) Frankenstein, sebab ini bukanlah versi 'update' dari Mary Shelley. Mungkin cuma diinspirasikan dari tulisan Mary Shelley - Kisah Prometheus Moden, idealisme pemikiran seorang saintis (melalui sains) hilang akal lalu cuba melawan takdir, serta cuba bereksperimentasikan kematian.

Tapi itu kisah original yang ditulis Mary Shelley, bukan dalam filem ini walaupun intepretasinya barangkali sama cuma gaya serta emosinya sungguh jauh sekali.

Maksudnya, kau mungkin sayangkan (watak) Frankenstein yang original tapi untuk filem ini, kau boleh layan gelak. (Aku memang skeptikal dengan low budget-flick tapi entah kenapa aku nak sewa jugak - mungkin faktor 1 dvd sewa 1 dollar = 10 hari, murah beb!)

Selain gelak, cuma ada satu dua perkara yang aku kira agak bagus(lah) terutamanya dari sudut gore dan keganasan. Pertamanya - babak pembukaan yang menyaksikan seorang perempuan dipenggal badannya. Kedua dan terakhirnya, ialah di babak akhir, seorang lagi perempuan kepalanya dipenggal. Kedua-dua adegan tersebut dibuat tanpa sebab-musabab.



Maka bolehlah aku simpulkan bahawa filem ini tak sepatutnya diberi-pakai judul Frankenstein. Tak layak. Namakan sahaja 'Doctor Dead' ke, 'Doctor Zombie' ke 'Dead Clinic' (sebab proses menghidupkan balik orang tu dibuat kat klinik) ke takpun 'Clinic of The Dead'! Hahaha

19 December 2006

Reeker (2005)

Seperkara penting yang perlu ada dalam mana-mana filem seram ialah faktor seram itu sendiri, iaitu sejauh mana keseraman itu dapat diwujudkan tanpa mengambil kira aspek logikal sesebuah filem.

Maka dalam Reeker, kau takkan terperanjat, terloncat, terlompat-lompat, menggigil-gigil atau berusaha menutup mata (dengan bantal atau apa sahaja termasuk memeluk pasangan kau sendiri) ketakutan, buat-buat tak takut walhal jantung berdetak dengan kencang dan sebagainya.

Pembukaan filem ni aku kira agak cantik, ganas, menarik lagi menyelerakan - satu keluarga kemalangan jalanraya - si bapak kepala dah terbelah macam kau belah buah kelapa – lantas berjaya untuk membuatkan aku duduk terpaku lagi tergamam sejenak selama 2-3 minit sebelum aku tinggalkan babak-babak awal yang lain (yang sungguh klise bagi filem-filem slasher) semata-mata untuk aku buat segelas nescafe.

(Aku teruskan tontonan tanpa menekan butang 'back' di remote dvd buruk aku).

Sejurus selepas itu (dah aku agak) satu kumpulan remaja bersiap-siap nak ber'road trip'.. bla-bla.. bosan.. bla.... seks… mati... seks… bla bla… hilang... misteri si monster dengan gerudi... bunuh bunuh... kill kill.. lari! lari! zaaaap putus dua tiga.. putus tangan... Aaaarrgghhh Bosan giler!!!!

Tapi aku dah dapat agak & 'baca' plotnya seakan "Identity" – twisted ending - jadi aku layan sampai habis.

Satu yang menarik dalam filem ni, ialah bau-bau kematian itu dapat dicium mangsa tatkala sebelum si pembunuh aka monster atau dimetaforakan sebagai Malaikat Maut datang ambil nyawa.



Dan kejutan twist di konklusinya, bolehlah aku kira 'menutup' kebodohan filem ni walaupun bukan semua.

Tapi macam aku cakap, garapan seram (walaupun agak gory) tak dibuat dengan baik maka watak monster atau pembunuh atau slasher tak akan diingati sebab kalau nak bikin filem seram, watak antagonis harus dikembangkan sebaik-baiknya. Sepertimana uniknya watak Leatherface dalam Texas Chainsaw Massacre, Freddy Si buruk Krueger dalam Nightmare on Elm Street, Si Jason kebal dalam Friday The 13th, Si jahat dalam House of 1000 Corpses & Devil’s Rejects, watak mutant dalam Wrong Turn dan jugak Hills Have Eyes (sekuel bulan Mac 2007), Si Zombie cerdik dalam Land of The Dead, watak God’s Hand dalam Frailty, Hanibbal dan jugak serial killer dalam Se7en serta SAW dan banyak-banyak lagi.

Maka oleh sebab endingnya aku kira agak 'gerek', aku terpaksa menekan kembali butang menu di remote dvd aku untuk menontonnya buat kali kedua…

----------------------------------------------------------------------------


Hills Have Eyes 2 Teaser Trailer - Enjoy!

15 December 2006

Dead Meat (2004)

"Weii bila kau nak update blog?" ; "Apsal kau dah taknak menulis lagi ke?".."SKRIN kau dah mati ek?"...

Blog aku kira macam zombie lah senang. Dah mati hidup balik pastu mati balik pastu hidup balik. Kena tetak 3-4 kali, hidup balik. (melampau la pulak).

Seperti biasa - aku 80% sibuk + 10% malas + 8% tidur + 2% lain2. Memang aku takde masa kat Perth ni.

Ha ha dan seperti biasa sediakala - zombie horror flick jugak yang membawa aku semula (menulis) ke sini. Filem-filem lain buat aku 'lagi' malas nak tulis.

Dead Meat ni datang dari pengarah muda Conor McMohan - Irish. (Dialek Irish memenuhi segala ruang filem ni - sepertimana kelakarnya filem Undead dengan accent Aussie). Maka, (memetik kata2 seorang pengkritik filem ni) negara Ireland bolehlah kiranya masuk sekutu 'United Nation of Zombiehood'.

Filem ni, (seperti biasa) pinjam-meminjam pelbagai teknik klasik zombie, namun 'berjaya' mengolah serta membentuk suasana seram, gore, saspens ala tersendiri. Di awal babak kau akan tahu (kalau kau peminat hardcore zombie) bahawa kau sedang menonton satu lagi zombie flick, apabila protagonisnya telah pun 'berjaya' secara tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang sedang berdiri di tengah jalan. Dia mati dan hidup balik. Maka filem ini pun bermula...

Aku suka akan gaya ala 28 Days Later, serta teknik wideshot angle walaupun aku dah bosan akan teknik handheld, namun filem ni taklah kelam kabut sangat. Ada satu babak yang sungguh baik - satu keluarga yang bertukar zombie, anak-anak sedang memakan mak-bapak mereka. Lagi satu, tatkala mereka sedang melintasi kumpulan zombie-zombie yang sedang tidur... haha.




Keseluruhannya, hampir semua interpretasi filem zombie adalah sama- iaitu visi atau matlamat penulisnya melihat dari satu sudut apa atau bagaimana suatu bentuk 'neraka' dunia (yang berpunca dari manusia sendiri) itu boleh divisualisasikan ke layar. Dan apabila manusia akan atau masih lagi berperang dan berbunuh-bunuhan dengan manusia hingga akhir zaman. Bukanlah sekadar orang makan orang, kau kejar aku, aku kejar kau.

Haa satu lagi babak yang aku suka gila, waktu si anu 1 kena gigit di tangan, lantas si anu 2 ambil tindakan drastik - kasi potong tangan! Last2 mati katak jugak.



Ok aku dah malas dah nak tulis. Nanti kalau aku tonton lain2 zombie flick atau mana2 horror, slasher etc. (banyak aku sewa ni), aku tulis lagi.

17 May 2006

Return of The Living Dead : Necropolis (2005)

Hari kedua aku balik KL, terus aku ajak bini aku cari DVD baru. Bila saja aku nampak punyalah banyak filem horror baru yang aku belum tonton, apalagi, aku boronglah semua. Ini DVD pertama aku tonton (selepas berbulan lamanya aku tak tonton).

Kalau diikutkan, filem ini bukanlah sekuel dari versi asal 1985 (yang dibiarkan mati 21 tahun dulu). Cuma sekadar mencilok dari tajuk itu bagi tujuan pasaran khususnya bagi fanatik zombie fan (macam aku).

Filem ini meminjam pelbagai gaya, teknik malah tiada satupun yang tidak dipinjam dari filem-filem Romero seperti Night of The Living Dead, Dawn of The Dead, Day of The Dead, Land of The Dead, 28 Days Later, Zombie (Fulci) termasuk juga Resident Evil. Tidak ada apa yang baru lagi membaharukan. Kesemuanya dicilok bulat-bulat. Malangnya segala aspek falsafah ditinggalkan. Ini yang merosakkan sub-genre yang Romero perjuangkan. Semuanya tampak bodoh. Apa yang membodohkan lagi ialah apabila idea zombie bercakap-cakap sambil bergaduh.

Bagaimanapun, aspek gore aku kira mungkin aku letakkan di tahap baik. Percikan darah bersembur-semburan, gaya serta teknik seram-ganas, barangkali memenuhi selera aku malah segala 'cilokan' itu aku boleh maafkan. Kau mungkin juga terhibur dengan semua itu walaupun plot dan olahan skripnya aku kategorikan sampah.

30 April 2006

Riding The Bullet (2005)

Aku dah tonton lama dah filem ni. Aku dah siap kasi fadz pinjam dengan harapan dia akan tulis lepas dia tonton. Sampai sekarang aku tak nampak dia tulis kat tontonfilem pasal filem ni. Jadi aku tulislah apa yang ada dalam kepala otak aku pasal filem ni.

Ini filem hasil tulisan 'Papa' King. Kau barangkali tak pernah tahu-menahu pasal filem ni sebab King tulis sekadar short-story. Biasanya screenplay macam ni keluar kat TV series macam Tales from The Crypt atau Twilight Zone dan jugak Amazing Stories - ingat lagi?. Tapi Mick Garris tulis semula dan filemkan (dia juga cameo untuk filem ni). Sapa Mick Garris?

Direktor Mick Garris - Mamat ni banyak buat TV series King macam yang aku sebut di atas tadi. Filem terbaru dia bikin ialah Masters of Horror (Kompilasi filem-filem pendek seram) - Filem "Chocolate". Kau boleh baca kat blog Reza.

Filem ni menceritakan tentang pergolakan hidup-mati. Kontradiksi watak utamanya dalam memilih satu jalan, yang mana satu kau pilih. Salah pilih - kau mati. Falsafah King ialah hidup ini bermetaforakan rollercoaster (bullet) (cliche? M Nasir pernah cakap bukan?). Kau cuma perlu harungi tunggangan rollercoaster itu maka kau boleh teruskan kehidupan kau. Hilangkan segala duka lara (trauma) yang dulu.

Senang cerita, samada kau suka atau tak filem ni. Dalam erti kata lain juga, kalau kau boleh layan horror surealisme-supernatural-ambiguiti atau apa saja, maka kau takkan tidur di pertengahan jalan.

Disebabkan filem ni disuntik komedi, maka kau akan perasan homage filem-filem King seperti Sometimes They Come Back, Cujo, Carrie, dan jugak watak hantu 'double' (doppelganger) sepertimana kau tonton Secret Window. Tapi kalau kau bukan peminat King, mungkin kau tak perasan semua tu. Pun begitu, filem ni agak seimbang. Kau mungkin boleh ketawa untuk sesatu babak tapi 'terperanjat-kodok' dalam sekuens seterusnya.



Bagaimanapun, aku tidak akan meletakkan Riding The Bullet sebaris dengan filem-filem terbaik Papa King. Lalu jika kau katakan filem ni sungguh membosankan, aku angguk je.

Nota tambahan : Sorry fadz..!! Lepas aku post, baru aku jumpa kat blog kau ciss bedebah. Kau dah tulis hehe sori. Tapi pendek sangat. Aku yang lupa.
Riding The Bullet @ tontonfilem

28 April 2006

5 x 2 (2004)


Aku tonton filem ni sebab nama Francois Ozon (penulis & pengarah) yang tertera kat cover DVDnya. Arahan sebelumnya ialah Swimming Pool dan juga 8 Women.

Kalau aku pendekkan, filem ini memdekonstruksikan kisah satu pasangan suami isteri yang diceritakan secara 'reverse' kronologi. Sepertimana kau tonton Memento dan juga Irreversible.

Oleh sebab struktur naratifnya terbalik, walaupun kau dah tahu konklusinya, tetapi Ozon secara subtle mengajak kau 'mendekati' dan cuba 'membentuk' kembali strukturnya walaupun kau tak seteruja-mana disebabkan faktor konklusi antiklimatik.

Tidakkah kau bayangkan betapa konvensionalnya kisah pasangan ini kalau pengolahan ceritanya secara 'lurus'? Tetapi oleh sebab keunikan filem ini maka awal-awal lagi kau akan tonton pasangan ini sedang dalam proses menuntut cerai, lalu kita dibawa melwati satu persatu babaknya, sehinggalah ke saat awal pertemuan mereka.

5 x 2 sebenarnya membawa maksud 5 'keadaan' atau segmen yang diceritakan bermula dari babak 'bercerai', seterusnya sekuensi 'makan malam', 'kelahiran anak', 'hari perkahwinan' dan akhirnya (walaupun hakikatnya satu permulaan) ialah ketika saat pertemuan/perkenalan mereka di pantai.

5 x 2 tercalon di Venice Film Festival dan menang dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

22 April 2006

The Middle of the World (2003)

Seperkara yang merosakkan filem genre 'road-movie' ini ialah kehilangan momentum, sepertimana aku tonton filem Motorcycle Diaries yang membuatkan aku tertidur di pertengahan jalan.

Tapi aku kira filem ini lebih baik dari Motorcycle Diaries tapi terlalu jauh kalau dibanding dengan Y Tu Mama Tambien.

Aku memang suka filem yang berlandaskan dari real life. Filem ini berkisahkan satu keluarga di Brazil yang berbasikal sejauh 3,000 batu merentasi Brazil menuju ke Rio De Janeiro semata-mata untuk mencari hidup yang lebih baik di sana. Kalau nak diukur, bersamaan 5-6 kali ulang alik dari Johor ke Perlis. Tapi ini kisah benar bukan main-main.

Sepertimana road movie lain yang kau tonton, kau akan jatuh cinta akan sineri dan juga sinematografinya. Cuma tatkala filem ini terlalu memfokuskan karakterisasi, terlalu fokus akan perkembangan watak Antonio (konflik si anak yang semakin dewasa atau terlalu ingin menjadi dewasa)serta tidak menjustifikasikan watak2 lain, intipati filem ini akhirnya seakan hilang punca malah agak kurang sempurna. Sesat mencari pintu keluar. Cuma aku suka watak 'subtle' serta 'spiritual' si ibu dan si ayah.

Walaubagaimanapun, filem ini tetap cantik pembikinannya.

19 April 2006

Cerita Seram 4


Haha... aku belum tonton dan aku memang tak sabar nak tonton Scary Movie 4!


Nota : Beli dan tonton yang "original" di pasaran di Sg. Wang dan Low Yatt Plaza lagi 2-3 bulan dari sekarang!!!

12 April 2006

Selamat Datang ke Perth!

Aku dah lama tak menonton. Kau jangan tanya aku filem apa aku tonton. Masuk ni dah dekat 2 bulan satu haram filem pun aku tak tonton. Malas pun ada, tak ada idea pun satu hal.

Jadi untuk menggerakkan entri-entri aku yang sebelum ni ke bawah, maka aku letak gambar kota batu yang terletak di sebelah Australia barat yang di gelar Perth, sebagai penyeri skrin aku. Tapi aku tak duduk di celah-celah batu tu. Aku ada dalam 3km radius dari situ. So jangan cari aku kat situ.

Beberapa fakta pasal bandar Perth kalau kau nak tau :

1. Kod antarabangsa : ++61

2. Populasi penduduk : 1,400,507 (kat dalam bandar). Maka bila kau jalan-jalan beli-belah, kau takkan terlanggar bahu orang lalu lalang.

3. Etnik : 81.3% Australian (termasuk aboriginal), British 12%, New Zealander 2.3%, yang lain2 lebih kurang, termasuk 1% orang Malaysia.

4. Zon Masa : Kat Malaysia sekarang pukul berapa, maka bila kau kat sini, kau tak payah betulkan jam kau.

5. Agama : Lebih 30% orang kat sini tak ada agama. Ironinya, diorang kat sini baik2 belaka.. (How r u going mate? Good day mate!) Pernah abang aku tercicir dompet, siap ada sorang mamat tu siap cari & pulangkan. Kat Malaysia wallet or purse ko hilang? Haha jangan harap beb. Kau buat report kat balai, abang sarjan kat kaunter (err.. mesra, cepat & betul) boleh marah kau lagi..

6. Purata suhu : Januari-Mac dalam 25 degrees (tapi kalau masa summer boleh cecah 40), April-Sep dalam 15 degrees. Kadang2 je bawah 10 atau bawah 5 degrees. Kau jangan mimpi untuk main snowboard. Yang kau takkan boleh tahan ialah ke'ekstrim'an UV. Kalau kau duduk tengah-tengah panas (temp 30 degrees), cukup 5 minit kau dah boleh diklasifikasikan sunburn.

7. Tukaran matawang : 1 dollar australia = RM2.70 (setakat hari ni)

Haa dah tu jom lah datang sini.

15 February 2006

SAW 2 (2005)

Bilang saja horror, ia tetap menjadi pojaan hatiku..

Asalnya, lepas aku tonton Saw 1 tahun lepas, aku terus dapat tahu yang sekuelnya tengah dalam produksi. Mahunya tidak, kau bayangkanlah filem bajet kecik gila boleh box-office berpuluh-puluh juta dollar di US. Aku dah cakap, kalau kau nak filem kau box-office cepat satu world, kau buat filem horror!

Tak payahlah kau buat filem 'Cinta Agung' la, itula inila... Kalau nak buat cerita cinta, buat yang biasa-biasa jer... "kau suka aku, aku suka kau".. simple dah tak payah komplikated. Horror pun macam tu, sekadar imaginatif horror pun memadai.

Maka, adalah salah kalau aku kategorikan filem ni (SAW 2) antara filem horror terbaik tahun lepas, tapi yang pastinya, Saw 2 tetap menguja dengan garapan twistnya. Biarpun ada ketidaklogikan di sana sini dalam plotnya, namun tak ku ambil peduli.

Aku malas nak tulis pepanjang jadi aku pendekkan. Ada beberapa babak yang aku suka (dan seperti yang aku kata tadi, aku malas nak ambil peduli yang bodoh-bodoh) antaranya :

1. Babak klasik Saw 1... mangsanya 'mengejar masa' dan jugak mencari 'klu' untuk selamatkan diri (hey.. takkan 'kunci' itu yang dah dibedah dalam biji mata tak ngeri beb?) - Babak ni memang cemas - Kalau kau geng fanatik Saw, kau pasti teruja.

2. Saat si perempuan itu dicampakkan ke dalam lubang yang penuh jarum, semata-mata nak cari kunci... Waktu dia keluar balik, jarum picagari tu habis melekat kat badan.

3. Sewaktu kita dibawa semula ke bilik kotor lagi menjijikan dalam Saw 1 yakni apabila kedua-dua filem ini digabungkan. Mayat-mayat yang dah reput tu (kau bayangkan Saw 1, mamat yang kena tinggal bodoh lagi buta2 tu)... mak aiii.

4. Dan yang akhirnya, apabila khalayak (termasuk aku) TERTIPU lagi dikonklusinya. Tapi kali ini, memandangkan sekuel ini berbajet besar sikit dari filem pertama maka (twistnya) tidaklah hebat sangat namun tetap memeranjatkan.

Dah itu saja.

09 January 2006

Lila Says (2005)

Oleh Mahhass

Kalau kau nak tonton filem Perancis yang bagus, aku syorkan kau tonton filem ni. Filem ni aku boleh katakan sebagai sebuah "kisah cinta erotis-realisme" yang belum pernah ada mana-mana penerbit/pengarah ketengahkan. Ideanya menarik sungguh. Aku tak pernah tonton lagi garapan semacam ni. "Bitter-sweet erotic" kalau aku pendekkan kata.

Tunjang kisahnya adalah soal nafsu berahi. Paksi utamanya adalah seks. Konklusinya adalah cinta. Premisnya ringkas. Tapi hubungan yang terjalin antara si anu dengan si anu adalah platonik (nonfizikal). (Maka kau janganlah harap ada sebarang nudity dalam filem ini wahai anak-anak muda haha).

Al-kisahnya, Lila (seorang wanita muda tempatan) berkenalan dengan Chimo (lakonan Mohamed Khouas), seorang pemuda muslim Perancis berketurunan arab. Atau sebenarnya Lila yang seringkali cuba untuk merapati Chimo walaupun seringkali diusik oleh geng-geng Chimo. (Ironis apabila pengarah mengenepikan sama-sekali situasi post-9/11 dalam filem ini.)

Macam aku, kau akan sukakan watak Chimo. Seorang pendiam, serta agak kuat asas agama (sekurang-kurangnya!). Malah dikonklusi filem ini (yang penuh tragis), kau juga akan di'twist'kan dan lantaran membuatkan watak Lila itu sebenarnya 'suci' sekurang-kurangnya ada kontras yang besar berbanding apa yang selalu diperbualkan (termasuk cerita-cerita fantasi seks, seduksi Lila terhadap Chimo serta aksi-aksi lucah) di antara watak Chimo mahupun Lila.. Malahan, 'Dara' itu adalah metafora kepada 'pegangan sesebuah agama', suatu maksud kritis lagi menghiris, yang cuba disampaikan penulis filem ini.

Kalau kau seorang penggemar kisah cinta-erotik, kau akan sukakan 'simplicity' yang memenuhi segala genap ruangan dalam filem ini.

Ma Mère (2005)

Oleh Mahhass

Kisah Seorang Ibu Yang Terlampau

Kadang-kadang, aku dah sampai ke tahap bosan melampau untuk tonton sinema Perancis yang tak habis-habis lagi nak jadi pakar seks, psikoseksual, anatomi, pakar pathologi (ahli kaji penyakit) atau apa-apa saja. Maka itu sebablah agaknya sinema perancis kerapkali dilabelkan 'pretentious' agaknya.

Memang aku akui, banyak benda kau boleh tonton atau sekurang-kurangnya kau dapat 'belajar' dari filem tapi kalau garapan ceritanya terlalu di luar batas kesasusilaan, baik kau tonton porno saja. Contohnya filem sumbang mahram ni – seorang ibu 'sundal' yang cuba memikat anaknya untuk melakukan seks. Yang kelakarnya anaknya (yang dah besar panjang) boleh lak terpengaruh. Ha ha memang sinema perancis dah parah dan makin gila. Tapi sekurang-kurangnya lebih OK dari sinema Hollywood yang dah tak ada idea, asyik kitar semula (remake) filem lama. (err.. King Kong aku maafkan - hidup Peter Jackson! Haha aku bias!).

Kalau kau pernah tonton The Dreamers, aktor Louis Garrel sekali lagi di 'sumbang-mahram'kan dalam filem rating NC-17 ni (kalau dah ber'rating'kan NC-17, kau faham-faham sajalah). Tapi konsep psikoseksual dan sex behaviour dua beranak ni lebih sadistik, ganas dan gila sampai ke tahap mencederakan badan untuk lebih mencapai kepuasan seksual (klimaks ke apa ke kau jangan tanya aku).

Senang cakap. Aku tak suka cerita ni. Aku tak suka sebab aku tak paham apa kena dengan watak Pierre. Kalau maknya tu masuk akal lah sebab dia ex-porn star. Apa signifikan 'mencederakan badan' dan jugak masturbasi depan mayat mak dia di babak penutup cerita. Tak masuk akal.

Kalau kau berhajat sekadar nak tonton babak erotik/seksi (bukan sumbang-mahram), kau cari kat scene selection, lepas tu tutup aje. Cari DVD lain kalau nak tonton sebuah 'cerita' yang bagus.

Ma Mere
Pierre : "*ada dialog lucah di sini*"

Kaitan filem-filem yang 'sejenis' atau seangkatan dengannya :
The Dreamers
I Stand Alone
Anatomy of Hell
Humanite
Confusion of Genders
Swimming Pool