Oleh Mahhass
Kisah Charles Manson, pembunuh (atau mastermind disebalik pembunuhan 'infamous') Tate/LaBianca pada musim panas 1969, mungkin sudah dilupai serta menjadi sebuah lakaran sejarah hitam Amerika. Tetapi aku percaya masih ramai yang belum tahu atau mengikuti kisah hitam ini, barangkali kerana tragedi itu berlaku pada era 60an, sejurus sebelum memasuki 70an. Aku sendiripun belum lahir waktu itu. Mungkin generasi sekarang lebih mengenali nama Marilyn Manson berbanding Charles Manson, walaupun nama itu diambil sebagai 'penghormatan'nya terhadap Charles Manson, yang juga merangkap seorang pemuzik dan komposer muzik.
Dalam filem pseudo-dokumentari ini (maksudnya dokumentari yang watak-watak "real-life"nya dilakonkan semula), ia menggarap semula kisah Charles Manson bersama ‘pengikut’nya atau seringkali dilabelkan dengan nama (secara simboliknya) 'family'. Namun, filem ini (sesuai dengan judulnya) lebih memberi fokus terhadap pengikutnya, pop-budaya songsang, 'religious cult' yang sudahpun diwujudkan Charles sewaktu pembukaan filem ini.
Pengarah Jim Van Bebber lebih memberi pendekatan gaya hidup underground pengikut Charles Manson (beliau tidak banyak membuang masa mengajak kita mengimbau latar belakang mereka dan sebagainya), yang mana filem ini sangat sarat dengan adegan-adegan seks orgy, gaya 'hippie' seakan aku menonton filem eksploitasi (exploitation cinema) ala 70an (seksploitasi serta sinema grindhouse), dengan penggunaan dadah yang banyak, nihilisme serta proses ritual songsang oleh pengikutnya sambil menyembelih kambing hitam lalu dijadikan minuman serta 'mandian' (sepertimana yang kita lazim dengar melalui kisah Black Metal).
Juga aku kira beliau berjaya membentuk suasana 60-70an (yang biasanya aku 'kenal' suasana itu melalui filem) termasuk gaya yang banyak dilakukan dalam filem-filem mondo, teknik keganasan grafik (shock exploitation) seperti filem Last House on The Left, I Spit on Your Grave, filem-filem kanibal seperti Cannibal Holocaust, Mangiati Vivi (Eaten Alive).
Ia dikuatkan lagi dengan penggunaan teknik fotografi kelam, teknik dokumentari kasar "rough & snuff film", juga gaya seram-ekspresionisme ala Dario Argento dalam Suspiria dan juga Rosemary Baby (ironinya kerana Charles mendalangi pembunuhan Sharon Tate iaitu isteri Roman Polanski yang sedang sarat mengandung tatkala itu!) dalam satu babak yang menyaksikan seorang wanita yang disuapkan dadah, lalu didera, dirogol beramai-ramai dalam separa-sedar – pemfokusan mata mangsa itu mengingatkan aku akan mainan kamera Polanski terhadap Rosemary.
Walaupun filem ini khabarnya tidaklah berdasarkan seratus persen dari kisah sebenar Charles Manson dan pengikutnya , namun ia dapat (sekali lagi selepas versi dokumentari tahun 1970 berjudul "Manson", juga versi filem menggunakan judul yang sama tahun 1973 serta "Helter Skelter" tahun 1976) mendedahkan kisah ini di mata dunia, atau setidaknya untuk aku.
16 February 2007
13 February 2007
Industri Filem Tempatan Perlu Rawatan Terapi
Oleh Mahhass
Malaysia dilihat masih kekurangan filem-filem berunsur satira khususnya politik. Namun, sedar atau tidak, filem satira sosial (khususnya ditujukan kaum Melayu) sudahpun banyak dibikin pengarah tempatan, contoh terdekat ialah karya provocateur Yasmin Ahmad (lihat Rabun dan Sepet; bagaimana Yasmin dikecam oleh sesetengah pihak, kononnya memalukan orang melayu yang terkenal dengan seribu peradaban). Itupun menjadi topik hangat diperbualkan, sehingga dibincangkan ke parlimen.
U-Wei Haji Shaari juga salah seorang perintis filem sosial yang juga menyatira, mendedahkan sosialisme 'darkside' orang melayu (lazimnya dari sudut seksual). Barangkali pembikin yang paling berani ialah Amir Muhammad yang (mungkin secara halus) menyentuh isu-isu serta kebobrokan politik Malaysia, yang juga bertemakan provokatif. Kesudahannya, filem-filem beliau hanya boleh dipasarkan di luar Negara sahaja, tidak di negeri sendiri. Itu sesuatu yang amat menakutkan lagi memalukan.
Sebenarnya, atas nama demokrasi, tiada apa yang perlu 'mereka' khuatirkan, kerana segala bentuk fiksyen masih dilihat atau dinilai sebagai fiksyen, dan biasanya tidak akan wujud 'kaitan' antara yang hidup atau yang mati dalam sesebuah filem. Lainlah kalau membikin dokumentari (yang mana kita, setidak-tidaknya perlu merujuk kepada sesuatu – tempat, orang, tarikh misalnya, juga bahan rujukan itu mestilah dikreditkan). Justeru jika 'penyakit' ini berterusan, filem tidak akan dapat berperanan sebagai medium pemberi kesedaran, pencetus atau penggerak minda, kalau tidak boleh didefinasikan sebagai 'mendidik' sekalipun.
Kesimpulannya, badan penapisan filem Malaysia (yang sudah tentu dikawal kerajaan) perlukan rawatan terapi. Ya, kesemua mereka yang terlibat bermula dari pucuk pimpinan. Mereka harus membuka minda, lihat dunia luar seluas-luasnya. Tidak perlu gusar dengan pendedahan mahupun sindiran jika kalian fikir kalian benar (siapa yang termakan cili?). Kenapa apabila bercakap tentang (filem) sesuatu badan penguatkuasa (filem kepolisan adalah contoh terbaik) asyik digambarkan sebagai sangat 'putih' wataknya (tidak langsung dikelabukan; rujuk Gerak Khas), tidak jelek dari segala elemen korupsi ataupun jenayah?
(Sila rujuk bagaimana getirnya garapan Training Day lakonan Denzel Washington – kisah polis korup - ironinya, sifat dekonstruktif watak itu masih dilihat dalam konteks individu, tidak pula menjejaskan reputasi polis secara keseluruhannya.)
Juga menjadi satu kesensitivitian apabila bercakap tentang isu moral atau korupsi pemimpin politik. Kisah yang banyak dipaparkan (dalam drama swasta "B-Drama" khususnya) ialah kisah datuk-datuk kaya yang 'gatal', kaki perempuan, cinta serta konflik keluarga, pecah amanah syarikat dan sebagainya. Itu semua eskapisme, klise, stereotaip atau apa sahaja. Lihat bagaimana (parti) demokrat Amerika (yang bencikan peperangan) menghentam pemimpin republikan melalui filem-filem, setelah suatu ketika dahulu, republikan banyak memonopoli filem-filem perang khususnya di era Perang Vietnam (episod Rambo lakonan Sly, Commando lakonan Arnold Shwarzenegger juga Missing In Action lakonan Chuck Norris, Black Hawk Down).
Bagaimana propaganda Amerika tampak sangat berkesan, sehingga aku sewaktu kecil dahulu menyanjung hero-hero Amerika, mengumpul askar-askar serta senjata mainan, melabelkan segala musuh Amerika sebagai musuh-musuh jahat. Tidak mustahil jika idealisme pos-9/11 - "teroris = orang berjubah/berjanggut/berserban/orang arab" itu juga diserapkan ke golongan kanak-kanak tatkala ini.
Tetapi (semua propaganda) dilihat agak sukar kini, berikutan sudah banyak filem (demokrat) yang menepis dakwaan atau idealisme tersebut, setidak-tidaknya beberapa sekuens dalam filem yang dilihat mengutuk dasar peperangan, termasuk situasi pos-9/11 (rujuk filem Inside Man – babak seorang Singh diperlakukan seolah-olah pengganas arab kerana (persepsi) memakai turban seperti yang dipakai orang arab; filem Flightplan di mana 2 penumpang arab dimaki hamun malah dituduh penumpang lain menculik budak yang hilang; filem Kingdom of Heaven; dokufilem Fahrenheit 9/11 yang mengutuk dasar George W. Bush dan banyak lagi). Lantaran mewujudkan kesan politik yang agak seimbang (check & balance).
Itu semua merupakan satu usaha atau barangkali boleh ditakrifkan sebagai 'kempen politik' (secara literal) namun objektif kesedaran itu masih boleh dianggap sukses, kerana filem-filem tersebut bersifat "turning-point", kritis, memberi pendedahan dan menyedarkan. Malangnya, itu semua belum lagi wujud dalam industri filem tempatan malah seperti TIDAK akan wujud sampai bila-bila.
Kredit foto : www.filemkita.com

Labels:
Esei
11 February 2007
2001 Maniacs (2006)
Oleh Mahhass
Al-kisahnya senang – sekumpulan muda-mudi dalam perjalanan ke Daytona Beach, tersesat (detour) ke satu bandar lama yang penuh misterius bergelar "Pleasant Valley" – tiba-tiba disambut dengan penuh meriah 'Guts & Glory’ oleh penduduk di sana. Tidak menyedari yang mereka semua bakal menjadi lauk santapan fiesta mereka.
Oleh sebab filem ini adalah sebuah remake dari filem seram/slasher klasik keluaran 1964 berjudul Two Thousand Maniacs (arahan Herschell Gordon Lewis), maka aku 'maafkan' segala klise, gaya atau stereotaip yang ada (hey, kalau sudah namanya "remake", takkan kau nak buat plot lain?).
Sekarang baru aku baru sedar, plot sebegitu (walaupun aku belum menonton versi asal) sudahpun dibikin sejak era 60an lagi oleh Raja "Gore" – Herschell Gordon Lewis yang sebelum itu membikin Blood Feast (1963) – dikatakan antara filem slasher penting selepas Psycho (1960) karya Hitchcock. Tetapi versi remake ini lebih ke arah filem "Splatter" berbanding "Slasher" (yang mana, filem ini lebih cenderung kepada paparan "gore" dan "violence" – walaupun slasher & splatter ibarat adik beradik kembar lain sifat). Juga oleh kerana berteraskan komedi, maka istilah "Splatstick" (istilah yang di’putarkan’ dari perkatataan "slapstick" oleh Bruce Campbell apabila ditanya tentang Evil Dead) adalah paling sesuai untuk 2001 Maniacs.
Oh, dan lagi, filem ini juga diterbitkan Eli Roth (muncul secara cameo sebagai Justin) di bawah produksi indie Raw Nerve –yang sebelum ini pernah menerbitkan Evil Dead 2 – (maka sudah tentu ada homej serta tabik hormatnya), Cabin Fever dan terbarunya Hostel.
Tanggungjawab mengemudi diberi pada Tim Sullivan. Robert Englund pula – si Freddy Krueger yang kita kenal dalam episod-episod Nightmare on Elm Street menjadi sandaran besar filem ini. Cuma aku rasakan pembawakannya tidak cukup kuat (pendeknya – tak cukup jahatlah).
Menontonnya tak perlu serius – seperti ketidakseriusannya (absurd) filem ini. Kau tak perlu bertanya kenapa, apa dan bagaimana, eskapisme - yang penting kau enjoy.
Bagaimanapun, aku kira ia berjaya (walaupun agak lemah dari sudut cerita dan "scare-factor") membawa semula ke era "Blood & Boobs" filem-filem splatter 80an (seperti filem-filem "notable" dari pengarah Brian Yuzna, Romero, juga termasuk "gorefest" Peter Jackson dalam Braindead termasuk filem-filem bajet rendah horror dalam dekad itu), bogel-bogelan, kelakar-kelakar bangang, karut-karutan, satira dan black-comedy (filem-filem demokrat sekali lagi mengutuk republikan - peperangan), kanibalistik serta sadistik - pancung-memancung, potong-memotong (hey.. kepala-kepala manusia menjadi hidangan makan malam!), dan tidak lupa babak-babak panas seks pasangan sepupu lesbian dan juga seks pasangan gay hahaha... bloody entertaining!

09 February 2007
Pan's Labyrinth (2006)
(El Laberinto Del Fauno)
Oleh Mahhass
Sebenarnya aku sendiri tak tahu bagaimana untuk mulakan. Boleh sahaja aku cerita tentang pengarahnya terlebih dahulu, tentang struktur plotnya, tentang fairy-tales serta magiknya, tentang realisme, tentang melodramanya, tentang ketahyulannya, tentang horror serta keganasan ekstremnya, tentang politiknya, tentang fasisme, tentang kepercayaannya, tentang keunikannya, tentang emosinya, tentang kasih sayang, tentang sinematografinya, tentang jukstaposisinya, tentang moralnya, tentang interpretasi serta falsafahnya, tentang pencalonannya di Oscar 2007, pendek kata macam-macam boleh aku mulakan.
Baiklah, oleh sebab persepsi utama aku ialah horror, menonton filem ini dari sudut horror juga sebagai peminat horror, maka aku mulakan sedikit sebanyak tentang horror.
'Horror-expectation' barangkali terlalu tinggi aku pertaruhkan, kerana aku sedar filem ini diklasifikasikan "R" (atau MA15++ di Australia - versi tontonan aku). Di Malaysia pula ia berstatus "Banned". Khabarnya, diberi alasan mudah - terlalu "violence".
Tetapi aku percaya, kebarangkalian sebab utamanya ialah kerana tema yang ada menyentuh sedikit sebanyak tentang keagamaan serta kepercayaan. Mungkin juga terikat dengan undang-undang penapisan filem Malaysia, sebarang tahyul atau mistik, ataupun yang bertemakan keagamaan boleh sahaja mengganggu atau menyesatkan (seperti yang berlaku pada filem Passion Of The Christ - hanya sebagai contoh). Bagaimanapun, jika ia sekalipun diluluskan dengan potongan, tidak mendatangkan sebarang makna, kerana kekuatan filem ini sudah pastinya hilang. Maka adalah lebih molek kalau tidak ditayang langsung.
Sememangnya, seperti yang diakui Guillermo Del Toro sendiri, ia sebuah "kisah pari-pari" untuk tontonan dewasa sahaja, berikutan subtemanya ialah politik (fasisme serta Perang Sivil), serta beberapa elemen keganasan yang diserapkan. Beliau juga berpesan agar tidak membawa anak-anak sekali untuk menonton filemnya, kerana khuatir, ibu bapa akan jenuhlah untuk menerangkan satu persatu. Tambahan lagi, filem ini berbahasa Spanish. Dikhuatiri mengganggu audiens. Lagipun, tiada sebarang fantasi yang indah-indah, kerana yang ada cuma kegelapan (darkness), - mungkin makhluk-makhluk atau monster itu semua bisa memberikan keseronokan kanak-kanak. Tetapi ia dibikin bukan untuk golongan itu, tidak seperti Wizard of Oz, malah jauh sekali Narnia, Big Fish, Peter Pan serta episod Harry Potter.
Beberapa sekuens violence (yang penting untuk filem ini) agak mengejutkan aku, malah aku letakkan ia sebuah fairy tales paling ganas pernah dibikin. Memang ada seksaan graphic-violence – hentakan ke muka sehingga hancur (sepertimana kau tonton Irreversible) sudah tentu amat mengerikan. Tikam menikam (perhatikan bagaimana Mercedes merobek mulut si fasis itu), tembak menembak, segala macam seksaan brutal ala fasis. Maka sekali lagi, babak-babak itu penting dalam pembentukan plot serta pengkontrasan watak-watak hitam, putih dan juga kelabu.
Perjalanan plotnya terbahagi dua, iaitu naratif kisah magis fantasi Efolia bersama Pan, makhluk gothic bertanduk berupa kambing yang fasih bertutur, dan kisah realiti getir Perang Sivil di Madrid sekitar 1944. Kedua-duanya bergerak seiringan, berselang-seli, walaupun agak mendatar pada setengah jam pertama, namun atas nama pembentukan watak, aku relakan walaupun kebosanan, kegelisahan amat ketara aku rasai. Aku cuba bertahan dan ironinya aku berjaya.
Misi utama Del Toro untuk filem ini ialah mewujudkan rasa. Seperti juga Cronos, Hell Boy (bagaimana Hellboy sayangkan tuannya) tema kasih sayang, pembentukan rohaniah (hubungan kekeluargaan) adalah paling sesuai sekali setelah dijukstaposisi dengan segala elemen darkness, fantasi, brutaliti, gore serta (perjalanan menuju) kematian. Bagaimana Del Toro ingin memperkatakan bahawa kanak-kanak itu sangat 'suci'. Barangkali satu proses asimilasi, atau mungkin satu bentuk dakwah Del Toro secara subtle (satu babak yang merujuk kisah “Garden of Eden” dalam kitab bible kristian, bagaimana Efolia tidak dapat mengawal nafsu lalu memetik buah dalam taman larangan, lalu celaka menimpa). Tetapi seperti yang aku katakan, filem ini sangat sukses dalam mewujudkan rasa, dan aku sedar akan kekuatannya. Paling ketara di babak-babak akhirnya. Maka kau akan faham ‘perjalanan’ yang aku maksudkan.
Akhir sekali yang aku boleh ceritakan (aku gali trivia dari sumber imdb), sewaktu di Festival Filem Cannes, sejurus selepas tayangannya, filem ini mendapat tepukan gemuruh serta “standing ovation” selama 22 minit. Hampir setengah jam lamanya - kalau akulah pembikin filem ini dan turut sama disaat itu, sudah pastinya aku menangis keterharuan. Dan mungkin akan menangis lagi apabila terkenangkannya.

03 February 2007
Rest Stop (2006)
Oleh Mahhass
Sewaktu munculnya House of 1000 Corpses, filem itu jelas dilabelkan "rip-off" Texas Chainsaw Massacre serta filem-filem slasher seangkatan sebelumnya. Namun apabila Rob Zombie membikin sekuelnya (Devil's Rejects), kutukan terhadap filem pertamanya itu hampir sahaja dapat dilenyapkan, kerana apabila kedua-dua filem itu disatukan, ia menjadi sebuah naskhah asli, lalu berjaya menutup segala lubang-lubang yang ada. Barangkali, keadaan yang sama dengan Rest Stop – sebuah produksi Raw Feed yang diterbitkan oleh pengarah The Blair Witch Project. Mungkin akan ada sekuelnya atau mungkin juga akan berkubur begitu sahaja.
Sebagai peminat "hardcore" sub-genre slasher ini, aku sedar, membaca sinopsisnya sahaja cukup membangkitkan selera menonton aku. Rentetetan pengulangan kisah, klise, stereotaip itu semua itu tak berjaya menahan aku untuk menonton filem ini. Aku tetap menonton walaupun perasaan aku tidaklah seteruja mana, ditambah dengan skeptisme yang menyelubungi. Tetapi agak memeranjatkan juga kerana filem ini, berjaya menahan aku dari awal sehingga ke konklusinya. Maka objektif tontonan aku tercapai kerana segala situasi cemas, suspens, thrill, violence, gore semuanya terkandung dalam filem versi direct to DVD ini (walaupun ia tampak seperti sebuah versi sinema).
Segala-galanya tentang slasher dipinjam Rest Stop, namun ironinya, debut pengarahnya John Shiban, ada menyuntik beberapa elemen surreal serta twist yang agak jarang kita jumpa dalam subgenre tersebut. Lalu ia menjadi lebih menarik walaupun dipengakhirannya membuatkan kita rasa tidak dihargai sebagai penonton kerana penjelasannya agak kabur (merujuk kepada pembaca IMDB), namun tidak pula bagi aku. Ada 3 alternate endings, maka kau boleh pilih yang mana satu idaman kalbu. Bagi aku, aku lebih memilih versi asal.
Aku mengharapkan sekuelnya diterbitkan, kerana ada subplot tentang misteri sebuah keluarga disfungsi yang belum terungkai dan aku sendiri tidak pasti akan kaitan dalam plot asalnya, kerana ia tampak agak menarik. Walaupun kesemuanya (tentang keluarga itu) ada terkandung dalam Special Features (segmen "Scotty’s Blog"), namun ia tidak menjustifikasikan apa-apa. Begitu juga akan segmen "Yellow Bus" – yang memaparkan brutaliti, seksaan ganas terhadap mangsa-mangsa sebelumnya.
Pun begitu, Rest Stop masih dilihat mampu berdiri untuk sebuah filem tunggal, walaupun tanpa sekuelnya. Sekurang-kurangnya untuk peminat slasher macam aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)