30 June 2004

Ulasan Filem : The Ages of Lulu (1990)

Oleh Mahhass

The Ages of Lulu saya boleh klasifikasikannya sebagai 'soft-porn'. Jadi ia hanya sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas atau pasangan yang sudahpun berkahwin sahaja. Filem 'dark-erotic' ini begitu sarat dengan paparan seksual malah juga homoseksual yang sememangnya menjadi tema filem ini. Saya sendiri tidak tahu kenapa minggu ini terlalu banyak genre sebegini (klasik) menjadi tontonan saya. (Mungkinkah ulasan filem 'dark-crime-erotic' Blue Velvet pula akan menyusul selepas ini?)

Struktur filem ini bergerak melalui penceritaan semula (voice-narration) seorang wanita bernama Lulu (lakonan Francesca Neri) bermula dari zaman beliau masih dara lagi sehinggalah bertemu seterusnya berkahwin dengan Pablo (lakonan penuh sensual Oscar Ladoire).

Hubungan erotik mereka pada mulanya seperti biasa sehinggalah suatu tragedi berlaku yang juga menukarkan atau menghasilkan elemen 'dark-side' dalam filem ini. Jika 'Kamasutra' cuba memvisualisasikan erotisme orang Asia ke dalam filem, maka Ages of Lulu seolah-olah memberikan paparan 'wild desire' sensualisme orang-orang barat yang lebih menjurus kepada 'kerakusan' nafsu seks tanpa batasan mereka yang sememangnya 'liar'.

The Ages of Lulu yang juga menggunakan tajuk 'Edades de LulĂș, Las' di Sepanyol telah meraih nominasi di GOYA Awards (Festival filem Nasional Sepanyol) 1991 untuk Lakonlayar Terbaik serta merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui lakonan Maria Barranco yang mendukung watak Ely – seorang 'nyah' antara salah satu yang dijadikan pasangan 'ketiga' (trio) dalam mencapai kepuasan nafsu maksima pasangan tersebut. Sememangnya lakonan beliau cukup berkesan dalam filem ini. Agak terkejut juga saya kerana beliau sebenarnya seorang wanita, saya menyangkakan beliau benar-benar khunsa!

Filem ini sebenarnya jujur. Menontonnya kita perlu berfikiran lebih dewasa dan terbuka. Bigas Luna (sutradara) cuba berlaku jujur dalam segala paparan 'hangat' untuk sesetengah adegan-adegannya. Ia merupakan satu 'eksplorasi' tentang jiwa manusia yang cuba mengungkap perbedaan di antara cinta dan seks.

Apa sekalipun paparan jijik lagi 'menyakitkan' di akhir babak dalam filem ini, saya pasti mesej yang disampaikan begitu jelas iaitu kesetiaan haruslah dihargai oleh setiap pasangan dan jangan cuba 'melangkaui' nafsu. Direkomendasikan untuk pasangan suami isteri menontonnya tetapi awas, pasangan anda atau anda sendiri juga harus berfikiran terbuka.

Sutradara & Lakon layar : J.J Bigas Luna
Adaptasi novel The Ages of Lulu oleh Almudena Grandes
Genre : Drama erotik, Thriller
Bahasa : Sepanyol
Durasi : 1 jam 35 minit


Keseluruhan kualiti DVD : 4.5/5 – Visual skrin lebar, Color, Sarikata (English, Chinese, Spanish), Dolby Digital.

28 June 2004

SALO : The 120 Days of Sodom (1975)

Oleh Mahhass

Melihatkan pada tajuknya sahaja, pastinya kita dapat membayangkan apa yang berkisar tentang filem ini. Saya percaya mungkin sebilangan besar dari kita merasa jelek dengan tajuknya, namun perasaan ingin tahu pastinya tercetus dikalangan penggemar filem. Benar, kerana ini adalah di antara filem paling kontroversi pernah dihasilkan oleh pengarah berbangsa Italy, Pasolini atau nama penuhnya Pier Paolo Pasolini.

Filem ini bukan setakat diharamkan hampir di seluruh dunia, malah riwayat sutradara ini juga berakhir disebabkan filem ini. Beliau dibunuh pada tahun yang sama ia dikeluarkan.

Begitu ekstremnya imej yang terkandung sehingga mencetuskan perdebatan hangat di parlimen Australia, sehinggalah filem ini akhirnya dilepaskan dalam bentuk video hanya pada tahun 1993 (itupun setelah hampir 20 tahun ianya difilemkan).

SALO diambil bersempena dengan pemerintahan facist Mussolini di Republic of Salo, Italy pada tahun 1944-1945. Ia diadaptasi dari novel hasil penulisan Marquis de Sade bertajuk The 120 Days of Sodom.

Segala-galanya tentang filem ini adalah tentang penyiksaan seksual. Terus-terang saya katakan bahawa sesetengah paparan visualnya begitu memeranjatkan. Belum pernah lagi saya menonton filem yang sekotor ini.

Struktur naratifnya dibahagikan kepada 4 bahagian. Ia memaparkan penculikan terhadap 9 remaja lelaki dan 9 remaja perempuan yang kesemuanya akan disiksa oleh 4 'aritocrats', yang digelar The Bishop, The President, The Duke dan The Magistrate. Perilaku luarbiasa yang dilakukan oleh kempat-empat protagonis ini membayangkan saya akan erti kekejaman dan kecelakaan fascism terhadap manusiawi.

Paparannya begitu menjijikkan sehingga saya sendiri merasa mual lebih-lebih lagi dalam bab yang ketiganya : Circle of Shit. Anda bukan sahaja boleh menyaksikan remaja-remaja malang itu disiksa secara seksual, malah mereka juga dipaksa memakan najis manusia. Tidak cukup dengan itu, mereka memasaknya untuk dijadikan santapan malam. Menurut Pasolini dalam temuramahnya tentang adegan jijik itu, beliau menjawab, "Itu adalah satu serangan ke atas junk food, kesemua 'makanan industri' itu merupakan sampah yang tidak ada nilai".

Keempat-empat karakter sial dalam filem ini seolah-olah ingin 'bereksperimen' atau 'mencari' suatu kepuasan maksima dalam melakukan apa sahaja bentuk penyiksaan. Gambarannya begitu hidup dengan berlatarbelakangkan alunan muzik yang dianggap Pasolini sebagai 'muzik tipikal fascist'.

Mereka dijadikan suatu bahan hiburan, ditelanjangkan, diperlakukan seperti anjing, diliwat beramai-ramai akhirnya disiksa dan disula sampai mati.

Saya harus tekankan di sini bahawa filem ini bukan untuk semua golongan boleh menontonnya – penonton mainstream awas!. Barangkali filem ini hanya sesuai bagi penggemar filem (film buffs) dan juga bagi mereka yang tahu menilai seni yang terdapat dalam filem walaupun realitinya begitu jijik sekali sehingga nyawa pengarahnya (Pasolini) sendiri menjadi korban.

Sutradara : Pier Paolo Pasolini (1922-1975)
Adaptasi novel : 120 Days of Sodom oleh Marquis de Sade
Genre : Drama, Seram, Politikal, Jenayah Seksual
Bahasa : Italy
Durasi : 1 jam 33 minit


Keseluruhan kualiti DVD : 4.5/5 – Visual skrin lebar 1:85, Color, Dolby Digital Mono, Sarikata (English) dan Special Features

Nota : Fadz, terima kasih!

Artikel tentang Salo-Passolini @ pemikir.blogspot.com

25 June 2004

Dengan sakitnya..

Ia bukan sekadar demam tapi sakit* (meminjam kata penulis novel Akademi Impiana - Dah Sakit?*).

Segalanya sakit. Sakit dengan gossipnya, dengan dramanya, dengan cintanya, dengan produksi gergasinya, dengan eksploitasinya, dengan sensasinya, dengan ke'jantan'annya, dengan ke'betina'annya, dengan kelantangannya, dengan lakonannya, dengan tingkah lakunya, dengan kegedikannya, dengan emosinya, dengan tangis sendu airmatanya, dengan nyanyiannya, dengan komentarnya, dengan kemeriahannya, dengan kebosanannya, dengan riang dan tawanya, dengan kealpaannya, dengan ceritanya, dengan kejutannya, dengan realitinya, dengan bintangnya, dengan kejuaraannya, dengan kejatuhannya, dengan keburukannya, dengan hala tujunya, dengan keangkuhannya, dengan keghairahannya, dengan nasibnya, dengan glameristiknya, dengan egoistiknya, dengan simpatinya, dengan penajanya, dengan afundinya, dengan pengundinya, dengan taksubnya, dengan telefon bimbit nokianya, dengan 32999nya, dengan kad goresnya, dengan bilnya, dengan ketidakserikkannya

24 June 2004

Festival Filem Malaysia ke-17

Oleh Fadz

Sebelum aku mula apa-apa, biar aku paparkan manisan dahulu:-

TWENTY one films will feature in the 17th Kuala Lumpur Malaysian Film Festival 2004 (FFM17) from June 25-27.

The figure is the highest ever and is proof that the local film industry is doing well, even if the same can't be said of the ticket sales.

Even the controversy on the eligibility of the four films produced by Metrowealth Movies Production has been settled.

The four films – Mistik, Jutawan Fakir, Cinta Kolestrol and Kuliah Cinta – will compete in the festival after all.

Only two films – Buai Laju Laju and Bicara Hati – were rejected. Buai Laju Laju was turned down as it's still in video format while Bicara Hati's won't make it due to its late submission.

Among the films expected to be nominated in the main categories are Janji Diana, Trauma, Berlari Ke Langit, Pontianak Harum Sundal Malam, Paloh, Bintang Hati and Cinta Kolestrol.

Out of those, four are expected to battle it out in the top four categories – Best Actor, Best Actress, Best Film and Best Director.

They are Tayangan Unggul's Trauma and Berlari Ke Langit, Pesona Pictures' Pontianak Harum Sundal Malam and Finas' Paloh.

Pontianak Harum Sundal Malam, Berlari Ke Langit and Trauma have also been chosen to represent Malaysia at the Asia Pacific Film Festival in October.

Although it's still too early to know which films will be nominated in the main categories, it's is safe to predict Gila Bola, Bisikan Remaja, Aku Kaya The Movie and Di Ambang Misteri are highly unlikely to be picked as the top three nominees.

The main categories up for grabs are Best Actress, Best Actor, Best Supporting Actor, Best Supporting Actress, Best Director and Best Film.

These are the possible contenders in the four most prestigious categories:
• FOR Best Actress, the most likely nominees are Maya Karin for Pontianak Harum Sundal Malam, Nasha Aziz for Trauma and Janet Khoo for Paloh. However, Erra Fazira may also get the nod for Cinta Kolestrol. But there's no doubt the vampire (Maya Karin) will go head on with the psychotic killer (Nasha Aziz).

• For Best Actor, the top three nominees might be Rosyam Noor (Berlari Ke Langit), Azri Iskandar (Pontianak Harum Sundal Malam) and Nam Ron (Paloh). My money's on Rosyam Noor whose acting in Berlari Ke Langit is simply superb.

• For Best Director, the three directors who might compete are Shuhaimi Baba for Pontianak Harum Sundal Malam, Aziz M. Osman for Trauma and Badaruddin Azmi for Berlari Ke Langit. It'll be interesting to see if Badaruddin will repeat the success of KL MenJerit that bagged him the Best Director award.

Of course, the same three films – Pontianak Harum Sundal Malam, Trauma and Berlari Ke Langit – are expected to be nominated in this category. All three are fine movies, each with its own strengths. It won't be an easy task for judges to decide which one is most deserving.

Wow, seronoknya tahun ni. Nampak seperti filem-filem Melayu mula bergerak dan bergerak. Mula bernafas, hidup. Sekurang-kurangnya untuk aku, filem-filem tahun ini (juga beberapa filem tahun lepas) sudah mula mengambil 'kembali' hati penonton kita. Lihatlah Festival Filem Malaysia pun dah nak bermula, antara 'highlights' dalam hidup aku yang aku tunggu-tunggu dalam setiap tahun (bukan academy awards saje ya).

Tapi aku agak bertanya, adakah Buli, Gila-Gila Pengantin Remaja, Big Durian, Gedebe, Lang Buana tak masuk? Dan Buai Laju-Laju kerna format 'video'nya maka ia ditiadakan? Bagaimana pula dengan filem-filem underground? Aku harap FINAS lebih terbuka dan bukan mengambil filem 'mainstream' sahaja, sebab filem-filem seperti Capturing The Friedmans, Thirteen, Requiem For A Dream aku rasa jenis filem-filem 'independen' juga yang ditayangkan dalam wayang arthouse orang puteh (dan bukan di wayang-wayang besar, kalau ia 'meletup', baru ditayangkan di wayang-wayang biasa). Apa pun, nadi filem kita dah mula berjalan!

Aku rasa tahun ni, Berlari Ke Langit akan menang besar, dan terkemudian Paloh, Pontianak Harum Sundal Malam dan Trauma (tapi aku masih sukakan Gila-Gila Pengantin Remaja). Tengok gezet 'Berlari' pun dah naik bulu roma, macam filem 'puitis' yang dibuat oleh Garin Nugroho pula.

"Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan TRAUMA..."

(Updated 27/06/2004...)
Barisan pemenang FFM 17
Foto : Barisan pemenang anugerah Festival Filem Malaysia ke 17

21 June 2004

Ulasan Filem : The Butterfly Effect (2004)

Oleh Mahhass

Sebelum anda membaca ulasan ini, cuba anda bayangkan sejenak. Bayangkan apa yang anda telah lakukan sebelum anda duduk di hadapan komputer anda. Katakanlah sejam yang lepas anda sedang memandu ke pejabat.

Perjalananan anda lancar tanpa sebarang gangguan. Sesampainya anda ke pejabat, seperti biasa anda memberi salam kepada rakan setugas seterusnya berjalan ke tempat duduk yang menjadi tempat anda bertugas seharian.

Lantas anda menghidupkan komputer dan menunggu beberapa ketika. Proses itu berjalan seadanya dan akhirnya anda sampai ke laman ini dan seterusnya membaca (atau 'terbaca') ulasan ini.

Apa yang saya cuba utarakan di sini ialah adakah anda akan membaca ulasan ini andai kata perjalanan anda sebentar tadi terdapat gangguan... anda terlibat dalam kemalangan misalnya?

Mungkin jawapannya tidak bukan? Maka, bolehlah saya katakan yang sudah 'takdir' anda akan membaca penulisan saya ini kerana salah satunya 'berpunca' dari ketiadaan gangguan dalam perjalanan anda tadi. (anggapkan ia satu contoh sahaja). Maka plot atau perjalanan cerita tadi sudah pastinya akan berubah.

Maka filem The Butterfly Effect ini seakan memberi paparan terhadap apa yang sudah ataupun yang akan berlaku jika suatu benda atau suatu situasi itu telah berubah ataupun berubah-ubah. Ia bukan soal mengubah takdir, tapi paparan yang cuba digarap untuk filem ini begitu unik malah tidak terjangkau minda saya.

Filem ini bermula baik disamping mengundang seribu persoalan untuk babak pertamanya. Evan (lakonan Ashton Kutcher paling cemerlang pernah saya tonton) terkocoh-kocoh menyelamatkan diri dari sesuatu. Lantas kita dikembalikan semula 13 tahun sebelumnya iaitu di saat beliau masih di alam kanak-kanak. Di sini kita dapat menghayati kisah hidupnya sewaktu kecil sehinggalah 6 tahun selepasnya (alam remaja).

Evan menghidap satu penyakit misteri yang menyebabkan beliau hilang ingatan (black out) pada sesatu ketika yang agak getir atau dalam situasi yang tegang. Maka beliau tidak dapat mengingati apa yang berlaku.

Melangkah ke alam remaja, beliau dan rakan-rakan menjadi remaja liar. Sehinggalah suatu perkara buruk telah berlaku, dan seperti biasa beliau tidak dapat mengingati apa yang berlaku. Ironisnya, segalanya ada dicatatkan di dalam jurnalnya (beliau menulis jurnal sejak berumur 7 tahun) tetapi kebanyakan catatannya hanya separuh jalan berikutan fenomena aneh 'black-out' tersebut.

Di kolej (6 tahun selepasnya), barulah beliau teringat akan apa yang berlaku itu pun setelah jurnal-jurnal dibacanya semula. Evan cuba menjejaki semula teman wanitanya Kayliegh (lakonan Amy Smart) yang kini berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran. Beliau berjaya menemuinya namun kedatangannya tidak disenangi berikutan satu soalan yang diajukannya kepada Kayleigh tentang 'apa sebenarnya yang terjadi pada masa itu'. Kayleigh meninggalkannya pada malam tersebut.

Akhirnya Evan dikejutkan dengan berita kematian Kayleigh (bunuh diri). Maka bermulalah sesuatu yang agak pelik dan rumit untuk saya huraikan di sini. Ia seakan mainan psikologi.

Teori Butterfly Effect mungkin dapat menjelaskan tentang filem ini. Walaupun bunyinya seakan fiksyen namun ada yang menarik tentang filem ini. Ia sekadar filem tapi bukan sebenarnya bertujuan untuk menyesatkan.

Ia terpulang pada interpretasi masing-masing kerana saya memandangnya sebagai sebuah cerita yang menerangkan apa yang terjadi disebalik apa yang tidak berlaku. Situasinya sama seperti apa yang saya minta anda bayangkan tadi.

Mesej serta temanya jelas iaitu jika sesuatu perkara itu berlaku maka ia akan berlaku seperti yang telah ditakdirkanNya (walaupun apa saja perubahan yang berlaku). Maksudnya jika anda berhajat untuk makan nanti maka "cerita anda akan makan" itu akan bermula dari saat ini, sebaliknya jika tidak, "cerita anda makan" itu tidak akan bermula dan bakal menjadi cerita lain pula (cerita pasal shopping misalnya?).

Kesimpulannya, kedua-dua "cerita makan" dan "cerita tidak makan" itu kita boleh tonton dalam filem ini.

(Untuk lebih memahami ulasan ini, saya sarankan anda menontonnya dahulu)

SKRIN Rating : B+ (3.5/5)

Antara Hiburan dan Realiti TV

Akademi Fantasia 2Oleh Mahhass

Konsert AF2 untuk minggu kedua saya kira berjaya mencapai objektif yang dimahukan – "Hiburan" (walaupun masih kekurangan jiwa keseluruhannya). Tatkala berakhirnya konsert kedua tersebut, saya kira satu kesan baru mulai timbul pada penontonnya dan kini mulai dirasakan perubahan yang bakal berlaku terhadap program realiti tv paling diminati tanahair. Emosi, kejutan serta 'twist' seperti yang diramalkan sudah mula menunjukkan kesan. Yang masih belum 'reti-bahasa' ialah pengkritiknya.

Rata-rata masih menolak mentah-mentah program hiburan yang lain seperti Audition dan Who Will Win (The Malaysian Topstar) di NTV7 serta Malaysian Idol di 8TV malah kegemerlapan Bintang RTM juga kini seakan pudar dan lesu 'ditelan' rancangan-rancangan yang saya sebutkan tadi. Barangkali konsep baru Bintang RTM yang cuba berjinak-jinak bermain SMS memakan diri-sendiri. Peserta yang terkeluar diberikan peluang kedua walaupun mereka tahu segelintir penonton sudah naik jelak dengan konsep SMS sebegini. Persetankan sahaja konsep realiti tv itu semua yang (orang Malaysia) lebih cenderung memilih rupa (imejlistikal) berbanding bakat. Janganlah pula Bintang RTM diadili oleh penonton Malaysia yang masih lagi buta terhadap seni.

Berbalik tentang konsert AF II, kesemua 12 pelajar turun memberikan persembahan masing-masing dalam pelbagai suasana. Apa yang mendorong hati saya untuk menulis sebenarnya cuma ada dua perkara, iaitu pelajar dan pengkritik. Saya tidak mahu sentuh hal lain.

Paling ketara ialah tentang juri/pengkritik konsert yang makin menjelekkan. Kudsia Kahar sepatutnya lebih berhati-hati agar tidak menampakkan kebodohannya dalam membuat sesuatu penilaian. 'Standing ovation' terhadap ZARINA membusukkan lagi imejnya. Terus terang saya katakan, tiada apa yang istimewanya dengan vokal ZARINA yang dilihat 'terlalu berusaha'. Tidak terdengar pula saya kelunakan dalam lenggok suaranya. Yang lebih menghairankan saya ialah kenapa BOB tidak dipujinya (standing ovation juga misalnya). Terus terang saya katakan jika BOB tidak di AF, maka Malaysian Idol adalah tempat paling sesuai untuknya. Saya berani bertaruh yang BOB tidak akan jadi juara di AF2 (berikutan faktor 'imejlistikal'). Jika di Malaysian Idol, peluangnya saya boleh letakkan 90%.

KAER – Bernasib baik lagi. Masalah utama beliau sebenarnya bukan lirik tetapi tempo. (Beliau nampak panik lirik apa di bahagian mana - tidak fokus). Konsep 'World-Song' sebenarnya bukan susah dibawa jika kita sendiri 'menyusahkan' nyanyiannya. Ad-lib melampau-lampau nyaris tak memakan diri. Sepatutnya beliau belajar dahulu 'feel' - bagaimana tenangnya Zainal Abidin membawakannya.

ZAHID – Penurunan key jelas menghilangkan seni lagu Rahim Maarof. Pastinya Rahim Maarof kecewa atau mungin ketawa mendengar nyanyian beliau. Saya sendiri terkejut begitu senang Ramli M.S bersetuju untuk menurunkan key lagu ini. Kenapa? Terlalu takut vokal Zahid tidak sampai pada bahagian tinggi korusnya? Tak percaya? Cuba anda dengar semula versi originalnya dan bandingkan versi konsert. Hasilnya lagu Istana Menanti ini kehilangan jiwa malah saya berani katakan ianya telah rosak teruk sama sekali walaupun nyanyian Zahid masih dikira baik.

MAS – Sebuah emosi 'sulung' AF musim kedua. Realiti TV ialah Mas – Mas ialah Realiti TV. Mas ialah Akademi Fantasi 2 – Akademi Fantasia 2 ialah Mas. – Ini baru Realiti sebenar di kaca TV anda. Ada apa lagi?

En. Farihin (seorang bekas Al-Arqam) juga masih berlapik dalam menyuarakan komen-komennya walaupun respon 'simple'nya terhadap FARAH dengan mengatakan "lagu ini (Tua Mengejar Kita) saya rasa dicipta untuk awak" - saya sokong 110%. (suatu sinikal terhadap Fauziah Latif atau Malaysian Idol?).

Langkah penganjur mengambil Yusof Haslam sebagai juri konsert (yang sememangnya kita tahu tiada sebarang slot lakonan) tidak menampakkan objektif sebenar pemilihannya. Yang kedengaran, semua respon yang diberikan ialah "awak bagus...bla bla" "awak berbakat...bla bla me me bla bla..". Barangkali beliau hanya memerhatikan bakat-bakat baru untuk menggantikan 'bintang tua' Erra Fazira dan Yusry dalam filem terbitan akan datangnya.

"Nak cari pelakon, bukan kat AF, tuk. Datuk cuba intai kat Audition NTV7. Kat sana MUNGKIN ada bakat-bakat baru yang datuk nak. Budak-budak AF2 ni semua dahpun kena ikat tiga tahun dengan Maestro, lepas tiga tahun nanti datuk boleh datang ambik sebab depa dah takmoh dah".

16 June 2004

AKADEMI FANTASIA 2 : Ke ‘puncak’ manakah sebenarnya dituju?

Akademi Fantasia 2Oleh Mahhass

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari Akademi Fantasia musim ke 2 ini walaupun ia dilabelkan sebagai 'most anticipated' program realiti tv di malaysia. Apa yang dijangkakan saya sejak siaran ujibakat AF2 di Astro Ria menerusi rancangan Trek Selebriti sememangnya benar. Rata-rata anak-anak muda yang mencuba nasib semuanya terpengaruh dengan dunia penuh sensasi bekas pelajar AF1. Yang terpilih sudah membayangkan betapa popularnya beliau nanti. Yang tak terpilih pula tidak dapat menerima hakikat sehingga ada yang merungut "Kenapa aku tak terpilih sedangkan aku lagi bagus dari pelajar AF1?"

Lantaran AF2 pun bermula. Maka 12 muka baru menjadi tontonan seharian melalui Diari AF. Rata-ratanya menganggap diri mereka 'superstar' atau 'bintang' baru tanahair. Mereka tersilap sebenarnya. Mereka saya boleh umpamakan sekadar satu bentuk bahan hiburan yang bukanlah terlalu baru atau teruja untuk dibualkan ramai. Kebanyakan dari mereka tidak menampakkan ciri-ciri sebenar yang ada pada mana-mana 12 pelajar AF1 sebelum ini.

Masing-masing sudah sedia maklum yang diri mereka akan menjadi bahan tontonan seluruh Malaysia tiap-tiap malam kecuali Ahad. Masing-masing cuba TIDAK menonjolkan diri sebenar mereka. Maka tidak salah jika saya katakan mereka sebenarnya menghasilkan sebuah 'lakonan' walaupun tanpa penulis skrip dan sutradaranya. (Jika ada sekalipun tidaklah menghairankan). Malangnya lakonan mereka masih lagi kosong – tiada jiwa. Akibatnya, program realiti TV ini telah hilang sebahagian penontonnya berikutan hilang 'kejujuran'nya.

Barangkali mereka terlalu kemarukkan populariti. Seolah-olah cuba menjadi apa yang sudah pun ada dalam 'market'. Mungkin ada yang bercita-cita mencatas suara Anuar Zain, ada pula yang berfikiran dia bakal menggantikan tempat Siti Nurhaliza malah ada juga yang cuba meniru ketidakbagusan dan 'kesengauan' Yusry dan sebagainya. Yang tak bagus pun cuba ditiru, apa nak jadi entah. Apa sebenarnya yang penganjur mahu? Melahirkan 'superstar' atau semata-mata mengaut keuntungan SMS?

Maka kronologi yang sama akan sentiasa berulang lagi. Kitaran proses ini mengakibatkan tumbuhnya lagi selebriti atau artis-artis yang rata-ratanya kalau dinilai dari segi bakat (vokal, persembahan) terlalu mirip sangat, yang membezakan si anu dengan si anu ialah 'nama' dan 'imej' saja.

AF jika berlangsung seperti 'dijadual oleh penonton', maka akan ketiadaan impak. Pastinya akan ada di antara pelajar yang dianggap 'bagus' atau menjadi 'kesukaan' penonton akan 'dikeluarkan' sebagai turning-point penontonnya (bagi tujuan sms). Tetapi itu semua bukanlah satu unsur kejutan lagi. Rata-rata sudahpun menjangkakan senario atau elemen shock ini akan berlaku. Semacam plot wajib Akademi Fantasia. Jadi apa yang istimewanya lagi?

Sejak dunia hiburan kita melahirkan Siti Nurhaliza sebagai 'superstar' bermula seawal tahun 1994, belum ada lagi superstar baru muncul menghiasi persada seni hiburan tanahair. (Saya bukan peminatnya, cuma sekadar memerhati senario industri tanahair). Jika dikaji, kenapa Siti terlalu diminati? Jawapannya mudah. Beliau (pada awal-awal pembabitan) telah melakukan satu revolusi muzik tanahair.

Siti mencipta 'cult' untuk dirinya dengan lagu 'Cindai'. Kenapa lagu 'cindai' begitu terkenal dan diminati? Jelas kerana beliau (atau sebenarnya Pak Ngah) telah mengenengahkan elemen muzik kita, irama kita serta budaya seni kita. Bukan cenderong meniru barat (yang kononnya budaya mereka kita kutuk habis-habis, tetapi muziknya kita 'sembah' dan sanjung tinggi). Maka inilah yang terjadi. Melodi 'Cindai' menjadi siulan dari anak-anak kecil hinggalah ke orang tua. Inilah 'cult' yang kita mahukan sebenarnya.

Maka ramai yang mencuba nasib (walaupun agak keras untuk saya sebutkan) istilah 'meniru' paling sesuai untuk mereka-mereka itu. Hasilnya, kesemuanya kecundang jatuh hilang entah ke mana. Bukan sebab Siti, tetapi ketiadaan identiti pada diri mereka. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan artis-artis yang cuba menjadi Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman dan sebagainya? Bukankah Tuhan telah menciptakan sesuatu makhluk itu unik dan tersendiri, kenapa pula kita cuba menjadi si anu atau si anu itu?

Barangkali ada benarnya kemunculan Dayang Nurfaizah cuba merevolusikan era Siti Nurhaliza namun sebenarnya konsep muzik yang dibawakan Dayang masih berkiblatkan barat. Cuma teknik serta lontaran vokalnya memberikan suatu pembaharuan dalam dunia muzik tanahair (bukan global) . Usaha tersebut boleh dipuji.

Berbalik semula tentang AF, dan apabila tamatnya AF2 ini nanti wajah mereka sudah pasti akan terpampang di majalah-majalah hiburan tempatan seperti juga mana-mana artis tanahair tatkala ini. Tiada apa yang baru lagi membaharukan dalam industri. Sama seperti sebelumnya. Kita pula tak henti-henti berSMS untuk membantu mereka mencapai impian mereka. Apa sebenarnya yang kita mahu? Apa impian mereka? Apa pula impian kita? Nak lihat 'bintang lama' berwajah baru?

Begitu juga halnya dengan pengkritik/juri samada yang tetap atau tidak - profesional mahupun amatur. Komen-komen yang diberikan seperti "...anda perlu tingkatkan lagi vokal" atau "..nyanyian anda bagus tapi..." dan berbagai lagi komen yang sebenarnya tidak jujur dan masih lagi membohong.

Kenapa tidak diluahkan sahaja ketidakpuasan hati seperti "Kenapa awak nyanyi macam tu? dah takde cara lain lagi dah?" atau "..MAAF, nyanyian awak tidak menarik hati saya.. cuba lagi!" atau "...apa yang sebenarnya awak belajar di akademi selama ini? Awak belajar atau main-main?".

Adakah segala komen yang akan diberikan perlu mendapat 'mandat' penganjur terlebih dahulu? atau penganjur takut sangat kehilangan majoriti pengundi? Kenapa harus takut? Bukankah mereka ini sedang dalam proses pembelajaran dan perlu bersedia sepenuhnya dari segi mental (emosi) untuk dikritik sepenuhnya? Ini bukan perkara main-main. Masa depan remaja itu terletak di tangan penganjur. Tanggungjawab mereka besar dan tak ubah seperti seorang penjaga mendidik anak atau guru mendidik anak murid. JANGAN DIPERSIA-SIAKAN HIDUP MEREKA.


Baiklah, mungkin jika sudah terkeluar sekalipun mereka dari akademi, yang bagus mungkin ada habuannya. Ada yang ditawarkan untuk album malah ada juga yang menjadi pengacara dan sebagainya. Tapi itu sebenarnya tidak memberi satu jaminan mutlak buat mereka. Berapalah sangat nilai ringgit yang mereka dapat kecapi (melalui jualan album misalnya) berbekalkan bakat yang tak seberapa itu?

Bayangkan tatkala populariti mereka semakin pudar suatu hari nanti, ke mana pula 'PUNCAK' (kononnya gemilang cahaya) yang akan mereka tuju sejurus selepas itu? Tidakkah waktu itu baru mak bapak mereka akan sedar dan menyalahkan diri sendiri akibat terlalu ghairah mengejar sebuah impian yang ternyata hanya sekadar 'demam' sementara?

Mereka masih muda remaja. Langkah mengkaji semula had umur penyertaan mungkin berkesan bagi menarik lebih ramai penonton yang agak bosan melihat karenah remaja ini. Justeru adalah lebih baik untuk mereka mencapai impian kerjaya yang lebih kukuh dahulu sebelum kenal dengan dunia glamour. Mereka pastinya akan hanyut di bawa arus duniawi sehingga alpa mengejar cita-cita murni yang ditanam sejak kecil. Bakat (nyanyian atau lakonan) adalah bakat, kerjaya adalah kerjaya. Lebih bagus jika tidak dicampur adukkan. (Khabarnya kesemua mereka telahpun menandatangani kontrak selama tiga tahun sejurus sebelum memasuki akademi).

Apa 'konon'nya tanggungjawab kita? Menghantar SMS Afundi? Pesanan saya janganlah kita turut sama menjadi pendorong hidup penuh glamour dan sandiwara anak-anak muda ini. Mereka masih muda remaja. Tidak salah jika kita menjadi pendorong untuk mereka (walaupun bukan semua) agar meneruskan pelajaran terlebih dahulu sebelum muncul bergelar artis (sebagai kerjaya sambilan misalnya). Cukuplah dengan AF musim pertama.

Mungkin kita lupa yang kita sudah dikenakan bayaran untuk menonton salurannya. Tak perlu kita lihat beberapa muka surat 'ekstra' dalam bil telefon bimbit lagi ataupun menggores 5-6 keping kad prepaid dalam masa kurang dari tempoh sebulan. Dan yang penting sekali, tak usahlah lagi kita 'turut serta' mengeksploitasi masa depan mereka ini kononnya untuk menghasilkan "bintang" yang tak akan ke mana perginya.

Nota : Program Malaysian Idol (disiarkan di dua saluran 'free' yakni tak berbayar) bakal menerima rating yang lebih tinggi berikutan dari penyertaan pelbagai peringkat lapisan umur, dan yang pastinya juga dilihat bakal menarik pelbagai lapisan penonton tidak kira tua, muda, kaum dan bangsa. Apa yang paling ketara – program ini lebih tertumpu kepada pencarian bakat Malaysia 'sejati' (truly Malaysian) untuk akan terus di bawa ke peringkat antarabangsa, bukan hanya disensasi di 'majalah mangga'.

Artikel ini juga diterbitkan di :
nizamzakaria.weblog
sultanmuzaffar.weblog
reversemode.weblog
zulhabri.weblog

14 June 2004

Ulasan Filem : BICARA HATI (2004)

Bicara Hati"BICARA HATI ROSNANI - GAYA LAMA KITA BIKIN FILEM"

oleh Fadz


Tadi aku gi TGV. Dah takde kelas. Kawan aku la ajak, tapi dia mintak tonton filem 'Lusa' tu. Tu aku dah tengok. Walaupun setengah. Jadi aku buat dajal besar kat dia, aku buat perangai (sebab dia lewat datang, ada kerja ngan mak dia), aku kata aku dah penat beratur lah, apa-apa lah. Sebab aku tak tau nak tonton apa pun (aku ingat nak balik tido je). Aku ternampaklah BICARA HATI.

Oleh kerana aku dah janji pada diri aku, balik Malaysia, Erra ke Razak ke, lantak je lah, aku berani-beranikan diri tonton filem ni. Yang mengarah pun Datin Rosnani, isteri pada Datuk Jamil Sulong, juga penulis lakon layar filem ni. Masa aku masuk panggung pun, bole tahan, ramai budak-budak (aku kira, budak sekolah menengah) Melayu penuhkan 3-5 baris belakang panggung. Seronok. Ada juga penontonnya.

Terfikir aku, masa aku tonton Kaki Bakar. Ada 5 je penonton. Sedih, sedih betul. Tapi biasalah, tu semua pengalaman (dan harap ia akan berubah masa hadapan). Macam tonton filem ni juga, satu pengalaman. Dah lama aku tak menjerit, tak marah, tak ketawa, tak tutup telinga siksa menonton filem ni. Agak 'azab' juga lah aku melaluinya, sekurang-kurangnya Rosnani buat aku terhibur. Itu pun dah kira cukup walaupun bagi orang macam aku, masih rasa dangkal bila keluar panggung.

Filem ni memang untuk 'niche crowd'nya sahaja, adik-adik remaja Melayu luar bandar yang suka bebenor baca buku jenis Creative keluarkan tu (dan juga yang suka berangan-angan). Minah KL yang moden dan kebaratan tentu tengok filem ni serong, busuk dan lesu. Ni memang filem yang khas pada orang-orang tertentu sahaja, dan orang-orang tertentu ni lah yang ingin dihiburkan. Masa aku lihat posternya, aku dah agak, ni mesti jenis filem berplot yang dicedok dari novel Creative tu. Tapi, dengan 'terbeliaknya' aku masa aku baca pembukaan kredit filem ni. Rupa-rupanya filem ni diadaptasikan dari novel 'Pelangi Pagi' Khadijah Hashim!

Aku kena terus terang. Aku benci Khadijah Hashim, juga iri. Sampai hari ni aku tak berani sentuh novel (berhantu) 'Badai Semalam'nya. Bayangkan, adik perempuan aku yang layan Jane Austen, Little Women, Shakespeare boleh layan Badai Semalam (untuk kelas sasteranya waktu tu) dan terikat terus dengan novel tu, siap nangis-nangis lagi. Aku sedar, si Khadijah ni boleh 'permain-mainkan' hati engkau, menggerakkan hati engkau. Maka, aku tonton filem ni dengan penuh optimis (juga takut kalau aku menangis). Lagipun, aku perlu 'respek' pada pembikin veteren kita yang cuba mengadaptasikan kerja karya penulis kita ke filem (paling akhir, novel Mira Edoranya difilemkan). Mana nak cari orang buat kerja begini lagi (yang sebenarnya, kalau kita lihat, banyak novel kita memang boleh difilemkan/ditele-dramakan)?

Pembukaan shot filem ini, sekurang-kurangnya jujur pada aku, apa yang akan aku hadapi dari filem ni:- air terjun mengalir lalu melintari seorang gadis yang sedang sayu, terlantar atas batu, menyanyi mimik ala hindustan tapi lagu Melayu. Aku sedar, kita akan tonton hindustan-gaya sembilu yusof haslam-gaya melodrama jins shamsuddin 'esok' dalam filem ni.

Elemen-elemen ini, walaupun aku boleh terima, tapi, jauh dalam hati, masih bertempur dengan ego aku yang inginkan perubahan dari klise-klise biasa filem Melayu. At least, it has it's moment. Walaupun beberapa dialog yang diucapkan oleh watak-wataknya sangat-sangat-sangat klise, Jamil Sulong (atau memang dari Khadijah, improvisi pelakonnya?) telah menyuntik dengan beberapa 'witty & cynical' dialog ke dalamnya, lebih-lebih lagi bila ia diucapkan oleh adik nakal pada pendukung utama filem ini (Nur) dan juga keluarganya.

Filem ni senang je. Ia sebenarnya satu propoganda dari suami isteri veteran ni (juga Khadijah?) pada anak-anak remaja Melayu bahawa, kita yang hidup dalam era Afundi dan globalisasi, janganlah lupakan pada pelajaran, walaupun halangannya mungkin cinta dan angan-angan.

Filem ini dikontrakan dengan dua kehidupan; seorang, kehidupan seorang remaja bernama Nur yang sedang melalui konflik remaja (yang aku kira semua remaja melaluinya) tentang cita-cita mereka, cinta dan kenyataan & hakikat dunia; dan seorang pula F ("alah, macam A B C D E F") atau Farid, anak seorang YB (wakil rakyat) yang nakal dan hanya tahu merosak dan memperguna orang (klise habis kan?).

Bicara HatiDalam filem ini, ia menonjolkan bagaimana dua manusia ini tertipu, seorang oleh manusia (Nur), dan seorang oleh Tuhan (Farid) kerana ia juga sebenarnya untuk kebaikan mereka. Nur, seorang remaja, jatuh cinta pada gurunya Encik Hadi, lalu dia ubah sikapnya yang degil, malas dan menipu pada seorang yang boleh mendapat 8A dalam SPM (untuk hanya 6 bulan, wow! The teacher must be damn good, or damn sexy!) hanya kerana CINTAnya pada gurunya. Farid pula, bekas lelaki pada Nur, ter'kongkek' seorang gadis ("Kau perempuan, easy come easy go!") bernama Norita (i kid u not!) lalu dia dipaksa kahwin dengan gadis itu oleh ayahnya yang baru nak sedar anak dia 'kurang ajar', itupun bila (dalam plot!) dia dapat tahu, namanya 'tercemar' kerana perangai anak dia yang suka bawa 'kontrak persendirian' ke rumah untuk menggemukkannya.

Mana kau nak dapat plot macam tu lagi dalam dunia serba canggih ni!!

Peliknya, ia semua pengkhabaran realiti (tentang sistem KBSM kini SPM yang guna Inggeris untuk matapelajaran sains dan matematik, hidup orang Melayu di kampung sekarang), dan agak 'real' pada aku. Aku tahu, Rosnani cuba bermain dengan simbol di sini. Lebih-lebih dengan Farid. Farid tu ibarat kuncu pada seseorang menteri yang memburukkan nama dan imejnya, punca sebenar membuat orang kerajaan kita dicela kronisme dan segalanya. Tapi mainan ironi (ironi cintakan guru dimainkan di sini) paling OTT terletak pada jalan hidup Nur. Walaupun ia 'real', filem ini membuatkan ia nampak seperti satu filem seram jenis 'menyedar' (and a sick joke at that). Lebih lagi bila Nur yang berkata pada gurunya, dia tentu ada GF di US (bayangkan, penat-penat belajar di US, jadi cikgu inggeris je. I wonder, bagaimana pula dengan TESL di UK?

Filem ni tunjuk, bahawa walaupun dari segi politik kita membeci US, secara budayanya, kita menyanjunginya mati-matian) dan cikgunya 'malu-malu kucing' nak jawab (dia kadang-kala merenung Nur seakan mahu dibahamnya). Dan tiba-tiba, bila Nur datang nak jumpa cikgunya, cikgunya memang dah berkahwin, dengan MAT SALLEH dari US! Pelik gila! Cult gila! Tapi, aku suka pelakon yang bawa watak Nur tu. Dia bawa watak 'kampung-berangan-manja' dengan 'cool' saja dalam filem ni, lebih-lebih lagi pada babak ini. Budak ni, kalau diasah lagi bakat dia, boleh jadi bintang ni.

Seorang lagi pelakon yang agak 'menggegarkan' filem ni ialah Zahid ("Zahid lagi.." ada orang mencelah masa tonton). Dia boleh saja disamakan dengan semua watak 'abang yang mengongkongi adik' seperti dalam Sembilu, tapi peliknya, dia membawa wataknya dengan penuh seksual. Aku tak pernah menonton seorang sepertinya. Dia mengingatkan pada aku siapa James Dean, Marlon Brando dan Brad Pitt dalam filem-filem mereka. Aku rasa, bagus kalau Zahid ni diberi watak-watak yang lebih menjurus pada 'character study' semacam Raging Bull, Rebel Without A Cause tu. Aku tahu dia boleh buat.

Yang jadi Encik Hadi, guru Nur. Ya Allah!! Manala diorang dapat budak tu. Muka berbedak, lip gloss, kening dicat, telinga bertindik, dan dia seorang guru! Aku tak tau, nak bantai 'make-up artist'nya atau pelakon tu sendiri atau kedua-duanya sebab wataknya dimainkan dengan sangat telus sebagai seorang guru yang cuba membawa perubahan moral dan semangat pada para pelajarnya (50% bolehlah dipercayai).
Rosnani juga ada gunakan nama-nama 'kawannya', seperti Badul, Latifah Omar. Paling memelikkan bila watak pengetua dalam filem ini di'cast' menyerupai Saadiah!

Walaupun aku respek Rosnani, aku juga nak 'sula' dia dalam beberapa scene dalam filem ni. Banyak 'continuity' dalam filem ni macam dibuat main-main. Scene pelajar perkenalkan diri mereka, scene berdialog antara kawan, scene dalam disko, nampak sangat 'menipu' dan diambil dari shot yang tiada kesinambungan (adakah ini disengajakan?).

Paling menjelekkan adalah (aku memang tutup telinga, mata) waktu scene Nor menyanyi 'mimik'. Satu lagi scene waktu ibu Nor berkata (dilakonkan oleh Connie. Dia OK juga) "Dah Maghrib pun", sedangkan kat luar siang terik. Rosnani macam nak main-main pula dengan 'bicara hati' aku, marah gila tengok scene-scene tu. Mungkin gaya bikin filem kita lain dengan Barat.

Kalau di Barat, lebih lama, tua dan banyak membikin filem, lebih 'mature' dan 'menjadi' filemnya. Di Malaysia, lebih tua kita, filem dalam saku pun banyak, lebih tunggang terbalik filemnya. Aku ingatkan, dengan kepandaian orang-orang berpengalaman, teknik-teknik yang mereka pelajari dulu, dengan teknologi kini, tentulah ia jadi lebih baik. Peliknya, Bicara Hati jadi hanya sebuah lagi filem 'melodrama' yang cuba (juga) bersungguh-sungguh menghiburkan untuk 'menggegar bicara jiwa'.

Yang hanya ia berjaya gegarkan ialah, mulut aku yang tak boleh diam mengutuknya. Tapi, sekurang-kurangnya, aku tetap 'ketawa' dalam beberapa babak, juga latar di Kelantan yang dipilih (lagi-lagi scene tepi pantai waktu hujan tu) agak cantik dan redup di pandang.

11 June 2004

Ulasan Filem : Shrek 2 (2004)

Shrek 2 oleh Fadz"Shrek 2 - Seronok" oleh Fadz

Sebenarnya aku tidak suka bahagian pertama filem ini. There's nothing to shout about selain kutukan yang dikenakan pada animasi Disney. Untuk kali ini, sekurang-kurangnya aku terbahak habis, apabila segalanya tentang Hollywood dan filemnya dimain-mainkan.

Semua tentang filem dikenakan, LOTR tidak terkecuali. Paling kelakar bagi aku adalah babak di meja makan, mengingatkan aku pada babak The Little Mermaid berserta keluarga disfungsi American Beauty. Ada juga beberapa line yang aku ketawa sendiri kerana hanya orang yang gila menonton filem (Hollywood) akan memahami 'lawak mengena' yang diutarakan.

Walaupun filem ini agak mengikut formula yang aku katakan dalam Troy (the CNN article), sekurang-kurangnya ia agak segar dalam penyampaiaanya.

Kalau filem pertamanya mencuba menukar persepsi penonton tentang apa itu 'happy ending' dan apa itu kecantikan yang sebenar, filem ini pula membawa kita lihat (agak dewasa temanya), segala impian yang kita beli dan percaya, bukan semuanya indah dan benar, ia tetap 'mass production' dengan campuran kimia, sinonim pada fungsi filem Hollywood itu sendiri (juga media).

Tema itu agak berat tapi animasi ini agak berjaya membawa mesejnya. Lebih-lebih lagi bila bapa kepada si puteri sedar tentang kelemahan manusia yang menutup malu dengan membawa dirinya mencari impian lalu cuba menghilangkan penyedaran tentang kecacatan yang dirahsiakan itu.

Agak terkejut juga aku, filem ini boleh dikeluarkan oleh orang Hollywood sendiri, satu satira yang berjaya menceritakan, apa itu Hollywood dan dibawahnya.

09 June 2004

Ulasan Filem : Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (2004)

Oleh Mahhass

Saya baru pulang bercuti bersama keluarga dan rakan sepejabat di Langkawi.... - kepenatan tak terkata. Apa tidaknya, kebanyakannya saya penuhkan dengan aktiviti dengan bermain bolasepak, ping-pong, berbasikal dan macam-macam lagi – bukan 'berehat'pun. Lagipun apa salahnya sesekali lepaskan gian bersukan. Tempat paling menarik yang saya lawati ialah Underwater World – Terpegun saya melihat spesis ikan air tawar terbesar – Arapaima (dan bermacam-macam jenis lagi). Pendek kata – macam-macam ada! (Saya memang seorang penggila ikan).

Hampir seminggu tidak menyentuh papan kekunci, terasa janggal pula rasanya memikirkan apa yang harus saya coret/ulaskan kali ini...

Malam sebelum bertolak ke sana, saya sempat menonton filem ketiga Harry Potter pada hari jumaat lepas (4 Jun). Walaupun perasaan saya tidaklah melonjak-lonjak seperti mana menunggu trilogi terakhir Lord of The Rings, namun filem Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (HPATPOA) bagi saya amat berbaloi ditonton.

Jika filem pertama dan keduanya saya boleh anggap bagus, maka untuk filem ketiganya ini (di tangan pengarah Alfonso CuarĂłn) saya kira lebih bagus dan menarik. Segala-galanya bermula seawal babak pertama lagi dan sentuhan penulis lakon layarnya, Steve Kloves berjaya memberi suatu kelainan berbanding dua filem sebelumnya.

Antara ketiga-tiganya, novel HPATPOA karya J.K. Rowling merupakan yang terpanjang sekali. Pun begitu, apabila difilemkan, ia menjadi yang terpendek berbanding dua sebelumnya. Ini satu pembaharuan yang saya kira bagus oleh penulis lakon layarnya kerana berjaya mengadaptasi serta memadatkan dengan sempurna karya tersebut (walaupun filem ini mendapat kritikan oleh sebahagian pembaca novelnya berikutan beberapa perubahan yang dibuat terhadap plot terutama corak 'ending'nya).

Bagi saya pula, ianya tidaklah begitu mengecewakan kerana mengadaptasi sesebuah novel ke filem bukan suatu kerja mudah. Lihat sahaja bagaimana Peter Jackson bertungkus lumus mengadaptasi karya trilogi Tolkien, walaupun tidaklah 100% adaptasi namun masih mampu menggondol beberapa anugerah. HPATPOA juga masih berada di tahap membanggakan.

Filem ketiga Harry Potter ini saya lihat lebih ke arah 'motion picture' lantaran bukan semata-mata filem untuk kanak-kanak (seperti yang diperkatakan ramai untuk kedua-dua filem sebelumnya). Harry Potter (sekali lagi lakonan Daniel Radcliffe) dan dua lagi rakan karibnya iaitu Hermione (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) kini semakin dewasa dan matang malah sejajar dengan karakter yang diperlukan dalam filem ini.

Kali ini, Harry Potter dikejutkan dengan berita seorang banduan yang bernama Sirius Black (lakonan Gary Oldman) yang berjaya melarikan diri dari penjara Azkaban. Apa yang lebih menakutkan ialah beliau harus membunuh Harry Potter kerana dipercayai hanya Harry lah yang boleh menghalang segala bentuk kejahatannya.



Maka, berkeliaranlah pengawal-pengawal penjara Azkaban tersebut dalam usaha menangkap kembali Sirius Black. Zahirnya, pengawal tersebut agak mirip dengan Nazgul atau digelar Ringwraiths iaitu pengikut Sauron dalam LOTR namun mereka tidaklah berkuda sebaliknya melayang dan berterbangan. Ini merupakan sebuah elemen 'dark' yang berjaya dipaparkan dengan baik dan saya kira ia amat berhasil dalam membentuk suatu keterujaan baru Harry Potter. Tambahan lagi unsur jenaka yang banyak diselitkan saya kira paling menghiburkan.

Filem ini tidak lupa dengan elemen 'twist' seperti mana dalam dua filem sebelumnya. Watak 'gelap' yang disangkakan 'jahat' akhirnya menjadi sebaliknya. Penggunaan efek CGI masih ditahap sama seperti sebelumnya, cuma kali ini unsur 'kegelapan' lebih banyak dipaparkan. Barangkali, ia bagi menyesuaikan lagi tema filemnya.

Bagaimanapun, kesemua ini amat menarik dipersembahkan dan yang pastinya, filem ini bukan sekadar untuk peminat Harry Potter semata-mata. Ia adalah sebuah filem yang saya kira sebagai 'turning point' yang boleh menarik semua golongan penonton sebagai 'langkah pertama' untuk mula meminati karya hebat J.K. Rowling ini.

Sekurang-kurangnya mereka akan menantikan filem keempat iaitu Harry Potter and The Goblet of Fire yang telahpun dalam proses penggambaran yang dijangka dikeluarkan tahun depan. Apa yang lebih menarik lagi, ketiga-tiga trio Daniel – Emma – Rupert masih lagi dikekalkan.

Barangkali, pengeluar tidak mahu mengambil risiko atau berlengah lagi sehinggakan mereka bertiga ini kelihatan terlalu 'dewasa' untuk meneruskan watak-watak dalam filem Harry Potter yang seterusnya!

Sutradara : Alfonso CuarĂłn
Lakon layar : Steve Kloves, adaptasi dari novel J.K. Rowling
Barisan Pelakon : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Gary Oldman
Durasi : 2 jam 20 minit
Tahun keluaran : 2004 (3hb Jun)
Distributor: Warner Brothers
SKRIN Rating : A- (4/5)


www.hogwartsgang.com
http://www.hogwartsgang.com

04 June 2004

Ulasan Filem : Spartan (2004)

... SpartanOleh Mahhass

Seawal 20 minit pertama filem ini berlangsung, saya masih tidak dapat meneka apa sebenarnya kisah yang hendak dipaparkan. Mulanya kita akan lihat paparan latihan anggota tentera di sebuah kem. Mereka melakukan latihan bercorak 'kejar-mengejar'. Seterusnya, Robert Scott (lakonan Val Kilmer) muncul dengan gaya lakonan yang belum pernah saya lihat dalam mana-mana filem beliau sebelum ini. Seorang tentera yang zahirnya kelihatan tenang tetapi baran dan sinis. Ada seorang yang cukup misteri yang beliau cari. Rupa-rupanya, anak gadis presiden yang hilang atau diculik yang sebenarnya dicari.

Spartan merupakan sebuah lagi filem 'twist' yang cukup lazim Hollywood. Apabila disebut 'twist' maka struktur plot filem ini tidak akan berjalan seperti yang kita duga. Ada sahaja jalan ceritanya ditukar dan biasanya di saat akhir atau klimaksnya. Jadinya saya tidak terlalu 'terkejut' dengan penukaran plot sebegini.

Lakonan Val Kilmer saya boleh katakan antara yang terbaik dalam filem ini. Berperanan sebagai 'Government Killing Machine', corak keganasan yang dipamerkan begitu 'menjadi'. Beliau bertindak dengan tanpa belas kasihan asalkan misi menyelamatkan Laura Newton iaitu anak gadis presiden tersebut berjaya dilaksanakan. Lakonan penuh sadistik beliau ini barangkali setaraf John Travolta dalam filem Basic.

Usaha menyelamatkan gadis tersebut dibantu oleh Curtis (lakonan Derek Luke). Akhirnya mereka dikejutkan dengan berita penemuan mayat Laura yang dipercayai mati lemas. Bagaimanapun, ada beberapa tanda yang mendorong Curtis untuk meneruskan siasatan yang pada mulanya tidak diendahkan Scott. Namun akhirnya jelas bahawa Laura sebenarnya masih lagi hidup.

Perancangan telah dibuat oleh penculik untuk menyeludup gadis-gadis ke Dubai untuk dilacurkan. Dalam pada itu, Scott berjaya menangkap beberapa suspek bagi membantu siasatan namun satu persatu telah terbunuh. Akhirnya, segala yang berlaku merupakan konspirasi pihak kerajaan amerika sendiri dan sudah pastinya ada dalang disebalik apa yang berlaku. Persoalannya siapakah dalang itu?

Filem ini mungkin boleh memberi kesan yang lebih baik jika tidak berkonsepkan politikal. Ia menjanjikan sebuah garapan cemas (thriller) bagaimanapun perasaan cemas itu seakan tidak dirasakan. Tambahan lagi tiada apa yang baru lagi ‘membaharukan’ dalam genre ini. Atau barangkali saya sudah bosan dengan filem tentang konspirasi.

Filem yang ditulis dan diarahkan oleh David Mamet ini bukanlah antara yang terbaik kerana sebelum ini hasil kerja beliau pernah dicalonkan dua kali di Oscar menerusi filem The Verdict (1982) dan Wag The Dog (1998).

Oleh sebab filem ini bukan untuk semua orang (maksudnya bukan santai), maka saya tidak mengesyorkannya untuk ditonton. Pilih filem yang lebih ringan dan menghiburkan daripada memikirkan masalah konspirasi Amerika. Biarlah mereka dengan masalah mereka.

Sutradara & lakon layar : David Mamet
Genre: Aksi/Cemas/Politikal
Tagline: She's missing
Tahun : 2004 (Mac)
Barisan Pelakon : Val Kilmer, Derek Luke, Tia Texada, William H. Macy, Ed O'Neill, Kristen Bell
Durasi : 1 jam 47 minit
SKRIN Rating : B- (2.5/5)


Nota : Nantikan ulasan filem Harry Potter & The Prisoner of Azkaban di skrin

02 June 2004

Rosemary's Baby (1968)

... Pray for Rosemary's BabyOleh Mahhass

Sepanjang minggu lepas, saya penuhkan masa terluang saya dengan menonton beberapa keping DVD seram klasik (fadz - terima kasih). Antara yang menarik perhatian saya untuk menulisnya ialah filem 'cult' seram tahun 1968 berjudul Rosemary's Baby.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Roman Polanski, hasil adaptasi dari novelis Ira Levin. Ia mengisahkan pasangan muda Guy (John Cassavets) dan Rosemary Woodhouse (lakonan cemerlang Mia Farrow) yang baru berpindah ke sebuah apartmen. Mereka seterusnya mula mengenali jiran mereka iaitu pasangan warga tua, Minnie dan suaminya Roman Castevet. Kehidupan mereka terjalin seperti biasa sehinggalah Rosemary telah disahkan mengandung. Pasangan ini begitu ceria mendengar berita gembira tersebut.

Bunyinya seperti filem-filem biasa, bukan? Tunggu... filem ini bukan seceria yang anda sangkakan.

Segalanya terletak kepada kepakaran sutradara dan penulis lakon layarnya iaitu Roman Polanski dalam memberikan sebuah paparan seram yang begitu unik dan merengsa. Beliau bijak menggarap plot filem ini, bagi menghasilkan sebuah genre seram yang saya boleh kategorikan sebagai antara yang terbaik pernah dihasilkan.

Berbalik kepada Rosemary, kehidupan isteri malang ini mula berubah sedikit demi sedikit. Suaminya juga seolah-olah berubah, walaupun kasih sayang serta belaian mesranya (seperti pada awal-awal filem) masih ditonjolkan. Beliau seakan dikuasai oleh sesuatu. Jirannya pula seolah-olah mengambil alih segala keputusan yang perlu dibuat oleh pasangan muda ini. Baik dari segi pemilihan doktor untuk pemeriksaan mahupun pemakanan seharian Rosemary. Suaminya hanya mengiyakan "nasihat-nasihat" yang diberikan. Namun, Rosemary seringkali mengadu kesakitan yang amat sangat pada kandungannya.

Apa yang menarik dalam filem ini ialah penguasaan plotnya. Polanski bijak dalam mewujudkan pelbagai andaian penontonnya. Kita tidak pasti apa yang sebenarnya dialami oleh Rosemary. Polanski berjaya "menarik" penontonnya ke akhir babak dalam filem ini.

Adakah itu sekadar halusinasi atau konflik dalaman seorang wanita yang sedang mengandung? Atau beliau sememangnya telah dikuasai oleh suatu kuasa kejahatan misteri? Persoalan ini hanya akan terjawab di kemuncaknya.

Filem ini sebenarnya lebih merujuk kepada soal psikologikal malah ia tidak menampilkan sebarang visual 'gore', 'bloody' atau keganasan. Tetapi cukup menggetirkan sanubari kerana ia melibatkan unsur cemas, suspen, kecurigaan serta ketidakpuasanhati yang memberikan rasa tekanan terhadap penontonnya. Apatah lagi jika filem ini ditonton oleh wanita yang sedang mengandung (termasuk juga suaminya). (Amat tidak sesuai untuk tontonan mereka).

Maka, sebab itu filem ini saya lihat begitu berkesan. Dengan paparan DVD Widescreen dan setelah diadun semula dengan Dolby Digital, anda masih boleh menikmati filem klasik ini walaupun sudah hampir empat dekad diterbitkan. Jika anda peminat horror dan belum lagi menonton, anda perlu tontoninya kerana Rosemary’s Baby adalah salah sebuah filem "mesti-tonton" klasik seram terbaik sepanjang zaman.



Judul : Rosemary's Baby
Genre : Seram/Cemas/Drama/Psiko
Tagline : Pray for Rosemary's Baby
Sutradara & lakon layar : Roman Polanski (adaptasi novel oleh Ira Levin)
Barisan Pelakon : Mia Farrow, John Cassavets, Ruth Gordon, Sidney Blackmer, Maurice Evans
Durasi : 2 jam 16 minit
Format DVD : Anamorphic Widescreen/Color dengan sarikata English

Gila-Gila Pengantin Remaja : "Gila dalam Mesej Seriusnya"

...Gila dalam Mesej SeriusnyaOleh Fadz

Kan aku dah kata, aku pegang janji aku tu, aku akan tonton apa-apa filem Melayu yang keluar tahun ini, berikutnya dan bila-bila. Kawan aku seorang kata, aku bernasib baik kerana aku sempat menonton filem Aziz M. Osman ini. Aku juga bersetuju, bukan kerana apa, filem ini sangat-sangat menghiburkan, tetapi juga sangat menyengat dalam mesej ‘cynical’nya.

Kalau aku mahu kata (seperti yang dikatakan oleh Sultan Muzzafar terhadap Trauma) filem ini telah membawa Aziz M Osman ke satu pelantar yang baru, itu seakan menipu. Kerana Aziz sudah tersedia ‘pandai’ dan ‘tahu’ karyanya, para krunya dan penontonnya. Filem ini ada untuk semua, dari penonton sejati kita yang melayan Yusof Haslam hingga ke seorang pencinta filem; menonton filem ini, Aziz seakan memberi manis-manisan untuk pencernanya, tidak kira bagaimana anda ingin melihat filem ini dari sudut apa.

Aku terpaksa berdiri dan memberi tanda hormat pada Aziz kerana filem ini. Seperti yang kau orang tahu, Aziz senang dalam mengupas isu sosial yang berlaku di sekitar Malaysia, lalu diintepretasi menjadi sesuatu yang kreatif. Untuk filem ini, beliau menggunakan komedi. Komedi adalah genre yang paling menakutkan untuk disentuh. Steven Spielberg sendiri tidak pandai mencipta komedi dan beliau sendiri akur, ia memang pendekatan paling menyusahkan.

Majalah Total Film pernah menulis, pengarah/pelakon lawak yang berjaya membuat penonton tertawa adalah pejuang seni ditahap yang tertinggi dalam kariernya. Lebih-lebih lagi jika isu yang diutarakan itu sangat sensitif, seperti isu ‘gender-bending, gay’ dalam Some Like It Hot dan Tootsie atau ajaran Jesus dan kebobrokan katolik atau agama dunia amnya dalam Mothy Phyton’s Life of Brian. Isu sosial yang diketengahkan oleh Aziz dalam filem ini adalah tentang ‘kahwin koboi’ atau kahwin lari. Ia nampak janggal, tapi tetap berlaku dalam masyarakat kita. Dan bagaimana Aziz menyentuhnya? Sudah tentu dengan cantik sekali.

Konsep yang banyak digunakan dalam filem ini, kau cuba bayangkan majalah Gila-Gila, terutamanya lukisan ‘Kutu’ Jaafar Taib. Warna, watak dan arahan seninya banyak diinspirasikan dari hasil karya kartunis ini. Kemudian bayangkan filem Yusof Haslam dengan seni reka dan latarnya yang serba lengkap, tapi dalam filem ini ia ‘hidup’ dalam warnanya seakan ia memang wujud, watak-watak sebegitu dalam rumah-rumah sebegitu (boleh dibandingkan dengan filem Edward Scissorhand arahan Tim Burton yang membawa satu dunia fairytale dalam lanskap filem itu). Kemudian bayangkan sessi naratif ‘folk song’ dalam There’s Something About Mary (ada satu makna tersirat, kenapa babak jamban diadakan untuk plot cerita filem ini. Adakah ia homage pada Farelli Brothers yang jaguh dalam komedi ‘toilet humor’ mereka?

Tetapi yang jelas, Aziz ingin mengutarakan bahawa destinasi manusia boleh dibawa/dipengaruh oleh tempat-tempat yang tidak disangkakan) yang menonjolkan emosi hati watak utamanya dalam babak babak tertentu. Tetapi kali ini, Aziz membawa teknik ini ke satu tingkat lagi- ke gambaran ego seks watak-wataknya, juga filem ini. Satu babak menceritakan segalanya- sewaktu di kelas sebuah sekolah agama, pelajar-pelajar itu bermain, berseloroh seperti remaja biasa, tenung-merenung antara pasangan lawanan seks, kemudian kugiran di belakang bermain, melodinya laju, ceria dan ‘daring’- itu satu penonjolan jiwa seks remaja-remaja itu, dan dengan tidak sengaja penonjolan jiwa remaja itu sendiri yang cuba ‘menjerit’ dari mengikut superego yang telah ditentukan oleh persekitarannya, antara tema ‘tersorok’ dalam filem ini.

Segalanya yang dibuat dalam filem ini adalah dalam ‘top class’nya. Lakonan Afdlin Shauki sungguh cemerlang. Sungguh unik. Sungguh ‘timing’ dalam gerak fizikalnya dalam penghasilan lawak (selalu diguna oleh para pelawak lama seperti Harold, Keaton dan Chaplin. Di sinilah teknik slapstik bermula, dari pergerakan pelakonnya dalam filem-filem ‘silent’). Dia seakan seorang ‘spoof runner’ dalam filem ini. Wataknya juga ada sedikit yang mengena filem arahannya sendiri, Buli. Ada satu babak, dia berbicara, “Kau bercakap dengan aku?”, kau akan teringat akan Robert De Niro dalam Taxi Driver.

Ada beberaoa mimik Al Pacino juga menyelinap dalam lakonannya. Badul seperti biasa, bersahaja dalam mengutarakan ‘line’nya. Wataknya dimainkan untuk berkelakar tapi beliau membawa filem ini seakan dalam sebuah drama realiti, membuatkan humor yang diketengahkan menjadi lebih berkesan. Aku agak terkejut juga, Juliana Banos sangat ‘kena’ dalam wataknya. Dia digandingkan dengan Afdlin, cocok sungguh dalam kejanggalannya (seperti biasa dalam semua screwball comedy), seakan yin dan yang bercantum elok. Zaidi sebagai anak orang kaya juga sungguh berjaya membawa watak ‘sesuatu dari filem Yusof Haslam’. Para pelakon tambahannya juga bagus, terutamanya pelawak veteran yang menjadi kadi di babak ‘kahwin’ filem ini.

Tapi yang paling menggembirakan aku adalah dua pelakon mudanya yang menjadi aspek filem ini (aku sudah lupa nama mereka). Si gadis itu pandai bermain dengan mimik mukanya, dan bagaimana dia menenggelamkan ‘seksual’nya dalam lakonannya. Si jejaka pula memainkan wataknya ‘straight face’ hingga ke akhir dengan sungguh berkesan, menonjolkan jiwa sebenar seorang remaja yang ingin hidup dan berdiri dan sedar tentang sekitarnya, dikelilingi orang dewasa dan kelemahan mereka.

Maka filem ini, bukan sahaja melihat perpecahan pemikiran lelaki dan wanita (ada satu babak mimpi yang seronok, menonjolkan wanita diibaratkan sebagai homemaker gaya Inggeris zaman 50-an, sangat tepat dengan kehendak dan naluri lelaki yang sekaligus mempengaruhi pemikiran wanita di Malaysia), ia juga melihat perpecahan semangat remaja dan dewasa, impian, kemahuan, cinta, seks dan penyedaran mereka terhadap dunia yang saling berbeza.

Ada dua sahaja ‘complain’ aku terhadap filem ini. Satu, lagu latarnya, walaupun ‘ochestratic’, ia dicedok dari filem Finding Nemo! Ini kerja biasa filem Yusof Haslam dan aku masih menunggu untuk ia berevolusi. Kedua, babak si jejaka menyanyi sayu lagu ‘happy birthday’ di mana, persoalannya, di mana dia tahu si anak kaya itu akan menangis bila mendengarnya?

Ada satu lagi lapisan yang aku agak ia tidak disengajakan oleh Aziz. Filem ini banyak bermain dengan ‘unconscious’ imej yang mengutarakan ‘apa itu industri filem Melayu’. Pertama, kita sedar, filem Melayu suka ‘mencedok’, dari penonjolan slanga Indonesianya (di sini, ia digambarkan, atas dasar ingin mencari keuntungan) hingga ke teknik penggambarannya. Kemudian ada seorang mamat ‘Chindian’ lakonan apek yang berkesan (“Cina+India+Melayu jadi Cindianu”) yang meminati wayang. Adakah ini kemahuan Aziz supaya penonton filem Melayu masa depannya menjadi berbilang kaum? Kemudian van (“kotak buruk”) yang sentiasa rosak bila pemandunya takbur, ada pelekat RTM di cerminnya. Adakah ini sindiran halus Aziz pada RTM kita, bagaimana ‘si tua yang tidak sedar diri ini’ harus berubah haluannya sebelum ia betul-betul ‘mati’ di tengah jalan? Banyak lagi perkara dan imej yang ingin aku kupas dari filem unik dan berani ini.

Apa-apapun, aku gembira, filem kita sudah mula menjadi ‘seronok’, juga ‘berisi’ semula.

01 June 2004

Kepelikan Pontianak Harum Sundal Malam

... Kepelikan Pontianak Harum SundalOleh Fadz

Filem ini boleh buat aku berbangga. Aku lihat di skrin senarai filem di TGV dan mendapati, filem ini antara yang tersenarai ‘berwarna merah’ selain The Day After Tomorrow dan Shrek 2 (atau mungkin kerana dua filem berikutnya sudah sold out, maka Pontianak menjadi alternatifnya), menunjukkan orang kita sudah mula tahu, apa yang mereka cari dalam wayang.

Mungkin juga Gaia benar. Aku agak bernasib baik kerna sempat menonton filem ini (Pontianak menyeru aku, katanya) di pawagam. Tapi cukup menyedihkan, apabila filem ini cuba bercita-cita ‘sangat tinggi’. Aku membaca ulasan Nizam Zakaria, bahawa filem ini sebegitu kerana ‘cut’ yang mereka terpaksa terima dari LPFN. Itu masih tidak menjadi alasan. Suhaimi boleh sahaja memotongnya kerana ia memang tidak ‘penting’ dalam menggarap plot filem ini.

Adegan ‘yang tidak perlu’ ini banyak berlaku dalam adegan Paku Laris moden: Maria dalam flashback hitam putih berdiri di sebelah Kavita, berkata tentang apa entah, adegan dua perempuan menjerit apabila nampak wajah menakutkan di silang-silang anjung (kita tahu itu Marsani). Si jurutera yang tiba-tiba melihat pontianak, tiba-tiba berjalan seorang diri di tepi ‘kubur yang ditemui’. Ia seakan kuah yang tak cukup rempah.

Filem ini dikatakan ada unsur ‘seramimpi’. Aku boleh katakan ia tidak begitu tepat. Paling tepat, ia seangkatan filem seram ‘delusi’ seperti Blair Witch Project 1 & 2, Seconds, Repulsion, Don’t Look Now dan Rosemary’s Baby. Kalaulah LPFN menghalalkan filem ini kerna ia ada unsur ‘bangun dari mimpi’, LPFN nampak sangat tertipu oleh kecelikan Suhaimi Baba.

Suhaimi Baba memilih untuk membuat filem ini kerana dua perkara (mungkin lebih). Pertama kerana kejayaan Nang Nak di Festival Filem Asia Pasifik dan kutipan tinggi yang didapatinya, dalam dan luar negara. Kedua kerana Suhaimi ingin memberi ‘homage’ pada filem-filem pontianak zaman Jalan Ampas. Niatnya murni. Hanya mungkin, beberapa perkara dalam filem ini yang kelihatan ‘lesu’ kerana, kita kena akur, filem seram itu filem seram, maka ia ada gayanya dan falsafahnya yang tersendiri untuk membuatnya.

Bagi aku, Suhaimi tetap hebat apabila menyentuh filem drama (yang penuh lara) dengan gaya ‘ensemble cast with overlapping dialogue’ gaya Robert Altman. Untuk filem seram bergenre pontianak, aku agakkan beliau akan menggunakan teknik yang sama. Teknik ini langsung tidak dipakai (kerana filem-filem pontianak dahulu tidak ada mengguna gaya ini). Apa yang Suhaimi bawa amat persis seperti satu filem bangsawan. Ini amat kena apabila filem ini ber’homage’kan filem-filem Jalan Ampas (our own sweet hollywood yesteryear).

Suhaimi juga ada meminjam sesuatu dari filem-filem seram Barat yang agung. Tangkapan langit dan awan yang mekar kuning amat ekspresionis, menakutkan- gaya yang sama yang dilakukan oleh Murnau dalam filem seram terkenalnya itu, Nosferatu (kerana pontianak Melayu dan vampirisme Barat mempunyai pola elemen yang agak sama).

Teknik ‘subliminal perspective’ dalam The Exorcist (filem ini juga berkenaan penggunaan konsep ‘light and dark’ seperti dalam Pontianak) digunakan pada suntingan Pontianak dengan matanya yang menakutkan dalam mimpi-mimpi Marsani. Ia agak menakutkan (bagi penonton Asia terutamanya dan yang tahu budaya ‘hantu’ Asia) pada mulanya. Tetapi apabila teknik ini dipergunakan secara tidak menentu pada adegan-adegan Maria ‘bersatu dengan lagu’, ia menjadi memenatkan dan tidak menakutkan lagi.

Rahsia filem seram ialah, jangan beri efek seram dengan serentak atau berulang, tapi ia seharusnya beransur-ansur. Ada juga beberapa babak seakan diambil dari sebuah filem David Lynch, pelik dan surreal. Contohnya apabila Marsani memakai mekap dan lilin yang dipasang untuk Maria berjalan. Ia sudah tentu mempunyai pelbagai maksud: Marsani sudah ‘hilang’ dalam delusinya, dengan cara itu Marsani dapat menghalau Mariam, roh ‘unconscious’ Marsani yang ingin ‘bersatu’ dengan Mariam, masih tidak dapat melupakannya walaupun gerun akannya. Adegan seram ‘paling kelakar’ pula berlaku apabila Norman tertidur bersama Maria lalu isterinya tertangkap mereka di katil.

Sungguh menggelikan (dalam beberapa adegan seram filem ini, ada penonton yang ketawa. Itu menandakan ada sesuatu yang gagal untuk disampaikan dalam filem seram), seakan ia keluar ‘directly’ dari tulisan Russel Lee atau majalah-majalah sensasi seks yang belambak di toko majalah. Walaupun mungkin signifikasinya kena pada masyarakat kita, aku tidak dapat berhenti ketawa, kerana babak itu mendapat jolokan ‘horror of marriage life, Malaysian style’ bagi aku.

Cerita filem ini sendiri sangat menarik. Kita sedar juga (secara membaca watak Mariam walaupun ia dibuat secara ‘senyap’ dan ‘malu’) logiknya kenapa Mariam boleh menjadi seorang Pontianak, nafsu ketidaktentuan Marsani, dan akibatnya pada cucu dan orang-orang disekelilingnya. Cerita itu sendiri sudah ada ‘seramnya’. Lakonan semua pelakonnya sungguh hebat.

Aku suka lakonan Maya Karin yang melankolik, tegas, kejam, misterius, menakutkan dalam Mariam/Maria (kawan aku ada bertanya, kenapa Maria boleh jadi muda sedangkan dia patut berumur. Ini semua elemen 'misterius' yang ingin Suhaimi Baba pertengahkan dalam 'fantastikal' dunia pontianak, tentang awetnya [sama seperti elemen Undead vampire], paku di leher dan amalan ilmu hitam).

Begitu juga Rosyam Nor (watak beliau disengajakan begitu kerana tema berat dan seram filem ini perlu diseimbangkan, mungkin untuk menenangkan LPFN) sebagai Ayah Madi. Kavita Kaur juga hebat sebagai seorang watak yang ‘di luar keluarga’ yang cuba memahami rahsia keluarga yang dikahwininya tapi gagal juga pada akhirnya.

Sokongan Nanu dan Ida Nerina dan perempuan simpanan Marsani (Yuli. Aku tak tahu nama pelakonnya) juga tidak menghampakan. Sharol sebagai Daniel juga tidak terkecuali (aku diberitahu bahawa dia seorang pelakon teater) yang berlawanan dengan watak Marsani lakonan Azri Iskandar. Azri mempunyai kerja dan tanggung jawab yang paling berat dalam filem ini kerana konflik wataknya lah yang membawa filem ini berjalan.

Paling mengejutkan aku adalah lakonan mantap dan penuh kejujuran dari Eizlan Yusof sebagai Norman. Dia sudah banyak berubah. Aku masih boleh ingat gaya ‘kayu’nya dalam bersyarah pada pelajar di depan kelas dalam Perempuan Melayu Terakhir. Kali ini Eizlan sungguh hidup dalam wataknya, dengan tidak sengaja penonton boleh bersimpati dengan apa yang dilalui olehnya serta datuknya (but he is a bit typecast here.

Kau sedar tak bahawa semua filem yang dia lakonkan, semua watak yang dipegang berkenaan seorang lelaki yang dengan tidak sengaja ingin ‘bersenggama’ dengan watak utama wanita dalam filem itu. Contohnya Panas dan Perempuan Melayu Terakhir). Hanya satu saja lakonan yang tidak kena. Walaupun lakonan Azwan Ali ‘ok’ sebagai raja, nampak sungguh pemilihannya sangat ‘miscast’.

Ada juga elemen biasa yang diguna pakai oleh Suhaimi, kelihatan dalam plot filem ini. Dalam dunia Suhaimi Baba, watak-wataknya mati selalunya secara tidak sengaja, antara terbunuh dalam kemalangan atau terbunuh secara tidak sengaja. Ini dapat dilihat dalam Selubung (Jit Murad dihempap bangunan runtuh kerna dibom), Ringgit Kassorga (Tiara tidak sengaja dibunuh kerana cuba melawan, dan juga sebuah insiden kemalangan), dan Mimpi Moon (Asha Gill mati kerana periuk api).

Dalam Pontianak, nasib yang serupa berlaku pada Mariani (dibunuh secara tidak sengaja) dan Efy awek Ismadi (dalam kemalangan). Suhaimi seakan mahu memberitahu, manusia itu selalu berbuat silap tanpa menghitungnya, sehingga ia terlambat, lalu ia terjerat dalam keadaan dan qadarnya.

Aku terpaksa menonton dua kali untuk memahami mesej tersirat yang ingin dibawa oleh Suhaimi (seperti biasa). Apa yang Suhaimi ingin katakan sungguh jelas. Dalam arus kemodenan, adakah kita sedar tentang sejarah, akar umbi, asal dan warisan kita? Suhaimi menonjolkan bahawa walaupun keluarga kaya Marsani berjaya di dunia dan juga perjuangan budayanya, hidup mereka tetap kucar-kacir, ber’celaka’, menyedihkan dan boleh hapus bila-bila masa sahaja. Kenapa ini berlaku? Kerana keluarga ini (refleksi pada kita) tidak mahu memahami ‘yang dulu-dulu’, jahil akannya.

Paling menyedihkan apabila kita sedar, keluarga ini tidak dapat berbuat apa-apa untuk memahaminya dan hanya menyaksikannya pupus di depan mata. Contoh yang sangat halus yang boleh dilihat adalah bila Ayah Madi terkedu siksa, memukul gamelan apabila aweknya mati. Tidak ada sembahyang jenazah, bacaan Yasin dan Qur’an untuk dihadiahkan arwah, tahlil 7 hari untuk si mati.

Babak anak Norman bercukur jambul juga menonjolkan satu kumpulan maulud wanita yang diupah membuat marhaban sedangkan tetamu dan keluarga Marsani sendiri hanya tahu bersuka dan bersosial (dalam apa jua majlis berkenaan maulud dan bermarhaban, semua hadirin sebenarnya mesti bermaulud bersama), menonjolkan, di mana takat hayat warisan kita sebenarnya. Ada juga mesej lain tentang pertentangan hidup perniagaan orang Melayu dan nafsu orang Melayu. Semua ini sinonim dengan lagu ciptaan Ajai dendangan mendayu Misha Omar yang sungguh berkesan di akhir kredit filem ini. Lagu ini agak menarik. Ada unsur ‘gothic’ dalam melodi Melayunya.

Filem ini mungkin bukan yang terbaik dari Suhaimi. Tapi waktu ini, kawan-kawan aku sudah mula menggunakan dialog “Pulangkan! Pulangkan apa yang kau rampas dari aku!” lalu bermain-main dengannnya. Meletakkan filem ini sebagai filem tempatan ‘cult’ pertama yang aku tonton untuk tahun ini.