
Pada 15 Mei 2004, Japan Foundation Kuala Lumpur(JFKL) akan menayangkan dua filem Jepun yang paling digemari pada tahun lepas bertempat di Malaysia Tourist Center (MTC), Jalan Ampang (Bersebelahan Saloma Bistro). Kemasukan adalah PERCUMA. Kedua-dua filem ini dijayakan oleh barisan pelakon terkenal Jepun termasuklah Hiroyuki Sanada yang pernah muncul dalam filem Hollywood The Last Samurai dan Yuko Tanaka yang pernah membawakan watak utama dalam siri drama Oshin. Maklumat ringkas dan sinopsis filem berkenaan adalah seperti berikut...
Osaka Monogatari (Osaka Story)
Arahan : Jun Ichikawa
Genre : Drama, Family
Tahun Produksi : 1999
Bahasa : Jepun dengan English Subtitles
Barisan Pelakon : Chizuru Ikewaki, Kosuke Minamino, Kenji Sawada, Yuko Tanaka...
Durasi : 1 Jam 59 Minit
Waktu Tayangan : 4.30 ptg (15 Mei)
Lokasi : Mini Auditorium, MTC


Dalam masa yang sama dia meninggalkan bayinya kepada Harumi dan Wakana untuk dijaga. Semenjak itu, Kosuke yang dilanda perasaan kecewa telah menjadi kaki botol dan selepas itu dia menghilangkan diri. Wakana yang masih menyayangi bapanya mengambil keputusan keluar dari rumah, menjelajah ke seluruh kota Osaka untuk mencari Kosuke. Dari setiap orang yang pernah mengenali Kosuke, Wakana mula mempelajari seberapa banyak perkara baik tentang bapanya di usia muda, yang mana jauh berbeza dengan apa yang pernah diceritakan oleh ibunya...
Hatsukoi (First Love)
Arahan : Tetsuo Shinohara
Genre : Drama, Romance, Comedy
Tahun Produksi : 2000
Bahasa : Jepun dengan English Subtitles
Barisan Pelakon : Rena Tanaka, Hiroyuki Sanada, Mieko Harada, Mitsuru Harata...
Durasi : 1 Jam 19 Minit
Waktu Tayangan : 7.00 mlm (15 Mei)
Lokasi : Mini Auditorium, MTC

Malangnya suatu hari ibu Satoka telah dimasukkan ke hospital akibat serangan kanser yang agak kronik. Ketiadaan ibunya secara tiba-tiba telah memberikan kejutan yang besar kepada Satoka. Hubungan dengan bapanya menjadi semakin keruh dimana mereka sukar untuk memahami antara satu sama lain.

*Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web JFKL di http://www.jfkl.org.my/may04.htm
Ruang tempat duduk di Mini Auditorium adalah terhad, oleh itu digalakkan agar hadir seawal pukul 4 petang untuk mudah mendapatkan tempat duduk.
Plan lokasi MTC boleh dilihat di laman web berikut http://www.mtc.gov.my/BM/MAKLUMATAM/peta_lokasi.html
Tempat letak kenderaan adalah percuma
No comments:
Post a Comment