Oleh http://garugaru.textamerica.com
Pernahkah anda bayangkan ketika anda berada di sekolah dan dalam rombongan bersama rakan sekelas anda, anda dan rakan-rakan anda secara tanpa sedar dipaksa menyertai satu 'survival program yang berkonsepkan 'Last Man Standing'? Ya... anda terpaksa membunuh kesemua rakan sekelas anda hanya untuk pulang kembali ke rumah. Filem yang penuh kontroversi ini ditayangkan pada tahun 2000. Ia menggambarkan pada masa tersebut orang dewasa mula berasa takut dengan gejala sosial remaja yang semakin ganas dan sukar dikawal.
Oleh itu kerajaan Jepun telah mencipta satu akta bertujuan untuk 'mengurangkan' remaja bermasalah ini dengan menghantar mereka ke suatu program yang dinamakan Battle Royale. Setiap tahun satu kelas dari seluruh Jepun akan dipilih (tanpa pengetahuan pelajar) untuk menyertai program tersebut. Peserta dipakaikan (juga tanpa sedar) rantai yang mempunyai bom jangka dan diberi masa 72 jam untuk memenangi program tersebut. Jika tiada pemenang selepas masa yang diberikan rantai yang disematkan ke leher mereka akan meletup (matilah tu). Program didahulukan dengan penerangan secara rakaman video oleh penyampai yang cantik, comel dengan cara yang menghiburkan.
Mereka ditempatkan di sebuah pulau sebesar 10km yang dikosongkan dan jauh dari orang ramai untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Peserta juga dibekalkan 'survival kit' bersama-sama senjata yang diberi secara rawak, kerana ada pelajar yang hanya mendapat tutup periuk, teropong juga senapang automatik bergantung kepada nasib mereka sebagai senjata. Dalam masa 6 jam pertama selepas program dimulakan 14 orang peserta maut dalam usaha mereka untuk pulang ke rumah.
Bagaimana program (filem) ini berakhir aku dah lupa korang pi tengok sendirilah….
Klik sini untuk ke laman web rasmi Battle Royale
No comments:
Post a Comment