Oleh Mahhass
Pengarah Gus Van Sant kembali lagi dengan filem terbaru berjudul Elephant terbitan HBO Films, diinspirasikan dari peristiwa berdarah Columbine tahun 1999, selepas 'dihentam' hebat melalui filem Gerry (2002) oleh sebahagian besar pengkritik filem.
Namun kali ini, pengarah filem 'indie' ini boleh tersenyum bangga kerana untuk filem Elephant ini sahaja, ia telah pun merangkul anugerah Cinema Prize of the French National Education System, Golden Palm Award dan Best Director di Cannes Film Festival 2003. Jadi filem ini bukan sembarangan filem.
Cuma saya boleh katakan di sini bahawa ada sesetengah penonton yang begitu menggemari karya serta corak arahannya dan sesetengahnya pula langsung tidak boleh terima (pendek kata 'benci' akan filemnya). Hakikatnya, saya amat meminati filem arahannya seperti Finding Forrester termasuk juga Gerry (walaupun begitu menyeksakan!).
Ungkapan 'jujur' begitu sesuai sekali untuk filem ini. Ia dipersembahkan dengan begitu 'jelas' atau saya boleh sebutkan 'simplicity' dalam bahasa inggerisnya. Paparan kehidupan remaja Amerika yang nyata dan tiada 'diselindungkan'. Bermula dengan satu visual yang cemerlang – Awan yang bergerak dari siang ke malam seolah menggambarkan normaliti kehidupan di amerika (atau mungkin suatu simbolism, mengatakan bahawa 'langit tidak akan sentiasa cerah' – suatu kegelapan atau 'tragedi' pasti akan mengundang)...
Sekali lagi Van Sant bukan sekadar mempertontonkan watak-wataknya, tetapi lebih memberikan 'penglihatan' lebih dekat terhadap setiap satu daripada watak-watak bagi menimbulkan keberkesanan dari sudut jiwa dan emosi. Sinematografer Harris Sevides masih mengekalkan teknik shot 'lama' seperti dalam Gerry. Beliau juga turut menerima anugerah sinematografi terbaik untuk filem ini. Sememangnya paparan dalam filem ini begitu cantik dan memang patut sekali beliau dinobatkan.
Stuktur naratifnya agak ringkas dan tidak 'terbelenggu' dengan apa jua subplot yang meleret. Namun agak berbeza dari filem Kids yang lebih memaparkan keruntuhan moral remaja dari sudut seks. Elephant lebih memberi ruang khusus kepada permasalahan normal remaja sekolah di Amerika.
John yang dihantar ayahnya yang mabuk ke sekolah, akhirnya terpaksa menghadap pengetua kerana seringkali lewat. Sejurus kemudian, Elias yang gemar mengambil foto, 'berkeliaran' ke sana-sini dengan kameranya, untuk dijadikan bahan assignmentnya. Begitu juga dengan watak pelajar lain seperti Michelle yang ada kisahnya tersendiri. Tiga sahabat iaitu Nicole, Brittany dan Acadia bergosip, menggilai Nathan, pemain football sekolah, yang begitu mencemburui Carrie, kekasihnya.
Rutin pelajar-pelajar ini seharian begitu 'jujur' dipersembahkan sehinggalah kita dikejutkan dengan watak Alex dan Eric. Dua pelajar ini membawa senjata api (disembunyikan), untuk merealisasikan suatu hajat mereka yang begitu mengejutkan seluruh Amerika seketika dahulu. Sejurus selepas mereka berdua menonton sebuah dokumentari Adolf Hitler, agak memeranjatkan kerana mereka bercumbuan sewaktu mandi bersama-sama. Bagaimanapun, sentimen 'Nazi' bukan menjadi punca berlakunya pembunuhan beramai-ramai ini seperti filem Higher Learning satu masa dahulu.
Filem ini sebenarnya harus ditonton dengan penuh pemerhatian. Jika tidak, ia akan jadi 'kosong' dan tidak bererti ataupun ketiadaan impak. Ia bukan sekadar menceritakan suatu pembunuhan, tetapi lebih bersifat 'pendedahan'. Bagaimanapun, tiada jawapan yang khusus bagi persoalan mengapa dan kenapa ia berlaku. Ia diakhiri dengan begitu sahaja.
Penonton sekali lagi harus memberi interpretasi sendiri. Malah, Gus Van Sant secara jujurnya mengaku bahawa beliau sendiri tidak tahu apa motif sebenar kedua-dua remaja tersebut melakukan pembunuhan dasyat itu, sewaktu ditanya pengkritik filem, Roger Ebert yang tersiar dalam ulasannya. Ini menjadikan metafora Elephant yang diungkapkan agak sukar bagi saya mencari pengertiannya.
Rating : B+ (3.5/5)
31 March 2004
30 March 2004
Ulasan Filem : Beyond Borders (2003)
Oleh Mahhass
Di suatu majlis makan malam amal yang berlangsung di kota London sekitar 1980an, tetamu yang terdiri dari golongan kaya yang sedang asyik beramah-mesra, berdansa dan bersuka-ria telah dikejutkan dengan kehadiran Dr. Nick Callahan (lakonan Clive Owen). Beliau membawa bersama seorang budak kurus kering akibat kebuluran (berbangsa Ethiopia). Tentunya tujuan beliau ialah untuk membuka mata golongan kaya di situ agar lebih peka akan keperitan hidup di negara tersebut. Beliau mengkontrakan dengan baik, kehidupan budak malang itu dengan golongan kaya yang tak pernah kenal erti lapar.
Ucapan serta kata-kata sinis beliau (walaupun disambut dengan gelak ketawa serta diperlekehkan oleh sebahagian besar tetamu majlis tersebut) penuh dramatik sehingga Sarah Jordan (lakonan Angelina Jolie) yang turut berada di majlis tersebut tersentuh. Mungkin di kala ini, kita sebagai penonton akan menyebelahi Sarah, turut merasai kesedihan yang beliau rasa.
Akhirnya, Sarah mengambil keputusan untuk menyertai Nick di benua kontang Afrika, sambil mengeluarkan kesemua wang simpanannya untuk disalurkan ke pihak yang berwajib dalam usaha membantu kesengsaraan hidup di Ethiopia (mungkin juga kerana hatinya yang seakan sudah terpaut dengan Dr. Nick walaupun Sarah sebenarnya baru sahaja mendirikan rumahtangga!)...
Itu merupakan babak awal untuk filem Beyond Borders hasil karya Caspian Tredwell-Owen. Beliau berjaya 'memerangkap' serta mewujudkan keterujaan filem ini pada awalnya. Martin Campbell yang bertindak sebagai pengarah yang menerajui filem ini saya lihat banyak memberi sentuhan 'James Bond' (Martin Campbell pernah mengarah filem James Bond 'Goldeneye'). Dr. Nick bukanlah seorang doktor yang benar-benar tipikal ‘watak kedoktoran’nya (walaupun dikaitkan dengan CIA).
Sifat ego yang ditonjolkan walaupun tegas namun tidak sesuai dengan caranya. Angelina Jolie pula saya kira terlalu tidak natural atau terlalu 'cantik' untuk membawakan watak Sarah walaupun beliau berjaya mengekspresikan wajahnya dalam bentuk kesedihan dan boleh membawakan watak agresif. Mungkin aktres seperti Cate Blanchett misalnya lebih sesuai.
Filem ini sebenarnya tidak berakhir di Ethiopia, tetapi kita dibawa pula ke Kemboja. Dr. Nick ditugaskan (atau dengan sukarelanya) membantu penduduk yang terhimpit di kancah peperangan di sana pula. Sarah Jordan secara fizikalnya pula kini seakan sudah ditransformasi menjadi ala Lara Croft dalam Tomb Raider (walaupun tiada sebarang aksi ditonjolkan).
Di Kemboja, mereka kehilangan rakan sekerja. Tiada rentetan kesedihan di situ. Sudahnya, filem ini menjadi hilang fokus. Dari kisah atau unsur kemanusiaan yang digarap dengan baik pada mulanya, kini ia bertukar kepada kisah cinta yang kehilangan punca arah. Hubungan Nick dan Sarah sepatutnya dijadikan 'latarbelakang' dalam filem ini dan bukannya fokus utama. Di Kemboja, Nick meluahkan pada Sarah bahawa hubungan mereka 'terlalu bahaya' untuk diteruskan. Nick meninggalkan Sarah...
Dari Kemboja, filem ini beralih ke Chechnya pula. Pergolakan serta krisis peperangan yang melanda di sana sekali lagi menjadi latarbelakang medan perjuangan Dr. Nick. Kali ini, Sarah ingin mencari Nick menggunakan tiket UNHCR setelah dikhabarkan bahawa Nick tertangkap oleh sekumpulan pemberontak militan.
Bagi saya, filem ini boleh dikatakan 'musnah-semusnahnya' di segmen ini. Persoalannya, mengapa harus militan Islam Chechen yang berjuang menuntut hak sebagai negara Islam (bebas dari cengkaman Russia) dilabelkan sebagai pengganas?
Ada beberapa watak 'pengganas' yang dilihat memakai Kalimah Allah di kepala. Terrorisme digambarkan melalui penculikan serta ada kedengaran dialog Nick yang menyuruh Sarah lari menyelamatkan diri jika tidak dia akan ditangkap dan dirogol.
Baiklah... mungkin ada beberapa filem yang menggambarkan keganasan rejim Serbia terhadap umat Islam (filem The Hunted sebagai satu contoh). Tetapi kenapa tidak difilemkan saja keganasan Israel di Palestine? (Huh... nama pun dah 'sekutu'nya).
Saya agak kesal kerana amerika masih lagi cuba menerapkan istilah terrorisme, sebagai satu sinonim dengan umat Islam. Jangan kita terlalu rapuh untuk diperdayakan dengan anasir sebegini rupa.
Oleh sebab filem ini bagi saya sudahpun 'musnah' rentetan dari segmen ketiga tersebut, ditambah pula dengan kerapuhan babak akhirnya (walaupun agak tragik), maka tiada impak yang boleh menjadikan filem ini wajar disanjungi malah krisis kemanusiaan global yang di'tangis'kan kita pada awalnya dibiarkan begitu sahaja…
Bagaimanapun Beyond Borders sedikit sebanyak telahpun menyedarkan kita, sewaktu kita hanya 'terasa' lapar sekarang, masih ramai insan kecil yang terdahulu lebih 'menderita' kelaparan bukan hanya sekadar 'terasa' macam kita.
SKRIN Rating : C-

29 March 2004
The Passion of The Christ (2004)
"Rahmat Jesus Christ - Menyiksa & Menggoyah"
Oleh Fadz
Aku tidak akan guna nama Nabi Isa a.s. dalam perbualan ini kerana mengguna nama itu (atau Masihi Isa seperti dalam al-Qur'an) menggambarkan apa, siapa dan mengapa Nabi Isa a.s. sebenarnya pada aku. Jadi biarlah aku guna nama Jesus Christ kali ini, kerana sekurang-kurangnya ia terjemahan orang Nasrani (walaupun kita tahu, ia lebih ke arah ideologi Mel Gibson dan Benedict Fitzgerald) terhadap rasul, tuhan dan penyelamat mereka.
Menonton filem ini, dari satu babak ke satu babak, seakan-akan menelaah 'Pendidikan Asas Agama Nasrani' di sekolah. Mungkin bagi seorang Islam seperti aku, sebagai orang luar yang tidak faham akan signifikasi potret-potret yang dilukis oleh Mel Gibson dan Caleb Deschanel (dan aku kata, kanvas yang mereka lukis amat cantik, puitis dan telanjang), aku dapat juga mencerna 'kenapa Jesus Christ memilih untuk dirinya disalib walaupun umatnya tahu dia boleh memilih untuk selamatkan dirinya'.
Memang benarlah, ada beberapa babak yang aku takkan peduli, kenapa 'watak itu' mahu beri air pada Jesus, kenapa 'watak itu' pula menangis akan Jesus bila melihat Jesus menyeret salib, siapa itu yang sentiasa mengikut Mary dan Magdalene (sepertimana kalau orang Nasrani menonton The Message, tidak akan faham signifikasi kenapa Rasulullah s.a.w. tidak ditonjolkan) dan siksa Jesus sendiri kerana 'memaksa' dirinya mengambil 'beban' itu.
Oleh kerana itu juga, aku mendapat kelebihan kerana aku tidak perlu memiliki iman dan pengetahuan Nasrani tentang apa yang berlaku di depan aku, untuk merasa kekuasaan 'mis-en-scene'nya menyentuh aku. Maka orang akan tanya, adakah ia menyentuh? Aku akan berterus-terang, filem ini agak menyentuh (hiba sebenarnya) kerana penonjolan-penonjolan kesan yang dipaparkan. Apa yang kita lihat di depan kita adalah satu pengorbanan seseorang yang terpaksa diharunginya terhadap satu hukuman yang dia tidak lakukan (sekurang-kurangnya pada perspektif penulis skripnya), dan orang-orang yang berkait dengannya (yang mengikutinya juga membencinya).
Ia bermula dengan Jesus, di ceruk sebuah hutan, sedang ber'sembahyang', memohon pada Tuhannya, mencari persoalan dan petunjuk dariNya bagi menampung segala dosa yang manusia sudah dan akan lakukan di dunia ini. Kemudian, dari babak itu, selepas Judas bersongkol dengan para ketua agama dan undang-undang Yahudi, Jesus Christ ditangkap dan mula disiksa dan dicela. Mulai dari saat itu, filem ini seakan mengajak kita memakai destar berduri yang dipakai oleh Jesus dalam babak-babak yang akan menyusul. Cengkaman duri itu benar-benar mengganggu dan aku sedar, dan dapat rasa, itulah kekuatan efek Mel Gibson untuk membawa kita tersentuh dengan 'rahmat' yang dibawa Jesus Christ.
Kekejaman-kekejaman fizikal yang dilakukan terhadapa Jesus tersangatlah grafik (ironinya, kesan 'gore' ini lebih seram dari Dawn of the Dead sebenarnya!). Kau boleh muntah kerana menonton realistiknya cara pembikin filem ini mendekatinya.
Mungkin kadang-kadang Mel Gibson agak 'terlalu' (adakah Mel Gibson seorang yang suka sadis?), tetapi kerana gaya arahannya yang memasukkan 'cross-cut' (dan bukan kerana kesan teknik suntingan John Wright tetapi teknik yang pernah dilakukan Gibson dalam Braveheart pada adegan William Wallace dihukum yang bagi aku lebih berkesan dari segi kuasa sinematiknya) pada detik-detik yang lebih 'senyap' (cth: peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum Jesus ditangkap atau perkara-perkara kecil seperti burung merpati di langit, tangisan Mary, darah Jesus meleleh dari palang salib ke tanah, Jesus merenung sepatu askar Rom) pada setiap adegan 'chaos' dan Jesus disiksa- secara tidak sedar ia benar-benar membuat kita bergerak bersama dengan rintihan dan siksaan Jesus sebelum dia disalib pun. Kerana itu, mungkin aku agak 'melebih', tetapi kerana gaya ini yang dilakukan oleh Gibson, memancarkan kesan 'siksa itu seni'.
Kadang-kadang ada juga babak yang dibuat secara 'slow motion', menelanjangkan perasaan dan perilaku watak-watak dalam latar sejarah filem ini, penuh gambar manusianya (baik atau dikira jahat). Ada juga beberapa penggambaran 'slow motion' Jesus disalib, tersungkur dan diangkat, yang menampakkan, walaupun seru melihatnya: antara gambaran-gambaran paling indah pernah aku tonton dalam pemilihan perspektif, tata cahanya, ton dan warnanya.
Malah mata coklat James Caviezel yang berlakon sebagai Jesus (dia memakai 'contact lense' untuknya; yang dikatakan dalam sejarah, Jesus bermata coklat) dipersembahkan kepada kita dengan amat berkesan. Sudah tentu juga kerana integriti lakonan Caviezel dalam peranan ini, penggambaran mata ini menunjukkan betapa Jesus itu hidup (roh dan keimanannya) dan agung di sebalik mata itu, walaupun perasaan kita berbaur melihat kekejaman yang berlaku terhadapnya.
Secara tidak sedar, filem ini juga 'boleh' menimbulkan perasaan anti-yahudi jika ia tidak ditonton dengan berfikir dan berhati. Memang 'the bad guy' dalam filem ini yahudi (3 sebenarnya- para ketua agama, penduduk yahudi yang disogok untuk merusuh, polis 'zionis' khas yahudi).
Tetapi jangan lupa, pengikut dan Jesus sendiri datang dari umat Bani Israel. Memang boleh disangkal, cara Mel Gibson lakarkan 'bad guy'nya hingga ia tampak sungguh 'hitam' seperti stereotaip zaman Hollywood dulu (tanpa dinamik dan mengapa mereka membuat 'dajal' kerana ada sebab yang berjustifikasi).
Ini ditambah lagi dengan bapa segala 'bad guy' adalah Iblis (yang dilakonkan dengan melankoli dan cantik oleh Rosaliinda Celentano. Aku suka terjemahan Mel Gibson terhadap imej syaitannya. Syaitannya kelihatan moden, cantik, seksual, bermisteri, sofistikated dan dekaden. Ini berlawan dengan imej Jesus dalam filem ini yang amat sederhana.
Bukankah itu bermakna, senangnya syaitan menarik pengikut?). Iblis dalam filem ini sentiasa menggoda (Jesus juga) orang-orang jahat, dengan teknik yang sama dalam Braveheart bila Isteri William Wallace berjalan sayu melintas orang ramai. Simbolisme Iblis dalam filem ini penting, kerana 'godaanya' memberi alasan, kenapa manusia (seperti dalam filem ini) melakukan sesuatu yang tidak patut mereka lakukan terhadap manusia lain- bukan sahaja kerana psikologi, atau sejarah, tetapi kerana dengan ayat yang senang: kita sangat lemah.
Maka filem ini bukanlah mengutuk orang yahudi sebenarnya. Ia lebih mengutuk peperangan dan kebencian terhadap sesama manusia. Kerana jelas, antara mesej singkat tapi berkesan yang disampaikan oleh Jesus sewaktu detik-detik akhirnya bersama pengikutnya (seperti pentingnya pengertian mesej Rasulullah s.a.w. dalam wasiat terakhirnya) di meja makan. Jesus berkata: "Sayangilah kamu, antara satu sama lain, tidak kira siapa". Lalu adegan itu diselang-selikan dengan Jesus disalib tanpa 'melawan'.
Kelakar aku bandingkan 'graphic violence' Dawn of The Dead dengan The Passion. Kerana kalau aku bandingkan kedua-dua filem ini sekali lagi, Dawn merealisasikan satu 'pengakhiran' dalam permulaan peristiwa yang berlaku dalam filem itu, menterjemah 'kemurkaan Tuhan pada manusia'. Sedangkan The Passion merealisasikan satu 'permulaan' dalan pengakhiran satu peristiwa, menterjemah 'keRahmatan Tuhan'.
'Rahmat' ini berjaya menyentuh aku, memberi perasaan hormat terhadap tafsiran Nasrani tentang Jesus. Kesan 'rahmat' juga ini tidak akan berlaku jika tidak kerana kehebatan pelakon-pelakonnya. Malah lakonan-lakonan tanpa dialog mereka yang membuahkan 'humanity' dalam kecantikannya. Lebih-lebih lagi lakonan Maia Morgestern sebagai ibu Jesus. Lakonan awal hingga akhirnya sungguh cemerlang sebagai seorang ibu yang sanggup berkorban roh dan badannya untuk anaknya.
James Caviezel juga amat memeranjatkan. Dia dengan bersahaja, boleh menjadi sungguh lelaki, 'nabi', beradab, dan agung dalam satu masa, tanpa banyak perlakuan fizikal. Lakonan Hristo Shopov juga sungguh berkesan sebagai Pontius Pilate yang menghadapi konflik di dalam menanggung timbal ajal Jesus.
Ada pengkritik filem mengutuk Mel Gibson dalam melakarkan Raja Herod sebagai homoseksual. Bagi aku, Herod yang digambarkan bukanlah homoseksual tetapi seorang yang hedonis, di mana ia adalah sifat 'stereotaip' perangai raja-raja yang selalu digambarkan jika mereka 'korup' dan 'zalim'.
Antara babak yang membuat bulu roma aku menegak adalah sewaktu Jesus memberitahu pengikutnya bahawa akan datang selepas dia pergi, seorang yang bernama 'Si Penolong' yang akan membawa mereka ke arah kegemilangan. seperti yang sudah diketahui, bahasa yang digunakan dalam filem ini bukan Inggeris tetapi Aramik, Ibrani dan Latin. Maka apabila Jesus mengucap 'Si Penolong' dalam Ibrani, aku dengar semacam 'Ahmad'!
Perasaan mendengar itu sungguh baik untuk aku, kerana kita tahu, walaupun boleh didebatkan, perkara sebenar yang Jesus maksudkan. Sudah tentu Nasrani akan katakan, ini dikhaskan untuk Jesus selepas 'ressurection' (maka ia sama dengan makna 'Jesus The Saviour'). Ini amat menarik kerana kita sedar, inilah garis perbezaan yang dikatakan oleh Raja Basrah terhadap pengikut Rasulullah s.a.w. tentang Islam dan Nasrani.
Tentang 'saviour' itu pula, antara kepercayaan orang Nasrani (bahawa kematian Jesus adalah untuk membersihkan dosa umat manusia seluruhnya, maka dia sahaja yang boleh menyelamatkan roh kita sewaktu akhirat nanti), kita tahu bahawa ini bersamaan dengan kepercayaan kita terhadap tawassul Rasulullah s.a.w. (pemberian syafaat Rasulullah s.a.w. terhadap semua makhluk di dunia ini sewaktu akhirat nanti). Kerana itulah dalam filem The Message, seorang pengikutnya berkata: "Muhammad comes here, as the mercy for the world", atau hadis Nabi: "Allah berfirman- Tidak Kami ciptakan alam ini Ya Rasulullah selain untuk kamu".
Maka kamu akan tanya, adakah aku masih tersentuh dengan filem ini? Ya, aku sangat tersentuh. Tetapi aku tahu Iman aku tidak akan bergoyah, InsyaAllah (ada orang kata, menonton filem ini boleh membuat kita percaya ketuhanan Jesus lalu ingin masuk Kristian).
Dan aku percaya, kalau ia ditayangkan di Malaysia (yang setentunya tidak akan), ramai orang Islam tidak akan murtad selepas menontonnya. Bagi aku, aku masih berpegang pada persoalan rasional: kenapa filem ini berdasarkan pada injil yang ditulis beratus-ratus tahun selepas peristiwa 'salib' ini berlaku dan penulis-penulisnya pun bukan manusia-manusia yang pernah bersama dengan Nabi Isa a.s. secara terus.
Maka, aku tonton filem ini dengan persepsi bahawa Judaslah yang dihukum dan disiksa. Maka aku bersimpati dengan Judas kerana aku juga manusia. Aku menangis melihatkan, betapa kecilnya siksa yang aku dapat kerana dosa aku, tidak setimpal dengan beban yang dihadapi oleh Judas. Dan aku percaya dalam hati, dengan siksaan sebegitu yang ditayangkan dalam filem ini, sudah tentu Judas juga diampunkan dan mendapat keRahmatan Allah akhirnya. Dan bukankah itu lebih baik?

28 March 2004
Dawn of The Dead (2004)
"Fajar Sang Mati - Kiamat Main-Main"
Oleh Fadz
Kadang-kadang, kita tidak mahu menonton sesuatu filem yang sama, hanya kerana filem yang di'remake' kali ini ingin menonjolkan penggunaan teknik atau efek khas yang lebih canggih (cth. 'remake' The Body Snatchers, The Haunting)..Tetapi kalau filem itu cuba mengintepretasikan tema atau falsafah yang 'segar' dari filem yang terkemudian (Scarface, The Fly, The Ring), filem itu boleh dinikmati dengan cara yang lain, dan kadang kala lebih baik lagi.
Untuk itu, bagi peminat filem seram, anda sedikit bertuah, kerana 'remake' The Dawn of the Dead tidaklah menghampakan. Apa yang dibawa oleh pengarahnya, Zack Snyder adalah satu satira abad ke-21 Amerika/sci-fi distopia masyarakat yang bernama manusia. Distopianya sungguh kelam dan kalau kita selami dengan lebih dalam filem ini, pesismenya sangat jelas. Ia mengutuk, dan saya kata, benar-benar mengutuk manusia sebagai semula jadinya 'amat lemah' walaubagaimana unik 'kelebihan' yang Tuhan berikan pada mereka- kuasa untuk membuat pilihan.
Filem ini juga telah mengambil 'tagline' "When there's no more room in hell, the dead will walk the earth" dengan literal yang ekstrem. Apa yang kita akan lihat ialah (dalam plot, konflik watak-wataknya, wide shot yang berkesan dari pengarah fotografinya Matthew F. Leonetti) satu lukisan kiamat yang amat menakutkan, yang mungkin boleh berlaku, dan biasa dalam filem-filem genre 'hari kiamat' ini (contoh paling baik: Lifeforce, franchise The Terminator, War of the Worlds, The Beyond).
Filem ini juga mempunyai kesan 'I Am Legend' yang sudah tentu menjadi tunjang setiap filem zombie. Hanya, kali ini filem ini membawa masuk Tuhan di dalam punca plotnya (filem-filem terdahulu, dikatakan ia datang dari virus luar angkasa, atau punca pintu neraka akan dibuka tanpa ada punca yang sah. Punca ini popular dengan pengikut kuat Lovecraft yang semestinya pengarah-pengarah dari itali).
Seperti satu deus ex machina yang paling celaka, Tuhan, Pencipta kita yang Membawa Turun MurkaNya terhadap kita. 'Wrath of God' ini berlaku, dalam mesej 'subtle' filem ini kerana manusia tidak tahu bersyukur dan leka; suka bersengketa antara satu sama lain, tidak mempeduli siksa orang lain dan selalu ingin menjatuhkan satu kaum yang lemah hanya kerna mengikut 'isme-isme' mereka.
Maka Tuhan turunkan 'Neraka di Bumi', dengan gaya 'bibical' yang tidak mungkin pernah saya tonton selama ini. Maka filem ini bukanlah tentang 'human survival' tetapi cerita tentang watak-watak manusia yang Tuhan Berikan sedikit masa untuk hidup untuk menceritakan cerita mereka tentang keadaan bala yang berlaku di depan mereka.
Berat bukan? Sememangnya filem ini boleh ke arah itu (seperti The Exorcist, The Omen). Tetapi Snyder telah membaurkan unsur sinikal dan komedi dalam drama seram ini. Kerana ini, filem ini agak di luar imbangannya..tetapi, biarlah saya katakan yang elok-elok dahulu. (seperti biasa, 'gore' filem ini dalam tahap maksima..)
[nota: filem ini ada meminjam secara 'homage' filem-filem seram seperti The Exorcist, Demons, Blair Witch Project dan trilogi 'Dead' Romero]
Yang Menarik
Ada tiga adegan dalam filem ini yang saya suka. Satu adalah 'opening scene' filem ini yang membentukkan rangka apa yang kita akan lalui dalam filem ini dan seperti 28 Days Later, memberitahu kita 'atas sebab apa semua ini berlaku'. Ada satu adegan yang menghantui; orang Islam di masjid sedang bersujud, di cross-cut dengan wajah-wajah kekejaman manusia dan wajah zombie (memberitahu kita kali ini, zombienya bukan jenis lepuh tahun 80-an, tetapi punca kekejaman dan sadisme manusia sendiri..maka simbolismenya jelas, marah dan kejam Zombie itu adalah marah dan kekejaman Tuhan pada makhluknya, gaya zombie yang sama dalam 28 Days Later dan Resident Evil..
Mis en Scene ini berkesan hasil suntingan baik Niven Howie). Kemudian dalam satu adegan, seorang wartawan TV sedang bercakap di latarbelakang Masjid Sulaiman di Instanbul dan tiba-tiba kru TV itu diserang satu kumpulan zombie berbangsa Arab (adakah ini satu kritikan pada terrorisme?)..Ia seakan mengatakan, bala ini datang dari orang Islam! Doa mereka telah di'makbulkan' Tuhan! Maka filem ini membentuk satu lagi tema yang menggegar, iaitu anti-perang. Dengan sinis ia mengutuk Amerika sendiri yang berperang tanpa berfikir dahulu (menyebabkan masyarakat lain tersiksa dan membencinya). 'Opening scene' ini juga ada menampilkan wajah zombie pada kita (adegan zombie suami Ana), wajah sedih seakan meminta belas kasihan tetapi sangat berbahaya, menyebabkan kita mahu mengasihaninya tetapi juga membencinya.
Adegan kedua yang saya suka pula ada kena mengena dengan anak yang dikandung oleh seorang perempuan yang digigit zombie. Penyelesaian plot dalam konflik adegan ini amat kuat bagi saya. Juga ia membentuk mesej pesisme yang akan berlanjutan dalam filem ini hingga ke akhir filem ini (bahawa manusia tidak ada harapan langung, walaupun untuk bertaubat).
Dan akhirnya adegan di dalam bas. Ada satu adegan (juga wide shot-wide shot zombie mengejar bus ini) yang amat berkesan apabila satu dari watak filem ini telah 'tercuai' lalu memotong aweknya, lalu selepas itu- chaos. Membawa sekali lagi bahawa memang tidak perlu untuk Tuhan selamatkan manusia kerana mereka memang 'tidak akan belajar dari sejarah'.
George A. Romero tetap akan dapat bersenyum walaupun skrip asalnya telah dipotong di sana sini. Untuk perbandingan, Dawn of The Dead Romero menyentuh tentang ketamakan manusia (kerapuhan laissez faire) dan kesan buruk komersialisme. Filem terbaru ini masih menyimpan semangat dari filem terdahulu Romero, tetapi dengan intepretasi gaya awal abad ke-21 Amerika, di mana manusia Amerika dikategorikan pada dua kumpulan manusia: penuh rasional dan manusiawi vs. bertindak untuk diri sendiri dan fasis.
Apa yang Snyder ingin katakan dalam filem ini ialah, walaupun kedua-dua kumpulan ini akhirnya akan lesap, tetapi manusia-manusia manusiawi ini (kerana kasih mereka pada manusia yang lain) yang sebenarnya yang menyebabkan ajal mereka lebih cepat! Adegan-adegan seperti si anjing menghantar makanan, merahsiakan isteri yang digigit, yang menyebabkan tragedi terbesar merebak tanpa kawalan. Tuhan mempunyai humor yang kejam! Maka di klimaks filem ini, hanya seorang watak sahaja yang sedar (apabila sudah digigit zombie), sudah tidak guna untuk melanjutkan hidup lalu terima sahaja yang seadanya.
Di akhir filem ini, hanya tiga watak sahaja yang di'selamatkan', Ana (lakonan menyentuh Sarah Polley) simbolisme pada semangat ketabahan dan harapan manusia, Kenneth simbolisme ketulusan manusia, dan Nicole & Steve simbolisme cinta antara manusia..Tetapi mengikut 'end credit' filem ini, watak mereka juga 'akan' berakhir dalam kengerian, hanya jika mereka masih boleh berharap untuk hidup...
Lakonan terbaik dalam filem ini adalah dari Mekhi Pheffer, seorang samseng yang cuba mengubah hidupnya untuk satu hidup yang baru, walaupun segalanya di sekelilingnya berubah dalam cepat dan ganas. Pheffer pandai bermain bahasa mata dan lakonannya adalah lakonan paling 'symphatatic' dalam filem ini (yang sememangnya dikhaskan untuknya).
Yang Tak Elok
Hanya ada satu masalah sahaja dalam filem ini..Seperti yang anda sudah baca, filem ini boleh saja dikatakan filem zombie yang serius dan subtle seperti 28 Days Later, tetapi beberapa shot dan gaya yang digunakan oleh pengarahnya (pelakon-pelakonnya semua agak baik) telah menyebabkan filem ini membuahkan 'ketawa' dalam keseriusannya (setentunya satu cara yang biasa dalam filem zombie)..kadang-kadang lawaknya seakan terlalu slapstik dan dibuat-buat (adegan suami Ana berlari ke arah seorang perempun di taman)..ini benar-benar membuat imbangan 'seram' dalam filem ini 'terpelanting'..Snyder seakan mahu membuat satu filem yang serius, sinikal dan bermakna (seperti 28 Days Later dan filem-filem 'Dead' George A Romero) tetapi tidak mahu meninggalkan keseronokan teknik baru perfileman MTV, permainan shot, zombie lawak, penggunaan slapstik (seperti Resident Evil, Return of the Living Dead, membuat filem itu nampak bodoh)...
Satu adegan yang menghampakan adalah apabila lakonan berkesan Ving Rhames sebagai seorang polis dibentuk, dirosakkan dengan 'one liners' yang semacam 'Terminator' yang kemudiannya telah mengungkapkan satu frasa: "They might have come here from their memories, or they are here to get us" ..Dialog itu sungguh serius (di tulis dalam skrip asal) tetapi semacam diparodikan oleh Rhames. Efek CGI helikopter pun kelihatan sangat tidak realistik (mereka masih tidak belajar, buat filem seram, jangan guna efek CGI..hanya satu sahaja filem yang telah berjaya menggunakan efek CGI dengan berkesan, iaitu The Relic).
Maka untuk mengatakan filem ini berjaya sepenuhnya, mengatasi filem Romero yang terdahulu, ia tidak mungkin.. Tetapi filem ini boleh sahaja berdiri dengan sendirinya, dengan kekuatannya dan intepretasinya yang tersendiri..

26 March 2004
Ulasan Telefilem (VCD) : Seriau (2004)
Oleh Mahhass
"Seriau penuh dengan babak seram dan mencemaskan! Ekspresi wajah yang begitu menakutkan. Olahan cerita serta plot yang cemerlang. Skor muzik yang menarik. Impak yang begitu mendalam. Twist yang memeningkan dan seringkali mempedayakan penontonnya. Teknik fotografi yang hebat malah semuanya hebat. Sebuah telefilem seram yang ditunggu-tunggu keluarannya tambahan lagi siapa yang tidak kenal dengan pelakon hebat ini yang kini mencuba nasib dalam bidang arahan...."
(Sambil tergelak) Aha! Itu semua jangkaan awal saya terhadap filem ini. Semuanya tu gimik saya semata-mata. Hahaha! Errr.. OK baiklah, saya serius kembali….
Secara ringkas, kisahnya bermula dengan paparan imbasan 50 tahun sebelumnya, iaitu Murni yang sudahpun mempunyai suami dan seorang seorang anak yang digilai seorang lelaki bernama Sahak. Oleh sebab terlalu takut akan Sahak, beliau melarikan diri bersama suami dan anaknya. Akhirnya mereka tertangkap dan suaminya dibunuh. Nasib Murni pula sengaja di’misteri’kan kepada kita sehingga terjawab di akhir babak. Sejurus kemudian, paparan KLCC muncul di skrin menandakan filem ini kembali ke zaman sekarang. Ellie Suriaty kini berperanan pula sebagai Anita, seorang penulis novel yang ingin mencari ilham di kediaman yang baru didirikannya yang berkebetulan di tempat keluarga tersebut dibunuh. Seterusnya beliau yang ditemani rakan-rakannya lakonan Serina Redzuan dan Elyana mengalami pelbagai kejadian aneh di sana.
Arahan sulung Ellie Suriaty yang turut memegang watak utama telefilem ini ternyata mengecewakan. Tajuk 'Seriau' yang diberikan saya kira tidak berjaya menyeriaukan. Jika perancangan yang lebih sempurna dibuat, saya kira boleh meminimumkan kelemahan yang banyak boleh dicatatkan untuk filem ini. Ellie sepatutnya mengambil iktibar misalnya filem Mistik, walaupun berjaya dari segi kutipan box-office, namun terlalu rendah jika dinilai dari segi kualiti. Secara peribadi, saya lebih suka menonton telefilem seram arahan Silver (pengarah Blok 404, Kem 505) dari konteks 'cerita' yang disampaikan atau 'twist' yang ditonjolkan. Ini termasuk juga elemen seram ataupun cemas yang biasa dipaparkan.
Lazimnya jika ada orang berpendapat bahawa arahan pertama 'tak apalah' tapi sebenarnya inilah titik-tolak ataupun 'peluang besar' untuk beliau menonjolkan bakat dalam bidang arahan. Sejauh mana penerimaan masyarakat (yang meminati filem khususnya) menilai bakat yang dimilikinya. Saya rasa, kesilapan Ellie Suriaty sebenarnya ialah mengarah sambil memegang watak utama apatah lagi untuk filem sulung. Saya percaya jika beliau boleh menumpukan 100% untuk arahan, filem ini saya pasti tidak akan jadi seburuk ini. Maafkan saya.
Dari awal babak sehinggalah ke penamatnya, tiada apa yang boleh dibanggakan. Ellie Suriaty sepatutnya tidak terlalu terburu-buru. Suntingan juga sepatutnya lebih kemas. Banyak adegan yang boleh dipersoalkan. Sebagai contoh, adalah mustahil sungai tersebut boleh hilang dalam masa 50 tahun sedangkan mayat suami Murni ditanam di tepi sungai. Tidak mungkin juga seorang bapa lebih mementingkan nyawa sendiri sehingga membiarkan anaknya hanyut di sungai.
Sebahagian watak juga tidak dikembangkan sebaiknya. Zamarul Hisham (Rizal) tidak memberikan lakonannya yang terbaik. Adegan beliau dirasuk tetapi berkeadaan sedar begitu mencacatkan ditambah lagi dengan ekspresi muka yang kelakar. Serina Redzuan (Lyn) pula perlu lebih banyak belajar (berlakon) lagi. Penampilan Corrie (bakal koreografer AF) yang memegang watak sebagai Roket agak baik cuma penekanan harus diberikan pada tutur dialognya yang terlalu mengikut butir-butir skrip (mungkin gandingan beliau bersama Zamarul agak janggal).
VCD Seriau keluaran FMC Music Sdn Bhd bagi saya agak mahal dijual. Pun begitu, saya sebenarnya tak berapa kisah sangat selagi harganya tidak mencecah puluhan ringgit atau sekurang-kurangnya kita rasa puas menonton (sehingga tidak timbul rasa kesal membelinya). Rasanya perlu saya katakan di sini bahawa perasaan kesal itu akhirnya timbul juga.
Seharusnya, dari masa ke semasa, filem Melayu sepatutnya memperlihatkan peningkatan kualiti, bukannya diukur dari sudut kutipan tiket atau jumlah VCD yang terjual. Kalau beginilah keadaannya, sampai bilapun filem Malaysia tak akan wujud di peta global.
Apapun, syabas kepada Ellie Suriati kerana mencuba nasib (untuk pertama kalinya) walaupun filem ini merupakan filem seram/hantu (yang agak mistik saya kira) namun Ellie kena yakin dan Ellie kena realistik juga.
Rating : 1/5 bintang - Sekali lagi maafkanlah…
Nota : Di dalam MASTIKA keluaran terbaru (April), ada diterbitkan satu artikel yang menyingkap kejadian-kejadian aneh sewaktu penggambaran VCD Seriau di beberapa kawasan seperti di jirat cina dan sebagainya. Kejadian-kejadian aneh ini dirakamkan oleh Lando (selaku ketua sebuah kumpulan yang diberi nama 'ENTITI') yang akan menerbitkan VCD berjudul ENTITI tentang fenomena aneh serta 'entiti' yang dirakamkan secara eksklusif yang belum pernah diterbitkan lagi oleh mana-mana individu atau kumpulan sebelum ini khususnya di Malaysia. Sama-sama kita nantikan keluarannya!

Ulasan F1 : Sepang, Malaysia (2004)
Oleh Mika
Pusingan ke-2 Formula 1 di Sepang musim ini telahpun berakhir pada hari Ahad lepas yang juga merupakan hari mengundi untuk rakyat Malaysia. Ini telah menyebabkan kehadiran penonton tempatan kali ini ternyata sedikit berkurangan daripada sasaran awal SIC. Namun begitu, GP kali ini tetap meriah dengan kehadiran penonton asing yang agak ramai seperti biasa.
Michael Schumacher dan Ferrari nyata berada dalam kedudukan terbaik untuk menjarakkan kutipan mata dari pesaing-pesaing lain. Kemenangan Schumacher di Melbourne yang juga kejayan 1-2 Ferrari dengan Rubens Barrichello di tempat ke-2 telah memberi amaran awal kepada pasukan lain yang bertanding. Di masa yang sama, litar Sepang yang panas pada kebiasaanya memberi kelebihan kepada pengguna tayar Michelin. Ini membawa persoalan sama ada Bridgestone telah cukup berusaha keras ketika ujian pra-musim yang lalu untuk mengatasi kelemahan utama mereka... (...baca seterusnya)
24 March 2004
'Sepet' by Yasmin Ahmad
"Jujur sejujur-jujurnya"
Oleh Ted
Aku sungguh berbesar hati apabila menerima pelawaan dari Nizamzakaria untuk menghadiri sesi tayangan 'rough cut' filem terbaru Yasmin Ahmad (sutradara filem 'Rabun' dan iklan-iklan perayaan Petronas yang penuh nostalgia) di DBP semalam, inilah kali pertama aku berpeluang menonton filem versi sebegini.
Menurut Nizam filem tersebut masih lagi dalam 'working phase', belum versi akhir yang akan dipertontonkan kepada umum (yang pastinya jika tidak banyak, akan sedikit berbeza setelah menjalani proses kerja-kerja penerbitan dan suntingan terakhir oleh team ‘Sepet’ sendiri serta jangan lupa, suntingan badan penapisan filem negara-ku yang terchinta. Oleh itu di sini aku mahu bercerita yang pro sahaja dulu tentang 'Sepet' kerana ia belum hasil yang muktamad lagi.
'Sepet' revolves around the relationship of two young people berbeza bangsa dan agama yang dilakonkan oleh mereka yang memang sebenarnya muda, bukannya pelakon lewat 20an atau awal 30an pretending they’ve just finished secondary school. Yes, it’s a love story but no, it’s not just a love story.
Babak-babak kekeluargaan yang mesra (dan juga yang tidak berapa mesra), keeratan persahabatan (dan kegoyahannya), percintaan anak muda serta babak-babak lain tentang kehidupan yang digambarkan dalam filem ini penuh kejujuran dan realisme yang jarang aku jumpa dalam filem-filem tempatan.
Banyak juxtaposition of contrasting images yang sebenarnya tidaklah terlalu pelik dalam kehidupan, tetapi tak jumpa di kaca tv atau layar perak tempatan. Aku cukup suka skrip filem ini, dialog yang diutarakan tidak ada baris-baris “Apakah kau merasa..” atau “Oh inilah kebenaran”. Banyak yang menggeletek hati (dan jantung dan paru-paru serta limpa aku) dalam perkara yang mereka tuturkan... unsur komedinya natural dan tidak dibuat-buat, jauh sekali slapstick. Juga hubungan mesra antara ibubapa Orked, ah, teringat aku mama dan abah di rumah!
Portrayal percintaan Orked (Sharifah Amani Syed Zainal, adik kepada pelakon Sharifah Aleya) dan Jason/Ah Loong (Ng Choo Seong) simple sahaja, pergi berjalan-jalan bersama, makan di restoran segera, bergambar aksi-aksi lucu di kedai foto, berhubung dengan telefon; gambarannya jujur dengan usia mereka. Tetapi perjalanannya tidak sebegitu mudah, ada kemelut dan noda hitam, diterpa masa lampau dan persekitaran yang menghalang.
Watak-watak sokongan dalam ‘Sepet’ turut mempunyai depth dan definitely not one-dimensional – sebagai contoh orang gaji yang tak macam orang gaji, suami isteri yang tetap bersama hanya kerana keadaan, mamat Cina penjual vcd haram yang pandai main piano serta mat salleh celup yang tak berapa pandai bahasa Inggeris.
Yasmin Ahmad bijak menampilkan kisah-kisah mereka menerusi a few lines here and there dan imbasan-imbasan ringkas tanpa perlu banyak side-track dari kisah utama (yang lazim berlaku dalam filem tempatan, kisah sampingan dipaparkan berlebihan sampai hilang fokus).
Cukup dengan tidbits yang diberi, aku menggunakan imaginasi dan pengalaman hidupku sendiri untuk cuba melihat bahawa Mak Yam, Lin, Maggie, Keong, Johari dan lain-lain mungkin begini, begini, begini, begini dan begini walaupun tidak dipaparkan satu-persatu semuanya. Tak perlu. Kalau nak papar semua, kenalah buat siri TV macam Idaman atau Oshin (ingat lagi Oshin?).
‘Sepet’ juga turut memaparkan satu unsur secara terus-menerus (nanti lihat sendiri okay?) dalam hampir setiap babak yang menggambarkan apakah akhirnya, mengingatkan aku kepada references dalam filem Magnolia yang merujuk kepada 8 dan 2, membawa kepada hujan katak sebagai endingnya seperti maksud dalam petikan dari Exodus 8:2 : And if thou refuse to let them go, behold, I will smite all thy borders with frogs. Oh, tidaklah sekompleks itu dalam ‘Sepet’ tetapi ia tetap sesuatu yang unik dan (sekali lagi) tidak lazim dalam filem-filem tempatan.
Berdasarkan komen-komen mereka yang menonton 'Rabun' keseluruhannya (aku sempat tonton sedikit sahaja, not enough to form a fair opinion), filem tersebut yang sarat dengan shot dan gaya penceritaan eksperimental oleh Yasmin serta tiada pelakon komersial sedikit sukar untuk diterima oleh penonton biasa.
Kali ini ‘Sepet’ dengan Ida Nerina, Harith Iskandar dan Adibah Noor sebagai nama-nama yang telah dikenali, Orked dan Jason yang comel sebagai eye-candy serta jalan cerita yang agak lurus aku kira mungkin boleh menjadi filem yang mampu untuk merapatkan jurang antara penonton umum (komersial!!) dan pencinta filem yang mahukan sesuatu yang lain. Utopia? Tidaklah. Falsafah aku, beri sedikit ruang untuk give and take, banyak yang akan menjadi lebih mesra.
Nantikan tayangan 'Sepet' sekitar Ogos 2004, Insya Allah.
Kredit foto : Nizam Zakaria Fotoblog
Lawat weblog penulis

18 March 2004
Ulasan Filem : Ju On - The Grudge 2 (2003)
Ju On : The Grudge 2 (Final) secara peribadinya, tidaklah begitu seram jika dibandingkan dengan versi pertamanya. Walaupun elemen kejutan lebih banyak dihidangkan kali ini namun terus terang saya katakan bahawa saya agak kecewa lebih-lebih lagi adegan Kayako merangkak turun dari tangga tidak banyak ditampilkan. Malah, adegan suspen inilah sebenarnya merupakan kekuatan sekuel ini. Begitu juga kekurangan babak di dalam rumah puaka tersebut.
Sayang sekali oleh kerana terlalu banyak babak seram di luar rumah tersebut, bagi saya, filem ini tidak ubah seperti filem seram Jepun atau Korea yang lain. Jika kita kaji semula, fokus sebenar filem pertamanya ialah pada rumah tersebut iaitu sesiapa yang memasukinya akan mati atau hilang atau terperangkap di depan pintu. Untuk sekuel kedua ini pula tidak banyak memberi fokus ke arah itu, mungkin hanya satu atau dua babak sahaja. Itu pun dalam versi imbasan.
Sekali lagi, filem ini dibahagikan kepada enam segmen yang memberi fokus terhadap watak-watak yang bakal dimatikan. Namun kali ini, struktur plotnya agak senang difahami walaupun kita cuba dipermainkan melalui imbasan-imbasan yang berulang-alik.
Perhatikan adegan bunyi ketukan di dinding seterusnya menyaksikan gelas tumpah, dilihat begitu kreatif. Tidak terfikir oleh kita pada mulanya. Begitu juga sewaktu Tomoka masuk ke dalam rumahnya, divisualkan kepadanya terlebih dahulu sebelum kejadian itu sendiri menimpa ke atas beliau dan teman lelakinya.
Jika sebelumnya, adegan suspen lebih tergantung (audien sendiri memberikan persepsi atau berimaginasi dari segi bagaimana cara mangsa dibunuh), namun kali ini, kita diperlihatkan gaya Kayako membunuh mangsanya. Seharusnya konsep yang pertama dikekalkan.
Sebelum ini saya ada menonton Ju On 2 versi TV-Movie (yang diterhadkan pasaran di Jepun). Dalam versi tersebut, ada olahan tentang diari misteri yang menceritakan sejarah Kayako. Agak menghairankan kenapa tidak diwujudkan dalam filem ini.
Tompokan darah yang tertera di lantai agak mengelirukan kerana kita difahamkan mayat Kayako sepatutnya berada di atas siling. Kenapa diwujudkan pula kali ini?
Saya berpendapat, jika hantu Kayako keluar melalui siling adalah jauh lebih menyeramkan berbanding muncul dari tompokan darah tersebut. Bunyi bungkusan mayat itu jatuh ke lantai dari atas siling pun sudah tentu mendebarkan!
Begitu juga Toshio (kanak-kanak pucat ala toyol) yang tidak diperjelaskan dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang pernah menimpa beliau. Bagaimanapun, babak akhir yang menyaksikan gadis kecil menolak ibunya (Kyoko) dari tangga memberikan satu interpretasi bahawa sumpahan tersebut seakan diwarisi.
Jadi saya begitu yakin bahawa akan muncul versi baru filem ini satu hari nanti malah sudah hampir pasti populariti pada nama 'Ju On' dipergunakan secukupnya.
Apapun, memang benar seperti yang diperkatakan ramai bahawa Ju On 2 gagal meninggalkan impak yang mendalam seperti yang diharap-harapkan.
Jadi benarlah juga ramalan saya sebelum ini iaitu sekuel Ju On tidak berupaya mengatasi keterujaan atau keseraman Ju On 1. Pun begitu, Ju On : The Grudge 2 masih lagi di tahap terbaik.
Rating : B+
Ulasan Ju On : The Grudge 1 oleh Spiral

17 March 2004
Ulasan Filem : Honey (2003)
Bagi mereka yang masih ingat lagi dengan nama Irene Cara melalui lagu hits beliau What a Feeling dalam filem Flashdance suatu masa dahulu, filem Honey mungkin menjadi sebuah genre yang boleh mengembalikan nostalgia filem tersebut.
Namun, secara jujurnya saya katakan bahawa Honey begitu jauh ketinggalan dari segi mutu jika dibandingkan walaupun terdapat persamaan dari segi konsep.
Jessica Alba (Pelakon Siri TV Dark Angel) memperlihatkan bakat tariannya dalam filem ini. Koreografi yang ditonjolkan begitu memukau mengikut rentak alunan hip-hop serta muzik groove yang menjadi latar belakang filem ini.
Beliau membawa watak sebagai Honey Daniels, seorang gadis yang begitu meminati bidang tarian. Disamping menyara hidup sebagai bartender (waktu malam) dan di sebelah siang pula berkerja di kedai muzik (music store), beliau juga melatih komuniti (atau sebagai guru tarian) kawasan berdekatan rumahnya.
Sehinggalah bakat beliau diperhatikan dan akhirnya diambil sebagai koreografer untuk sebuah syarikat yang membikin muzik-video artis-artis terkenal. Honey seterusnya dikenali ramai.
Mujurlah filem ini dimuatkan dengan latar belakang muzik, kerana jika tidak, saya pasti akan mencampakkan keluar DVDnya tanpa perlu saya sentuh lagi. Idea atau konsep untuk mengembalikan kegemilangan dance-music ala 80an seperti Breakdance (haha saya suka yang ini), Beat Street atau Fame termasuk juga Flashdance agak menarik namun tidak digunakan peluang ini sebaiknya.
Plot yang digarap begitu membosankan malah kita hanya dihiburkan dengan rentak tarian atau muzik semata-mata (walaupun saya akui agak terhibur sambil menggoyangkan kaki mengikut alunan rentak hip-hopnya).
Sepatutnya, filem ini tidak hanya menampilkan Missy Elliot (saya percaya beliaulah penyelamat walaupun hanya muncul pada segmen terakhir, itupun tidak memberi impak besar ke atas filem ini).
Jika nama-nama besar seperti Ja Rule, Craig David, Sean Paul, P Diddy misalnya diundang, pasti sedikit sebanyak boleh menjayakan atau menterujakan filem ini. Setidak-tidaknya boleh menggantikan 'watak star' yang dicipta khusus untuk filem ini seperti 'Ginuwine' dan 'Jadakiss'.
Apapun, genre drama/muzikal yang ditulis oleh Alonzo Brown dan Kim Watson serta diarahkan oleh Bille Woodruff ini hanyalah sekadar filem santai hujung-hujung minggu tetapi agak berkesan juga dalam meredakan sebarang stress atau kekalutan fikiran!
Rating : C+

16 March 2004
Informasi/Artikel : Anamorphic Widescreen
Disusun semula oleh Mahhass dengan kebenaran webmaster laman DVD Exchange House
Anamorphic Widescreen bermaksud format rakaman gambar yang dapat digunakan untuk TV layar lebar dengan ratio layar 16:9 yang bermaksud "Lebar=Enam Belas Elements" dan "Tinggi=Sembilan Elements" (Elements adalah berupa inchi, kaki, meter, ataupun unit ukuran yang lain). TV standard yang biasa digunakan mempunyai ratio layar 4:3 bermaksud "Lebar=Empat Elements" dan "Tinggi=Tiga Elements".
Sebuah televisyen dengan sistem NTSC mempunyai resolusi 525 barisan horizontal, jadi jika anda memutar sebuah filem DVD dengan format "Letterbox" ataupun "Widescreen", untuk menampilkan gambar yang utuh di atas skrin TV anda, sebuah Garis Hitam akan terpapar pada bahagian atas dan bahagian bawah skrin TV anda. Garis Hitam ini juga akan menggunakan beberapa barisan horizontal dari total barisan horizontal yang berjumlah 525 barisan horizontal tersebut. Dengan demikian gambar yang terlihat adalah terdiri dari kurang dari 525 barisan horizontal. Sebagai contoh perhatikan Contoh Tampilan Layar 1 di bawah ini di mana sebuah filem DVD dengan ratio gambar 16:9 ditampilkan pada layar TV standard yang terdiri daripada ratio layar 4:3 (perhatikan Garis Hitam yang ada di bahagian atas dan bahagian bawah layar).
Jika anda memiliki "Widescreen" TV atau Projektor dengan ratio layar 16:9, gambar yang ada di Contoh Tampilan Layar 1 dibawah akan memenuhi layar televisi anda dan Garis Hitam nya akan hilang (itu pun bergantung pada ratio gambar, judul-judul dari PanaVision mungkin masih terlihat Garis Hitam nya kerana gambarnya sangat lebar dibandingkan dengan ketinggiannya) tetapi resolusinya akan tetap sama, gambarnya akan terdiri dari jumlah barisan horizontal yang sama seperti pada waktu ditampilkan dengan televisyen yang mempunyai ratio layar 4:3.
Apa maksud "Enhanced" DVD-Video Disc?
"Enhanced" DVD-Video Disc memiliki gambar yang telah di Expanded (Perbesar) secara vertikal. Jika gambar ini dilihat menggunakan TV standard dengan ratio layar 4:3, gambarnya akan kelihatan terlalu tinggi dan kurus walaupun gambarnya memenuhi satu layar penuh tanpa adanya Garis Hitam pada bahagian atas dan bahagian bawah (Lihat Contoh Tampilan Layar 2 di bawah).
Apa gunanya "Enhanced" DVD-Video disc?
Gambar dari "Enhanced" DVD-Video disc akan tampil penuh pada layar televisyen (525 barisan horizontal) dengan resolusi yang lebih tinggi dari DVD-Video disc yang biasa (Non-Enhanced) walaupun kelihatan adanya distorsi atas geometrisnya gambar (lihat Contoh Tampilan Layar 2).
Yang diperlukan sekarang adalah suatu mekanisme di mana distorsi tersebut dapat diatasi, dalam kata lain kita perlu suatu mekanisme yang dapat memperbaiki kondisi tersebut secara automatis.
Televisyen Widescreen yang modern mempunyai fasilitas di mana ratio gambar akan disesuaikan dengan ratio layar TV, dalam arti kata TV Widescreen dapat menambah ataupun mengurangi ratio gambar agar gambar tersebut pas memenuhi ratio layar dan hasilnya anda dapat menikmati filem yang memenuhi layar TV anda dengan resolusi yang jauh lebih tinggi (lihat Contoh Tampilan Layar 3).
Kredit : DVD Exchange House - Indonesia
Terima Kasih.

Labels:
Esei
15 March 2004
Ulasan Filem : Scary Movie 3 (2003)
Oleh Mahhass
Untuk menjadikan Scary Movie 3 ini 'berkesan' dari segi komedi yang disampaikan, anda harus terlebih dahulu menonton filem-filem genre seram The Ring, The Signs, Sixth Sense serta filem genre musikal 8 Mile lakonan Eminem dan juga The Matrix bagi mengapresiasikan sekuel Scary Movie ke 3 arahan David Zucker ini. Jika tidak, anda pasti tercengang-cengang (atau mungkin menggaru-garu kepala yang sememangnya tidak gatal) sambil mencari apa sebenarnya lawak jenaka yang cuba mereka sampaikan.
Pokok utama filem ini ialah membikin semula atau mem'bodoh'kan adegan dalam versi originalnya menjadi sebuah genre komedi (atau kita kenali dengan perkataan 'spoof'). Scary Movie 3, pada hemat saya mungkin lebih 'menjadi' berbanding sekuel sebelumnya.
Awal babak kita digelakkan dengan aksi Pamela Anderson...(dipetik dari filem The Ring) iaitu sewaktu beliau bersama temannya berbual mengenai video yang mana jika ditonton, seseorang itu akan mati dalam masa tujuh hari.
Beberapa lawak berunsur seks yang ditonjolkan menjadikan ia kelakar (walaupun mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah penonton). 'Blonde' sememangnya menjadi satu bahan jenaka seks!
Kemudian, kita di bawa ke sebuah ladang jagung seperti dalam filem The Signs lakonan asal Mel Gibson yang dijenakakan oleh Charlie Sheen. Telatah lucu berjaya mencuit hati.
Bagaimanapun, gabungan filem 8 Mile agak tidak bersesuaian kerana watak Eminem yang dibawakan saya kira tidak menjadi (maksud saya tidak kelakar) walaupun sewaktu pertandingan rap, tiba-tiba muncul Simon Fuller dalam American Idol memberikan komen lantas ditembak oleh penonton akibat tidak berpuashati dengan komen beliau!
Beberapa adegan yang dianggap kelakar sebenarnya membosankan. Lakonan Queen Latifah (Oracle dalam filem Matrix Reloaded) mungkin menjadi tetapi pergelutannya dengan 'hantu' The Ring tampak bodoh (bukan konsep 'bodoh' yang kita mahukan!).
Banyak adegan yang di'spoof'kan agak lari dari konsep atau tidak bersangkutan dari versi asal. Cuma adegan yang mungkin lebih relevan ialah untuk filem The Ring dan Sixth Sense. Tambahan lagi, saya tidak tahu dari mana watak presiden tersebut diambil.
Di Malaysia, sepanjang pengetahuan saya, kita belum lagi mengeluarkan filem sebegini. Jika kita masih ingat, sitkom 'Onde-Onde' satu masa dahulu melalui gandingan Jalil Hamid dan Harun Salim Bachik menampilkan konsep yang similar (adegan 'Pak Malau' yang begitu kelakar) tetapi saya tidak tahu pula kenapa ia tidak diadakan lagi kini.
Walaubagaimanapun, idea untuk 'spoof' filem-filem Malaysia khususnya, pada hemat saya mungkin tidak akan berjaya (dari segi lawak) kerana kebanyakan filem-filem tempatan (oleh kerana tidak ada kualiti jadi tidak perlu saya senaraikan di sini) samada sedar atau tidak, filem itu sendiri sudahpun 'semulajadi spoof'! Lebih-lebih lagi filem arahan... siapa ke nama 'prof' tu... (ahh tak kisahlah siapa). Tapi perhatikan betul-betul!

11 March 2004
Ulasan Filem : 21 Grams (2003)
Oleh Mahhass
Tirai filem 21 Grams dibuka dengan memperlihatkan satu babak di mana seorang lelaki terbaring lesu di atas katil wad – menantikan satu pembedahan jantung. Beliau ialah Paul (lakonan cemerlang Sean Penn) dengan ditemani oleh Christina (Naomi Watts). Sejurus kemudian, kita dibawa menyingkap apa sebenar yang berlaku ke atasnya.
Filem ini dibahagikan kepada tiga struktur plot yang memfokuskan kepada ketiga-tiga watak utamanya. Naratifnya agak pelik tetapi bukanlah suatu yang baru dalam pembikinan filem. Kadang-kadang ke depan dan ke belakang semula. Perjalanan plotnya mundar-mandir bagaimanapun akan hanya bertemu pada babak akhir. Dari watak Paul yang sihat bertukar kepada seorang yang sedang sakit.
Begitu juga watak Jack (Benicio Del Toro) yang dilihat seketika di dalam penjara, gereja, di rumah bersama keluarga malah pada satu ketika divisualisasikan pada kita dalam pergelutan. Naratif yang berputar ini sebenarnya membuat kita lebih memberi fokus walaupun kadangkala boleh membingungkan. Jadi saya boleh katakan bahawa filem ini bukan filem sembarangan kerana walaupun kita dipertontonkan klimaksnya terlebih dahulu (atau dalam masa pertengahan filem ini), namun pada hakikatnya kita tidak boleh meramalkannya.
Alejandro Gonzalez Inarritu (Amores Perros), pengarah berketurunan Mexico diberi mandat untuk mengemudi filem 21 Grams ini hasil tulisan Guillermo Arriaga. Dari satu babak ke satu babak beliau cuba 'mempermainkan' audien dalam susunan plot yang saya boleh katakan 'berterabur' tetapi kemas dan padat!
Jika dinilai dari segi lakonan, ketiga-tiganya memberi lakonan yang begitu bertenaga. Benicio Del Toro, jika saya nilaikan lakonannya dalam The Hunted tampak begitu jauh sekali berbanding filem ini. Filem ini memberikan beliau satu tapak yang mengukuhkan lagi kariernya di Hollywood apatah lagi (untuk filem ini) telah merangkul Audience Award for Best Actor dalam Venice International Festival 2003, Screen Actors Guild 2003 – Outstanding Perfomance for Male Actor serta dinominasikan Pelakon Pembantu Terbaik untuk Oscar 2003.
Naomi Watts tidak perlu dipersoalkan lagi. Perhatikan babak sewaktu beliau menghalau Paul keluar dari rumah setelah mendapat tahu jantung milik mendiang suaminya kini 'digunakan' Paul.
Filem ini berteraskan dendam dan ini menjadikan ia sebuah filem gelap. Psikologi seorang yang terganggu akibat kecuaiannya telah meragut nyawa seorang suami serta bapa kepada dua orang anak perempuan, sehingga dirundung rasa bersalah. Begitu juga halnya dengan rasa kesal akibat terpaksa menggunakan organ orang lain bagi meneruskan hidup.
21 Grams walaupun memaparkan satu persembahan yang menarik bagaimanapun secara peribadinya saya tidak akan meletakkannya di kelompok lima 'filem paling hebat' untuk sepanjang tahun 2003. Maka benarlah alasan kenapa filem ini tidak dicalonkan dalam lima filem terbaik Oscar 2003 kerana Mystic River arahan Clint Eastwood lebih layak (walaupun pencalonan Aktor Terbaik - Sean Penn sepatutnya untuk filem ini!).

10 March 2004
Ulasan F1 : Melbourne, Australia (2004)
Oleh Mika
Satu dominasi mutlak. Itulah yang dapat diperkatakan tentang penguasaan pasukan Ferrari yang menyaksikan Michael Shumacher dan Rubens Barrichello menduduki tempat pertama dan kedua di GP Australia, Melbourne Park pada hujung minggu yang lepas. Dalam semua sessi yang berlangsung - masing-masing 2 sessi latihan bebas pada Jumaat dan Sabtu, diikuti 2 sessi kelayakan pada hari Sabtu dan perlumbaan sebenar pada hari Ahad (7 sessi keseluruhannya), Ferrari telah berjaya menduduki tempat pertama dan kedua, kecuali hanya pada sessi latihan bebas ke-4 dan sessi kelayakan pertama. Michael Schumacher pula hanya sekali tidak menduduki tempat teratas iaitu ketika sessi kelayakan pertama. Begitulah dominannya pasukan Ferrari ketika GP pembukaan bagi perlumbaan Formula 1 untuk musim 2004 ini. (...baca seterusnya)
08 March 2004
Ulasan Filem : Man On The Train (2003)
Oleh Mahhass
Saya mula meminati filem-filem asing khususnya keluaran Perancis. Kebanyakan filem keluaran mereka sebenarnya penuh dengan nilai kesenian.
Walaupun Hollywood lebih mendominasi pasaran filem ke serantau dunia namun kebanyakannya hanya berulang-alik pada benda yang sama. Jika filem aksi, maka aksilah yang ditonjolkan dan jika seram, maka seramlah. Tiada apa yang lebih atau kurang. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kita dengar ada saja filem-filem baru dikeluarkan.
Filem-filem bermutu negara asing pula seolah-olah kelemasan walaupun sudah hampir setahun dikeluarkan, itupun kita mungkin hanya akan tahu tajuknya, apa cerita atau kisahnya langsung kita tak tahu!!
Respons yang biasa kedengaran ialah seperti keluaran terlalu terhad atau sukar diperolehi ditambah lagi dengan faktor kekurangan tayangan filem-filem asing di negara kita. Mungkin ada benarnya kerana filem-filem sebegini tidak langsung diketahui akan kewujudannya.
Terlalu banyak filem-filem tempatan dan Hollywood (malah Bollywood juga) bersarang di pawagam sekaligus menafikan filem-filem negara asing yang sebenarnya jika dikaji, ternyata lebih bermutu.
Man On The Train atau dalam bahasa Perancis berbunyi L'HOMME DU TRAIN arahan Patrice Leconte ini sebenarnya telahpun menggondol Audience Award di Venice Film Festival tahun 2002. Anugerah yang sama juga diberikan kepada pelakon dalam filem ini (Jean Rochefort yang memegang watak sebagai Manesquier) dalam kategori Pelakon Terbaik.
Ia berkisarkan tentang pertemuan dua dunia yang berbeza. Manesquier, seorang guru sastera bersara tinggal di sebuah pekan kecil sunyi dan tenang di Perancis, telah bertemu dengan Milan (lakonan Johnny Hallyday) yang berkunjung ke pekan tersebut atas rancangan untuk melakukan sebuah rompakan bank. Kedua-duanya menjalinkan satu persahabatan yang agak unik.
Mereka banyak menghabiskan masa berbual-bual kosong tetapi setiap patah yang dibualkan penuh bermakna. Kadangkala kedengaran kelakar, apatah lagi mereka seolah-olah mendalami jiwa antara satu sama lain sambil menyedari serta mengimbau semula laluan hidup masing-masing.
Saya tergelak tatkala Milan cuba mengingati sebuah sajak lama sambil membacakan sebaris dua lalu disambung penuh Manesquier. Begitu juga sebaliknya iaitu semasa beliau cuba mengenakan jaket hitam milik Milan sambil berangan dan menggayakan watak 'Wyatt Earp' – saat-saat riang yang mungkin beliau lepaskan sewaktu muda dahulu. Persahabatan inilah yang menjadikan filem ini begitu cantik sekali ditonton.
Filem ini bukan filem aksi, ia sekadar menampilkan satu drama yang jujur, visual yang tenang tetapi tidak membosankan. Elemen jiwa yang terbit dalam kedua-dua watak tersebut cukup bertenaga. Dialognya yang bersahaja beserta ringkas amat memudahkan kita menghayati jalan ceritanya.
Di akhir babak, Man on the Train meninggalkan kita samada kebingungan atau keceriaan. Ia cuba mengajak kita untuk memberi tafsiran sendiri. Apapun, saya berpuas hati dengan corak ending yang saya boleh katakan begitu adil dan jujur.
SKRIN Rating : A- 4/5

05 March 2004
Ulasan Filem : Veronica Guerin (2003)
Oleh Mahhass
Dia seorang jurnalis yang cekal, tabah, berhati waja serta berani. Liputan demi liputan dibuat oleh beliau mengenai kegiatan penyeludupan dadah terbesar di Ireland sekitar tahun 1994-1996 sehinggalah nyawanya sendiri menjadi korban pada 26hb Jun 1996.
Benar, kerana dalam filem ini, awal-awal lagi kita dipertontonkan satu adegan beliau ditembak sebanyak enam kali oleh seorang penunggang motosikal yang merapati keretanya. Jadi kita tahu watak utama dalam filem arahan Joel Schumacher (bersama penerbit Jerry Bruckheimer) berjudul Veronica Guerin akan berkubur sebaik awal babak dimulakan. Cuma dalam filem ini kita dipertontonkan semula dua tahun sebelum kejadian tersebut dalam bentuk imbasan.
Filem ini berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku ke atas seorang jurnalis luarbiasa, Veronica Guerin. Beliau lebih gemar bersua-muka dan menemubual penjenayah-penjenayah untuk dijadikan bahan artikel sensasi akhbar Sunday Independent yang begitu hangat di pasaran ketika itu.
Begitu kuat pengaruh media tersebut kerana jurnalis-jurnalis lain dilihat tidak mempunyai keberanian sebagaimana yang dimiliki beliau. Bukan itu sahaja, kegiatan pengedaran dadah penjenayah yang bermaharajalela dibongkar dengan menyiarkan artikel temubual bersama penagih-penagih (yang kebanyakannya remaja belasan tahun).
Seringkali diugut, dibelasah teruk malah pernah ditembak di kaki sebagai tanda amaran keras namun masih tidak menghalang keghairahan beliau untuk terus menyiarkan artikel walaupun pihak polis lebih bersikap membutakan diri dari menyiasat serta mengenengahkan bukti kes-kes yang dipaparkan beliau.
Watak Veronica Guerin begitu sesuai sekali dibawa oleh Cate Blanchett (pelakon yang kini semakin meningkat popularitinya di persada Hollywood). Saya agak tertarik dengan lakonan yang begitu dinamik ditunjukkan beliau tatkala berdepan dengan bahaya ditambah dengan gaya percakapan serta ekspresi wajahnya. Potongan rambut pendek, lincah tetapi feminis menghidupkan gaya sebenar seorang jurnalis yang hebat.
Kematiannya telah membuka satu lembaran baru serta menyaksikan penurunan hampir 40% kadar jenayah di Ireland. Ini berikutan penduduk ketika itu melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas dalang yang bertanggungjawab serta memberi tekanan ke atas pihak berkuasa.
Saya agak tersentuh sewaktu upacara perarakan membawa mayatnya ke perkuburan. Ciuman ke dahi dari anaknya sungguh memilukan.
Filem ini bukan sekadar filem popcorn atau santai. Jika ditonton, perlu penghayatan khususnya pada watak-watak yang ditonjolkan. Kadang-kadang agak sedikit bercelaru kerana banyak watak-watak gelap yang ditonjolkan agak mengelirukan saya. Mungkin pada mulanya usaha Guerin menampakkan satu kesia-siaan apatah lagi nasihat-nasihat dari suaminya malah penerbitnya sendiri tidak diendahkannya.
Namun setelah kematiannya, (dan oleh kerana kedegilannya inilah) satu revolusi sejarah telah tercipta dan yang paling penting, usahanya dikenang dan disanjung tinggi.
SKRIN Rating : B+ (3.5/5)

02 March 2004
Ulasan Filem : The Missing (2003)
Oleh Mahhass
Tahun 1885 bertempat di New Mexico menjadi latarbelakang filem The Missing arahan Ron Howard (yang pernah menggondol Oscar bagi sutradara terbaik pada tahun 2001 untuk filem A Beautiful Mind).
Filem ini tampak hebat, apatah lagi dengan berbekalkan nama beliau yang sudahpun tertera sebaris dengan penerima Oscar yang lain. Namun, sedikit sebanyak agak mengecewakan saya.
Filem ini menampilkan sebuah kisah gelap, cemas dan kadangkala meresahkan. Cate Blanchett (selepas mebintangi filem The Lord of The Rings dan filem terbaru beliau Veronica Guerin) tampil memegang watak sebagai Maggie Gilkeson, berdarah Red-Indian, seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi hidup sebagai ibu tunggal kepada dua orang anak perempuannya.
Ditinggalkan bapanya sejak 20 tahun lalu, namun kini kedatangan bapanya (lakonan Tommy Lee Jones sebagai Red-Indian) semula amat tidak dialu-alukannya malah dihalaunya. Sehinggalah Lily (lakonan Evan Rachel Wood sebagai anak sulungnya) diculik sekumpulan kaum Red-Indian yang mengganas di kawasan tersebut.
Lantaran Maggie cuba meminta bantuan pihak berkuasa namun segala macam rayuannya tidak dipedulikan. Keadaan ini memaksa beliau bertindak secara bersendirian untuk mencari anaknya yang hilang itu. Akhirnya, beliau tidak mempunyai banyak pilihan selain meminta pertolongan bapanya.
Ken Kaufman yang bertindak sebagai screenwriter banyak mengenengahkan unsur spiritualis serta keganasan dalam filem ini. Watak brajo yang kejam turut memberi kesan yang baik untuk filem ini walaupun kadangkala ada menampakkan ketidaklogikan. Sinematografi yang dipaparkan saya tidak boleh nafikan memang cantik dan menarik. Ia mengingatkan saya pada filem Cold Mountain tatkala ia dilitupi salji yang nipis.
Lakonan Tommy Lee Jones (banyak bertutur dalam dialek Indian) saya kira hebat namun wataknya agak tidak berkembang. Ron Howard lebih cuba menumpukan pada Blanchett sedangkan hubungan emosi kedua-dua beranak tersebut dibiarkan.
Walaupun filem ini saya agak boleh menyentuh perasaan sesetengah penontonnya, namun ia tidak berupaya memberi impak seperti yang diharap-harapkan. Apatah lagi masa tayangan selama hampir dua jam 15 minit sepatutnya dipergunakan sebaik mungkin.
Apa sekalipun, jika tidak kerana elemen cemas dan suspen yang dipaparkan, filem The Missing pasti kosong dan lesu. Ron Howard seharusnya lebih berhati-hati untuk filem terbarunya nanti (filem Cinderella Man yang dijangka keluar tahun ini) agar Oscar yang digondolnya dua tahun lalu tidak hanya menjadi yang pertama dan terakhir untuk beliau.
SKRIN Rating : B- (2.5/5)

Pratonton Perlumbaan Formula 1 Musim 2004
Oleh Mika
Setelah kira-kira 4 bulan berlalu, peminat sukan Formula 1 di seluruh dunia bakal dihidangkan semula dengan aksi pelumba-pelumba dari 10 pasukan yang bakal bersaing sekali lagi bagi musim 2004 ini. Musim lepas kita telah dapat saksikan akhirnya mahkota kejuaraan pemandu menjadi milik Michael Schumacher dari pasukan Ferrari yang seterusnya menjadi pelumba pertama memenangi kejuaraan paling berprestij dalam dunia sukan permotoran untuk kali ke-6. Kejuaraan beliau kali ini bukanlah dicapai dengan mudah. Beliau disaing hebat oleh bintang muda formula 1 dari pasukan McLaren Mercedes iaitu Kimi Raikkonen hingga ke pusingan terakhir di Suzuka, Jepun. (...baca seterusnya)
01 March 2004
Keputusan Oscar 2003
Susunan oleh Mahhass
Aktor Terbaik
Sean Penn MYSTIC RIVER
Nota: Saya menjangkakan Bill Murray (Lost In Translation) yang bakal menggondol anugerah ini, namun kemenangan Sean sememangnya bukan satu kejutan. Jika 'Jack Sparrow' dalam POTC yang menang mungkin saya agak terkejut.
Aktor Pembantu Terbaik
Tim Robbins
MYSTIC RIVER
Nota: Saya belum menonton filem Mystic River. Namun saya pasti lakonannya mantap. Malah ada yang mengatakan lakonannya lebih baik dari Sean Penn.
Aktres Terbaik
Charlize Theron
MONSTER
Nota: Kemenangan Charlize bukan satu kejutan lagi. Saya menonton filem Monster sebelum beliau dinominasikan lagi. Sejurus selepas menontonnya, hati saya terus katakan bahawa dialah pelakon wanita terbaik 2003. Nyata tanggapan saya tidak meleset. Apapun, tahniah Charlize! (Saya menunggu bila pula Angelina Jolie akan membawakan watak sebagaimana Theron bawakan!)
Aktres Pembantu Terbaik
Renée Zellweger
COLD MOUNTAIN
Nota: Renee benar-benar bertindak selaku penyelamat filem Cold Mountain! Pada mulanya memang saya berharap beliau menang, namun setelah melihat lakonan cemerlang Holly Hunter dalam filem Thirteen (yang turut dicalonkan) saya mahukan Holly menang! Apapun, mungkin populariti Cold Mountain mengatasi.
Filem Animasi Terbaik
FINDING NEMO
Andrew Stanton
Nota: Rasanya saya tiada sebarang komen atas kemenangan filem ini!
Arahan Seni Terbaik
THE LORD OF THE RINGS: THE RETURN OF THE KING
Grant Major (Art Direction); Dan Hennah and Alan Lee (Set Decoration)
Nota: Baca ulasan ROTK
Sinematografi Terbaik
MASTER AND COMMANDER: THE FAR SIDE OF THE WORLD
Russell Boyd
Nota: Jika dikaji, Cold Mountain lebih memaparkan 'kecantikan' sinematografi berbanding 'kualiti' yang dipamerkan Master & Commander. Namun, 'kecantikan' semata-mata bukanlah satu ukuran. Return of the King agak tidak layak untuk bersaing dalam kategori ini kerana paparan efek visual lebih banyak didedahkan berbanding sinematografi. Apapun, M & C lebih layak dinobatkan.
Kostum Terbaik

Ngila Dickson and Richard Taylor
Nota: Berbekalkan 1200 pasang kostum, beratus-ratus armor serta bermacam-macam senjata seperti tombak, lembing melengkapkan lagi alasan kenapa filem ini menggondol anugerah ini. Jika anda menonton dokumentari atau The Making filem ini, pastinya anda tidak hairan. Lihat saja King Theoden terpaksa memakai kostum seberat 9kg sehingga ditambah 3kg lagi sewaktu hujan!
Sutradara Terbaik

Peter Jackson
Nota: Baca ulasan ROTK
Dokumentari Terbaik
THE FOG OF WAR
Errol Morris and Michael Williams
(Tiada sebarang nota yang boleh saya catatkan kerana saya belum menontonnya)
Dokumentari Pendek Terbaik
CHERNOBYL HEART
Maryann DeLeo
(Tiada sebarang nota yang boleh saya catatkan kerana saya belum menontonnya, bagaimanapun saya pasti ia mengisahkan tentang kesan radioaktif ke atas tempat tersebut - sila perbetulkan jika silap!)
Suntingan Terbaik

Jamie Selkirk
Nota: Baca ulasan ROTK
Filem Asing Terbaik
THE BARBARIAN INVASIONS
Canada
Directed by Denys Arcand
(Tiada sebarang nota yang boleh saya catatkan kerana saya belum menontonnya, bagaimanapun filem ini pasti akan saya cari untuk dijadikan koleksi)
Anugerah Khas
HONORARY AWARD
Blake Edwards
Solekan Terbaik

Richard Taylor
Peter King
Nota: Percaya atau tidak, kebanyakan watak Uruk Hai & Orcs merupakan wanita!
Skor Muzik Terbaik

Howard Shore
Nota: Baca ulasan ROTK
Muzik (Lagu) Terbaik

"Into the West"
Music and Lyric by Fran Walsh and Howard Shore and Annie Lennox
Nota: Saya memang sudah menganggap dari awal lagi Into The West akan memenangi kategori ini walaupun ramai yang berharap Scarlet Tide (Cold Mountain).
Filem Animasi Pendek Terbaik
HARVIE KRUMPET
Adam Elliot

Filem Pendek Aksi Terbaik
TWO SOLDIERS
Aaron Schneider and Andrew J. Sacks

Suntingan Bunyi Terbaik

Richard King
Nota: Anugerah kedua untuk Master & Commander. Agak keterlaluankah jika saya katakan bahawa kemenangannya adalah kerana ketiadaan saingan dari Return of The King? atau mereka sengaja tidak menominasikan ROTK sebagai satu bonus untuk M & C...?
Penataan Bunyi Terbaik

Christopher Boyes, Michael Semanick, Michael Hedges and Hammond Peek
Nota: Baca ulasan ROTK
Efek Visual Terbaik

Jim Rygiel, Joe Letteri, Randall William Cook and Alex Funke
Nota: Saya tidak hairan. Lihatlah saja efek khas Kota Minas Tirith, aksi Gajah Gergasi "Mumakil", pertempuran beribu-ribu tentera Orcs di Pelennor Fields serta kesan khas Army of The Dead dan banyak lagi!
Lakonlayar (Adaptasi) Terbaik

Screenplay by Fran Walsh, Philippa Boyens & Peter Jackson
Nota: Tulisan asal atau asli J.R.R Tolkien diadaptasi dengan begitu baik oleh Peter Jackson dan rakan-rakannya. Jalan cerita asal masih dijaga dengan baik malah saya tidak nampak sebarang kecacatannya. Maka, Return of The King sekali lagi memang layak untuk menang!
Lakonlayar (Asal) Terbaik
LOST IN TRANSLATION
Written by Sofia Coppola
Nota: Sememangnya Sofia layak untuk ini. Idea atau konsep yang dipersembahkan beliau untuk Lost In Translation sememangnya satu keunikan (walaupun saya sendiri tidak berapa menggemari filem ini). Harapan saya untuk filem beliau seterusnya agar lebih bertenaga.
Filem Terbaik

Barrie M. Osborne, Peter Jackson and Fran Walsh

Subscribe to:
Posts (Atom)