28 March 2004

Dawn of The Dead (2004)

Dawn of the Dead"Fajar Sang Mati - Kiamat Main-Main"
Oleh Fadz


Kadang-kadang, kita tidak mahu menonton sesuatu filem yang sama, hanya kerana filem yang di'remake' kali ini ingin menonjolkan penggunaan teknik atau efek khas yang lebih canggih (cth. 'remake' The Body Snatchers, The Haunting)..Tetapi kalau filem itu cuba mengintepretasikan tema atau falsafah yang 'segar' dari filem yang terkemudian (Scarface, The Fly, The Ring), filem itu boleh dinikmati dengan cara yang lain, dan kadang kala lebih baik lagi.

Untuk itu, bagi peminat filem seram, anda sedikit bertuah, kerana 'remake' The Dawn of the Dead tidaklah menghampakan. Apa yang dibawa oleh pengarahnya, Zack Snyder adalah satu satira abad ke-21 Amerika/sci-fi distopia masyarakat yang bernama manusia. Distopianya sungguh kelam dan kalau kita selami dengan lebih dalam filem ini, pesismenya sangat jelas. Ia mengutuk, dan saya kata, benar-benar mengutuk manusia sebagai semula jadinya 'amat lemah' walaubagaimana unik 'kelebihan' yang Tuhan berikan pada mereka- kuasa untuk membuat pilihan.

Filem ini juga telah mengambil 'tagline' "When there's no more room in hell, the dead will walk the earth" dengan literal yang ekstrem. Apa yang kita akan lihat ialah (dalam plot, konflik watak-wataknya, wide shot yang berkesan dari pengarah fotografinya Matthew F. Leonetti) satu lukisan kiamat yang amat menakutkan, yang mungkin boleh berlaku, dan biasa dalam filem-filem genre 'hari kiamat' ini (contoh paling baik: Lifeforce, franchise The Terminator, War of the Worlds, The Beyond).

Filem ini juga mempunyai kesan 'I Am Legend' yang sudah tentu menjadi tunjang setiap filem zombie. Hanya, kali ini filem ini membawa masuk Tuhan di dalam punca plotnya (filem-filem terdahulu, dikatakan ia datang dari virus luar angkasa, atau punca pintu neraka akan dibuka tanpa ada punca yang sah. Punca ini popular dengan pengikut kuat Lovecraft yang semestinya pengarah-pengarah dari itali).

Seperti satu deus ex machina yang paling celaka, Tuhan, Pencipta kita yang Membawa Turun MurkaNya terhadap kita. 'Wrath of God' ini berlaku, dalam mesej 'subtle' filem ini kerana manusia tidak tahu bersyukur dan leka; suka bersengketa antara satu sama lain, tidak mempeduli siksa orang lain dan selalu ingin menjatuhkan satu kaum yang lemah hanya kerna mengikut 'isme-isme' mereka.

Maka Tuhan turunkan 'Neraka di Bumi', dengan gaya 'bibical' yang tidak mungkin pernah saya tonton selama ini. Maka filem ini bukanlah tentang 'human survival' tetapi cerita tentang watak-watak manusia yang Tuhan Berikan sedikit masa untuk hidup untuk menceritakan cerita mereka tentang keadaan bala yang berlaku di depan mereka.

Berat bukan? Sememangnya filem ini boleh ke arah itu (seperti The Exorcist, The Omen). Tetapi Snyder telah membaurkan unsur sinikal dan komedi dalam drama seram ini. Kerana ini, filem ini agak di luar imbangannya..tetapi, biarlah saya katakan yang elok-elok dahulu. (seperti biasa, 'gore' filem ini dalam tahap maksima..)
[nota: filem ini ada meminjam secara 'homage' filem-filem seram seperti The Exorcist, Demons, Blair Witch Project dan trilogi 'Dead' Romero]

Yang Menarik

Ada tiga adegan dalam filem ini yang saya suka. Satu adalah 'opening scene' filem ini yang membentukkan rangka apa yang kita akan lalui dalam filem ini dan seperti 28 Days Later, memberitahu kita 'atas sebab apa semua ini berlaku'. Ada satu adegan yang menghantui; orang Islam di masjid sedang bersujud, di cross-cut dengan wajah-wajah kekejaman manusia dan wajah zombie (memberitahu kita kali ini, zombienya bukan jenis lepuh tahun 80-an, tetapi punca kekejaman dan sadisme manusia sendiri..maka simbolismenya jelas, marah dan kejam Zombie itu adalah marah dan kekejaman Tuhan pada makhluknya, gaya zombie yang sama dalam 28 Days Later dan Resident Evil..

Mis en Scene ini berkesan hasil suntingan baik Niven Howie). Kemudian dalam satu adegan, seorang wartawan TV sedang bercakap di latarbelakang Masjid Sulaiman di Instanbul dan tiba-tiba kru TV itu diserang satu kumpulan zombie berbangsa Arab (adakah ini satu kritikan pada terrorisme?)..Ia seakan mengatakan, bala ini datang dari orang Islam! Doa mereka telah di'makbulkan' Tuhan! Maka filem ini membentuk satu lagi tema yang menggegar, iaitu anti-perang. Dengan sinis ia mengutuk Amerika sendiri yang berperang tanpa berfikir dahulu (menyebabkan masyarakat lain tersiksa dan membencinya). 'Opening scene' ini juga ada menampilkan wajah zombie pada kita (adegan zombie suami Ana), wajah sedih seakan meminta belas kasihan tetapi sangat berbahaya, menyebabkan kita mahu mengasihaninya tetapi juga membencinya.

Adegan kedua yang saya suka pula ada kena mengena dengan anak yang dikandung oleh seorang perempuan yang digigit zombie. Penyelesaian plot dalam konflik adegan ini amat kuat bagi saya. Juga ia membentuk mesej pesisme yang akan berlanjutan dalam filem ini hingga ke akhir filem ini (bahawa manusia tidak ada harapan langung, walaupun untuk bertaubat).

Dan akhirnya adegan di dalam bas. Ada satu adegan (juga wide shot-wide shot zombie mengejar bus ini) yang amat berkesan apabila satu dari watak filem ini telah 'tercuai' lalu memotong aweknya, lalu selepas itu- chaos. Membawa sekali lagi bahawa memang tidak perlu untuk Tuhan selamatkan manusia kerana mereka memang 'tidak akan belajar dari sejarah'.

George A. Romero tetap akan dapat bersenyum walaupun skrip asalnya telah dipotong di sana sini. Untuk perbandingan, Dawn of The Dead Romero menyentuh tentang ketamakan manusia (kerapuhan laissez faire) dan kesan buruk komersialisme. Filem terbaru ini masih menyimpan semangat dari filem terdahulu Romero, tetapi dengan intepretasi gaya awal abad ke-21 Amerika, di mana manusia Amerika dikategorikan pada dua kumpulan manusia: penuh rasional dan manusiawi vs. bertindak untuk diri sendiri dan fasis.

Apa yang Snyder ingin katakan dalam filem ini ialah, walaupun kedua-dua kumpulan ini akhirnya akan lesap, tetapi manusia-manusia manusiawi ini (kerana kasih mereka pada manusia yang lain) yang sebenarnya yang menyebabkan ajal mereka lebih cepat! Adegan-adegan seperti si anjing menghantar makanan, merahsiakan isteri yang digigit, yang menyebabkan tragedi terbesar merebak tanpa kawalan. Tuhan mempunyai humor yang kejam! Maka di klimaks filem ini, hanya seorang watak sahaja yang sedar (apabila sudah digigit zombie), sudah tidak guna untuk melanjutkan hidup lalu terima sahaja yang seadanya.

Di akhir filem ini, hanya tiga watak sahaja yang di'selamatkan', Ana (lakonan menyentuh Sarah Polley) simbolisme pada semangat ketabahan dan harapan manusia, Kenneth simbolisme ketulusan manusia, dan Nicole & Steve simbolisme cinta antara manusia..Tetapi mengikut 'end credit' filem ini, watak mereka juga 'akan' berakhir dalam kengerian, hanya jika mereka masih boleh berharap untuk hidup...

Lakonan terbaik dalam filem ini adalah dari Mekhi Pheffer, seorang samseng yang cuba mengubah hidupnya untuk satu hidup yang baru, walaupun segalanya di sekelilingnya berubah dalam cepat dan ganas. Pheffer pandai bermain bahasa mata dan lakonannya adalah lakonan paling 'symphatatic' dalam filem ini (yang sememangnya dikhaskan untuknya).

Yang Tak Elok

Hanya ada satu masalah sahaja dalam filem ini..Seperti yang anda sudah baca, filem ini boleh saja dikatakan filem zombie yang serius dan subtle seperti 28 Days Later, tetapi beberapa shot dan gaya yang digunakan oleh pengarahnya (pelakon-pelakonnya semua agak baik) telah menyebabkan filem ini membuahkan 'ketawa' dalam keseriusannya (setentunya satu cara yang biasa dalam filem zombie)..kadang-kadang lawaknya seakan terlalu slapstik dan dibuat-buat (adegan suami Ana berlari ke arah seorang perempun di taman)..ini benar-benar membuat imbangan 'seram' dalam filem ini 'terpelanting'..Snyder seakan mahu membuat satu filem yang serius, sinikal dan bermakna (seperti 28 Days Later dan filem-filem 'Dead' George A Romero) tetapi tidak mahu meninggalkan keseronokan teknik baru perfileman MTV, permainan shot, zombie lawak, penggunaan slapstik (seperti Resident Evil, Return of the Living Dead, membuat filem itu nampak bodoh)...

Satu adegan yang menghampakan adalah apabila lakonan berkesan Ving Rhames sebagai seorang polis dibentuk, dirosakkan dengan 'one liners' yang semacam 'Terminator' yang kemudiannya telah mengungkapkan satu frasa: "They might have come here from their memories, or they are here to get us" ..Dialog itu sungguh serius (di tulis dalam skrip asal) tetapi semacam diparodikan oleh Rhames. Efek CGI helikopter pun kelihatan sangat tidak realistik (mereka masih tidak belajar, buat filem seram, jangan guna efek CGI..hanya satu sahaja filem yang telah berjaya menggunakan efek CGI dengan berkesan, iaitu The Relic).

Maka untuk mengatakan filem ini berjaya sepenuhnya, mengatasi filem Romero yang terdahulu, ia tidak mungkin.. Tetapi filem ini boleh sahaja berdiri dengan sendirinya, dengan kekuatannya dan intepretasinya yang tersendiri..