02 January 2009
Vacancy 2: The First Cut (2009) - Dari Porno ke Slasher
Vacancy 2: The First Cut adalah filem horror-slasher “hors d'oeuvre” aku tahun ini. Sekadar informasi, rilisan filem ini hanyalah dalam format video pada akhir bulan Januari ini. Jadi, dengan format video, filem ini sudah tentu lebih senang di’cari’ nanti (apabila peminat Horror Malaysia tidak perlu berasa khuatir samada ia bakal ‘bolos’ di panggung atau tidak). Sudah pasti satu salinan filem ini akan dimainkan juga di pemain DVD kau orang nanti.
Sebenarnya, tidaklah menjadi masalah besar sangat kalau kita belum menonton Vacancy (2007), kerana filem ini ibarat sebuah pra-tontonan filem tersebut. Ini kerana sekuel ini menyorot kembali lebih kurang ke 4 tahun sebelum, membawa kita melihat bagaimana sekumpulan manusia ‘voyeuristic’ yang asalnya hanya menjual bahan-bahan porno amatur haram berbentuk realiti, yang akhirnya ‘adolescence’ kegilaan itu bertukar, lalu terjebak menjadi filem snuff (sebenarnya ‘snuff’ merupakan ‘lagenda-kota’, tentang rakaman pembunuhan nyata yang diwar-warkan kewujudannya kerana sampai saat ini belum terbukti secara sahih – rujuk Videodrome (1983), Flowers of Flesh and Blood (1985), 8MM (1999), serta Great American Snuff Film (2003)).
Bagaimanapun, sekuel (ataupun lebih tepat lagi prekuel) ini tidak terlalu 'menjadi', walaupun pembukaannya agak eksplisit, berahi dan membuka selera penuh apabila satu pasangan Asia bakal menjadi mangsa pertama. Tetapi, oleh kerana ambisi keterlaluan filem ini yang cuba meraih sesuatu dari filem asalnya, pengolahan skrip yang menyimpang, maka banyak suara-suara sumbang seperti “eh? kenapa pulak?”.. “Hisshhh...Takkan laa...” atau “Habis, macamana...” mahupun “Bla bla bla... err WTF?... dan banyak lagi bebelan yang kedengaran.
Seperkara yang efektif dalam filem ini ialah apabila si heroin itu menggunakan senapang yang ada dengan (secara literal) cukup ‘efektif’. Ini sangat kontras dengan kebodohan watak James dalam The Strangers (2008). Tidak ada imejan getir, lagi meloyakan (sick) kecuali teknik penuh klasik si pembunuh itu membunuh dengan tikaman bertubi-tubi. Tiada seksaan sebenar yang penuh eksesif darah, malah filem ini tidak boleh dikategorikan “torture-porn”, walaupun temanya (filem porno tentang siksa) agak rapat.
Memetik quote Stephen King tentang "torture-porn" - "Sudah tentu ia buat kau tak selesa, kerana seni yang baik setentunya buat kau rasa tak selesa”. Maka, Vacancy 2 agak tersasar jauh dari ciri-ciri ‘ketidakselesaan’ tersebut, apalagi sebuah seni yang molek.
Apapun, ia bukanlah sebuah resepsi yang bagus, apalagi pembuka selera 'sebenar' untuk tahun 2009 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment