24 January 2009
Amusement (2009) : Antologi Slasher Yang Tak Menjadi
Ada beberapa perkara cantik dalam kegoblokan skripnya. Malah, aku terpaksa akui bahawa di segmen kedua (kisah Tabitha) daripada sebuah cerita yang penuh cita-cita tinggi melalui percubaan menggarap secara antologi tiga kisah, sekaligus bercantum di konklusi (biarpun longgar dan berlobang-lobang sana dan sini) tetap punya elemen ‘seram-lompat’ (jump-scare) yang efektif. Walaupun aku bukan caulrophobia, namun keseraman itu masih terasa (kau boleh kata ia sebuah homage watak Pennywise dalam It (1990) adaptasi novel Stephen King satu masa dahulu, ikut suka hati kau). Bagaimanapun, filem ini tidak dimulakan dengan sekuens "Clown" itu.
Permulaannya seperti yang lazim dan tidak sudah-sudah, penuh tipikal slasher yang seangkatan dengannya ataupun sebenarnya lebih rapat dengan filem Joy Ride (2001) (maksud tipikal aku di sini ialah kau boleh mula membayangkan kunci fundamental subgenre slasher ini: road trip – gas station – eksiden – lari kejar mengejar – tangkap - siksa). Ok, jangan tanya aku mangsa itu selamat atau tidak. Mangsa pertama filem slasher hampir tidak pernah ada yang selamat. Itu mukadimmah, satu klu anti-moralisme bahawa akan banyak lagi mangsa serta tumpahan darah akan berlaku seterusnya. Oh sebelum itu, ada sedikit twist di segmen awal ini. Satu plot twist yang aku boleh katakan berputar "separa penuh" kerana ia sudahpun kita pra-jangka awal, yakni sewaktu babak lelaki itu terbaring di tengah jalan. Untuk para audiens yang baru berjinak dengan filem sebegini, barangkali boleh sahaja tertipu. Tetapi bukan kita yang sudah immune dengan teknik sebegini.
Lagi perkara yang cantiknya ialah gaya arahan visual serta sinematografinya. Skor serta props juga tak kurang hebat. Pendeknya, dua segmen awal agak decent, tetapi apabila tiba ke segmen ketiga, kita mula jadi resah, mengadu domba akan segala ketidak-logikan ceritanya. Ya, ia berambisi tinggi menjadi sebuah kisah idiosyncratic dalam cobaan menjustifikasi tiga antologi dari setiap karakter yang ditampilkan sebelumnya. Dan di sinilah masalah besarnya yang buat aku bingung memikirkan apa kejadah signifikan si psiko itu menyusahkan diri, menyiksa kesemua bimbo-bimbo dalam filem ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment