06 January 2009
Tokyo Gore Police (2008) - Sebuah Versi "Dead Alive" Jepun (Dalam Terma Gore)
Persis judul, filem ini ibarat sebuah fiesta darah, super-duper "gore" ekstravaganza. Sebuah modern-exploitation cinema Jepun (seperti Grindhouse (2007) produksi Hollywood dua tahun sudah). Menontonnya harus bawa bersama sehelai tuala muka kerana acapkali lens kamera turut meriah disimbah darah melalui percikan demi percikan. Jadi kita turut sama mer(i)ah dibasahi darah, secara literalnya. Serius, kau takkan jumpa filem over-the-top, violence membawa plot absurd/surreal sebegini rupa tahun sudah. Malah filem ini tidak ambil kisah tentang plot, kerana keseronokan menjadi misi utama, bahkan sememangnya ia sukses dalam konteks itu.
Ironinya, di samping segala macam kegilaan efek gore yang ada (oh filem ini antara hasil efek terbaik Jepun kerana penulis skrip serta sutradara punya latarbelakang atau berkarier sebagai “Make-up effects Design & Artist” untuk filem-filem notable sebelum ini – sepertimana Tom Savini, oh tidak lupa juga Ella Sandera untuk filem tempatan), filem ini masih punya plot yang menarik. Secara satira, menggarap tentang sebuah ide gila, sejauhmanakah keberkesanan penswastaan polis di masa depan diwujudkan, dalam menangani penjenayah sofistikated, membawa gambaran secara surrealistik, kerana para kriminal (di dalam filem ini digelar “Engineer” – barangkali satu satira terhadap kepesatan pembangunan Tokyo) terlalu sukar dibunuh. Sukar kerana mereka akan lebih mengganas (ya, aku maksudkan seperti transformasi menjadi monster atau apa sahaja) jika dicederakan. Ok, aku tahu itu tak lucu bagi kau, tapi mampuslah. Serius, ada banyak babak ‘kinky’, lucah, dan satu antara babaknya (yang kau cuma boleh tonton dalam filem ini), iaitu zakar boleh menembak, sudah tentu polis lah sasarannya, manakala satu babak lagi ada faraj yang.., ok itu kau kena tonton sendiri.
Hiburan vital filem ini pada aku, di samping darah yang memenuhi dari awal pembukaan hingga penutupnya, ialah soundtrack yang bercampur-baur dengan konsep retro 70an (bayangkan Tarantino bertemu Takashi Miike, berkolaborasi bersama Cronenberg) , tekno, kadang-kadang diangkat-naik dengan musik heavy metal dan macam-macam lagi. Sudah tentu tempo tontonan lebih rancak. Sebelum aku lupa, ada beberapa homage (ya, orang Jepun ‘sedar’ akan kepentingan homage tuan-tuan dan puan-puan) terhadap Peter Jackson (Dead Alive), Night of The Living Dead (remake oleh Savini), Tobe Hooper untuk watak Leatherface (rujuk babak pembukaan, si pembunuh dengan chainsaw itu), Hellraiser, 2001 Maniacs serta beberapa lagi.
Pesan aku, menontonnya kita harus buang keseriusan itu (walaupun filem ini banyak mainan simbolisme, sekali lagi, orang Jepun barangkali lebih terasa dan ‘sedar’ akan semua kutukan satira itu), justeru hayati falsafah ‘gore’ yang ada. Ok, ok jangan duk hirau falsafah itu. Belasah tonton sahaja. Janji seronok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment