08 January 2009

4bia (Phobia) (2008) - Antologi Seram Terbaik Asia 2008



Pertamanya, aku masih 'bengang' kerana belum lagi berpeluang menonton Histeria (2008), katanya filem Horror breakthrough Malaysia dalam frasa ekstrim gorifikasi . Sudahnya, aku menonton filem Thai berjudul 4bia (See Prang). Untungnya, kebengangan aku reda seketika. Gabungan "empat dalam satu" ini merupakan antologi seram pertama yang aku tonton tahun ini, untuk produksi 2008. Kali terakhir aku menonton filem antologi ialah Three Extremes (2005) seingat aku. Sejujurnya, agak lama aku pinggirkan subgenre supernatural. Jadi, aku sedikit tersentak apabila menonton filem ini.

Sepersatu, aku mulakan dengan “Happiness”. Ya, aku sedar akan jukstaposisi judul itu. Setentunya, filem ini tidak boleh dijudulkan “Alone” kerana sudah wujud judul itu sebelum ini (ironinya dari sutradara sama), memandangkan 'sunyi/sendiri' lebih membentuk naratifnya. Pembikinnya membuktikan bahawa tidak perlu butir-butir dialog untuk bangkitkan rengsa, seram, atau apa sahaja yang sinonim dengan ketakutan. Serius, oleh kerana keaslian skrip dan lakonlayar (dari pembentukan karektor yang sentimentalis hinggalah ke klaustrofobik finale), maka ia menjadi sebuah lagi permata Thailand, khususnya dalam genre Horror. (Pembikin) Kita tidak patut hanya berasa berbulu atau cemburu. Sekadar cemburu (oleh kerana genuine-scare tanpa sebarang cast tambahan berupa hantu feminis bersolek tebal putih melepak mahupun makcik tua yang belum mahu 'mati', literally tapi suka mengusik) tidak boleh membawa filem seram kita ke pentas global, walaupun 'kebal' di panggung sendiri.



Segmen kedua “Tit for Tat”, adalah ramuan daripada subgenre Slasher (apabila ada ciri-ciri "Dead Teenager" klasik), Splatter/Gorno (apabila ada “Body Count” atau kematian sadis secara divisualkan secara grafik, adoloscent, serta brutalifikasi dalam skala tinggi), serta elemen Supernatural apabila dendam roh serta sihir dijustifikasikan dengan kematian demi kematian itu. Ya, ada satu masalah remeh filem ini iaitu ambisi keterlampauan, apabila terlalu seronok bermain dengan CGI (walaupun awalnya agak menguja namun sedikit demi sedikit segmen ini, seolah menggali lubang sendiri lalu masuk ke dalam lubang itu dan tidak boleh keluar lagi). Bagaimanapun, aku harus hormati segala pengaruh (boleh sahaja kalau kau katakan homage) filem ini terhadap seperti filem cult Evil Dead (1981) (rujuk 'Spirit Hitam' Necronomicon), Francais Final Destination (2000) apabila bercakap tentang 'destini' kematian, beberapa elemen hantu Poltergeist (1982), juga gaya zombie dalam I Am Legend (2007) dikonklusi, mainan sinematografi (kasar) ala Cidade de Deus (2002) yang memberi pacing pantas akan plotnya, malah yang paling memeranjatkan aku (bukan twisted-ending) ialah pengaruh stailistik Lucio Fulci yang hebat (rujuk babak infamous eye-popped dalam The Beyond (1981) sebelum filem ini cuba men“Giallo”kan keseluruhan di penutupnya.



Keseronokan segmen ketiga “In The Middle” pastinya tidak akan terasa kalau bukan kerana penghayatan sempoi, penuh ‘remaja’ empat karektor anak muda ini, serta ditambah dengan dialog-dialog kelakar bangang mereka. Antaranya:-
“Kau belum tonton Titanic? Kau tahu tak filem Shutter tu tiru Titanic?”
“Kampung kau tak ada kedai video eh?”

Dan di konklusinya : “Celaka! Ini dah macam filem The ******!”



Ok, keseronokan komedi-seram-hitam separa twist segmen ketiga itu akhirnya terhenti dengan sebuah lagi skrip seram asli, walaupun konsep Twilight Zone mahupun kisah biasa yang terdapat dalam Tales from The Crypt banyak menjadi pengaruh besar instalmen akhir ini, secara literal diberi judul "Final Fright". Ia sebuah kemuncak fobia, apabila filem ini menggabungkan segala elemen ketakutan iaitu aviatophobia, acrophobia, necrophobia serta agoraphobia (sila wiki sendiri ok). Malah, filem ini berjaya dalam idiom seram keseluruhannya, spine-chilling, memberi igauan secara lahiriah berlandaskan persepsi moral-sosial (sebuah komentar hebat: "jangan ada skandal dengan suami orang" khusus buat para pramugari di 'atas' sana, barangkali?). Ya, penutupan filem ini adalah pra-jangka (aku tak nafikan), namun kisah kecil ini aku kira berjaya menutup antologi seram Thai ini dengan penuh astonishing sekali.

No comments: