29 January 2009

Zombie Holocaust (1980) : Mengintai Kembali Filem Era Euro-Gore




Masalah utama Zombie Holocaust ialah ketamakan skripnya (ambisi keterlaluan) serta cuba menggunakan pengaruh besar filem Zombi 2 (aka Zombie Flesh Eaters) (1979) hasil bikinan Lucio Fulci setahun sebelum ia dirilis DAN pengaruh kontroversi serta hype Cannibal Holocaust (1980) - yang ditarik kembali tayangannya oleh mahkamah Itali, selepas 10 hari berikutan obscenity serta tuduhan (infamous) membunuh ke atas pembikinnya (Ruggero Deodato). Malah, penonjolan elemen kanibalisme seraya menggabungkan unsur zombi (yang palatnya ialah zombi itu bukan sifat sebenar zombi sepertimana dalam garapan George A. Romero mahupun Fulci sendiri) akhirnya merosakkan keseluruhannya. Serius, tidak ada signifikan serta hubung-kait besar antara kannibal dengan zombi dalam filem ini. Ya, memang benar kalau kita takrifkan sebagai sebuah rip-off besar Zombi 2 (1979) dan aku sendiri tertanya-tanya apakah pandangan sebenar Fulci mahupun peminatnya terhadap filem ini. Bagaimanapun, tidak salah juga kita katakan Zombie Holocaust sebuah cult-classic, filem eksploitasi (mendapat takrifan Video Nasty) klasik namun bukanlah antara yang mesti ditonton oleh para penggemar subgenre ini.

Sebetulnya, Marino Girolami (melalui filem ini) masih tidak berjaya menggunakan kesempatan peluang yang ada (walaupun tahap gorifikasi serta violence lebih berskala tinggi berbanding Zombi 2 (1979)) berikutan insiden tangkapan Deodato yang mengakibatkan Cannibal Holocaust (1980) dilanjutkan lagi pengharamannya sehingga 3 tahun lamanya di seluruh Itali. Kisahnya lemah lagi lesu, tentang seorang doktor (aka Doctor Butcher, MD), eksperimental menghidupkan kembali orang mati, ironinya menggunakan hampir keseluruhan props serta lokasi ‘pulau’ yang sama dengan filem Zombi 2 (1979). Barangkali, apa yang jelas tentang karakter Doctor Butcher itu ialah walaupun langsung tidak pernah di reference kan oleh dalam Re-Animator (1985) (Stuart Gordon memberitahu bahawa Re-Animator berdasarkan dari H.P Lovecraft serta sebuah parodi “Frankestein”) namun pengaruh itu agak terasa dalam karakter ini.

Rilisan DVD yang aku beli ini mengandungi “Extras” komentari, art gallery, wawancara bersama Maurizio Trani (special & make up effects Zombie Holocaust yang tidaklah hebat) serta beberapa Deleted Scenes. Kesemua ini lebih kool dari filemnya.


No comments: