31 December 2003

The Return of The King : Apa pula kata mereka?

ROTK
Ulasan oleh spiral
Ulasan oleh fairulnizam
Ulasan oleh nizam zakaria
Ulasan oleh vovin
Ulasan oleh fadz


________________________________________________________________


saya dah tgk, saya dah tgk. huhuhu.
sepert aject yg berangan spt berade di medan tempur yg diketuai oleh Raja Theoden, saya pule berangan menjadi Arwen. :) Terpesone dgn kejelitaan beliau. apalagi dipasangkan dgn Aragon yg ehem ehem. Tatkala pertemuan mereke kembali, menitis airmate saye. huhuhu. apa-apapun mmg kene bwk tisu ke pgg wyg. Kesedihan melampau krn tiada sambungan citer ini. Tiade penyiksaan lagi menunggu sambungannye. Yang pasti semua penonton tak berganjak dan turut bersedih tatkala tirai penutup diturunkan. Berakhirnya filem yg amat saya kagumi walaupun sblm ini saya paling tidak suke aksi pertempuran tapi melihat Aowen (betul ke eje) melawan dgn penuh semangat merasakan seolah2x saya turut berperang bersame2x. Salute to JRR Tolkien and Peter Jackson.
Submitted by: aidid5
Monday, 12.22.2003 @ 9:36 AM

________________________________________________________________

ya ya ya sis aidid. masa aowen bunuh burung besar tu.. apa nama dia? nasgul? nasqul? dgn raja sihir jahat tu. wahhh... sampai tahan diri dari masuk tandas tuu... semata² tanak miss w/pun sesaat cerita dia...

cepat²lah tengok.. rugi wooo...

p/s: cute lak si pippin tu kan? hehehe gandalf pun asik buat lawakk jek...
Submitted by: wss79 [web]
Monday, 12.22.2003 @ 10:01 AM

________________________________________________________________

K. Aidid, Eowen la...hehe.

Apapepun,
* Hobbit (jgn bobbit dah) kiut miut semakin menjadi jadi lak kali ni, nak nak si Pipin tuh, rasa cam nak timang timang je...
*Aragon! You're the Man!!Barule kali ni nampak ke"King"kongan nya! Paling mencabar hati dan perasaan masa dia masuk jumpa "The Dead" tu, dah order them to fight Sauron's Army..Sungguh tegas dan hemsem!Lagi, satu, masa dia terjun dari kapal bersama-sama "the Dead" tu..hehe..sekali lagi rasa cam takleh bernapas..Sungguh hemsem!
*Suka Gandalf! His appearance je dah buat kita rasa secured! Especially, masa dia halau the Nazghul pakai white light dia tuh..huuuhh..
*Legolas tetap the prettiest of all..hehe..buat lawak lagi tu, masa lawan gajah...
*Ada lagi, kang cerita lam ni kan, dah jadi riview lak..bukan komen..hehehe..p/s: Nak tengok lagi!!
Submitted by: elya [web]
Monday, 12.22.2003 @ 10:19 AM

Lupa, lagi satu, Smeagol the badigol tu rasa cam nak picit picit je hidung biar mati cepat! Batu api tul!!
Submitted by: elya [web]
Monday, 12.22.2003 @ 10:20 AM

________________________________________________________________

mmg best walaupun aku dok kat front row...sakit leher dan montot...tapi berbaloi.....ada ler lain sket dari buku kali nie...sbb Tom Bombardil ngan Saruman tader langsung...agaknye sbb lama sgt dah kot...or mebbe dorang nak letak dlm extended version..
overall, mmg best! superb!
Submitted by: shaynina [email] [web]
Monday, 12.22.2003 @ 12:48 PM

________________________________________________________________

elfya, huhuhu. Suke giler si Arwen ngan Aragon yg ehem ehem tuuuuu. Biarlah si aeowen (isk susah btol nak eje name minah ni) ngan Faramir. Bile die org kiss, huuuuuuuuu, fire, ekekekekekke. (errr si arwen ngan Aragon lah wei)
Ape-pepun tidak dilupakan jugek Si Pipin yg cute miut rase nak gigit aje. opsssss. Muahahaha tomei btol. Elfya, takpa, komen pjg2x pun takpa, Aject lagiiii sukerr, btol tak ajek??
Submitted by: aididkeeponberanganjadiarwenhuhuhu
Monday, 12.22.2003 @ 6:28 PM

________________________________________________________________

masa nak perang tuh mmg menyentuh perasaan sesangat!!! saya stuju ngan spiral. Baca komen spiral pun dah dtgkan semangat org nak tgk citer ni. Good spiral
Submitted by: trinity
Tuesday, 12.23.2003 @ 1:48 PM

________________________________________________________________

aku baru je abis tgk LOTR dlm 3 jam yang lepas... huhuhu marvellous and fantastic... mata aku tak berganjak walau sesaat pun dari skrin layar tersebut... (walaupun ditegur oleh rakan sebelah untuk menghulurkan makanan) begitu mempersonakan rasanya... amat rugi untuk dilepaskan...

seperti cerita yg sebelumnya... setiap scene dan pemandangan yang di pertontonkan amat menarik perhatian saya... cerita ini memuatkan unsur2 komedi, gerun, saspens, sedih, cinta dan kasih sayang.. setiap masa fikiran dan perasaan aku bergolak... sehinggakan tak sedar tentang kelajuan masa yg amat mencemburui kisah yg amat best tak terhingga ini...

huhuhu yg bestnya... aku telah bejaya menangiskan diri di dalam panggung berkali kali... waktu scene:

1. pepin yg tiut miut nyanyi lagu yg menyayat hati di dalam dewan ketika Faramir berperang menentang Orc.

2. kata kata semangat yg dilontarkan oleh Raja Theoden sebelum berperang.

3. setiap kali aksi askar Rohan yang maju ke medan tempur... aku terasa auranye sehingga menitiskan air mata...
(waktu scene 2 dan 3... aku terasa seperti di alam cerita Braveheart lakonan MelGibson... sungguh terkesan di hati)
huhuhu yg nyatanye banyak gak scene yg bejaya di tangisi... dan akhir sekali sewaktu scene Mr.Frodo di akhir cerita... (huhuhu nak bg org lain yg tak tgk saspens...)

tentang para pelakon pula aku amat suke ng hampir semua karektor.. memasing ade keistimewaan dan kelebihan... setiap karektor dikembangkan dengan baik oleh pengarah... yg cute tentunye pepin, gimli (watak mereka bedua telah memberikan suntikan unsur unsur komedi terhadap cerita unggul ini) dan tak ketinggalan juge sam yg mempunyai semangat setia kawan yg tinggi.... yg hensem semestinye aragorn (begitu maskulin sekali) dan legolas... setiap kali scene yg melibatkan mereka mata aku tak mampu bekelip... huhuhu yg jelita tentunye arwen dan aeowen yg berani...

secara keseluruhannye aku amat berpuas hati ng cerita ini.. soundtrack yg mengiringi sepanjang perjalanan cerita ini amat besesuaian.. bisa meruntun jiwa gituh... dan amat mendebarkan perasaan... tak rugi rasanye untuk menonton cerita ini berulang kali ataupun secara marathon dr LOTR 1 hingga 3.. sungguh bebaloi... aku terus teruja untuk mencari DVD LOTR extended version eventhough aku tak de DVD player di rumah. huhuhu tak sesia la aku menghapday kan keje... sehingga mata aku merah dan agak bengkak setelah habis menonton wayang ini...

akhir kata... tgk lah cerita ini.. kalau tidak kau akan menyesal.... Cik Kiah... tgk la... walaupun citer ni org nye berkaki panjang dan bertelinga tirus... ia tetap berada di kelas nya tersendiri... aku mmg konpim bg rating A+.... huhuhu aject.. maaf... aku rasa telampau panjang komen aku.. terasa macam buat review lak.. huhuhu kekobaran utk menulis hanya datang sekali sekala...

Submitted by: izreen
Tuesday, 12.23.2003 @ 10:14 PM

________________________________________________________________

-Fellowship of te ring... aku tgk separuh jln jer.. (HBO)
-The Two Towers... langsung tak tengok.. cuma baca review dr Aject
-Return of the King... aku dah tengok.. aku dah tengok...

memang best.. aku tak nak bg komen bebyk cuma nak cakap aku suka sangat watak Samwise Gamgee.. sungguh tinggi semangat setia kawannya aku tersentuh.. (tapi tak nagis aaaa...)

kalau org lain suka Aragon, Legolas (ensem gak mamat ni.. hehehehe) aku pulak suka Gandalf... (apsal aku suka org tua ni?? dlm First Knight pun aku suka watak Sean Connery compare to Richard Gere huhuhuhu..) Gandalf memang perkasa..ahaks
apa2 pun Cik Kiah.. memang tak rugi pergi tgk citer ni...

I made a promise, Mr Frodo. A promise. Don't you leave him Samwise Gamgee. And I don't mean to. I don't mean to.
Submitted by: LV
Wednesday, 12.24.2003 @ 10:35 AM

________________________________________________________________

Afsalam semua!!

Superb! best sampai tak terkira bestnye...,stuju with spirall kasi A + untuk filem yg memang penuh dengan unsur2 suspen ,dramatik, komedi dan pelbagai lagi unsur yang memang menyentuh hati dan perasaan ini.. fuhhh! Filem ROTK ni memang banyak memberi kenangan terutama sebelum dan selepas menonton bersama 3 lagi rakan iaitu yong,sempoi dan Wai emm. Bayangkan frodo sudah pun membeli tiket pada ahad lepas untuk tayangan hari rabu..tertiba sempoi pun nak join sekaki..so demi kawan..frodo pun beratur sekali lagi 45 minit..dan pada hari ahad lepas tu pun nak dekat sejam jugak nak beli tiket ROTK ni... Selepas tayangan pula kami berempat bekejar2 untuk mendapatkan lrt putra dan Star yang akhirnya kami selamat sampai ke destinasi atau rumah masing2 dengan selamatnya.Apa apa pun kenangan sebigini ibarat persahabatan frodo and the gangs dlm LOTR ..hu hu hu. Untuk poi dan wai emm..walaupun korang dpt tiket jauh2 tapi tetap bersama menonton sambil berbaring...ehh silap.sambil melunjur kaki..first time aku tengok ada org tengok wayang kat panggung klcc tuh duduk di atas tangga!!...dan untuk sempoi terima kasih kopicinoo franscisco itu!
Berkenaan filem ROTK ni sebenarnya bukan izreen sorang aje yang mampu menitiskan air mata tetapi frodo pun sama ajo..maklumlah tengok diri sendiri berlakon dlm filem tu..hu hu hu sekali lagi... ciss!!! Di antara babak yg menyentuh jiwa dan perasaan ini

1. Sewaktu Sam menangis frodo tidak mempercayai ,sebaliknya kepada smenggol yang jahat itu....apa la frodo tu..kawan dengan Sam dari kecil pun tak tahu hati budi member

2. sama macam izreen sewaktu pepin yg kiut miut tu nyanyi dlm dewan tu

3. sewaktu frodo dah berjaya di selamatkan dan apabila ia bangun dari tidur ia di kelilingi oleh kekawan hobbit yang lain dan apabila sam merenung nya dari jauh..airmata ku mengalir..sungguh sayu..walaupun renungan mata di antara frodo dan sam dari jarak jauh tetapi ia mempunyai pelbagai makna yang tersirat dan tersurat
Dan ada beberapa lagi babak yang menarik dan sungguh terharu dan yang paling best di saat detik Aragon dan arween bertemu jua lalu mereka bercumbu sepuas2nya.., dan di saat frodo and the gang di hormati oleh semua manusia sungguh membanggakan diri ini...(sewaktu aragon tunduk hormat kepada frodo) .
Akhir kata seperti izreen dan lv.. kepada cik kiah rimba..pergilah tengok..dan kepada yang belum tengok dan tak sempat menonton di panggung tu tunggu dvd pun takpe..kerana filem ROTK ini menjanjikan satu kepuasan kepada anda apabila melihatnya kerana sesungguhnya filem ini telah berjaya mengaut keuntungan bukan sahaja di malaysia..tetapi seantario dunia..

Submitted by: frodo
Friday, 12.26.2003 @ 4:03 PM

________________________________________________________________

Tetiba baru teringat, letih nengok tang ending...Cam tak habis habis! Tapi, bila dah keluar dari wayang, ingat adegan yg bestt je! Adegan meleret leret part ending tu terlupa!

Mr Frodo, panjangg oo komen, tapi , izreen nyer lagi panjang.. huhuhu..
Submitted by: elfya
Friday, 12.26.2003 @ 4:54 PM

________________________________________________________________

Apo? Cerita Ketua Dewan Persidangan tu? Sungguh tak best huhuhuhu.. menyesal pegi, baik nengok Jutawan Fakir huhuhu *aksi Apek 'mensetankan diri*.. takat nak nengok Legolas ke, Arwen ke.. amek poster besar Hotlink kat Putra bawak balik gantung depan pintu la, huhuhuhu
p/s Kenapa tak best? akan bersambung.. jeng jeng
Submitted by: VAD
Sunday, 12.28.2003 @ 1:30 AM

________________________________________________________________

AMARAN : JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA BELUM MENONTON, RISIKO TANGGUNG SENDIRI - Tuan punya tapak dibenarkan memusnahkan kandungan tulisan sekiranya ianya keterlaluan.

Mula-mula mintak mahap banyak-banyak la pasal aku akan komen apa yang tak best je.. yang best, yang lawa, yang hensem, yang lawak dah ada orang lain komen.. ni aku nak komplen je huhuhu. (semua pemerhatian dibuat setelah melihat kembali FOTR & TTT sekembalinya dari menonton ROTK) mungkin salah fakta, kalau salah sila jolokkan.

1. Adegan permulaan Smeagol membunuh Dmeagol, nampak ketara besarnya badan Andy Serkis. Takkan dalam masa beberapa tahun, Hobbit berevolusi menjadi semakin kecil? Jika badan besar John Ryes Davis boleh diGimlikan, takkan Andi Serkis tak boleh diHobbitkan?

2. Apa terjadi kepada Saruman? Memang wajar Chistopher Lee kecewa dan memulaukan road tour lepas 7 scenesnya dipotong. Setakat jawapan dari Treebeard bahawa Saruman sedang menjalani hukuman dan tidak berkuasa lagi tidak mencukupi. Kemungkinan secara cameo walaupun 10 saat seperti apa terjadi kepada Edward Nygma di Hospital gila (Batman Forever) sudah mencukupi.

3. Penampilan Legolas dan Gimli yang terlalu sedikit. Mungkin untuk menjimatkan masa, memperkembangkan watak lain atau penonton sudah kenal siapa mereka, tetapi setakat muncul dan memberi kesan (baca muncul dan memberi kesan) semasa peperangan dengan Mumakil tidak mencukupi. Penampilan mereka seolah-olah pencukup lauk, mengulangi apa yang telah dilakukan di battle of Helm’s Deep. Adalah lebih berkesan sekiranya Legolas mengetuai tentera Elf dan Gimli dipotretkan memimpin saki-baki Drawf seperti mana Eomir ditonjolkan memimpin tentera berkuda Rohan.

4. Siapakah Army of Dead? Dikatakan mereka adalah tentera yang mengengkari seruan perang Isildur lalu disumpah menjadi jerangkung sehingga mereka menebus dosa pengkhianatan mereka. Soalnya di sini, angkatan tentera yang mengetuai Battle of Middle Earth ialah Lord Elrond bagi Elf dan ayah Isildur, Ilendil sebagai Raja bagi manusia. Pedang Ilendillah yang dipatahkan Souron dan Ilendil terputus kepala, manakala Isildur sebagai pewaris (heir) bertanggungjawab menamatkan riwayat Sauron, namun gagal memusnahkan cincin itu. Akhirnya Isildur dibunuh oleh orang-orangnya kerana berebutkan cincin tersebut. Itulah yang menyebabkan Gondor tidak mempunyai raja dan cuma ada care taker sahaja. Sebaiknya, Army of Dead dipotretkan sebagai mereka yang disumpah kerana mengkhianati dan membunuh Isildur kerana berebutkan cincin tersebut.

5. Di manakah tentera Elf? Adakah setelah Haldir mati di Helm’s Deep Elf, Revendell sudah tidak mempunyai tentera? Adakah semua Elf diketuai Elrond telah pergi menyelamatkan diri? Kurang difahami, setelah kejatuhan Isengard dikatakan Mordor semakin kuat dan ini menyebabkan Elf lemah dan terpaksa melarikan diri? Saya menanti-nanti kehadiran Elrond dan tentera Elfnya dan semasa ini Legolas dapat menunjukkan ketokohannya sebagai pewaris Elf yang terbilang tetapi kecewa.

6. Cara Theoden King memberikan kata-kata semangat kepada tentera berkudanya sungguh meyakinkan manakala Aragorn pula tidak kelihatan bersungguh-sungguh ketika di Black Gate. Cuma dia berlari berseorangan demi Frodo dan diikuti oleh yang lainnya. Ketika ini saya membayangkan andaikata Daniel Day Lewis menerima watak Aragorn pada mulanya..

7. Battle of Palennor Fields walaupun hebat tetapi tiada jiwa. Mula-mula Gondorian menyerah nyawa diketuai Faramir tewas di tangan Orcs, kemudian datang tentera berkuda Rohan, 1-1. Kemudian diikuti dengan tentera upahan, Mumakil dan badak besar, akhir sekali diserikan dan dimenangkan oleh Aragorn bersama Army of Dead. Walaupun di Helm’s Deep cuma melibatkan manusia, Elf & Uruk Hai tetapi lebih berjiwa.. harapan yang telah tiada diselamatkan oleh Eowen dan tentera berkudanya. Walaupun menang, tetapi kicknya kurang. Mungkin kehebatan CG telah membuat kita lupa, namun mesti ada jiwa. Army of Dead pun tidak ditunjukkan dengan jelas akan kehebatan mereka, cuma berjaya menumbangkan seekor Mumakil secara beramai-ramai (itu Legolas boleh buat sorang!) dan macam semut mendaki Minas Tirith. Secara peribadi, lanun-lanun di dalam PotC 5 kali lebih sempurna.

8. Nyawa Ketua Nasghul ditamatkan dengan mudah.. cuma perlu tikam dari belakang dan seorang wanita memenggal kepala halimunannya. Sebaiknya digambarkan Theoden King terkorban selebas bertempur dengan Nasghul bukan mati sia-sia di bawah kuda selepas dicampakkan oleh makhluk tunggangan Nasghul.

9. Ending yang anti climax. Lebih baik ditamatkan dengan acara membakar mayat Theoden sebagai raja yang mati secara bermaruah & ikrar semua pihak untuk setia kepada raja yang terunggul. Memanjangkan cerita dengan tiada sambutan buat Hobbit yang menyelamatkan dunia, perkahwinan Samwise dan Miss Rose sampai beranak pinak dipanjangkan sehingga 4 tahun. Juga adegan pengembaraan kepada mereka yang sepatutnya telah lama mati juga diadakan. Mungkin ada cerita khas untuk Hobbits, tetapi ketika ini penonton lebih menantikan apa terjadi kepada Aragorn dan Arwen berbanding Samwise Gamgee.

10. Sarikata oleh Shanti menyakitkan mata. Adakah patut Lord Of The Rings menjadi Ketua Dewan Perhimpunan? Walaupun kebanyakan penonton memahami bahasa Inggeris, tetapi ada juga yang ketawa selepas membaca sarikata, dan juga ada sesekali terlihat sarikata secara tidak sengaja. Ianya sungguh mengecewakan.

Secara keseluruhan, memang menarik ada adegan perang-perang pakai haiwan besar, CG works yang superb, Gandalf buat lawak, unsur menyentuh hati dari Samwise, tetapi oleh kerana kurang penumpuan kepada ketokohan Aragorn, apa kelebihan Army of Dead selain ramai, battle of the Black Gate yang pendek, Legolas dan bantuan Elf, pengiktirafan semua makhluk kepada King Aragorn dan ending yang meleret-leret termasuk Samwise kawin dengan Rose sehingga beranak pinak sungguh mengecewakan. Ianya hanya mendatangkan satu kenangan tetapi tidak mendatangkan kesan seperti mana selepas menonton Devil’s Advocate. Superb CG, tetapi kurang penghayatan cerita.. seperti masih ada yang kurang *ummph* tapi di mana ya?
Submitted by: VAD
Sunday, 12.28.2003 @ 3:45 AM

________________________________________________________________

oohh my Goodwdd.. aku belom tgk lagi.. nooooo.. huhuhuhu
Submitted by: p
Monday, 12.29.2003 @ 9:38 AM

________________________________________________________________

I loved it. The scenery is absolutely stunning. There are a lot of variation from the original book but it was good nonetheless.

Submitted by: shaynina [email]
Tuesday, 12.30.2003 @ 12:39 PM

________________________________________________________________

LOTR, ROTK tidak menjanjikan apa apa yang menarik, selain dari kesan CGI dan Effek yang menarik.
Submitted by: aDeeBi [email]
Tuesday, 12.30.2003 @ 5:07 PM


________________________________________________________________

"Nota: Terima kasih atas komen/respon serta sokongan anda semua... Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2004 dan semoga tahun baru ini lebih ceria dan dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda untuk anda semua InsyaAllah... Sehingga berjumpa di tahun depan" - Spiral

30 December 2003

Ulasan Filem : Peter Pan (2003)

Oleh Mahhass

Baru sahaja terkesima dengan aksi dalam Return Of The King, sekali lagi saya dibawa mengembara ke dunia orna penuh fantasi. 4 keping pas masuk ke tayangan Peter Pan ini saya perolehi sehari sebelum ditayangkan (tayangan 11 pagi, TGV 1 Utama). Pagi itu saya cuba menghubungi rakan saya iaitu Jijo, begitu juga Izreen namun kedua-duanya ketika dihubungi tiada jawapan. Mungkin mereka masih lagi dibuai mimpi agaknya, kata hati saya. Apapun, mungkin silap saya juga kerana terlalu suntuk memberitahu mereka.

Bagaimanapun, saya teruskan niat untuk menonton filem ini walaupun dalam keadaan sedikit bersesak-sesak, berbaris panjang berikutan tayangan ROTK saya fikir masih lagi hangat ditontoni buat masa ini.

Setelah Hook versi Peter Pan arahan Steven Spielberg tahun sudah, kini versi yang hampir kepada tulisan asal J.M Barrie (penulis & pencipta asal Peter Pan) dikeluarkan. P.J Hogan diberi mandat untuk mengarah serta membawa semula cerita asli Peter Pan ke layar perak dibawah gabungan 3 pengeluar filem gergasi Hollywood iaitu Universal Studios, Columbia Pictures dan Revolution Studios.

Secara ringkas, filem ini berkisarkan tentang permusuhan Kapten Hook dan Peter Pan (lakonan Jeremy Sumpter) serta sahabatnya (The Lost Boys). Peter Pan membawa Wendy (lakonan Rachel Hurdwood) dan adik-adiknya terbang ke Neverland, yang digambarkan keindahan tempatnya di dalam filem ini.

Bagaimanapun, tidak semua keindahan boleh dikecapi di Neverland, watak hitam juga wujud di sana seperti watak lanun Kapten Hook dan pengikutnya, buaya besar yang ganas serta ikan duyung sewaktu mengkhabarkan berita buruk kepada Peter Pan dan Wendy. Pengarah jelas sekali berjaya mengkontrakan watak hitam dan watak putih dalam filem ini.

Tidak keterlaluan jika saya katakan efek visual dilihat lebih menarik dan sedikit matang berbanding filem Harry Potter. Kita juga dipesonakan dengan watak pari-pari Tinkerbell (lakonan Ludivine Sagnier) yang mencemburui Peter dan Wendy. Gelagat comel beliau cukup menghiburkan. Begitu juga dengan The Lost Boys, unsur komedi yang bersahaja dibawakan tampak sesuai sekali. Watak Kapten Hook lakonan Jason Isaac juga saya anggap berjaya dibawakannya dengan baik.

Walaupun filem ini berbunyi seakan hanya sesuai ditonton kanak-kanak, namun corak persembahan yang unik, ditambah pula efek audio dan visual yang hebat serta CGI yang mempesonakan menjadikannya satu tarikan tontonan serta hiburan golongan dewasa.

Kita lupakan saja Peter Pan, budak degil yang tidak mahu menjadi dewasa tersebut, kerana apa yang penting, mesej kekeluargaan jelas berjaya disampaikan dengan penuh emosi dalam filem ini.

Perhatikan babak akhir ketika mereka dipertemukan kembali bersama keluarga mereka yang cukup menyentuh hati. Oleh kerana itu filem ini dilihat sesuai ditonton bersama-sama keluarga.

Apapun, Peter Pan berjaya membawa kita ke satu pengembaraan yang menyeronokkan!

SKRIN Rating : A- (4/5)

26 December 2003

Ulasan Filem (DVD): Undead (2003)

Undead Undead merupakan sebuah lagi genre zombie yang baru sahaja dikeluarkan dalam bentuk DVD pada pertengahan Disember lalu setelah ditayangkan di Australia awal tahun ini.

Melihat akan tajuknya sudah pasti kita dapat mengagak jenis apakah filem ini. Setelah filem 28 Days Later keluaran UK yang ditayangkan diperingkat antarabangsa bermula pada bulan Jun lepas, pengeluar filem Undead pula mungkin mengambil langkah untuk menghadkan tayangannya diperingkat tempatan (Australia) sahaja. Hanya dipasarkan ke peringkat antarabangsa dalam bentuk DVD/VCD.

Mungkin filem ini sekadar filem 'low-budget' atau pengeluar tidak mahu mengambil risiko kerugian. Walaubagaimanapun, awal-awal lagi saya sudah membeli DVD yang sudahpun masuk ke pasaran lanun ini. Siapa kata mereka 'tak guna sesen'?

Mereka sangat berguna terutama untuk orang macam saya. Nak harapkan pihak berwajib meluluskan filem ini harus saya tunggu berbulan-bulan lagi dan yang pasti, banyak adegan dikerat 16. Siapa yang rugi? Mereka, awak atau saya?

Filem Undead yang diarahkan oleh dua adik beradik kelahiran Australia iaitu Peter Spierig & Michael Spierig ini mengisahkan Berkeley, sebuah pekan kecil yang pada mulanya dipertontonkan kita akan kedamaiannya serta kehidupan yang harmoni sehinggalah pada suatu ketika didatangi oleh ratusan meteorit yang jatuh ke bumi Berkeley tersebut mengakibatkan kebanyakan penduduk di situ telah bertukar menjadi zombie.

Walaubagaimanapun, 6 orang daripadanya telah terselamat dan berjuang melawan zombie-zombie tersebut.

Skrip filem ini dilihat begitu tidak konsisten. Bayangkan makhluk asing yang mendarat ke bumi cuba menukarkan manusia menjadi zombie tanpa sebab munasabah. Apa motif sebenar yang cuba dilakukan (oleh makhluk asing) tidak pula diketahui. Sayang sekali, pengarah dilihat hanya cuba menonjolkan elemen zombie tanpa mempedulikan aspek lain.

Kalau dinilai dari segi logikal, memang ketara sekali dan rasanya tidak perlu saya bincangkan. Walaubagaimanapun, visual efek yang diperlihatkan saya akui agak menarik walaupun kadang-kadang nampak lucu sekali.

Elemen zombie merupakan klise trilogi Romero seperti Night of the Living Dead, Dawn of The Dead dan juga kebanyakan filem-filem zombie klasik yang lain. Saya kira, tidak ada salahnya disitu kerana secara tradisinya (sejak filem Zombie pertama dikeluarkan pada tahun 1968), memang begitulah rupa makhluk zombie dan penonton saya kira boleh menerima-seadanya.

Undead sebenarnya filem zombie yang baik tetapi kombinasi watak makhluk asing dan zombie khususnya saya lihat amat kurang sesuai. Sedang kita ditakutkan dengan zombie, tiba-tiba makhluk asing muncul berpakaian menutup kepala mengajak mereka menyertainya.

Watak Marion juga kelihatan melucukan apatah lagi gaya percakapannya yang kononnya seperti hero koboi macho, bersenjatakan 2 pucuk pistol dengan aksi-aksi kelakar sewaktu menentang zombie.

Apapun, filem ini boleh ditonton untuk sekadar mengisi masa lapang dan juga khusus untuk peminat filem-filem zombie bagi menambahkan koleksi mereka.

SKRIN Rating: C (1.5/5)

23 December 2003

Ulasan Filem : Out of Time (2003)

Out of Time(Ulasan ini ada mengandungi 'Spoiler', jadi saya sarankan anda menonton filem ini terlebih dahulu sebelum membacanya. Terima kasih - Mahhass)

Out of Time menampilkan lakonan terbaru pemenang anugerah Academy® Denzel Washington, yang juga merupakan salah seorang pelakon yang saya gemari setelah lakonan cemerlang beliau dalam "Training Day".

Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Matt Whitlock, seorang ketua jabatan polis yang disegani di Banyan Key, Florida. Beliau bagaimanapun, secara sulitnya telah menjalankan hubungan dengan Ann (Sanaa Lathan) yang juga merupakan isteri Chris lakonan Dean Cain, yang dilihat seringkali memukul isterinya.

Ann bagaimanapun memerlukan wang sejumlah USD485,000 bagi menjalankan rawatan perubatan kanser yang dihidapi. Ini berikutan dari penerangan doktor yang kononnya telah mengesahkan bahawa Ann akan hanya hidup untuk tempoh 5-6 bulan sekiranya tidak diberikan rawatan.

Atas dasar simpati dan agak berat hati, Matt mencuri wang hakmilik rampasan DEA (polis anti-narkotik) yang diamanahkan beliau untuk disimpan di pejabatnya, setelah diyakinkan bahawa wang insurans akan diperolehi dalam tempoh 2 hari akan datang. Setelah wang tersebut diserahkan, Matt dikejutkan dengan berita keesokan paginya bahawa rumah Ann telah terbakar, 2 mayat rentung yang tidak dikenalpasti dijumpai.

Justeru polis mengklasifikasikan sebagai kes bunuh maka siasatan dijalankan dan yang nyatanya, Matt menyedari bahawa beliau turut sama terlibat apatah lagi beliau merupakan pewaris insuran yang bernilai USD1,000,000.

Oleh sebab rasa tertipu, Matt seterusnya cuba menyembunyikan segala bukti hubungan beliau dengan mangsa sambil mencari dalang yang bertanggungjawab dan berusaha mendapatkan kembali wang tersebut.

Melihatkan sinopsis yang agak menarik tersebut sebenarnya tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam filem ini. Amat mudah untuk meramalkan plot filem ini. Di pengakhiran filem ini menyaksikan Matt berjaya menjejaki semula teman wanita dan suaminya.

Sayang sekali, filem ini tidak digarapkan dengan sebarang unsur twist atau kejutan. Lakonan Denzel Washington yang dibawanya dengan cemerlang dibayangi oleh skrip filem yang tiada istimewanya. Perhatikan bagaimana Denzel bijak membawa watak dalam situasi kelam-kabut, juga cemas sewaktu beliau melarikan diri dari buruan polis. Sayangnya, semua ini dikaburi dengan sebuah naratif yang mengecewakan.

Denzel seharusnya tidak menerima skrip filem dengan membuta-tuli dan ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap status atau menjejaskan reputasi beliau sebagai pelakon yang pernah mendapat gelaran yang terbaik di antara yang terbaik di majlis penganugerahan filem paling berprestij di Hollywood.

Keseluruhannya, filem ini saya boleh katakan OK. Mungkin sesetengah mengatakan filem yang baik, namun bagi saya sekadar filem biasa sahaja. ...atau mungkin juga antisipasi saya terlalu tinggi untuk filem ini.

SKRIN Rating: B- (2.5/5)

Filem Terbaru Denzel Washington : Ulasan Filem MAN ON FIRE (2004)

19 December 2003

Ulasan Filem : Wishing Stairs (2003)

Wishing StairsOleh Mahhass

Wishing Stairs merupakan sebuah lagi filem keluaran negara Korea berkonsep drama/seram serentak ditayangkan tatkala demam LOTR masih hangat melanda ketika ini. Saya tertarik untuk menonton filem ini berikutan dari trailer/preview filem ini yang tampak begitu menarik sekali.

Namun ramalan saya ternyata silap. Wishing Stairs tidak langsung menampilkan sebarang kelainan dari filem seram lain sebelum ini. Saya difahamkan bahawa Wishing Stairs merupakan susulan dari filem pertamanya iaitu Whispering Corridors, seterusnya filem kedua Momento Mori.

Walaubagaimanapun, Wishing Stairs bukan merupakan sambungan malah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua filem tersebut. Ia hanya mempunyai persamaan dari segi konsep iaitu 'kisah seram di sekolah perempuan'.

Filem ini dimulakan seperti kebanyakan drama-drama biasa. Kita dibawa untuk mengenali watak-watak seperti So-Hee dan Jin-Sung, dua sahabat baik yang sama-sama memasuki kelas ballet. So-Hee dilihat lebih menonjol dari segi bakat malah beliau mempunyai rupa paras yang menarik berbanding Jin-Sung, yang seperti kebanyakan pelajar di sekolah tersebut.

Setengah jam yang pertama filem ini, tiada menampilkan unsur seram. Hampir terlelap saya dibuatnya.

Sehinggalah pada suatu ketika, salah seorang pelajar yang paling gemuk di sekolah itu kelihatan menjadi kurus. Ini disedari oleh Jin-Sung. Akhirnya, beliau mendapat tahu bahawa salah satu tangga menuju ke asrama mereka mempunyai rahsia tersendiri.

Tangga tersebut pada hakikatnya hanya mempunyai '28 anak tangga'. Sekiranya sesiapa menaiki tangga tersebut sambil membilang satu persatu beserta dengan hati yang ikhlas, anak tangga ke '29' akan muncul dan dari situ mereka boleh membuat apa sahaja 'permintaan' tidak kira baik mahupun buruk.

Maka, Jin-Sung mencuba lalu meminta dari 'fox-spirit' tangga ke 29 tersebut agar beliau dipilih oleh gurunya untuk beraksi di pertandingan ballet tersebut walhal kawan baiknya So-Hee dilihat lebih layak untuk terpilih.

Akibatnya, dalam satu kejadian yang tidak disengajakan, So-Hee telah terjatuh dari tangga dan menyebabkan beliau telah menjadi lumpuh walaupun situasinya agak mengelirukan untuk saya fahami. Akibat tertekan, So-Hee membunuh diri. Maka sekali lagi bermulalah tradisi filem seram Korea iaitu roh bangkit akibat ketidaktenteraman.

Secara keseluruhannya, saya boleh katakan bahawa tiada apa yang menarik tentang filem ini. Apatah lagi, elemen hantu yang ditonjolkan langsung tidak ada sebarang kelainan.

Filem ini saya boleh kategorikan sebagai sebuah drama biasa berkisarkan tentang persahabatan, ketamakan, kecurangan dan sebagainya yang hanya diselitkan beberapa babak seram. Jauh sekali untuk melihat unsur 'twist' seperti filem A Tale of Two Sisters. Plot yang agak goyah serta banyak babak yang tergantung tanpa diketahui punca dan penyelesaiannya.

Secara jujur, saya tidak mengesyorkan anda membuang masa lebih 1 setengah jam untuk menonton filem ini walaupun preview/trailer filem ini dilihat seakan hebat dan memanggil-manggil untuk ditontoni.

SKRIN Rating : C- (1/5)

18 December 2003

Ulasan Filem : Lord Of The Rings - Return of The King

Oleh Mahhass

Filem trilogi ke 3 dan terakhir The Lord of The Rings - The Return of The King kembali menggegar ke serata dunia setelah melalui sebuah penantian yang cukup menyiksakan bagi penggemar filem ini. Saya juga tidak terkecuali merasai gegarannya. Perasan teruja tidak dapat saya sorokkan lagi tatkala tiket untuk menonton filem ini sudah berada di genggaman malam tadi.

Bayangkanlah, bukan sekadar sehari atau seminggu ataupun sebulan untuk mengetahui akan kesudahan trilogi paling hebat ini, tetapi kita seolah-olah dipaksa untuk menunggu selama setahun untuk melihat sambungan apakah yang bakal berlaku dalam babak kesudahan filem ini. Apapun, satu penantian yang cukup berbaloi.

Tirai filem Return of The King dibuka dengan imbas-kembali bagaimana Smeagol mula-mula menjumpai cincin tersebut, iaitu sewaktu beliau masih lagi menjadi Hobbit dan akhirnya bertukar sedikit demi sedikit menjadi makhluk Gollum akibat dari sumpahan. Lakonan Andy Serkis sebagai Smeagol merupakan antara lakonan terbaik dalam filem ini.

Namun, bukan itu saja yang menjadi kekuatan dalam filem ROTK. Setelah kita menyaksikan pertempuran hebat di Helm’s Deep dalam Two Towers, ROTK menghidangkan kita dengan aksi pertempuran paling hebat di Pelennor Fields.

Bayangkan, sekali lagi 10,000 tentera Orcs yang tidak lagi diketuai Uruk-Hai setelah kejatuhan empayar Saruman, cuba menawan kota Minas Tirith, bertempur dengan tentera berkuda Rohan yang diketuai Raja Theoden. Babak yang cukup menyentuh perasaan dan penuh emosi tatkala Raja Theoden dengan penuh bertenaga, melaungkan kata-kata semangat sambil menunggang kudanya memeriksa barisan depan sekaligus menyentuhkan pedangnya ke setiap pedang tenteranya.

Berulang kali dia melaungkannya, dan saya merasakan seolah-olah turut sama berada dalam pertempuran tersebut. Semboyan dibunyikan maka bermulalah peperangan hebat di Pelennor Fields!

Seperti sebelumnya, babak ini diselang-selikan dengan liku-liku perjalanan Frodo dan Sam bersama-sama Smeagol dalam meneruskan usaha memusnahkan cincin tersebut. Oleh sebab itu, kebanyakan audien kelihatan tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing walaupun filem ROTK ini memakan masa hampir 3 jam lebih.

Walaupun secara jujurnya saya katakan bahawa jalan cerita ROTK agak sedikit perlahan berbanding Two Towers, namun banyak babak menarik yang ditonjolkan dalam ROTK, seperti penampilan sulung Army of the Dead, dan juga Mumakil, gajah gergasi yang yang ditunggangi tentera pakatan Sauron dijatuhkan Legolas dengan aksi yang cukup menarik sekali. Kali ini, pengarah banyak menyelitkan unsur komedi dalam ROTK. Tambahan lagi gelagat Gimli yang ternyata mencuitkan hati.

Kekuatan trilogi LOTR pada saya adalah pada perancangan yang telah dibuat oleh pengarah dan penulis skripnya. Peter Jackson saya kira berjaya membawa kisah yang diinspirasi dari novel J.R.R. Tolkien ini dengan cemerlang sekali.

Walaubagaimanapun, saya difahamkan bahawa beliau tidak mengambil 100% dari jalan cerita asal novel tersebut. Ada sesetengah bahagian tidak dibawa ke layar malah ditulis kembali oleh Peter Jackson yang juga selaku penulis skrip filem ini.

Walaupun pada dasarnya kita boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada kesudahan filem ini namun, bukan itu yang menjadi sandaran utama dalam filem ini. Efek visual, corak seni arahan, lakon layar, seni fotografi, penulisan skrip serta lakonan yang mantap lagi berkesan adalah merupakan sandaran utama filem ini.

Begitu juga dari segi sinematografinya, Peter Jackson begitu teliti dalam memilih lokasi walaupun kebanyakannya hanya berasaskan teknologi efek canggih namun tampak realistik sekali.

Maka tidak boleh dinafikan lagi, LOTR merupakan filem trilogi terbaik pernah dihasilkan malah saya katakan filem terbaik untuk tahun ini walaupun sebelum tirai 2003 dilabuhkan.

Suatu seni filem paling unggul dan tidak harus dilepaskan!

SKRIN Rating : A+ (5/5)

16 December 2003

Survivor 7 - Finale




Survivor 7 Logo Debaran menanti keputusan Survivor 7 – Pearl Islands, telahpun berakhir malam tadi. Sandra Diaz-Twine, telah dinobatkan sebagai "Sole Survivor" untuk siri Realiti-TV paling hangat bukan sahaja di amerika, malah boleh dikatakan di serata dunia. Setelah Jenna Morasca memenangi Survivor 6 - Amazon, sekali lagi peserta wanita mengungguli gelaran ini. Adakah ini menunjukkan bahawa kaum wanita sebenarnya mampu bersaing dengan kaum lelaki ataupun hanya menggunakan khidmat kaum lelaki dalam usaha memenangi gelaran? Apapun, tidak kira lelaki atau wanita, Survivor bukan hanya semata-mata bergantung pada kekuatan fizikal, malah emosi, kebijaksanaan, perancangan, serta strategi seseorang peserta itu. (...baca seterusnya)

15 December 2003

Malang Tidak Berbau

(kiriman VAD)


Sebelum atau semasa kejadian

Lokasi: Bandar Sri Putra
Tarikh : 13 Dec 2003
Waktu: 5.45pm
(Pemilik kenderaan dirahsiakan)

Kemalangan memang tidak berbau.. tetapi setiap kejadian boleh dijadikan iktibar. Menurut pemilik kereta ini yang terselamat bersama keluarganya, percikan kecil muncul dari pemain cakera padat keretanya. Dia memberhentikan keretanya dan mendapati api telahpun marak sehingga ke bahagian injin. Beliau cuba memadamkannya tetapi gagal. Tanpa mahu mengambil sebarang risiko, beliau dan keluarga terus beredar dari situ dan hanya boleh memerhatikan keretanya dari jauh dengan perasaan sayu.
Ada beberapa langkah kecil yang boleh menyelamatkan beliau dari mengalami kejadian seperti itu. Kita mungkin tidak sedar, pendawaian yang tidak selari dengan kemampuan kereta boleh mengakibatkan kemalangan seperti ini. Juga yang lebih penting, sediakan alat pemadam api kecil di dalam kereta.. paling tidak, kereta anda boleh diselamatkan tanpa runsing memikirkan apakah anda layak untuk mendapat perlindungan insurans pelupusan sepenuhnya dan juga perlukah anda terus membayar ansuran bank.

Selepas kejadian

VAD
Bandar Sri Putra 131203
Dari Canon A300

Nota: Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan ke vadx7@hotmail.com

Terima kasih.

12 December 2003

Lord of The Rings : Karakteristik (Bah. 2)


(Dipetik dari laman web rasmi LOTR, diterjemahkan dan disiarkan secara bebas oleh Spiral)

Wizards

Gandalf
Menampilkan watak-watak seperti:
Gandalf
Saruman


Fakta Wizards:

• 5 Wizards dihantar ke Middle-Earth untuk menentang kuasa kejahatan.
• Walaupun mereka biasanya agak berumur, malah Gandalf sendiri sudahpun berumur ratusan tahun, namun mereka sebenarnya secara fizikal & minda semakin kuat dan gagah.
Saruman
• Setiap Wizard mempunyai warna sebagai simbol kekuatan mereka. Warna putih merupakan peringkat tertinggi diikuti dengan warna kelabu.
• Mereka dilarang untuk menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka, apatah lagi tunduk pada kuasa jahat Sauron, namun Saruman tidak mengendahkan larangan tersebut malah menyertainya untuk menawan Middle-Earth.

Nota penulis: Gandalf merupakan teraju utama dalam Lord of The Rings. Beliaulah yang banyak membantu dalam perjuangan Fellowship untuk memusnahkan cincin tersebut. Kuasa yang ada padanya, apatah lagi telah mencapai peringkat putih dan kini digelar White-Gandalf, berjaya menumbangkan Saruman dalam episod The Two Towers. Tidak pula diketahui nasib Saruman setelah kejatuhan empayar Isengard tersebut.

Orcs

OrcsOrcs
• Orcs merupakan bala tentera Sauron yang kejam dan amat setia akan suruhan Sauron.
• Mereka mempunyai darah berwarna hitam dan juga bersifat kanibal.
• Orcs mempunyai rupa yang buruk, bentuk badan yang sedikit membongkok, bertaring serta kulit yang seakan-akan terbakar.
• Mereka menggunakan senjata seperti tombak, sumpitan beracun dan juga pedang. Biasanya dalam pertempuran, mereka memakai topi besi dan armor.
• Orcs bersaiz manusia biasa. Mereka bagaimanapun lebih gemar berperang di waktu malam oleh sebab mereka lemah kepada sinaran cahaya matahari.

Uruk-Hai

Uruk-HaiUruk-Hai
• Walaupun tentera Orcs diperintahkan Sauron untuk memperkukuhkan empayar Saruman, beliau sebenarnya tidak berapa puas hati akan prestasi Orcs, lalu Saruman terpaksa ‘mencipta’ satu lagi askar yang digelarnya Uruk-Hai.Uruk-Hai
• Uruk-Hai bersaiz manusia yang tinggi, berkulit hitam dan juga seperti Orcs berdarah hitam. Mereka bagaimanapun bersaiz lebih besar, kuat malah lebih bijak di medan pertempuran, oleh kerana objektif mereka hanyalah untuk membunuh.
• Tidak seperti Orcs, mereka tidak lemah pada cahaya matahari.
• Setiap satu Uruk-Hai yang di’lahirkan’, akan ditanda putih dimuka, sebagai simbol tapak tangan Saruman.

Nota penulis: Orcs dan Uruk-Hai merupakan satu kombinasi yang menarik serta memberi impak yang cukup berkesan dalam menonjolkan kuasa kejahatan atau Forces of Darkness oleh pengarah Peter Jackson.

Ents

Treebeard
Watak yang ditampilkan ialah Treebeard, yang juga digelar The Eldest.
Beliaulah yang membawa Merry dan Pippin melalui hutan Fangorn. Treebeard juga bertanggungjawab mengetuai kaum Ents untuk melancarkan perperangan terhadap Saruman.

Fakta Ents:.Fangorn Forest

• Juga dikenali sebagai Shepherds of the Trees.
• Ents berupa pokok, dan mereka hidup di kawasan hutan Fangorn
• Mempunyai suara yang agak perlahan dan bermelodi serta bertutur menggunakan dialek Entish sesame mereka.
• Walaupun kebanyakannya berbeza dari peringkat umur, namun mereka mempunyai persamaan dari segi pergerakan yang perlahan tetapi teguh dan stabil. Ents sebenarnya berwatak penyayang dan tidak suka akan kemusnahan serta perperangan.

Saya menantikan kemunculan Shelob, labah-labah gergasi yang bakal menyaksikan Frodo bersama-sama Sam menentang serta menyelamatkan diri dari makhluk ini.
Shelob
Smeagol aka GollumTidak ketinggalan, watak yang saya kira paling penting iaitu Gollum atau dikenali sebagai Smeagol. Beliau dikategorikan dalam kelompok Forces of Darkness walaupun beliau dilihat mempunyai dua karakter dan seringkali cuba melawan kuasa jahat yang menghasutnya. Kita nantikan apa yang bakal disumbangkan oleh Smeagol dalam episod terakhir Return Of The King, saya percaya ianya bakal mengubah persepsi penonton terhadap beliau.

11 December 2003

Lord of The Rings : Karakteristik (Bah. 1)


(Dipetik dari laman web rasmi LOTR, diterjemahkan dan disiarkan secara bebas oleh Spiral)

Hobbits

Hobbits
Hobbits menampilkan beberapa watak seperti:-
Frodo Baggins
Sam (Samwise Gamgee)
Pippin (Peregrin Took)
Merry (Meriadoc Brandybuck)
Bilbo Baggins


Fakta menarik Hobbits:

• Mempunyai ketinggian purata 2 hingga 4.
• Mempunyai telinga yang agak pelik iaitu berbentuk seperti tikus.
• Mempunyai saiz kaki yang besar tetapi tidak pernah berkasut.
• Semua hobbit berambut kerinting.
sam
• Mempunyai selera makan yang kuat sehingga mencecah 6 kali sehari
• Walaupun dalam LOTR, mereka (Frodo, Sam, Pippin & Merry) terpaksa keluar untuk memusnahkan cincin tersebut, tapi pada hakikatnya Hobbit tidak gemar keluar mengembara.
• Hobbits mempunyai dasar "tidak percaya pada dunia luar".
• Sesetengah Hobbits berumur sehingga mencecah 130 tahun, malah purata umur mereka adalah sekitar 100 tahun. Frodo Baggins, 33 tahun, baru mencecah usia dewasa!
• Hobbits juga dipanggil "Little Folk", "Little People" dan juga "Halflings".
• Mereka bertutur dalam dialek "Westron".

Manusia

ManusiaAragorn
Menampilkan watak-watak seperti:
Aragorn
Boromir


Fakta tentang Manusia:

• Karakter manusia dalam LOTR seperti juga manusia biasa – tiada mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti Elves atau Wizards dan akan berubah mengikut peredaran masa seperti tua, mati dan sebagainya.
• Dipanggil “Big Folk" atau "Big People" oleh kaum Hobbit.
• Aragorn merupakan manusia pertama menyertai Hobbit dalam perjalanan untuk memusnahkan cincin tersebut.

Dwarves

DwarvesGimli
Watak Dwarves yang ditampilkan: Gimli

Fakta menarik Dwarves:

• Ketinggian Dwarves adalah sekitar 4 hingga 5 kaki, dan apa yang menarik, kesemua Dwarves mempunyai janggut, yang membezakan lelaki dan perempuan ialah 'panjang' janggut mereka. Dwarves lelaki mempunyai janggut yang lebih panjang.
• Dwarves adalah satu kaum yang sangat bermegahkan kaum mereka serta bersifat tegas dan teguh.
• Oleh kerana Dwarves adalah pelombong yang baik, mereka juga menghabiskan masa menggubah batu-batu, logam dan juga permata.
• Dwarves menggunakan kapak sebagai senjata dalam pertempuran.

Elves

ElvesLegolas
Menampilkan watak-watak seperti:
Legolas
Arwen
Galadriel
Elrond


Fakta menarik Elves:

• Elves dalam LOTR merupakan satu-satunya kaum yang tidak dimamah usia. Dalam erti kata lain, mereka tidak akan mati akibat tua dan akan hidup selama-lamanya.
• Elves tidak akan menjadi lemah malah akan menjadi bertambah bijak dan semakin cantik mengikut peredaran masa.
• Mereka juga mempunyai deria penglihatan yang amat baik dan tajam.
• Walaubagaimanapun, mereka lebih cenderung kepada bersifat ekstrem, baik dalam kesedihan mahupun kegembiraan. Atau dalam erti kata lain, Elves bersifat terlalu emosional.

Ringwraiths

Ringwraiths

Fakta Ringwraiths:

• Watak Ringwraiths sebenarnya berasal dari manusia yang suatu masa dahulu merupakan Raja-raja yang berpengaruh, sehinggalah mereka disongsangkan oleh Sauron dan akibatnya kini menjadi suruhannya.
• Ringwraiths berpakaian hitam bertutup kepala dan menunggang kuda.
• Juga digelar Nazgul atau Black Riders, 9 Ringwraiths ini diperintahkan Sauron untuk mendapatkan kembali cincin yang telah hilang tersebut.
• Mereka juga mempunyai ketua yang digelar Witch-King.
• Ringwraiths sebenarnya bersifat halimunan, dan apa yang kelihatan sebenarnya ialah pakaian mereka.
• Ringwraiths mempunyai deria bau yang tajam, sebaliknya, amat lemah dalam penglihatan.
Ringwraiths

Sambungan artikel LOTR: karakteristik (bahagian 2) : Wizards, Orcs, Uruk-Hai dan Ents selepas ini.

09 December 2003

Ulasan Filem (DVD): Ong-Bak (2003)




Ong-Bak Saya seakan tidak percaya bahawa filem Ong-Bak ini dihasilkan oleh negara jiran kita, Thailand. Begitu jauh kita ditinggalkan dalam industri perfileman walaupun saya kira negara kita banyak mendahului dari segi tahap pembangunan ekonomi dan sosial.

Lihatlah sahaja bangunan berkembar tertinggi, itu ini terpanjang, terbesar, dan apa lagi ter-ter nya (atau istilah 'ter' tu merujuk kepada suatu ketidaksengajaan?), bagaimana pula dengan filem kita yang masih dilamun dengan cinta tak berkesudahan? Patutlah filem-filem Bollywood begitu mendapat sambutan di sini.

Berbalik kepada Ong-Bak, saya sebenarnya sudah menonton filem ini dalam versi VCD (tanpa sarikata) seawal bulan ini, cuma semalam saya berkesempatan menontonnya dalam versi DVD dengan sarikata, justeru barulah saya faham akan jalan filem ini sedikit-sebanyak. Nak menonton wayang memang saya tak ada masa.

Dalam filem ini, kita dipertemukan dengan Boonting atau hanya disebut Ting lakonan Panom Yeerom, pelakon muda berbakat besar khususnya dalam seni mempertahankan diri, walaupun jika dilihat dari segi lakonannya tidak berapa menyerlah (apatah lagi beliau saya kira masih baru dalam bidang lakonan), namun saya percaya beliau masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki lakonannya.

Malah, saya bersetuju dengan satu tulisan mengatakan bahawa "Aksi Panom seolah-olah Jackie Chan sewaktu muda"

Secara ringkas, Ong-Bak merupakan sebuah patung Buddha yang menjadi satu simbol kesucian bagi penduduk kampong Thong Pradu. Bagaimanapun, bahagian kepala patung Ong-Bak tersebut didapati hilang dan Ting, anak muda yang paling mahir dalam seni mempertahankan diri Muay Thai di kampung tersebut diamanahkan untuk mendapatkan kembali kepala patung tersebut yang dipercayai telah dibawa lari ke Bangkok.

Dalam filem ini, awal-awal lagi kita dihiburkan dengan aksi perlumbaan merebut bendera di sebatang pokok besar yang menyaksikan aksi stunt '1st Class' ditonjolkan. Walaubagaimanapun, aksi sebenar dalam filem ini bermula di kota Bangkok, iaitu sewaktu usaha Ting untuk mendapatkan kembali Ong-Bak tersebut di tangan ketua samseng di sebuah pusat hiburan tinju haram, yang mana menyaksikan Ting secara tak sengaja terbabit dalam perlawanan tersebut.

Seperti Jackie Chan, 95% aksi dilakukan sendiri oleh Panom, seperti aksi lompatan sommersault beliau, tendangan pantas, melompat dari tempat yang agak tinggi, memanjat tembok dan lain-lain. Cuma sentuhan pengarah, Prachya Pinkaew yang dilihat banyak mengulang-ulangkan aksi tersebut terlalu kerap dan hampir kesemua aksi diulang beberapa kali, sedikit-sebanyak menjejaskan keterujaan saya sewaktu menonton filem ini. Saya akui, pengarah tidak perlu berbuat sedemikian rupa. Jika sekali dua, tak mengapa.

Keseluruhannya, filem Ong-Bak ini merupakan sebuah filem yang baik dan menghiburkan walaupun saya tidak mengambil kira dari segi lakonan serta klise cerita yang seakan-akan pernah saya tonton sebelum ini.

Malah, rakyat Thailand saya kira patut berbangga dengan terbitnya filem aksi bermutu ini yang secara langsung mengenengahkan seni mempertahankan diri Muay Thai (atau kita kenali dengan Tinju Siam), setelah banyak filem Hong-Kong dan Hollywood juga, mendominasikan filem-filem aksi khususnya Karate, Kung-fu dan lain-lain lagi.

Saya masih ingat lagi satu masa dahulu, kita dipertontonkan dengan siri tv 'Pendekar' kalau tak silap saya. Persoalannya, di mana kegemilangan seni silat kita selepas siri atau filem tersebut? Atau penerimaan seni silat di negara kita masih lagi ditertawakan tatkala aksi silat ditonjolkan di kaca TV? Atau penonton kita sendiri yang lebih suka berangan-angan sambil menonton filem-filem cinta?

...apa dipandang padi seberang?

SKRIN Rating : A- (4/5)

08 December 2003

Filem Melayu dan keadilan sosial

oleh Ku Seman Ku Hussain

Keadilan sosial adalah janji filem Melayu kepada khalayak. Janji ini belum terungkai. Dalam filem Melayu penonton diyakini bahawa keadilan sosial terus wujud. Biarpun orang selalu berpesan, hidup bukan seperti dalam filem tetapi filem Melayu sangat meyakinkan bahawa baik dibalas baik dan jahat akan menerima hukuman.

Menonton filem Melayu membuatkan penonton berasa selamat sekalipun berada dalam realiti sosial di luar filem. Hampir semua filem Melayu bertolak daripada perjuangan keadilan sosial, sama ada penggarapannya kukuh atau longgar, itu persoalan lain. Ia menjadi ruang escapism kepada suatu fenomena yang tidak dapat digapai dalam realiti.

Penonton filem Melayu telah sekian lama memegang janji ini. Mereka telah sebati dengan struktur konvensional biasanya bermula dengan kiendahan kemudian meredah halaman sehingga hampir putus asa. Tetapi jangan bimbang, janji awal filem Melayu pada fragmen akhir, keindahan kembali terjalin.

Banyak juga penonton yang sedar bahawa filem Melayu sebenarnya sudah ada kesudahannya selepas sepuluh minit felem itu ditayangkan, Ada orang kata, ini klise, berulang-ulang atau sangat lumrah. Tetapi inilah salah satu cara kita mengenal filem Melayu. SEBAB ITU FILEM MELAYU TIDAK BERUBAH.

MC2Struktur idea filem Melayu secara umumnya tidak ada beza dengan filem Bollywood. Selain yang paling jelas iaitu pendekatan melodrama, filem Bollywood sangat setia dengan keadilan sosial di dalamnya. Filem Bollywood ada kecenderungan merobohkan tradisi kasta dalam masyarakat. Ini juga perjuangan keadilan sosial di mana kelas menjadi tirai yang memisahkan antara anggota masyarakat. Ia juga sekadar escapism.

Apa bezanya dengan filem Melayu? Pertentangan kelas menjadi cetusan untuk mencari keadilan sosial di layar perak. Orang kaya yang diwakili oleh Haji Bakhil misalnya akhirnya pasti akan sedar dan menjadi manusia berwatak putih.

Pada umumnya filem Melayu sejak zaman di Singapora hingga ke Kuala Lumpur dan sekarang ini, struktur naratif hampir tidak berubah. Di Singapura, filem Penarik Beca arahan P. Ramlee khabarnya diinspirasikan daripada sebuah filem lain. Tetapi itu bukanlah persoalannya. Sebaliknya Penarik Beca menyimpulkan bahawa yang baik selepas menerima ujian akhirnya mendapat balasan baik.

Penarik BecaPenarik Beca juga sebuah melodrama yang dibuat untuk meruntun air mata penonton. Memang benar filem pertama arahan P. Ramlee ini berbaur sendu tangis. Tragis. Tetapi kesudahannya memberikan kemenangan moral kepada penonton yang bersimpati dengan P. Ramlee sebagai penarik beca. P. Ramlee dalam filem itu bukan saja berjaya memusnahkan Salleh Kamil yang berhati jahat malah mampu pulan mengubah persepsi masyarakat terhadap orang miskin seperti watak lakonannya. Penonton pula pada umumnya memerlukan kesudahan yang memberi kemenangan kepada yang baik tapi lemah.

Watak jahat dalam filem Melayu dianggap sebagai overbearing contrast kepada watak putih. Semakin hitam watak si penjahat selalunya diwakili oleh anak-anak penghulu yang berkasta atasan dalam sistem sosial tradisi akan semakin simpati dan putihlah watak wiranya. Orang Melayu melihat filem sebagai poskad untuk menelaah hidup di sisi putihnya. Malangnya mereka bukan dibiarkan membuat pilihan secara demokratik tetapi didesak supaya bersimpati dengan watak putih. Struktur idea kemudian mengalir menjadi struktur naratif yang klise dalam filem Melayu.

Ini adalah benteng yang sangat sukar dirobohkan dalam konteks filem Melayu. Struktur ini sangat kuat pengaruhnya dan berterusanlah filem Melayu menjanjikan keadilan sosial kepada khalayaknya. Khalayak tersentak kalau ada filem yang dihasilkan secara antihero. Mereka tidak dapat menerima watak hitam mengakhiri filem tanpa pembalasan atau sekurang-kurang insaf seluruh jiwanya.

Kerana itu tidak hairanlah kalau pelakon watak jahat yang popular seperti Mahmud June, Salleh Kamil, S. Kadarisman malah Jins Shamsuddin sekalipun sudah puas insaf dalam filem Melayu. Bayangkan kalau Salleh Kamil dalam Penarik Beca dibiarkan tanpa pembalasan? Atau Mahmud dilepaskan dalam filem Mahsuri?

BaraKelangsungan ini wujud secara semula jadi. Buktinya lihat saja bagaimana Yusof Haslam menghukum Carlos (Rosyam Nor) ketua samseng dalam filem Bara dan membersih Awie yang dituduh membunuh. Ini adalah janji Bara kepada penonton filem Melayu supaya mereka jangan gundah kalau Awie dituduh membunuh. Filem Melayu tidak akan menzalimi watak baik di dalamnya. Sudah terbukti bukan?

Tapi filem Melayu kena keluar daripada kongkongan ini. Biarkan filem Melayu bebas bercerita kerana keadilan sosial dama filem perlu dilihat dari perspektif yang luas. Struktur yang stereotaip, pertentangan watak hitam dan putih akan menjadi lebih menarik kalau kedua-duanya menjadi kelabu. Biarkan cerita bergerak di atas watak, bukannya plot yang dipaksa-paksa.

Clint Eastwood memilih pendekatan yang berbeza semasa menghasilkan filem Unforgiven. Filem ini dipilih sebagai Filem Terbaik Anugerah Academy dan Eastwood sebagai Pengarah Terbaik. Dalam Unforgiven tidak ada watak putih. Cuma watak kelabu. Filem ini mengenai manusia-manusia yang pernah melalui fragmen hidup sebagai penjenayah. Tetapi ada yang cuba menjadi baik dan ada pula yang terus menjadi jahat. Kontras watak hitam dan putih tidak ada dalam Unforgiven. Filem ini tidak menghamparkan sisipan moral yang total, ini kerana filem yang bermoral juga ada moralnya. Filem bukan poskad yang semuanya indah belaka.

Rahim Razali juga pernah melakukan pendekatan antihero dalam Pemburu lakonan Ahmad Yatim dan rahim sendiri. Pemburu tidak ada keadilan sosial seperti kebanyakan filem Melayu lain. Wiranya seorang pembunuh. Dia membunuh orang yang memperkosa anaknya. Pemburu Khamis (Ahmad Yatim) bukanlah wira tipikal filem Melayu yang selalu berada di jalan yang betul.

Wira filem Melayu adalah seperti Zek (Jamal Abdillah) dalam filem Azura. Selepas seribu halangan, Zek akhirnya mengecapi kemanisan daripada kepahitan memperjuangkan keadilan sosial bagi Azura, gadis kelas bawahan yang mencintai anak orang kaya.

Kerana itu filem Melayu jangan menjadi terlalu bermoral dan sempurna. Kalau terjadi juga bermakna ia belum sempurna sebagai sebuah filem.

Sumber photo: filemkita.com, sultanmuzaffar.weblog

04 December 2003

Ulasan Filem (DVD): Gigli (2003)

GigliOleh Mahhass

Sebelum menonton filem ini, saya seringkali tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Gigli tersebut. Rupa-rupanya, ia merupakan nama watak yang dipegang oleh Ben Affleck dalam filem ini, yang digandingkan bersama 'bekas' teman wanitanya, Jeniffer Lopez (tatkala saya menulis ini, JLO sudahpun ditinggalkan 'terlebih dulu' oleh Affleck, walaupun sewaktu penggambaran filem ini mereka masih menjalinkan perhubungan).

Bagi yang sudah menonton, pastinya sedia maklum akan sebutan Gigli yang sebenarnya disebut 'Ji-Li' atau 'Geely' dalam filem ini.

Filem Gigli diarahkan oleh Martin Brest, dikeluarkan oleh Sony Pictures serta diklasifikasikan “R” berikutan menampilkan banyak unsur-unsur seks, dialog pervasif serta sedikit adegan yang saya fikir ganas lakonan Al-Pacino yang memegang watak sebagai Starkman yang hanya muncul dipenghujung filem ini.

Saya akui yang saya meminati lakonan Ben Affleck sejak filem Armageddon (1998), seterusnya filem Reindeer Games(2000), Changing Lanes (2002), Sum of All Fears (2002), dan akhir sekali filem Daredevil (2003) yang digandingkan bersama Jeniffer Garner (Alias).

Ben Affleck memegang watak sebagai Larry Gigli, bersikap sedikit angkuh dan saya tidak pasti apa sebenarnya pekerjaan yang dia lakukan, selain ditugaskan untuk menculik seorang budak terencat akal iaitu Brian lakonan Justin Bartha yang kira sangat baik lakonannya. Ben Affleck kali ini membawa watak humor yang pada saya, lakonannya mungkin boleh dipuji. Beliau ditemukan dengan JLO yang memegang watak sebagai Ricki, yang juga ditugaskan untuk menolong Gigli menjaga budak terencat akal tersebut.

Saya kira, hasil dari skrip filem yang tak tentu arah ini, menjadikan lakonan JLO sangat teruk berbanding filem sebelumnya seperti filem Enough, walaupun beliau kelihatan cukup seksi dalam filem ini.

Filem ini dilihat hanya seolah-olah bertujuan menemukan JLO dan Affleck dilayar, berikutan kisah hubungan kedua-dua yang menjadi bahan komersil bagi sesetengah pengeluar filem yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan ke atas populariti pasangan Hollywood sensasi ini.

Tidak ketinggalan juga fenomena yang sama berlaku di Malaysia seperti filem Cinta Kolestrol dan Mr. Cinderella 2 yang kini sedang ditayangkan. Tidak perlulah saya mengulas lebih lanjut kerana anda sendiri boleh membaca ulasan atau kritikan filem tersebut di weblog sultanmuzaffar.

Gigli dipenuhi dengan dialog seksual yang saya kira kurang sesuai diperdengarkan khususnya para remaja belasan tahun. Tidak ada apa yang menarik pada storyline filem ini. Larry Gigli bersungguh-sungguh cuba memikat Ricki secara seksual, namun beliau kesal kerana Ricki sebenarnya lebih berminat kepada kaum sejenisnya atau lebih tepat lagi, beliau ialah seorang lesbian.

Maka, banyaklah dialog seksual serta aksi-aksi ghairah Ricki yang ditampilkan dalam filem ini. Saya tidak pasti pula samada filem ini ditayangkan atau tidak di Malaysia memandangkan filem ini berbaur seks walaupun tidak banyak 'adegan' seks ditonjolkan.

Pengarah yang juga penulis filem ini cuba menyuntik sekaligus unsur komedi, romantik, drama, seksual, cemas dan juga aksi ke dalam filem ini namun apa yang dilihat hasilnya menampakkan satu kegagalan. Walaubagaimanapun, saya akui terdapat beberapa adegan dalam filem ini sememangnya melucukan namun tidak berupaya menutup keburukan bagi keseluruhan filem ini.

Apapun, yang pasti sekarang ini, Gigli sudahpun menjadi sejarah untuk Lopez & Affleck.

SKRIN Rating: C- (1/5)

03 December 2003

Ulasan Filem: Ju-On aka The Grudge (2003)



Pengeluar-pengeluar filem di Jepun & Korea khususnya, dilihat seolah-olah sedang bersaing dalam mengeluarkan filem-filem seram berikutan sambutan yang agak menggalakkan, bukan sahaja di negara sendiri malah diperingkat antarabangsa juga. Baru sahaja saya menonton A Tale of Two Sisters, kini saya berpeluang menonton sebuah lagi filem seram bertajuk Ju-On (The Grudge) keluaran negara jirannya pula iaitu filem yang sebelum ini disiarkan di TV jepun dalam versi ‘series’. Saya tidak pasti bila filem ini dikeluarkan di sana.

Hasil karya penulis filem Ring-O dan Dark Water, filem Ju-On dilihat masih lagi mengekalkan konsep klasik filem seram Jepun yang mana permulaan atau puncanya adalah berasaskan pembunuhan dan keganasan yang akhirnya menyaksikan roh menjadi tidak tenteram dan membalas dendam.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan sebuah rumah, yang suatu masa dahulu pernah berlaku satu pembunuhan kejam. Rumah tersebut seakan mendapat satu sumpahan dimana sesiapa sahaja yang memasuki rumah tersebut akan menemui ajal akibat daripada gangguan roh mangsa pembunuhan tersebut. Bukan itu sahaja, rumah tersebut seolah-olah terdapat kuasa untuk menarik perhatian orang ramai untuk dimasuki.

Filem ini diselang-selikan kepada 6 segmen yang setiap satunya memberi fokus kepada watak-watak dalam filem ini yang mana saya kira agak memudahkan saya memahami jalan ceritanya. Tidak seperti filem lain sebelum ini, Ju-On tidak menampilkan corak ‘slow-shock-slow’ dan muzik latar belakang kedengaran amat sesuai sekali sewaktu babak seram dan cemas muncul. Saya akui filem ini sememangnya berjaya mewujudkan rasa seram malah saya sendiri beberapa kali seperti trauma. Walaubagaimanapun, elemen hantu khususnya dari segi ‘rupa’ watak hantu yang merangkak ala-ala filem The Ring saya kira gagal mengulangi keseraman yang cuba diwujudkan, atau mungkin pengarah terlalu terikut-ikut dengan filem tersebut. Kalau dilihat dari aspek cemas, saya akui amat berkesan sekali. Bayangkan siapa yang tidak tersentak jika hantu tiba-tiba muncul di dalam selimut!

Tiada unsur ‘twist’ ditonjolkan dalam filem ini. Secara terang-terangan, pengarah atau penulis filem ini memberitahu kita bahawa filem ini merupakan sebuah ‘filem hantu’. Jadi kita tidak perlu ‘pening’ untuk memikirkan siapa pembunuh, apa sebenarnya yang terjadi, bagaimana dan lain-lain. Kadang-kadang otak kita perlu juga berehat, asyik tonton filem yang memeningkan terasa bosan juga....

Secara keseluruhannya, Ju-On merupakan filem yang baik serta menghiburkan dan saya mendapat tahu bahawa Ju-On 2 sudahpun selesai proses penggambaran dan dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini (mungkin awal tahun 2004 di Malaysia). Pada kebiasaannya, filem kedua tidak akan dapat menyaingi populariti filem pertama khususnya filem-filem seram keluaran Jepun & Korea serta Hong Kong juga malah saya sendiri merasakan filem keduanya ini mungkin tidak seseram filem pertama. Apapun, sama-samalah kita nantikan.

**Rating: A-**

02 December 2003

Ulasan Filem: House of the Dead (2003)

House of the Dead merupakan nama yang tidak asing lagi bagi penggemar PC-games, malah saya sendiri menggemarinya dan beberapa kali berjaya menghabiskan video-game ini!

Bila diberitakan bahawa video-game keluaran SEGA ini dalam proses untuk difilemkan, sungguh tidak sabar rasanya menunggu filem ini keluar, selepas filem Resident Evil yang juga diadaptasikan dari video-game dikeluarkan tahun lepas yang saya kira amat cemerlang sekali.

Akhirnya, berjaya juga saya mendapatkan DVD filem ini dan menontonnya semasa cuti panjang minggu sudah. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan sekumpulan remaja yang mengadakan pesta dan berparti di sebuah pulau terpencil (yang diberi nama Isla del Muerte), yang akhirnya menyaksikan mereka diserang serta dibunuh oleh zombie ataupun dalam istilah melayu digelar 'mayat hidup'.

Walaubagaimanapun, zombie yang dipaparkan dalam filem ini sedikit luarbiasa oleh kerana kepantasan serta kercerdikannya berbanding filem-filem zombie yang lain.

Sayang sekali, filem ini mungkin saya kira agak terikat dengan SEGA yang cuba menonjolkan elemen video-game ke dalam filem ini, yang nyata menjadikannya kelihatan bodoh serta aksi-aksi yang melucukan malah tidak realistik.

Tidak langsung menampilkan unsur-unsur cemas atau suspen. Elemen zombie serta 'gore' yang ditampilkan juga tidaklah menyeramkan apatah lagi jalan ceritanya yang banyak tergantung. Malah, saya boleh katakan bahawa watak 'Uruk-Hai' dan 'Orcs' dalam Lord of The Rings lebih menakutkan berbanding zombie dalam filem ini.

Bayangkan bagaimana sekumpulan remaja yang pada mulanya dalam ketakutan bertukar menjadi seolah-olah ‘pembunuh professional’ dengan menggunakan senjata-senjata canggih, berlawan 'ala-ala Neo & Trinity dalam filem The Matrix' dalam usaha menyekat kemaraan zombie-zombie tersebut. Saya rasa filem ini tidak patut sekali diarahkan atau ditulis sebegitu rupa.

Selepas menonton filem-filem horror tahun 2003 khususnya keluaran barat seperti 28 Days Later, House of 1000 Corpses, Wrong Turn, Freddy vs. Jason , Cabin Fever, Jeepers Creepers 2, saya boleh rumuskan bahawa House of The Dead merupakan filem horror (kategori zombie) terburuk pernah dikeluarkan untuk tahun ini malah saya boleh katakan juga filem zombie paling slapstik pernah dikeluarkan.

Apapun, saya akan nantikan Resident Evil 2 yang akan dikeluarkan awal tahun depan dan berharap filem tersebut akan lebih hebat dari filem pertamanya.

Secara keseluruhannya, filem House of The Dead ini mengecewakan saya.

SKRIN Rating: D+ (0.5/5)

20 November 2003

© Ekad Malaysia 2003 | perekabentuk:chivo



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan 1 Syawal 1424 kepada semua warga Islam di mana sahaja anda berada...

Ucapan 'Selamat Pulang ke Kampung' secara khususnya untuk Team PFS affening - "Bawak bertenang dalam kesesakan lebuhraya nanti".

Saya sekeluarga (termasuk si kecil) mengucapkan Selamat Hari Raya - Maaf Zahir & Batin.

Wassalam.