11 December 2003

Lord of The Rings : Karakteristik (Bah. 1)


(Dipetik dari laman web rasmi LOTR, diterjemahkan dan disiarkan secara bebas oleh Spiral)

Hobbits

Hobbits
Hobbits menampilkan beberapa watak seperti:-
Frodo Baggins
Sam (Samwise Gamgee)
Pippin (Peregrin Took)
Merry (Meriadoc Brandybuck)
Bilbo Baggins


Fakta menarik Hobbits:

• Mempunyai ketinggian purata 2 hingga 4.
• Mempunyai telinga yang agak pelik iaitu berbentuk seperti tikus.
• Mempunyai saiz kaki yang besar tetapi tidak pernah berkasut.
• Semua hobbit berambut kerinting.
sam
• Mempunyai selera makan yang kuat sehingga mencecah 6 kali sehari
• Walaupun dalam LOTR, mereka (Frodo, Sam, Pippin & Merry) terpaksa keluar untuk memusnahkan cincin tersebut, tapi pada hakikatnya Hobbit tidak gemar keluar mengembara.
• Hobbits mempunyai dasar "tidak percaya pada dunia luar".
• Sesetengah Hobbits berumur sehingga mencecah 130 tahun, malah purata umur mereka adalah sekitar 100 tahun. Frodo Baggins, 33 tahun, baru mencecah usia dewasa!
• Hobbits juga dipanggil "Little Folk", "Little People" dan juga "Halflings".
• Mereka bertutur dalam dialek "Westron".

Manusia

ManusiaAragorn
Menampilkan watak-watak seperti:
Aragorn
Boromir


Fakta tentang Manusia:

• Karakter manusia dalam LOTR seperti juga manusia biasa – tiada mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti Elves atau Wizards dan akan berubah mengikut peredaran masa seperti tua, mati dan sebagainya.
• Dipanggil “Big Folk" atau "Big People" oleh kaum Hobbit.
• Aragorn merupakan manusia pertama menyertai Hobbit dalam perjalanan untuk memusnahkan cincin tersebut.

Dwarves

DwarvesGimli
Watak Dwarves yang ditampilkan: Gimli

Fakta menarik Dwarves:

• Ketinggian Dwarves adalah sekitar 4 hingga 5 kaki, dan apa yang menarik, kesemua Dwarves mempunyai janggut, yang membezakan lelaki dan perempuan ialah 'panjang' janggut mereka. Dwarves lelaki mempunyai janggut yang lebih panjang.
• Dwarves adalah satu kaum yang sangat bermegahkan kaum mereka serta bersifat tegas dan teguh.
• Oleh kerana Dwarves adalah pelombong yang baik, mereka juga menghabiskan masa menggubah batu-batu, logam dan juga permata.
• Dwarves menggunakan kapak sebagai senjata dalam pertempuran.

Elves

ElvesLegolas
Menampilkan watak-watak seperti:
Legolas
Arwen
Galadriel
Elrond


Fakta menarik Elves:

• Elves dalam LOTR merupakan satu-satunya kaum yang tidak dimamah usia. Dalam erti kata lain, mereka tidak akan mati akibat tua dan akan hidup selama-lamanya.
• Elves tidak akan menjadi lemah malah akan menjadi bertambah bijak dan semakin cantik mengikut peredaran masa.
• Mereka juga mempunyai deria penglihatan yang amat baik dan tajam.
• Walaubagaimanapun, mereka lebih cenderung kepada bersifat ekstrem, baik dalam kesedihan mahupun kegembiraan. Atau dalam erti kata lain, Elves bersifat terlalu emosional.

Ringwraiths

Ringwraiths

Fakta Ringwraiths:

• Watak Ringwraiths sebenarnya berasal dari manusia yang suatu masa dahulu merupakan Raja-raja yang berpengaruh, sehinggalah mereka disongsangkan oleh Sauron dan akibatnya kini menjadi suruhannya.
• Ringwraiths berpakaian hitam bertutup kepala dan menunggang kuda.
• Juga digelar Nazgul atau Black Riders, 9 Ringwraiths ini diperintahkan Sauron untuk mendapatkan kembali cincin yang telah hilang tersebut.
• Mereka juga mempunyai ketua yang digelar Witch-King.
• Ringwraiths sebenarnya bersifat halimunan, dan apa yang kelihatan sebenarnya ialah pakaian mereka.
• Ringwraiths mempunyai deria bau yang tajam, sebaliknya, amat lemah dalam penglihatan.
Ringwraiths

Sambungan artikel LOTR: karakteristik (bahagian 2) : Wizards, Orcs, Uruk-Hai dan Ents selepas ini.

No comments: