12 December 2003

Lord of The Rings : Karakteristik (Bah. 2)


(Dipetik dari laman web rasmi LOTR, diterjemahkan dan disiarkan secara bebas oleh Spiral)

Wizards

Gandalf
Menampilkan watak-watak seperti:
Gandalf
Saruman


Fakta Wizards:

• 5 Wizards dihantar ke Middle-Earth untuk menentang kuasa kejahatan.
• Walaupun mereka biasanya agak berumur, malah Gandalf sendiri sudahpun berumur ratusan tahun, namun mereka sebenarnya secara fizikal & minda semakin kuat dan gagah.
Saruman
• Setiap Wizard mempunyai warna sebagai simbol kekuatan mereka. Warna putih merupakan peringkat tertinggi diikuti dengan warna kelabu.
• Mereka dilarang untuk menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka, apatah lagi tunduk pada kuasa jahat Sauron, namun Saruman tidak mengendahkan larangan tersebut malah menyertainya untuk menawan Middle-Earth.

Nota penulis: Gandalf merupakan teraju utama dalam Lord of The Rings. Beliaulah yang banyak membantu dalam perjuangan Fellowship untuk memusnahkan cincin tersebut. Kuasa yang ada padanya, apatah lagi telah mencapai peringkat putih dan kini digelar White-Gandalf, berjaya menumbangkan Saruman dalam episod The Two Towers. Tidak pula diketahui nasib Saruman setelah kejatuhan empayar Isengard tersebut.

Orcs

OrcsOrcs
• Orcs merupakan bala tentera Sauron yang kejam dan amat setia akan suruhan Sauron.
• Mereka mempunyai darah berwarna hitam dan juga bersifat kanibal.
• Orcs mempunyai rupa yang buruk, bentuk badan yang sedikit membongkok, bertaring serta kulit yang seakan-akan terbakar.
• Mereka menggunakan senjata seperti tombak, sumpitan beracun dan juga pedang. Biasanya dalam pertempuran, mereka memakai topi besi dan armor.
• Orcs bersaiz manusia biasa. Mereka bagaimanapun lebih gemar berperang di waktu malam oleh sebab mereka lemah kepada sinaran cahaya matahari.

Uruk-Hai

Uruk-HaiUruk-Hai
• Walaupun tentera Orcs diperintahkan Sauron untuk memperkukuhkan empayar Saruman, beliau sebenarnya tidak berapa puas hati akan prestasi Orcs, lalu Saruman terpaksa ‘mencipta’ satu lagi askar yang digelarnya Uruk-Hai.Uruk-Hai
• Uruk-Hai bersaiz manusia yang tinggi, berkulit hitam dan juga seperti Orcs berdarah hitam. Mereka bagaimanapun bersaiz lebih besar, kuat malah lebih bijak di medan pertempuran, oleh kerana objektif mereka hanyalah untuk membunuh.
• Tidak seperti Orcs, mereka tidak lemah pada cahaya matahari.
• Setiap satu Uruk-Hai yang di’lahirkan’, akan ditanda putih dimuka, sebagai simbol tapak tangan Saruman.

Nota penulis: Orcs dan Uruk-Hai merupakan satu kombinasi yang menarik serta memberi impak yang cukup berkesan dalam menonjolkan kuasa kejahatan atau Forces of Darkness oleh pengarah Peter Jackson.

Ents

Treebeard
Watak yang ditampilkan ialah Treebeard, yang juga digelar The Eldest.
Beliaulah yang membawa Merry dan Pippin melalui hutan Fangorn. Treebeard juga bertanggungjawab mengetuai kaum Ents untuk melancarkan perperangan terhadap Saruman.

Fakta Ents:.Fangorn Forest

• Juga dikenali sebagai Shepherds of the Trees.
• Ents berupa pokok, dan mereka hidup di kawasan hutan Fangorn
• Mempunyai suara yang agak perlahan dan bermelodi serta bertutur menggunakan dialek Entish sesame mereka.
• Walaupun kebanyakannya berbeza dari peringkat umur, namun mereka mempunyai persamaan dari segi pergerakan yang perlahan tetapi teguh dan stabil. Ents sebenarnya berwatak penyayang dan tidak suka akan kemusnahan serta perperangan.

Saya menantikan kemunculan Shelob, labah-labah gergasi yang bakal menyaksikan Frodo bersama-sama Sam menentang serta menyelamatkan diri dari makhluk ini.
Shelob
Smeagol aka GollumTidak ketinggalan, watak yang saya kira paling penting iaitu Gollum atau dikenali sebagai Smeagol. Beliau dikategorikan dalam kelompok Forces of Darkness walaupun beliau dilihat mempunyai dua karakter dan seringkali cuba melawan kuasa jahat yang menghasutnya. Kita nantikan apa yang bakal disumbangkan oleh Smeagol dalam episod terakhir Return Of The King, saya percaya ianya bakal mengubah persepsi penonton terhadap beliau.

No comments: