Lokasi: Bandar Sri Putra
Tarikh : 13 Dec 2003
Waktu: 5.45pm
(Pemilik kenderaan dirahsiakan)
Kemalangan memang tidak berbau.. tetapi setiap kejadian boleh dijadikan iktibar. Menurut pemilik kereta ini yang terselamat bersama keluarganya, percikan kecil muncul dari pemain cakera padat keretanya. Dia memberhentikan keretanya dan mendapati api telahpun marak sehingga ke bahagian injin. Beliau cuba memadamkannya tetapi gagal. Tanpa mahu mengambil sebarang risiko, beliau dan keluarga terus beredar dari situ dan hanya boleh memerhatikan keretanya dari jauh dengan perasaan sayu.
Ada beberapa langkah kecil yang boleh menyelamatkan beliau dari mengalami kejadian seperti itu. Kita mungkin tidak sedar, pendawaian yang tidak selari dengan kemampuan kereta boleh mengakibatkan kemalangan seperti ini. Juga yang lebih penting, sediakan alat pemadam api kecil di dalam kereta.. paling tidak, kereta anda boleh diselamatkan tanpa runsing memikirkan apakah anda layak untuk mendapat perlindungan insurans pelupusan sepenuhnya dan juga perlukah anda terus membayar ansuran bank.
VAD
Bandar Sri Putra 131203
Dari Canon A300
Nota: Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan ke vadx7@hotmail.com
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment