Keadilan sosial adalah janji filem Melayu kepada khalayak. Janji ini belum terungkai. Dalam filem Melayu penonton diyakini bahawa keadilan sosial terus wujud. Biarpun orang selalu berpesan, hidup bukan seperti dalam filem tetapi filem Melayu sangat meyakinkan bahawa baik dibalas baik dan jahat akan menerima hukuman.
Menonton filem Melayu membuatkan penonton berasa selamat sekalipun berada dalam realiti sosial di luar filem. Hampir semua filem Melayu bertolak daripada perjuangan keadilan sosial, sama ada penggarapannya kukuh atau longgar, itu persoalan lain. Ia menjadi ruang escapism kepada suatu fenomena yang tidak dapat digapai dalam realiti.
Penonton filem Melayu telah sekian lama memegang janji ini. Mereka telah sebati dengan struktur konvensional biasanya bermula dengan kiendahan kemudian meredah halaman sehingga hampir putus asa. Tetapi jangan bimbang, janji awal filem Melayu pada fragmen akhir, keindahan kembali terjalin.
Banyak juga penonton yang sedar bahawa filem Melayu sebenarnya sudah ada kesudahannya selepas sepuluh minit felem itu ditayangkan, Ada orang kata, ini klise, berulang-ulang atau sangat lumrah. Tetapi inilah salah satu cara kita mengenal filem Melayu. SEBAB ITU FILEM MELAYU TIDAK BERUBAH.
Struktur idea filem Melayu secara umumnya tidak ada beza dengan filem Bollywood. Selain yang paling jelas iaitu pendekatan melodrama, filem Bollywood sangat setia dengan keadilan sosial di dalamnya. Filem Bollywood ada kecenderungan merobohkan tradisi kasta dalam masyarakat. Ini juga perjuangan keadilan sosial di mana kelas menjadi tirai yang memisahkan antara anggota masyarakat. Ia juga sekadar escapism.
Apa bezanya dengan filem Melayu? Pertentangan kelas menjadi cetusan untuk mencari keadilan sosial di layar perak. Orang kaya yang diwakili oleh Haji Bakhil misalnya akhirnya pasti akan sedar dan menjadi manusia berwatak putih.
Pada umumnya filem Melayu sejak zaman di Singapora hingga ke Kuala Lumpur dan sekarang ini, struktur naratif hampir tidak berubah. Di Singapura, filem Penarik Beca arahan P. Ramlee khabarnya diinspirasikan daripada sebuah filem lain. Tetapi itu bukanlah persoalannya. Sebaliknya Penarik Beca menyimpulkan bahawa yang baik selepas menerima ujian akhirnya mendapat balasan baik.
Penarik Beca juga sebuah melodrama yang dibuat untuk meruntun air mata penonton. Memang benar filem pertama arahan P. Ramlee ini berbaur sendu tangis. Tragis. Tetapi kesudahannya memberikan kemenangan moral kepada penonton yang bersimpati dengan P. Ramlee sebagai penarik beca. P. Ramlee dalam filem itu bukan saja berjaya memusnahkan Salleh Kamil yang berhati jahat malah mampu pulan mengubah persepsi masyarakat terhadap orang miskin seperti watak lakonannya. Penonton pula pada umumnya memerlukan kesudahan yang memberi kemenangan kepada yang baik tapi lemah.
Watak jahat dalam filem Melayu dianggap sebagai overbearing contrast kepada watak putih. Semakin hitam watak si penjahat selalunya diwakili oleh anak-anak penghulu yang berkasta atasan dalam sistem sosial tradisi akan semakin simpati dan putihlah watak wiranya. Orang Melayu melihat filem sebagai poskad untuk menelaah hidup di sisi putihnya. Malangnya mereka bukan dibiarkan membuat pilihan secara demokratik tetapi didesak supaya bersimpati dengan watak putih. Struktur idea kemudian mengalir menjadi struktur naratif yang klise dalam filem Melayu.
Ini adalah benteng yang sangat sukar dirobohkan dalam konteks filem Melayu. Struktur ini sangat kuat pengaruhnya dan berterusanlah filem Melayu menjanjikan keadilan sosial kepada khalayaknya. Khalayak tersentak kalau ada filem yang dihasilkan secara antihero. Mereka tidak dapat menerima watak hitam mengakhiri filem tanpa pembalasan atau sekurang-kurang insaf seluruh jiwanya.
Kerana itu tidak hairanlah kalau pelakon watak jahat yang popular seperti Mahmud June, Salleh Kamil, S. Kadarisman malah Jins Shamsuddin sekalipun sudah puas insaf dalam filem Melayu. Bayangkan kalau Salleh Kamil dalam Penarik Beca dibiarkan tanpa pembalasan? Atau Mahmud dilepaskan dalam filem Mahsuri?
Kelangsungan ini wujud secara semula jadi. Buktinya lihat saja bagaimana Yusof Haslam menghukum Carlos (Rosyam Nor) ketua samseng dalam filem Bara dan membersih Awie yang dituduh membunuh. Ini adalah janji Bara kepada penonton filem Melayu supaya mereka jangan gundah kalau Awie dituduh membunuh. Filem Melayu tidak akan menzalimi watak baik di dalamnya. Sudah terbukti bukan?
Tapi filem Melayu kena keluar daripada kongkongan ini. Biarkan filem Melayu bebas bercerita kerana keadilan sosial dama filem perlu dilihat dari perspektif yang luas. Struktur yang stereotaip, pertentangan watak hitam dan putih akan menjadi lebih menarik kalau kedua-duanya menjadi kelabu. Biarkan cerita bergerak di atas watak, bukannya plot yang dipaksa-paksa.
Clint Eastwood memilih pendekatan yang berbeza semasa menghasilkan filem Unforgiven. Filem ini dipilih sebagai Filem Terbaik Anugerah Academy dan Eastwood sebagai Pengarah Terbaik. Dalam Unforgiven tidak ada watak putih. Cuma watak kelabu. Filem ini mengenai manusia-manusia yang pernah melalui fragmen hidup sebagai penjenayah. Tetapi ada yang cuba menjadi baik dan ada pula yang terus menjadi jahat. Kontras watak hitam dan putih tidak ada dalam Unforgiven. Filem ini tidak menghamparkan sisipan moral yang total, ini kerana filem yang bermoral juga ada moralnya. Filem bukan poskad yang semuanya indah belaka.
Rahim Razali juga pernah melakukan pendekatan antihero dalam Pemburu lakonan Ahmad Yatim dan rahim sendiri. Pemburu tidak ada keadilan sosial seperti kebanyakan filem Melayu lain. Wiranya seorang pembunuh. Dia membunuh orang yang memperkosa anaknya. Pemburu Khamis (Ahmad Yatim) bukanlah wira tipikal filem Melayu yang selalu berada di jalan yang betul.
Wira filem Melayu adalah seperti Zek (Jamal Abdillah) dalam filem Azura. Selepas seribu halangan, Zek akhirnya mengecapi kemanisan daripada kepahitan memperjuangkan keadilan sosial bagi Azura, gadis kelas bawahan yang mencintai anak orang kaya.
Kerana itu filem Melayu jangan menjadi terlalu bermoral dan sempurna. Kalau terjadi juga bermakna ia belum sempurna sebagai sebuah filem.

Sumber photo: filemkita.com, sultanmuzaffar.weblog
No comments:
Post a Comment