30 June 2008

The Zombie Diaries (2006)



Sebenarnya, kalau mengikut susunan atau turutan filem-filem (sub-genre zombie) yang sepatutnya ditonton secara konsekutif baru-baru ini (mengikut tahun ia dikeluarkan), The Zombie Diaries sewajarnya menjadi yang pertama, seterusnya filem [REC] dan yang ketiga adalah hasil kerja "Papa Zombie" George A. Romero - Diary of The Dead (Cloverfield tidak perlu dinyatakan di sini oleh sebab perbezaan genre), kerana ketiga-tiga filem ini punya satu persamaan iaitu menggunakan teknik "hand-held camera" persis The Blair Witch Project (antara filem horror penting yang mencetuskan perdebatan 'luar-biasa' pengkritik horror waktu itu).

Maka, The Zombie Diaries adalah pemenang, oleh kerana elementari konsep, origaniliti serta 'kesegaran' yang ditonjolkan dalam genre zombie. Pun begitu, filem UK berbajet kecil ini tidaklah terlalu hebat untuk aku 'julang-julang'kan, oleh sebab banyak sangat yang perlu dibaiki paling ketara ialah plot, serta terlalu banyak "group-characters" yang cuba diceritakan. Walhal, sepatutnya, pengarah bersama Michael Bartlett dan Kevin Gates meminimumkan itu semua, seterusnya memberi tumpuan terhadap aspek horror-survival. Tambahan lagi, gaya pengakhirannya yang terlalu ambisius - secara mediatif, cuba memprovok, yang aku kira menemui sedikit kegagalan. Walaubagaimanapun, itu tidak penting bagi aku. Filem ini boleh aku anggap berjaya dalam konteks horror.

Beberapa sekuens seram yang dihasilkan, cukup asli - paling getir ialah sewaktu sekuens kereta yang mereka naiki terbabas, salah seorang dari mereka pengsan (akibat kemalangan itu) tatkala sekumpulan zombies sudah mula mendekati (kau tahu apa yang berlaku seterusnya). Satu lagi sekuens yang sangat baik dibikin ialah "shooting field" - tatkala salah seorang dari mereka ditembak rakannya sendiri, walhal baru sahaja 'terselamat' setelah sesat di hutan. Dan yang paling baik bagi aku ialah babak 'subtle' kumpulan itu (harus) menembak mati seorang kanak-kanak kecil yang sungguh malang (oh lakonan kanak-kanak itu sangat baik dan penuh empati).

Akhir sekali, (seperti yang aku katakan awal tadi), kesegaran dalam filem ini sebenarnya sedikit-sebanyak telah berjaya menyelamatkan sub-genre zombie kesayangan aku ini daripada dianggap repetitif, kolot dan sebagainya. Maka, selepas ini barulah aku 'sepatutnya' menonton [REC] dan seterusnya 'mendengar' komentari sosial Encik Romero dalam Diary of The Dead.


"Hey, aku versi baru Evil Dead + Exorcist ok???"

27 June 2008

Broken & Welcome to The Jungle

Broken (2007)



Aku menonton Broken, sebuah filem indie-horror British (sub-genre slasher) awal tahun ini seingat aku. Filem ini 'kecil' (underrated), sekecil filem SAW di saat ia belum difrancaiskan lagi oleh gergasi perfileman Hollywood. Tetapi, filem ini sarat dengan keganasan ekstrim, 'eerie' malah sungguh menguja (mengikut terma horror).

Plotnya dimulakan dengan survival seorang wanita (mangsa) tergantung di dalam sebuah hutan, lehernya dijerut di sebatang pokok, badannya cuma diimbangi dengan sebatang kayu - kesilapan kecil mautlah akibatnya. Satu-satunya cara untuk melepaskan diri ialah dengan 'membuka' semula jahitan di perutnya, kerana tertanam sebilah pisau cukur di dalamnya (ya dalam perut).

Maka terburailah isi perut dalam usaha survival tersebut. Cukup ngeri lagi brutal. Malangnya maut juga menimpa walaupun usaha melepaskan diri tergantung dianggap sukses. Tapi itu cuma mukadimah filem ini. Plot sebenar bertumpu kepada wanita lain (yang sudah semestinya turut diseksa sebegitu rupa malah lebih lagi).

Paparan keganasan ekstrim dalam Broken boleh sahaja aku letakkan antara rating tertinggi. Berbeza dengan teknik 'fast-paced' survival SAW, Broken lebih sederhana, tetapi lebih atmosferik, malah filem ini lebih tertumpu penuh kepada 'drama' kedua-dua watak utamanya.

Mungkin bergerak agak perlahan, tetapi plotnya menjadi lebih tegang, apabila seorang lagi wanita menjadi mangsa sehinggalah ke sekuens akhir - juga antara salah satu gaya pengakhiran paling 'shocking' lagi penuh provokatif. Dan aku seharusnya sedar memang begitulah ia (filem-filem sebegini) sepatutnya di'tamat'kan.


"Yelah yelah... lepas ni aku tak membebel lagi"


Welcome To The Jungle (2007)



Ini juga adalah sebuah lagi filem underrated (sudah tentunya kerana filem sub-genre kanibalisme jarang sekali di'angkat'), meskipun dibikin Jonathan Hensleigh (penulis skrip beberapa filem mainstream Hollywood, juga pengarah The Punisher).

Sebenarnya aku tidak tahu apa silapnya filem ini. Barangkali ekspektasi filem ini terlalu tinggi (juga mungkin terlalu berharap suatu yang lebih getir dari Cannibal Holocaust - filem kanibal awal 80an yang aku sendiri tak mau 'jamah' lagi DVDnya - pendeknya, aku benci walaupun aku akui itu antara filem kanibal paling 'kuat' lagi pernah dibikin), dan mungkin juga seawal jam pertama ia berlangsung filem ini seperti tidak menjanjikan apa-apa. Apa yang kau perlu buat ialah bersabar sehingga diorang sampai ke perkampungan itu (dalam usaha menjejaki Michael Rockefeller - yang hilang sejak 60an lagi, yang di'khabar'kan masih hidup di kawasan kanibal itu).

Oh, sebelum itu, ada satu babak cemas (gila!!!) waktu diorang di'berhentikan' oleh sorang ibu di tengah jalan. Tiba-tiba chaosss! Dan babak yang paling thrill, ialah semasa mereka merentasi sungai menggunakan rakit - oh waktu itu thrill ya amat. Babak ini kau akan sedar, manusia (modernisme) itu seolah-olah setaraf 'haiwan' yang cuma menunggu masa untuk menjadi mangsa. Dan bagaimana filem ini (dan juga filem kanibalisme lain) menyindir tamadun manusiawi masakini, malah memberi mesej besar (malah kesedaran) tentang erti sebenar modenisasi.


"Selamat datang ke hutan, anda akan dijamu sebentar lagi"

The Mist (2007)



(Untuk filem ini, barangkali aku perlu serius sikit)

Pertamanya, Frank Darabont sememangnya pakar (dan yang paling penting - beliau cukup tahu 'apa nak buat') dalam memvisualisasikan naskah "Horror-Maestro" Stephen King ke layar besar selepas Shawshank Redemption dan juga The Green Mile.

Berikutan susksesnya dua filem itu (oh kalau sudah bertaraf Oscar apalagi yang kau mau), maka kau harus buang segala skeptisme yang ada, kerana barangkali frustrasi yang melanda kita akibat hasil kerja "main-main" sutradara lain dalam mengadaptasi karya penulis seram tersohor ini (aku merujuk kepada filem Desperation). Untungnya filem 1408 (yang dikira masih segar) tidak mendukacitakan malah antara yang terbaik selepas The Shining.

Tetapi garapan sci-fi apokalips Darabont kali ini aku percaya tidak mungkin masuk ke gelanggang Oscar walaupun pada dasar serta terma-terma itu sudah agak 'cukup' apatah lagi gaya pengakhiran pos-apokalips yang amat 'disturbing' (oh barangkali antara ending yang paling depressing, shocking lagi melankolik pernah ditulis King), tapi masih ada yang kurang lengkap. Barangkali adaptasi itu sendiri.

Ini berikutan akan penjelasan kepada persoalan tentang "apa yang sedang terjadi, siapa punya angkara dan kenapa serta bagaimana ia berlaku" tidak punya jawaban yang spesifik serta masih samar - sesamar 'mist' itu sendiri (kau cuma di'beritahu' ia adalah angkara manusia - tapi kalau kau rasa itu sudah cukup, aku mungkin boleh terima seadanya) .

Seperkara lagi yang agak mendukacitakan aku mungkin pemilihan si Thomas Jane sebagai protagonis. Aku tidak merasai lakonannya (barangkali terlalu 'cool') - tidak ada 'humanisme' dalam karakternya. Maka tidak cocok untuk watak itu.



"Pheww nasib baik bukan yaajud makjud beb.."

Lain-lain, filem ini 'cukup' serba serbi malah bisa ditakrif sebagai sebuah "Masterpiece" kerana ia 'segar', punya originaliti serta tahap kegetiran atau intensiti yang harus ada untuk sebuah genre ini.

26 June 2008

Furnace, Dark Ride & The Cabin Movie

Furnace (2006)



Haha aku sendiri pun tak tau kenapa aku tak boleh kata TAK kepada horror flick. Walaupun aku tau akan ketipikalan ceritanya, lalu masa aku terbuang lagi sejam setengah.

Tidak ada apa yg menarik lagi tertarik tentang al kisah dendam sang mati pasal jepun dah buat lama dulu. Bedanya, filem ini berkisar di penjara. Tak pasal-pasal roh sang mati 'amuk' bunuh semua orang (lebih tepatnya bikin orang bunuh diri). Lagi satu kau jgn terpengaruh dgn nama2 spt Ja Rule, Sizemore dll (itupun kalau kau suka diorang).

Secara totalnya, ia adalah sebuah filem horror-supernatural yang.. aduhhh.. jelek sekali.

Dark Ride (2006)



Salah satu Afterdark Horrorfest. Gaya tipikal slasher flick (oh mungkin sebuah rip-off filem slasher Tobe Hooper berjudul Funhouse). Filem ini mengikut tradisi yg tak sudah2, penuh klise sana sini, but it was pretty fun n gory (teknik kamera dan skor buat aku melekat di skrin, kalau tidak aku dah tido).

Kurangnya elemen saspen (yang banyaknya dialog crappy entah hapa-hapa), intensiti yang mana sangatlah diperlukan untuk genre ini, malah paling ketara ialah endingnya - boleh diletakkan antara twisted ending yang paling boleh dijangkakan dan ia gaya penutupannya (bagaimana si pembunuh itu akhirnya mati sangatlah tidak masuk akal).

Lebih baik takyah ada twist langsung (oh dia tu ke yang jahat? oh bangangnya)... Pendeknya - Twist bodoh lagi menjengkelkan haha.

The Cabin Movie (2006)



Kisah 3 pasangan yg bermasalah (atau sebenarnya mencari pengalaman), lalu mewujudkan idea tidak bermoral untuk bertukar-tukar pasangan melalui "sex-games". Oh aku rasa idea itu belum pernah dipertonjolkan lagi dalam mana2 filem (selama aku mula menonton filem haha).

Apapun, garapannya agak getir, (oh ada paparan grafik seks serta genital lalu menjadikan filem ini rating R18 di Australia - tetapi paparan itu amat penting dalam memberi 'nadi' keseluruhan filem ini). Lakonan aku kira agak 'handal', simplisiti lagi 'bernyawa' - itupun, kalau kau 'selam dan masuk' ke dalam watak si suami (bodoh) itu. Kau boleh cuba kalau mahu haha, soalnya jangan menyesal di kemudian.

Memetik komen ringkas seorang pembaca IMDB : "Could be an excellent movie if they were more realistic". Itu benar kerana filem ini sepatutnya boleh disempurnakan lagi.

Shadow Puppets, Storm Warning & The Gravedancers

Shadow Puppets (2007)

Kisah orang tersedar dari koma, hilang ingatan, tak tau di mana dan apa yang berlaku dan akan berlaku seterusnya, sebetulnya kau sudah muak lagi memualkan. Maka tidak ada menjanjikan apa istimewanya.

Filem ini (juga salah satu filem Afterdark Horrorfest) adalah segalanya tentang B-movie.. meleret...zzZZzzz = Tak usah buang masa kau tonton. Itu je. (oh unless kalau kau nak jamu mata tonton buah-buah dada bersilikon haha)

Storm Warning (2007)

Oh aku baru tau filem ni adalah remake versi 1951 (cameo David Lyons paling penting tuh).

Apapun, antara remake yg OK (walaupun gaya tipikal slasher/survival.. klise sana sini). Musik skor + sinematografi dan paling penting Violent + GORE yg kita mahukan dalam genre ini. Dan sekuens paling best = !@#$%" hahaha gila!!! Barangkali boleh dipraktikkan para wanita yang sering pulang lewat malam dari bekerja berseorangan diri - sebagai satu 'ajaran' kepada sang perogol bersiri. Efektif!!!

The Gravedancers (2006)

...Dan ini salah satu lagi Afterdark Horrorfest (8 films to die for) yang aku tonton. Setakat ni yang aku dah tonton = Unrest, The Death of Ian Stone, Penny Dreadful dan The Hamiltons.

Gravedancers aku rasa antara yang terbaik dan plot supernatural-horror yang agak memikat. Ada originaliti (oh kau berani menari atas kubur?) Cuma gaya pengakhiran buat filem ni tampak bodoh sikit tapi boleh dimaafkan). Part paling best = hospital waktu mayat tu tetiba bangun - oh dah lama kita tak diseramkan dgn sekuens gitu! Aarrggh! Apapun tak rugi tonton kalau kau geng horror macam aku. (Nota: antara filem Afterdark Horrorfest yang direkomendasikan untuk tontonan oleh aku).

24 June 2008

Sweeney Todd, See No Evil & Catacombs

Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2007)



Filem muzikal paling gory pernah aku tonton. Aku tak ingat filem muzikal terakhir yang aku tonton (barangkali sedekad lalu). Tetapi, filem Tim Burton ini sangat memikat dan sememangnya atas nama beliau (juga Depp) membuatkan aku menontonnya selepas Big Fish (manakala Corpse Bride serta Charlie & Chocolate Factory tidak berjaya meraih perhatian aku).

Pun begitu, seperti aku katakan tadi, sarat dengan gore maka kalau kau mabuk darah (serta violent), jauhkan je lah. Dan sememangnya tak kusangka Depp boleh nyanyi (well, not that bad, sekurangnya dia tak buta tone haha). Paling best Helena - aku suka waktu Worst Pies In London - hebat gila improvisasi dia. Oh cuma satu je, watak Sacha Baron (takkan kau dah lupa Borat?) cepat sgt di'sembelih'kan Burton. Baru je start nak gelak, dah kena !@#$%. Apapun Depp memang patutpun menang Golden Globe last year. Tidak boleh kau sangkal lagi.

See No Evil (2006)



Kalau kau minat Undertaker suatu masa dulu (melalui WWE) maknanya kau akan kenal siapa Kane - penggusti Amerika yang fizikalnya tegap lagi sasa 7 kaki tingginya. Maka selepas (Hulk) Hogan, The Rock, Shaun Austin lalu akhirnya muncul si Kane lantas dibawa juga ke arena filem.

Secara keseluruhannya aku boleh kata bolehlaaaahh tahan (maknanya bukanlah B-movie yang kau akan menyesal lalu rasa nak patah-patahkan DVD dia tu), walaupun penuh klise slasher itu ini, tapi filem slasher MTV ni ada 'gaya'nya tersendiri. Watak yang dibawa Kane si psikotik dari keluarga disfungsi agak menjadi apalagi di penghujung sekuens (oh ada twist!).

Cuma plot endingnya... alahaaii..lemaaah mana boleh filem slasher habis lagu tu? (mana boleh happy ending??) ..tak boleh tak boleh..

Catacombs (2006)



Aku masih ingat seketika dulu aku pernah menonton sebuah program TV berjudul Scariest Places on Earth, (kau tak ingat sudah) yang mana Catacombs merupakan salah satu tempat yang tersenarai antaranya.

Pun begitu, segala bentuk keseraman tidaklah terlalu terserlah mengikut terma "Scariest Places on Earth" (kerana rumah usang kosong kat kampung aku lagi seram aku rasa). Overall, yang meraih perhatian aku hanyalah Shannyn Sossamon (aku kenal minah ini sejak menonton The Rules of Attraction lagi). Tapi minah ni kaku ya amat dlm filem ni (horror bukan genre nya aku rasa). Baik lagi si Pink walaupun first debut dia.

Pretty intense, gory, dan yg pastinya kau akan tahu kenapa 'bodoh' sgt si pembunuh tu (sepanjang plot) di penghujung justifikasi ceritanya (twist la apa lagi..)

Rogue, Skinwalkers & Tattooist

Rogue (2007)



Suprisingly good! (walaupun aku agak skeptikal pada mulanya). Skor musik yg (amat amat) baik, sinematografi superb (duduk aussie bertahun tapi tak pernah terpikir nak gi outback). Plot ok lah walaupun agak absurd haha ada berlobang sana sini termasuk perkembangan watak tapi aku kesal kenapa orang amerika jugak jadi hero.

Skinwalkers (2007)



Not bad (untuk sebuah genre werewolf) tapi masih tak setanding Underworld dari semua aspek (oh mungkin kerana heroinnya tak se'gah' Beckinsale haha) dan juga Dog Soldiers. Untuk itu, 30 Days of Nights masih lagi yang terbaik untuk sepanjang tahun sudah walaupun takde kena mengena dengan werewolf.

Tattooist (2008)



Konsep aku kira dah ok - baca sendiri sinopsis aku takde masa (walaupun aku tidak berapa gemar akan sedikit penggabungan genre supernatural horror), cuma plot longgar sangat sangat & twist-ending tak berapa menjadik (malah boleh saja ditakrifkan kolot). Tambahan lagi tak ada elemen 'true-horror' (oh dan juga 'erotic-horror' yang penting bagi genre ini) yg aku jangkakan. Maka kau tak payah buang masa tonton (boleh saja kalau kau gilakan tattoo kerana tatoo yg ditampilan boleh tahan 'hot' dong!)

Cloverfield, Day of The Dead (Remake) & Awake

Cloverfield (2008)

Filem apokalips (lagi)... Tapi punya subplot yg agak memikat haha (kisah cinta sang protagonis dgn aweknya)..Efek 'handheld' kamera yg.. oklaah.. tapi yg penting Matt Reeves berjaya. Aku suka waktu dlm terowong tu (wlaupun aku dah agak kamera akan di'nightshot'kan!)

Day of The Dead (2008)

Aku rasa Steve Miner telahpun berjaya merosakkan trilogi terakhir Romero nih. Bodoh lagi kosong. Sepatutnya beliau contohi Zack Snyder utk remake Dawn (atau sebarang zombie-flick. (Tapi garapan getir 28 Weeks Later (2007) serta satira zombie dalam Planet Terror (2007) masih lagi menjadi pujaan hatiku malah merupakan yg terbaik antaranya)

Awake (2008)

Watak yang dibawa Hayden penuh kemanusiaan. Twisted-ending karekter Alba buat aku tergamam sat haha..Aku pun tak sanggup alami "anesthetic awareness" time operation... Eh sapa sanggup kena operate sial. Apapun filem ini punya originaliti skrip, serta gaya 'true horror' mainstream yang agak memikat (kau boleh saja lupakan kemustahilan pengembaraan roh bertemu roh itu) - maka tidak hairanlah Bob Weinstein (nama besar dalam industri filem) menerbit filem ini.

21 June 2008

Reviu di sana

Buat sementara ini, aku cuma (barangkali rajin) menulis (filem) di facebook (ya ya laman itu, aku tak melawak). Apa taknya, kerja aku senang = aku cuma taip nama filem, kasi bintang dan tulis apa yang patut dan yang tak patut. Senang.

Kau orang boleh 'add' aku di sana haha kalau sudilah (melalui kaedah pencarian email mahhass@yahoo.com). Kalau aku rajin aku akan "salin dan tampal" semua filem (oh tapi pendek & ringkas yang amat) yang aku tulis ke SKRIN - lalu dapatlah aku 'mewarnai' kembali SKRIN gelap aku ini haha. Ok dah.