"Rock got no reason... Rock got no rhyme!!"
Oleh Mahhass
School of Rock memang hebat! Sebagaimana hebatnya pra-tontonnya di kaca tv, begitulah hebatnya filem ini. Mungkin saya agak terpengaruh dengan muzik rock, namun secara jujurnya saya amat menyukai filem komedi arahan Richard Linklater ini. Jack Black yang membawa watak Dewey Finn sememangnya cukup-cukup mantap.
Alkisahnya, Dewey Finn merupakan seorang Rocker sengkek tetapi hebat. Mungkin kerana penampilannya sewaktu di pentas agak keterlaluan sehingga beliau dipecat keluar oleh anggota kumpulannya. Beliau agak terdesak untuk membayar sewa rumah. Sehinggalah pada suatu hari, beliau menerima panggilan dari sebuah sekolah yang menawarkan kerja sebagai guru sementara dengan bayaran yang agak lumayan (sebenarnya panggilan telefon tersebut adalah untuk rakan serumahnya, Schneebly) dan oleh kerana terdesak untuk membayar sewa rumah, beliau menyamar sebagai Schneebly seterusnya memulakan tugas sebagai guru di sekolah tersebut.
Namun setelah menyaksikan kehebatan anak-anak muridnya dalam bidang muzik (klasik), dan juga oleh sebab jiwanya sudah sebati dengan muzik, beliau mula mendapat idea untuk mengajar muzik rock. Bukan setakat itu sahaja, Finn cuba mempengaruhi mereka agar lebih menghayati muzik rock, mengubah attitude pelajar-pelajarnya, mengajar sejarah muzik rock seterusnya memulakan satu projek Rock Band untuk kelasnya.
Saya kira agak mudah bagi Linklater untuk mengarah filem ini kerana Jack Black (yang pernah menganggotai kumpulan rock, Tenacious D satu ketika dahulu) sememangnya menjiwai watak seorang Rocker dengan begitu baik. Beliau cukup memahami selok-belok muzik rock dari segi memberikan penghayatan serta tunjuk ajar dalam lakonannya. Muzik rock 70an yang cuba dipengaruhi untuk projek kelasnya dalam filem ini cukup berkesan.
Mungkin ramai yang tidak kenal dengan nama Jimmy Page, Jimmy Hendrix serta nama-nama besar lain seperti Led Zeppelin, AC/DC, Rush, Sex Pistols (punk-rock) dan bermacam lagi. Buku ulangkaji pelajaran atau homework digantikan beliau dengan cakera padat kumpulan-kumpulan tersebut untuk didengari dan dijadikan sebagai influence pelajarnya bagi merealisasikan usaha Finn (atau lebih tepat lagi mengubat kerinduan) untuk muncul di pentas.
Dilatarbelakangkan dengan muzik rock 70an bagi menghidupkan mood serta gambaran jiwa Finn, cukup menghasilkan keseronokkan menonton filem ini. Komedi yang bersahaja tetapi mampu membuatkan saya ketawa berdekah-dekah, ekspresi wajah yang baik serta penuh kekusutan berjaya menggambarkan attitude Rocker sebenar yang dibawa Black.
Filem ini seolah-olah memberi nafas baru kepada muzik rock yang semakin hari semakin hilang bisa khususnya di Amerika. Agak jarang lagi kita dengar kumpulan-kumpulan rock baru yang muncul di peringkat antarabangsa masakini. Begitu juga senario yang sama melanda di Malaysia. Ramai menganggap muzik rock sebagai kolot atau ketinggalan zaman, tak bertamadun dan sebagainya. Mentaliti ini hanyalah bagi mereka yang tidak tahu menilai apa atau di mana istimewanya muzik rock tersebut.
Apa sekalipun, School of Rock ternyata menghiburkan dan saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa filem ini adalah antara filem genre komedi terbaik untuk tahun 2003.
Rating : A- (4/5)
26 February 2004
24 February 2004
Ulasan Filem : Hachi-Ko
Oleh Oca
Suatu hari di musim dingin tahun 1923, seekor anak anjing telah dikirim daripada utara Jepun kepada Profesor Ueno di Tokyo. Pada mulanya anak perempuan profesor berjanji untuk menjaga anak anjing tersebut sebaik mungkin, namun dia berkahwin tidak lama kemudian dan meninggalkan rumah ibu bapanya. Memandangkan isteri profesor Ueno dan kedua orang gaji mereka tidak begitu gemarkan anjing, tinggallah Profesor Ueno sendiri untuk menjaga dan mengambil perhatian terhadap haiwan peliharaan itu dan dia menamakannya sebagai Hachi. Hari demi hari hubungan antara Hachi dan Profesor Ueno menjadi semakin rapat, setiap hari Hachi akan menemani Profesor Ueno ke stesen keretapi Shibuya dan sebelah petangnya Hachi akan kembali ke stesen tersebut menunggu Profesor pulang. Tindakan Hachi telah mencuri perhatian ramai penduduk setempat dan mereka memangilnya dengan nama Hachiko yang bermaksud 'Dear Hachi'. Sehinggalah pada suatu hari Profesor Ueno telah meninggal dunia akibat serangan strok. Tanpa memahami keadaan yang berlaku, setiap hari Hachi terus menunggu kepulangan Profesor di hadapan stesen kereta api Shibuya... (...baca seterusnya)
Apa yang boleh saya katakan filem ini sungguh sedih. Entah beberapa kali saya menangis sewaktu menontonnya walaupun ia hanyalah kisah seekor haiwan dan hubungannya dengan manusia. Bgaimana baiknya Profesor Ueno melayan Hachi sudah cukup memberikan gambaran bertapa eratnya hubungan mereka. Saat yang paling menyayat hati ialah adegan akhir di mana Hachi melolong sayu di hadapan stesen Shibuya suatu malam pada musim dingin dan membayangkan Profesor Ueno muncul menuruni tangga dari dalam stesen tersebut. Keesokan harinya Hachi ditemui mati ditutupi salji di hadapan stesen Shibuya. Penungguan Hachi adalah sehingga akhir hayatnya.
Filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku di Shibuya Jepun pada era 20-30an. Kisah kesetiaan Hachi menunggu tuannya di hadapan stesen Shibuya pernah mendapat liputan akhbar dan radio sekitar tahun 1932. Ekoran daripada itu penduduk setempat telah menyuarakan agar tugu peringatan Hachi dibina dan mereka menerima sumbangan dari seluruh negara Jepun. Akhirnya tugu peringatan Hachi dibina berhadapan dengan stesen kereta api Shibuya. Ia disiapkan pada tahun 1934 di mana majlis perasmiannya telah dihadiri ramai orang termasuk balu Profesor Ueno dan Hachi sendiri. Hachi mati pada 8 April tahun berikutnya dan tarikh itu terus dikenali sebagai "The Days Of Hachi" di mana upacara peringatan terhadapnya dilangsungkan setiap tahun. Tubuh Hachi telah didermakan kepada Muzium Sains Kebangsaan Ueno dan dijadikan salah satu khazanah muzium tersebut. Filem Hachiko telah mencapai status "biggest hit" di Jepun pada tahun 1987. Diarahkan oleh sutradara Seijiro Kouyama yang cukup terkenal dengan karyanya yang sarat unsur kemanusiaan.
*Filem-Filem bermutu dari Jepun ditayangkan setiap Sabtu pertama dan ketiga bertempat di MTC (Malaysia Tourism Center), Jalan Ampang. Tayangan ini adalah percuma dan ditaja oleh "Japan Foundation Kuala Lumpur".
Akan datang ialah filem-filem Akira Kurosawa yang berjudul "Doomed" dan "Not Yet" yang bakal ditayangkan pada 6 Mac (1st Saturday) dan 13 Mac (3td Saturday). Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web berikut: http://www.jfkl.org.my/japanese_filmshow.htm

20 February 2004
Ulasan DVD : I Stand Alone (2001)
Oleh Mahhass
I Stand Alone merupakan filem arahan pertama Gaspar Noe. Bagi sesiapa yang kenal akan pengarah ini, pastinya tahu bahawa filem arahan/tulisan beliau sememangnya bukan sesuai untuk tontonan semua orang (walaupun anda sudah bergelar seorang dewasa!).
Filem keluaran Perancis bertajuk Seul Contre Tous ini merupakan sebuah filem 'gelap', Anti-Hero, ganas, lucah, berbaur perkauman, penuh kontroversi malah menyakitkan jiwa!
Sebelum menonton filem ini, saya bagaimanapun telah menonton filem Irreversible (filem kedua arahannya), jadi saya sudah bersedia (walaupun terdetik rasa cemas di hati) dengan paparan keganasan, keunikan malah kepelikan pengarah kelahiran Argentina yang kini berusia 40 tahun ini.
Gaspar Noe sememangnya pelik. Kedua-dua filem yang dihasilkan sememangnya suatu seni, lain dari yang lain. Namun, tidak seperti Irreversible, struktur naratif ISA tidak terbalik atau songsang. Menariknya, di awal bahagian kita dipertontonkan imbasan kisah hidup seorang penjual/pemotong daging dari saat beliau kecil hinggalah ke situasi sebenar atau lebih tepat lagi Gaspar Noe cuba memfokuskan sejarah hidup lelaki tersebut (watak hanya dikenali dengan gelaran "The Butcher" lakonan dinamik Phillipe Nahon).
Melalui imbasan tersebut (yang diceritakan sendiri oleh "The Butcher" melalui 'kata hati') kita faham bahawa beliau seorang lelaki malang. Tidak pernah mengenali bapanya, namun sewaktu berumur 6 tahun, mendapat tahu bahawa ayahnya merupakan seorang komunis (dibunuh tentera Nazi di kem tahanan).
Ibunya pula lari meninggalkannya sewaktu berumur 2 tahun. Pada usia 14 tahun, beliau mula bekerja sebagai penjual daging malah berkerja keras sehinggalah beliau berjaya mengusahakan perniagaan sendiri semasa berumur 30 tahun.
Beliau mempunyai seorang anak, iaitu Cynthia hasil dari hubungan 'tidak sengaja' beliau dengan seorang perempuan yang baru dikenalinya. (Sewaktu menceritakan kisah ini, beliau tidak habis-habis menyumpah seranah ibu Cynthia dengan mengatakan bahawa hubungan seks kali pertama dengan perempuan tersebut tidak sepatutnya menghasilkan seorang anak!) Seterusnya, beliau terpaksa menjaga Cynthia berseorangan akibat ditinggalkan ibunya.
Semasa Cynthia (digambarkan dalam filem ini sebagai gadis bisu atau terencat) berusia 9 tahun setelah kali pertama didatangi haid, Cynthia berlari mendapatkan ayahnya lantas menunjukkan seluar dalam yang dipenuhi darah (haid).
Dengan menganggap anaknya telah dirogol, beliau membunuh jirannya (katanya dengan cara menikam di muka) sehinggalah beliau dipenjarakan. Sebenarnya jirannya hanya cuba menenangkan Cynthia yang agak panik ketika itu apatah lagi pengalaman pertama didatangi haid.
Setelah tamat tempoh di penjara, beliau memulakan hidup baru maka di sinilah kisah sebenar baru bermula dalam filem ini. Namun, hidupnya penuh kekalutan serta konflik malah seringkali memikirkan untuk bertindak sesuatu yang tidak masuk akal.
Beliau tidak faham bagaimana seseorang manusia itu boleh hidup bahagia dengan mengatakan :"Living is a selfish act... Surviving is a genetic law"...
Filem ini tidak banyak dialog, cuma lebih banyak menceritakan 'kata hati' beliau. Noe ternyata amat bijak dalam memberi penghayatan emosi atau pemberontakan jiwa karaktur unik ("The Butcher") ini.
Namun, unsur keganasan pastinya sudah sinonim dengan pengarah ini, lihatlah sahaja sewaktu adegan "The Butcher" membelasah teman wanitanya (yang sedang sarat mengandung dengan cara menumbuk ke arah perut bertalu-talu). Perasaan ngeri pastinya dirasai. (Saya menyarankan agar wanita yang sedang mengandung tidak menonton filem ini).
Banyak lagi adegan yang memeranjatkan dipaparkan dalam filem ini yang pastinya akan membuatkan penontonnya rasa kurang selesa. Namun, inilah kekuatan atau keunikan Noe. Secara jujurnya, saya amat merasa cemas sewaktu menontonnya.
Dari satu segmen ke segmen yang lain, saya disertakan rasa takut jika paparan keganasan terlalu ekstrem untuk ditonton. Perhatikan sahaja babak sewaktu beliau dalam kekalutan samada ingin meneruskan niat untuk menembak anaknya atau tidak (pistol sudahpun di dalam genggamannya seraya hatinya berbisik (maksudnya lebih kurang begini: "Anakku.. kau akan merasai kesakitan itu hanya selama beberapa saat sahaja").. sudah cukup mencemaskan saya.
I Stand Alone merupakan filem yang jujur, penuh tenaga tidak kurang juga berupaya memberi kesan samada positif atau negatif terhadap sesetengah individu yang menontonnya. Ini terpulang pada masing-masing kerana apa yang pasti, saya sememangnya tidak sabar menunggu untuk melihat bagaimanakah pula bentuk kenunikan yang akan beliau akan persembahkan untuk filem ketiganya nanti.
SKRIN Rating : A- (4/5)

18 February 2004
Ulasan Filem : No Good Deed (2003)
No Good Deed pada asalnya menggunakan tajuk The House on Turk Street, sebuah filem remake tahun 1924. Diarahkan oleh Bob Rafelson, nama pengarah yang saya tidak kenali sebelum ini apatah lagi filem terakhir beliau berjudul The Postman Always Rings Twice dikeluarkan 33 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1981 (saya baru berumur 5 tahun ketika itu).
Dengan membariskan pelakon terkenal Samuel L. Jackson (Basic) dan Milla Jovovich (Resident Evil) pastinya filem ini tampak hebat namun sebenarnya tidak berisi serta membosankan. Patutlah ramai yang langsung tidak tahu akan kewujudan filem ini.
Ia dimulakan dengan Jack (lakonan Samuel) seorang polis (yang meminati muzik) sedang mencari seorang gadis yang hilang di sekitar kawasan kejiranannya. Sehinggalah pada satu ketika beliau ternampak seorang wanita tua terjatuh (di depan rumah) seterusnya beliau bergegas memberi bantuan.
Atas dasar berterimakasih, Jack dipelawa masuk oleh wanita tua itu yang akhirnya menyaksikan beliau ditahan oleh sekumpulan penjenayah di dalam rumah tersebut (yang sebenarnya tersalah anggap akan kehadiran beliau).
Penjenayah tersebut merancang untuk melakukan satu rompakan bank. Dalam masa yang sama, Jack ditemani Erin (lakonan Milla). Seperti kebiasaan filem-filem Hollywood, setiap penjenayah pastinya ada wanita yang turut terlibat (lihat sahaja filem-filem seperti XXX, Reindeer Games, Trapped, Italian Job dan lain-lain lagi).
Usaha Jack untuk melepaskan diri (diikat di sebuah kerusi) bergantung pada Erin (yang turut meminati muzik!). Anda mungkin tidak percaya kerana mereka sempat lagi bermain muzik bersama-sama walhal Jack boleh sahaja untuk menahan Erin atau setidak-tidaknya menyelamatkan diri! (Erin seorang pemain piano yang baik manakala Jack pemain cello).
Mereka sempat menghabiskan sebuah lagu dengan penuh keasyikan. Mana datang logiknya di situ? Ada banyak lagi unsur-unsur kebodohan dalam filem ini, cuma saya agak malas untuk menulis.
No Good Deed sudah agak lama dikeluarkan iaitu pada pertengahan tahun 2003. Saya difahamkan filem ini digam tayangannya di Malaysia mungkin kerana terdapat beberapa adegan seksual yang dipaparkan (jika ditapis akan membuatkan filem ini tergantung malah memburukkan lagi keadaan yang sememangnya sudah buruk!).
Apa sekalipun, filem yang bercorak Thriller/Drama dan diklasifikasikan "R" di Amerika ini bukanlah satu kerugian jika dilepaskan malah saya sarankan agar tidak membuang masa untuk menontonnya.
SKRIN Rating : C-

16 February 2004
Ulasan Filem : Rabbit-Proof Fence (2002)
Oleh Mahhass
Rabbit-Proof Fence diarahkan oleh Phillip Noyce yang satu masa dahulu pernah mengemudi filem-filem seperti Patriot Games, The Bone Collector, Clear and Present Danger, The Saint, Sliver dan banyak lagi.
Ia adalah sebuah filem yang mendedahkan satu sejarah Australia. Sejarah yang gelap serta kotor malah tidak langsung boleh diperbanggakan khususnya warga Australia. Ia soal kemanusiaan yang suatu masa dahulu terlalu pincang untuk diperambilberatkan.
Ia suatu realiti yang harus divisualisasikan kepada umum bagaimana rapuhnya nilai-nilai sensitiviti masyarakat kulit putih pada awal abad lalu sehingga menjelang era 70an.
Filem ini menyentuh soal prejudis perkauman, maruah, kasta, ego dan juga kebiadapan kaum kulit putih. Begitu hinanya masyarakat natif pribumi Australia (Aborigines atau kita kenali dengan singkatan 'Abo') di mata mereka pada ketika itu (malah kesannya boleh dilihat sehingga kini).
Mereka sanggup 'mencuri' serta merampas hakmilik mutlak masyarakat pribumi dengan merancang untuk menghasilkan satu generasi ‘bumiputera baru’. Atas alasan kemajuan, kanak-kanak dipisahkan langsung dari ibu-bapa mereka, dikristiankan malah turut ditegah dari bertutur dalam dialek natif ibunda mereka.
Mereka diajar dan hanya diwajibkan bertutur dalam bahasa inggeris. Itulah realitinya. Kasih sayang serta belaian ibu-bapa dinafikan sama sekali. Hak serta maruah dicabuli sewenang-wenangnya.
Gambaran realiti ini dapat disaksikan dalam filem ini. Ia dimulakan dengan satu babak yang menyayat hati bagaimana tiga orang kanak-kanak iaitu Molly Craig, Daisy Craig dan sepupunya Gracie, dirampas dari pangkuan ibu mereka untuk dibawa dari Jigalong ke sebuah petempatan orang asli Moore River di bahagian barat Australia yang jaraknya sekitar 800 batu jauhnya.
Di sana, mereka diketemukan dengan kanak-kanak lain yang senasib dengan mereka. A.O Neville (yang juga diberi jolokan 'Mr. Devil') mengetuai kem petempatan tersebut.
Namun, setelah beberapa hari di petempatan tersebut, mereka bertiga berjaya melarikan diri untuk kembali bertemu ibu-bapa mereka. Bayangkan sahaja dua bulan perjalanan (berjalan kaki) meredah belantara, padang pasir yang tidak mengenal erti belas disertai rasa penat, lapar dan dahaga yang dihadapi.
Bukan itu sahaja, mereka turut dijejaki oleh orang suruhan Neville (Moodoo, juga seorang warga asli berpengalaman), malah turut dipaparkan ke akhbar-akhbar tempatan pada waktu itu.
Mereka bernasib baik kerana sewaktu dalam perjalanan pulang ke Jigalong, ramai yang membantu tiga kanak-kanak malang ini. Tidak kurang juga yang tidak boleh dipercayai sehingga Gracie tertangkap semula.
Oleh kerana Jigalong terletak berhampiran pagar yang memisahkan sempadan ladang dan juga bertujuan mengelakkan arnab-arnab liar memasukinya (juga merupakan pagar terpanjang di dunia dibina oleh orang asli setelah dikerah paksa), maka Molly mengambil keputusan untuk mengikuti sepanjang laluan pagar tersebut sebagai 'panduan' dengan berbekalkan harapan untuk berjumpa ibunya.
Walaupun filem ini merupakan lakonan sulung ketiga-tiga kanak-kanak tersebut, namun penghayatan watak yang digarap dengan penuh emosi serta memilukan ini setelah ditunjuk ajar pengarah yang berpengalaman Philip Noyce, amat boleh dibanggakan. Sinematografi oleh Christopher Doyle yang memaparkan lanskap Australia mencantikkan lagi filem ini malah berkesan dalam menghidupkan gambaran kesukaran serta keperitan ketiga-tiga kanak-kanak tersebut.
Rabbit-Proof Fence merupakan filem yang sarat dengan erti kemanusiaan, semangat perjuangan yang tinggi serta kasih sayang yang tidak terperi. Sebuah kisah benar yang tragis yang diceritakan sendiri oleh Molly yang kini telahpun berusia 86 tahun kepada anaknya.
Saya letakkan filem ini di dalam kelompok yang terbaik pernah ditonton.
SKRIN Rating : A (4.5/5)
13 February 2004
Ulasan Filem : Thirteen (2003)
Oleh Mahhass
Pepatah Melayu ada menyebut bahawa "Menjaga sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak gadis". Filem Thirteen membuktikan kebenaran pepatah turun-temurun nenek moyang kita itu. Sesungguhnya, kerisauan jelas menghantui saya tatkala mengenangkan si kecil kami yang satu hari nanti pasti akan mencapai usia remaja (jika diizinkan Tuhan)... Namun, belum masanya untuk kami membayangkan saat itu.
Thirteen menceritakan kisah seorang remaja bernama Tracy (lakonan mantap Evan Rachel Wood) yang dalam proses meningkat ke alam remaja (sesuai dengan tajuknya, saya kira umurnya baru menjangkau 13 tahun). Beliau merupakan seorang gadis yang digambarkan baik sifat serta tingkahlakunya apatah lagi merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Hubungan akrab beliau dengan ibunya, Melanie (lakonan cemerlang Holly Hunter yang dicalonkan dalam kategori Pembantu Aktres Terbaik untuk Anugerah Academy 2003 nanti) menguatkan lagi tanggapan bahawa beliau merupakan anak emas ibunya.
Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata. Kononnya tertekan atau malu akibat diejek sebagai kolot, ketinggalan zaman dan sebagainya, Tracy cuba mendekati seorang remaja liar di sekolahnya, Evie Zamora, malah cuba berjinak-jinak dalam kegiatan mencuri (sebagai membuktikan bahawa beliau boleh turut serta atau bukan lagi menjadi 'anak mak'). Seterusnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pulang lewat malam, mula belajar ‘body-piercing’, berfoya-foya serta terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral yang lain.
Gambaran kesedihan serta perjuangan ibunya dalam mengembalikan anaknya yang telah 'hilang' itu adalah merupakan kekuatan dalam filem ini. Lakonan cantik Holly Hunter sememangnya memberi kesan mendalam terhadap saya. Saya dan isteri cukup tersentuh tatkala dialog : "This is not how I raised you, baby" diucapkan beliau dengan penuh kelembutan serta hati-hati sewaktu Tracy bersikap terlalu kurang ajar. (Tatkala ini tergambar wajah keresahan isteri saya sewaktu beliau merenung ke arah si kecil kami yang masih belum mengenal pahit-maung kehidupan, sedang lena dibuai mimpi....)
Filem ini diarahkan oleh Catherine Hardwicke, menggunakan banyak teknik penggambaran ala 'handy-cam' untuk cuba menampakkan kelincahan serta keterujaan yang sedang dialami oleh Tracy. Begitu juga dalam membangkitkan keresahan penonton apatah lagi jiwa ibunya yang bergolak dalam menangani masalah keluarganya satu persatu setelah bergelar ibu tunggal. Walaupun teknik visual ini agak sedikit lapuk, namun saya kira agak bersesuaian untuk filem ini tambahan lagi ianya berlatarbelakangkan muzik heavy metal dan kadangkala hip hop yang mencerminkan realiti kehidupan remaja masakini.
Thirteen seperti memberi satu gambaran serta kesedaran pada kami dalam meneruskan perjuangan serta cabaran dalam membesarkan si kecil yang mana ianya bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Apatah lagi budaya Melayu masakini kelihatan semakin lama semakin pudar keMelayuannya, sedang budaya penjajah semakin merebak, maka kita patut membayangkan dua puluh tahun akan datang… Apa akan jadi pada bangsa kita agaknya?
Wan Kamaruddin serta krew Edisi Siasat NTV7 seharusnya menonton filem ini kerana ungkapan : 'Mak bapak tau beranak saja kah?' sesungguhnya merupakan satu ungkapan yang tidak patut diulang-sebut lagi.
SKRIN Rating : A- 4/5

10 February 2004
Ulasan DVD : KIDS (1995)
Oleh VAD
Apakah impian setiap ibu bapa terhadap anak-anak? Ataupun lebih tepat lagi, apakah impian anda terhadap anak-anak anda? Sapa pasti menemui satu set jawapan yang standard di sini; inginkan anak-anak berjaya di dalam pelajaran sekurang-kurangnya membawa Sarjana Muda serta terus bekerja tanpa menganggur, menguasai dua bahasa perdagangan dengan baik, menjadi seorang Muslim yang sejati dan berguna kepada masyarakat.
Tetapi proses membesarkan anak itu yang paling sukar. Bila dikongkong, jiwanya akan memberontak, bila dibiarkan lepas bebas tanpa pengawalan, dia tetap akan rosak. Suasana persekitaran mungkin tidak sama sewaktu kita dibesarkan, Ianya lebih mudah dan ringkas. Boleh dikatakan, anak-anak membesar dengan persekitaran.. jika bersih, segar dan menyihatkan maka sempurnalah jadinya.
KIDS membawa kita kembali kepada tahun 1996. Ceritanya ringkas, mengenai sekumpulan remaja. Ceritanya berlingkar pada watak Telly, seorang anak muda belasan tahun yang ‘poyo’ di mata kita. Sederhana tinggi, berpewatakan biasa, kurus kering tetapi pandai bermain kata-kata atau dalam bahasa yang mudah difahami, pandai mengayat. Adegan di atas katil menunjukkan betapa mudahnya anak gadis menelan kata-kata beliau sehingga akhirnyanya menyerahkan mahkota kedaraannya.
Seterusnya kita dibawa melihat perjalanan hidup Telly dan Casper. Dalam bentuk naratif, Telly menceritakan pengalaman dan betapa bangganya beliau menjadi orang yang pertama (menodai anak dara). Itulah realitinya. Duduk bersembang bersama kawan-kawan sambil menceritakan pengalaman masing-masing.
Adegannya begitu jujur, tiada pemotongan dan sesekali cross over kepada sesi atas katil anak-anak gadis menceritakan perkara yang sama dan siapa yang terbaik. Semuanya ke arah keseronokan, tiada risiko kesihatan ataupun realitinya akan mengandung disebabkan tiada perlindungan atau safe-sex.
Ringkasnya, begitulah kehidupan remaja sekarang. Melepak bersama rakan-rakan, bermain papan luncur, mencuba grass, membelasah orang beramai-ramai, memasuki premis yang di larang dan membuat keramaian di rumah-rumah yang tiada kawalan ibu bapa. Di dalam usia yang begitu muda, keadaan muka yang cengkung dan kusut masai.. segala-galanya tampak begitu kotor.
Apa yang menjadikan KIDS menarik untuk ditonton? Persoalan ini terpulang kepada anda sendiri. Sekiranya anda masih bujang, memikirkan keseronokan, suka berangan-angan, tiada rasa tanggungjawab maka ini satu lagi filem 18SX yang seronok untuk anda tonton. Tetapi jika anda adalah ibubapa ataupun berfikir ke arahnya, realiti di dalamnya adalah sesuatu yang anda harus takuti. Segala perkara yang dipaparkan telah wujud sekarang.
Remaja menghidu gam dan mencuba grass sudah menjadi gambaran biasa. Geng lepak bermain papan luncur ada di mana-mana, perkumpulan anak-anak muda tanpa pengawalan ibu bapa juga sampai di telinga kita. Pergaduhan anak muda juga sekarang tidak lagi dilangkari batasan kaum, yang ada hanyalah batasan budaya Barat seperti hiphop, skaters, skinhead, punk dan pelbagai lagi.
Cuma kita tidak bimbang kerana ianya belum terjadi kepada kita. Belum ada anak kita yang mengandung, belum ada saudara kita yang merengkok di pusat serenti dan juga tidak ada adik kita yang terlantar dibelasah terbaring di hospital.
Kita tidak bertindak kerana belum terjadi kepada kita, baru dengar-dengar sahaja dan ianya belum terjadi. Segalanya kerana belum, bukannya langkah-langkah awal pencegahan dan keperluan menyelami hati dan gejolak remaja. Jangan “Sudah terhantuk baru terngadah” sudahlah.
Tontonlah filem ini dan fikirkan kembali, bagaimanakah kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak-anak di dalam kehidupan yang sebegini?
09 February 2004
Ulasan Konsert Evolusi Lagenda Rock - Search
Oleh VAD
Deringan SMS pada petang Sabtu lalu benar-benar mengejutkan saya. Ianya adalah satu pelawaan untuk menonton Konsert Evolusi Legenda Rock Search di Stadium Merdeka. Perlukah saya berfikir panjang? Tidak sama sekali. Di dalam perjalanan, barulah saya sempat berfikir. Search adalah satu nama besar tanahair, satu lagenda, malahan antara ikon terpenting di dalam sejarah rock tanahair. Berikan sahaja pelbagai nama untuk rock; dari rock cintan, rock kapak, rock kangkang, rock keras, rock n roll dan sebagainya, Search tetap di atas. Hampir 20 tahun yang lepas Search memulakan segalanya dengan Cinta Buatan Malaysia sehinggalah 5 tahun lepas Search dikuburkan secara simbolik. Dan pada malam ini, secara simboliknya juga Search kembali dengan gegaran konsert.
Dalam perjalan ke pintu masuk stadium sehinggalah memasukinya, harus saya akui Search sudah melangkaui eranya.Tidak kelihatan kepelbagaian bangsa dan remaja belasan umur seperti mana berlaku ketika konsert Linkin Park. Yang ada ialah remaja pertengahan umur ke atas. Secara ringkas, mereka yang akan mengimbau nostalgia.
Tapi harus diakui juga, golongan inilah yang sebenarnya dahagakan gegaran konsert secara terbuka. Sokongan juga diberikan oleh kalangan artis-artis ternama seperti Umarul Iklim, Miji Cromok, Bandi Amuk, Neves, Tony Spider, Ali Bakar, Awie & Joe Wing, Hattan dan ramai lagi artis yang boleh dikatakan sezaman dengan Search. Ini lebih kepada penghormatan kepada ‘otai’ rock n roll Malaysia.
Tirai persembahan dimulakan oleh kumpulan Godbless dari Indonesia kira-kira jam 8.40 malam. Satu strategi yang bagus untuk menarik penonton dari seberang. Godbless bijak memilih lagu-lagu yang berentak keras bagi menimbulkan mood kepada penonton. Cuma sayang, populariti Godbless tidak sampai ke Malaysia menyebabkan selain dari mereka yang benar-benar berada di depan pentas, tidak ramai yang ambil peduli sebenarnya. Penonton lebih senang berbual dengan rakan-rakan lama, menggunakan slanga ‘lu, gua’ seperti suatu masa dulu & bergambar dengan selebriti yang ditemui.
Pemilihan Godbless bukan sebagai opening act saya kira, kerana waktu yang diperuntukkan agak lama, kira-kira sejam. Penonton sudah mulai resah sehinggalah kedengaran deruan enjin motosikal berkuasa tinggi. Gimik Awie memasuki stadium bersama sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meredakan keresahan penonton. Paduan suara Achmad Mochtar vokalis Godbless bersama Awie mendendangkan lagu Setan Jalanan (huhuhuhu) mengembalikan mood penonton untuk terus bersama.
Tidak dapat dipastikan awalnya adakah suatu gimik ataupun masalah teknikal yang menyebabkan Seacrh tidak memulakan persembahan setelah selesainya persembahan Godbless pada pukul 10 malam. Deejay rock Ismahalil juga seakan tidak berupaya menangani desakan penonton sehingga berulangkali melihat ke belakang stadium sehingga adakalanya membosankan. Akhirnya diketahui, ada 6000 penonton yang berasak-asak di luar stadium kerana lewat membeli tiket. Dalam hal ini, penganjur harus juga bersikap adil kepada penonton yang berada di dalam stadium yang terpinga-pinga dan menjadi kurang sabar atas sebab yang sama.
Akhirnya Search muncul tepat jam 10.40 malam. Dimulakan dengan Fantasia Bulan Madu, Search benar-benar mengajak penonton berfantasi dan bernostalgia dalam lagu-lagunya. Kemudian lagu-lagu berentak keras mula mengambil tempat seperti Langit dan Bumi, Pawana dan Berpaling. Penataan lampu dan sistem bunyi agak memuaskan, setaraf dengan persambahan artis antarabangsa. Cuma agak mengecewakan adalah rekaan pentas.
Walaupun dijelaskan oleh Search di dalam Utusan Malaysia bahawa rekaan adalah berbentuk futuristik, tetapi Search meninggalkan bahagian yang terpenting iaitu tiada latarbelakang pentas ataupun backdrop yang memaparkan logo Search. Pentas hanyalah ditutupi dengan kain hitam dan dibantu dengan penataan cahaya, itu sahaja.
Memang mengecewakan melihat kumpulan segagah Search, tidak mempunyai apa-apa backdrop dibelakangnya yang menyebabkan jurulampu tidak berani mengambil shoot terang ke pentas selain lampu sorotan kepada pemuzik. Itu juga saya rasa yang menyebabkan mereka tidak bergerak dan kecuali Amy, yang lain hanya terpaku di tempat sendiri dan memainkan alat muzik masing-masing. Tidak dapat dibayangkan juga, setelah 15 tahun berpengalaman menjayakan konsert, Search masih menggunakan cable kepada alat muzik masing-masing. Bukankah lebih cantik dan bebas pergerakan sekiranya mereka menggunakan bateri dan sistem wireless. Konsert ini adalah untuk mengimbau nostalgia, peralatan teknikal pun harus begitu juga?
Akhirnya, nostalgia itu jugalah yang menyelamatkan Search. Penonton dibuai dengan lagu-lagu keras dan moderate secara roller coster bagi memastikan mereka tidak berganjak. Pemilihan lagu-lagu seperti Isabella, Laila Namamu Teratas, Serigala Segalanya, Cakap Memang Murah, Fenomena, Menuju Puncak (huhuhu Search pun ada Menuju Puncak beb!) terus membuai para penonton. Amy tidak banyak berinteraksi dengan penonton, cuma sewaktu perlu sahaja. Ini agak baik bagi memastikan lebih banyak lagu dapat dipersembahkan.
Persembahan Kid, Din, Nasir & Lola sebagai anggota baru nampak kemas dan boleh dikatakan bertenaga. Kenapa boleh dikatakan? Agak jarang melihatkan anggota Search membuat sesuatu yang luar biasa atau gimik, mungkin itu adalah imej Search dari dulu, meletakkan tumpuan kepada Amy dan yang lainnya melengkapkan persembahan.
Persembahan berterusan Search agak mengganggu tumpuan apabila jam menunjukkan pukul 11.45. Search sedaya-upaya memenuhi kuota 21 lagu yang sepatutnya mereka dendangkan hingga tidak menyedari risikonya kepada mereka yang menggunakan pengangkutan awam. Akibatnya, menjelang pukul 12, penonton mulai meninggalkan stadium dan tepat jam 12, pihak Perbadanan Stadium Merdeka menyalakan lampu limpah. Agak menyedihkan sebuah kumpulan yang dianggap lagenda diperlakukan sebegitu tetapi semua orang patut membuat kerja masing-masing. Andainya Search memulakan persembahan tepat pada masanya, segalanya akan berakhir dengan sempurna. Setelah berakhirnya persembahan bertenaga dan sedikit gimik pada Cakap Memang Murah, Search seakan terpaksa mengakhiri persembahan dengan Rozana.
Sebuah konsert yang menarik untuk suatu comeback tetapi kelemahan penganjur di dalam menjaga kesinambungan dengan pihak perbadanan stadium, kawalan keselamatan, pengangkutan awam telah mencetuskan beberapa insiden yang tidak diingini berlaku di luar dan di dalam stadium. Mengharapkan penonton menganggap isu ini adalah remeh setelah bernostalgia dengan Search adalah kesilapan seperti mana Prof. Razak Moheedin menganggap penonton akan ke panggung melihat Erra-Yusri walaupun ceritanya ditahap memualkan!
Secara keseluruhannya, saya perlu berlaku adil. Sebuah konsert yang bertenaga, berjaya mengimbau nostalgia lama dan seterusnya memberitahu kepada khalayak bahawa Search sudah kembali untuk menggegar! Cuma harapan semua para peminat agar Search dapat mengembalikan mutu album sepertimana Fenomena. Pemilihan lagu-lagu yang dikatakan mendahului zaman seperti album Rampage dan ke hadapan, antara faktor yang membunuh populariti Search.
Ingat kata pepatah, ular menyelusiri akar takkan hilang bisanya. Elemen-elemen segar dan moden boleh disuntikkan ke dalam irama Search, tetapi teras rock yang didokong sekian lama, haruslah dikekalkan. Search harus berada si tengah zaman nostalgia dan arus perdana, jika tidak baik lupakan sahaja segala perancangan dan berundur dikala nama sedang gah.. supaya terus menepati status anda sebagai Lagenda Rock Tanahair.
Juga kepada penganjur, sebuah konsert yang menggabungkan Lefthanded, Rusty Blade, Wings & Cromok bersama perancangan yang betul pasti mengingatkan MCAT kepada kehebatan Ali Bakar dan Box-Officenya.

Ulasan Filem : Swimming Pool (2003)
Oleh Mahhass
Swimming Pool ditulis serta diarahkan oleh pengarah Perancis, Francois Ozon dalam usahasama syarikat perfileman British. Ia menampilkan sebuah melodrama yang cantik, digarapkan dengan elemen misteri, cemas serta erotika.
Mengisahkan seorang penulis novel bercorak jenayah, Sarah Morton (lakonan cemerlang Charlotte Rampling) yang ditawarkan majikannya, John Bosload untuk bercuti ke rumahnya di Luberon, Perancis sambil mencari inspirasi untuk novel terbarunya.
Di sana, beliau memperolehi ketenangan malah ilham yang ingin dicarinya datang mencurah-curah ditambah lagi dengan suasana kedamaian berlandaskan pemandangan serta udara yang segar melengkapkan lagi keasyikan beliau dalam menghabiskan penulisannya.
Sehinggalah pada satu lewat malam, tanpa diduga, anak majikannya, Julie (lakonan Ludivine Sagnier) yang membawa watak seorang remaja liar pulang ke rumah tersebut.
Kedatangan Julie agak tidak disenangi Sarah kerana beliau amat berharap untuk dapat menyiapkan tulisan beliau sendirian tanpa ada sebarang gangguan. Apatah lagi tingkahlaku Julie yang suka berfoya-foya dengan membawa pulang lelaki yang berlainan setiap malam menambahkan lagi ketidaksenangan Sarah terhadap Julie sehingga kadang-kadang mencetuskan rasa benci yang membuak-buak.
Namun, akhirnya Sarah seperti dicetuskan satu ilham yang berbeza. Beliau seakan lebih tertarik untuk menulis kisah anak perempuan majikannya yang penuh seribu misteri itu. Lantas, beliau cuba untuk mengungkai satu demi satu kisah hidup Julie tersebut.
Dalam filem ini, kita dapat lihat watak Sarah Morton, iaitu seorang wanita Inggeris yang tipikal sifatnya bergandingan dengan watak Julie yang liar, dikontrakan dengan begitu baik oleh pengarahnya. Perbezaan atau pertentangan sifat serta emosi kedua-duanya digarap dengan cukup berkesan.
Saya agak tertarik dengan tajuk filem ini. Swimming Pool sebagai metafora yang seakan-akan menggambarkan permasalahan sifat kompleks kedua-dua watak wanita tersebut. Ia seolah-olah satu tempat untuk kedua-dua watak (yang bermasalah) ini mempertontonkan keegoan masing-masing. Namun, kadang-kadang ianya memberi satu pengertian yang agak berbeza. Itulah yang menariknya.
Saya harus akui bahawa elemen erotika yang mempamerkan beberapa adegan ranjang serta lucah, sebenarnya merupakan kekuatan filem ini. Gambaran sifat seorang remaja yang kekurangan kasih sayang serta ketidakpedulian seorang ayah terhadap anaknya mengakibatkan kerosakan moral yang tidak dapat dibendung lagi.
Filem ini seolah-olah cuba memberi kita satu kesedaran tentang pentingnya nilai kasih sayang di antara keluarga.
Di bahagian akhir filem ini disudahkan dengan satu twist yang cukup menarik tetapi agak memeningkan kepala. Terus terang saya katakan bahawa saya dan isteri terpaksa mengulangkan semula (beberapa babak dalam filem ini) untuk lebih memahaminya.
Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran tetapi cuma ada satu penyelesaian atau penjelasan tentang apa sebenar-benarnya yang berlaku dalam filem provokatif ini yang saya boleh katakan antara yang terbaik pernah saya tonton.

06 February 2004
Ulasan Filem : Lost In Translation (2003)
Oleh Mahhass
Lost In Translation arahan Sofia Coppola (anak kepada pengarah terkenal Francis Ford Coppola), menampilkan Bill Murray melakonkan watak sebagai Bob Harris yang sedang dalam midlife crisis. Beliau seringkali dilihat dalam kebuntuan dan kebosanan (sukar untuk saya menggambarkannya di sini). Beliau ke Tokyo setelah ditawarkan beberapa sesi fotografi untuk sebuah iklan wiski dan menginap di sebuah hotel di kota metropolitan Tokyo.
Isterinya enggan mengikuti beliau malah lebih suka ditinggalkan bersama anak-anaknya. Beliau dipertemukan dengan Charlotte (Scarlett Johansson) di hotel tersebut yang saya kira turut mengalami situasi yang sama – seringkali dirundung kesepian serta kebosanan yang melampau oleh sebab suaminya terlalu sibuk dengan tugas sebagai jurugambar professional.
Seterusnya, mereka berkawan baik. Banyak masa dihabiskan di sekitar bandaraya Tokyo sambil mencari hiburan yang saya fikir bukan itu matlamat sebenar yang dicari. Mungkin sekadar membuang masa ataupun ada sesuatu yang cuba mereka cari yang mendorong kita sebagai penonton menelaah isi sebenarnya dalam jiwa mereka.
Hubungan inilah yang menjadi kekuatan filem ini yang juga diselitkan elemen komedi yang agak bersahaja. Namun, filem ini agak mendatar malah di bahagian ending saya tidak nampak impak yang kuat seperti sesetengah filem. (Mungkin juga filem ini tidak ada klimaks!).
Saya tidak hairan Bill Murray memenangi anugerah Pelakon Terbaik kerana beliau membawakan watak dengan berkesan walaupun pada hemat saya lakonan beliau cemerlang, namun bukanlah 'sangat' cemerlang.
Ketiadaan saingan yang sengit mungkin juga merupakan faktor yang mendorong kemenangan beliau dalam anugerah berprestij Hollywood tersebut. Namun, saya akan nantikan keputusan anugerah Academy 2003 yang bakal tiba nanti kerana peluang beliau saya kira masih lagi cerah setelah sekali lagi dicalonkan dalam kategori yang sama. Bagi pengarahnya, untuk anugerah Screenplay terbaik pula saya tidak pasti.
Selepas menonton, saya cuba mendalami apa yang cuba diungkaikan dalam filem Lost In Translation ini. Saya gali dalam-dalam, namun saya gagal. Masih lagi buntu dalam mencari maksud tersirat atau apa istimewanya filem ini. Rupa-rupanya, saya tersilap. Sebetulnya, bagi saya filem ini adalah sekadar filem santai. Tidak perlu susah-susah memerah otak untuk mendalami apa yang cuba disampaikan.
Saya tidak mahu terpengaruh dengan pengkritik atau pengulas lain sebelum ini atas alasan saya tidak mahu dilabelkan sebagai hipokrit. Secara jujurnya, filem ini agak tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak tahu bagaimana untuk saya mengapresiasikan filem ini.
Apapun, perlu rasanya saya tekankan di sini bahawa Lost In Translation bukan sebuah karya seni untuk semua orang boleh 'mengangkat ibu jari tanda bagus' malah saya percaya ia boleh membahagikan penontonnya kepada dua kelompok, dan saya mungkin tergolong dalam kelompok yang keduanya itu.
SKRIN Rating : B- (2/5)
(Saya anugerahkan "A" untuk senilakonan)
Ulasan rakan blog :
Nizam Zakaria : "Filem ini amat cantik ditonton...Saya amat menyukai filem ini" - Rating 4/5 bintang
Fadz : "... 'kecil' tetapi bermakna di setiap sudutnya"
Fairul Nizam : "... filem yang jujur dari segi visual, dialog, ekspresi dan olahannya"

05 February 2004
Ulasan Filem : In The Cut (2003)
Meg Ryan sememangnya sudah sinonim dengan filem bercorak romantik komedi seperti Sleepless in Seattle, When Harry Met Sally dan juga You've Got Mail. Namun penampilannya kali ini amat berbeza.
Filem terbaru beliau berjudul In The Cut pastinya mengubah persepsi peminatnya malah boleh mengejutkan juga. Filem genre Thriller yang menampilkan banyak adegan erotik, ranjang serta lucah ini diadaptasikan dari Novel hasil tulisan Susanna Moore dan diarahkan oleh Jane Campion (The Piano).
Filem ini diklasifikasikan "R" (kategori lucah, ranjang, dialog kasar dan berbaur seksual) dan sudah pastinya tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Meg Ryan memegang watak sebagai Frannie Avery, seorang guru bahasa Inggeris yang amat menyukai bidang penulisan kreatif. Beliau cuba digambarkan oleh pengarah dalam filem ini sebagai seorang wanita yang kegersangan, baik dari segi kasih sayang mahupun seksual.
Di bahagian awal filem ini kita dibawa ke sebuah bar, di mana Frannie secara tidak sengaja menyaksikan satu adegan lucah seorang pelacur bersama pelanggannya. Keesokan harinya, satu mayat dijumpai berhampiran kediamannya. Melalui siasatan yang dijalankan oleh detektif Malloy (lakonan Mark Ruffalo) terhadap beliau, mayat tersebut jelas merupakan pelacur yang dilihat di bar tempohari. Di sinilah bermulanya titik pertemuan hubungan erotik mereka.
Keberanian Meg Ryan melakonkan adegan-adegan ranjang yang agak keterlaluan dalam filem ini (seperti Monica Belluci) dilihat seolah-olah cuba mencari semula tapak yang semakin pudar di persada Hollywood apatah lagi beliau kini sudahpun mencecah umur 42 tahun!
Walaupun beberapa adegan cemas berjaya menggusarkan hati saya, tetapi jika dinilai secara keseluruhan, skripnya tidaklah sehebat mana. Ianya sekadar filem penyiasatan polis yang di'sedap'kan dengan elemen-elemen seks. Naratifnya, tiada kelainan selain dari usaha pengarah cuba mengajak kita menyelami emosi seorang wanita yang gersangkan belaian seorang lelaki. Unsur twist di bahagian akhirnya juga agak mudah dijangka.
Tesisnya, saya tidak melabelkan filem In The Cut sebagai filem yang teruk, cuma saya merasakan ada yang masih tidak cukup dan sepatutnya dicukupkan bagi memuaskan hati saya.
Nota: In The Cut… jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan berbunyi "Di Dalam Belahan"... betul?
SKRIN Rating : B (3/5)

Subscribe to:
Posts (Atom)