05 March 2009
Vampire Diary (2007) : Vampir lesbian
Ada beberapa filem yang aku tonton baru-baru ini. Kesemuanya, tidak mampu menarik aku untuk menulis segala macam review tentangnya. Entah, mungkin tidak ada yang benar-benar boleh menggerakkan hati aku. Sehinggalah aku menonton filem ini malam tadi. Itupun, (menulis ini) tetap terasa seperti memaksa-maksa. Barangkali malas adalah jawapan besarnya. Ya, aku malas. Dan aku percaya, sindrom ini sering dialami oleh kesemua penulis, tak kiralah kau seorang penulis skrip, novelis, pengkritik/pengulas filem mahupun penulis blog.
Ok, (kemalasan aku sudah beransur hilang), oleh kerana filem ini membawakan tema “diari” maka hampir seratus persen isi filem ini menggunakan hand-held sebagai view audiens, sepertimana ironinya sebuah diari rakaman visual dalam Zombie Diaries (2006) dan juga Diary of The Dead (2007) beberapa tahun sudah. Untuk kau orang yang pernah ada sejarah mabuk dengan visual hand-held, efek ragged, jerky malah benci dengan falsafah realisme gritty, maka tak perlulah kau menyimpan azam untuk menonton Vampire Diary. Walau bagaimanapun, segalanya dibuat tidaklah terlalu kasar kerana smoothness itu tetap ada.
Sebenarnya, dalam filem ini tidak ada sebarang vampir (sebagaimana mitos vampir yang pernah diceritakan turun-temurun – yakni imortaliti, boleh terbang, mencekik, transformasi, halimunan(?) dan sebagainya), kerana filem ini hanya mendokumentasikan seorang wanita (oleh beliau sendiri melalui video cam, serta pasangan lesbiannya) yang mempunyai sifat vampir semulajadi (true vampire) – dan sudah tentu darah adalah makanannya. Dan untuk mendapatkan darah, membunuh adalah solusi. Ide ini persis Let The Right One In (2008) dari SATU SISI (atau ini mungkin boleh dijadikan sebuah adult version filem tersebut? Haha!).
Aku tidak pasti, kerana ide penulisnya Phil O’Shea untuk men”diari”kan kisah vampir ini barangkali timbul sewaktu muncul kisah apokaliptik zombie didiarikan sebelumnya dalam Zombie Diaries (2006) seperti yang aku nyatakan awal tadi. Mungkin secara kebetulan, kedua-duanya berkonsepkan sama. Untuk itu, aku fikir Vampire Diary masih aku anggap sebuah karya original. Pada aku, konsep serupa tidak mengapa selagi membawakan sebuah cerita asli (hey, kau punya diari tentang cinta, aku menulis diari tentang kucing aku, so tak ada masalah, bukan?)
Seperkara lagi ialah aku percaya bahawa produksi British di tangan Mark James ini memberi homage besar terhadap filem cult-classic Vampiro Lesbos (1971). Ya, tuan-tuan dan puan-puan, ada babak erotik lesbian seks dalam Vampire Diary sudah pasti, dan ia tidaklah merapu-rapu malah sangat jujur dan cantik di dekonstruk. Maksudnya, jalinan intimasi antara kedua-dua protagonis ini sangat menjadi dan (hubungan) ini sangat penting untuk membentuk ruang simplisiti filem ini. Jika tidak ada unsur lesbianisme, maka tidak ada istimewa filem ini. Serius, mesti tonton (kalau kau masih belum) kalau kau skeptikal.
(Oh yes, ada antara kau orang yang sudah hyper tatkala mendengar perkataan “lesbian seks” di luar sana. Ok, ini hyperlink DVD nya.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment