Sememangnya, ada beberapa filem, yang apabila orang bertanya tentangnya (misalnya “filem itu tentang apa?”) membuatkan kau bingung seketika, lalu memberitahu barangkali cuma satu atau dua perkara asas tentang plotnya sahaja (contohnya “oh, tentang pembunuh!” atau setidak-tidaknya kau hanya boleh berkata “Eh, mesti tonton tu! Filem tu best!”.
Ini semua gara-gara wujudnya elemen twist di dalam isi ceritanya, malah twist itu merupakan “sinopsis” filem itu yang sebenarnya, apabila sinopsis yang tertera di belakang DVD cover mahupun di mana-mana laman web yang kita baca tidak menjanjikan apa-apa yang menarik untuk filem tersebut (atau barangkali kau hanya beranggapan bahawa ini hanya sekadar sebuah lagi filem slasher biasa).
You know what, kau SALAH. Seperti juga asumsi aku sewaktu pra-tontonannya.
Ok, aku sedar, sudah tentu judul “Babysitter Wanted” kedengaran klise dalam konteks filem slasher (sebelum slasher pasca-moden lagi) yakni kisah babysitter di’ganggu’, dibunuh serial-killer (rujuk Halloween (1978) yang judul asalnya adalah The Babysitter Murders, diikuti beberapa sekuens dalam siri Friday The 13th atau setidak-tidaknya kita pernah mengikuti kisah “lagenda kota” –, mengeluh bertanyakan tuan rumah tentang kewujudan life-size clown yang sama sekali tidak pernah ada dalam koleksi clown anaknya (rujuk filem Amusement (2008) baru-baru ini), juga tidak ketinggalan gaya Chucky membunuh babysitter dalam Child’s Play (1988) serta banyak lagi.
Walau bagaimanapun, versi DTV ini membawa sebuah kisah yang berbeza sama sekali. Original. Ya, strukturnya barangkali serupa, malah persis filem-filem yang aku nyatakan tadi (kau cuma harus pupuk kesabaran sekurang-kurangnya untuk setengah jam pertama – ada leretan perkembangan karakter protagonis), namun ada sebuah kejutan yang menggegarkan. Mudah kata “it pays off”. Sedikit sebanyak, kesan filem ini mengingatkan aku pada Frailty (2001) satu masa dahulu. Ya, kalau kau pernah menonton Frailty (dan kau sukakannya), aku pasti ini adalah hidangan selera kau.
Dan sudah tentu aku tidak perlu bercerita banyak lagi tentang filem ini. Lagi banyak aku bercerita, aku khuatir, banyak plot mahupun spoiler yang tersembul keluar. Hilang pula excitement twist itu, kau salahkan aku pula. Tidak, aku tak mahu dipersalahkan. Jadi, kau perlu tonton sendiri.
No comments:
Post a Comment